๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๏ฟฝ...

By missdiraa

1M 38.2K 1.3K

๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ... More

TENGKU HAFFAZ DAIYAN
MTHD | PROLOG
MTHD | 1
MTHD | 2
MTHD | 4
MTHD | 5
MTHD | 6
MTHD | 7
MTHD | 8
MTHD | 9
MTHD | 10
MTHD | 11
MTHD | 12
MTHD | 13
MTHD | 14
MTHD | 15
MTHD | 16
MTHD | 17
MTHD | 18
MTHD | 19
MTHD | 20
MTHD | 21
MTHD | 22
MTHD | 23
MTHD | 24
MTHD | 25
MTHD | 26
MTHD | 27
MTHD | 28
MTHD | 29
MTHD | 30
MTHD | 31
MTHD | 32
MTHD | 33
MTHD | 34
MTHD | 35
MTHD | 36
MTHD | 37
MTHD | 38
MTHD | 39
MTHD | 40
MTHD | 42
MTHD | 43
MTHD | 44
MTHD | 45
MTHD | 46
MTHD | 47
MTHD | 48
MTHD | 49
MTHD | 50
MTHD | 51
MTHD | 52
MTHD | 53
MTHD | EPILOG
SURAT CINTA HAFFAZ
E-BOOK HAIRA

MTHD | 41

9.1K 310 2
By missdiraa

"CELUKBA!" riangnya Hanim bermain dengan anak buahnya. Hazriq yang sudah ingin memasuki satu tahun kini sudah pandai bermain - main, adakalanya gelak sampai tak ingat dunia.

"Hazriq suka ye main dengan mommy su dia hah?" tegur Adelia sambil mencuit manja hidung mancung anaknya. Semakin lama semakin iras wajah anak lelakinya itu dengan Haziq.

Copy and paste betul!

"Bambam betul lah Hazriq ni, kuat minum susu ke?" tegur Tengku Nina. Peha yang gebu dan tebal itu disentuh olehnya. Geram tengok!

"Hm, tengok badan pun umi tau - tau lah, selang beberapa minit, merengek minta susu.. Ziq yang kesian tengok Adel terpaksa sediakan banyak stok susu" keluh Haziq. Susah juga ada anak yang kuat menyusu. Barulah dia tahu bagaimana pengorbanan isterinya untuk melahirkan dan membesarkan anak dari zuriatnya sendiri.

"Sebab tulah pengorbanan isteri ni kena hargai.. Besar tau jasa Adel, mengandungkan Hazriq sembilan bulan, membusung budak gebu tu tiap - tiap hari, beranak pun nak hampir patah tulang belakang pastu terpaksa berjaga malam sebab nak bagi anak minum susu.." kata Tengku Nina panjang lebar. Pengalamannya ketika membesarkan ketiga - tiga anak itu tidak akan dilupakan.

"Dengar tak apa umi cakap tu, jangan sibuk kerja je sampai lupa anak bini kat rumah" Adelia sempat menjeling tajam ke arah suaminya.

"Yalah yalah, sayang.. Abang minta maaf hm.."

"Terima kasih sebab kahwin dengan abang dan jadi mommy untuk Hazriq dan bakal adik Hazriq" tutur Haziq sekali sengihan nakal di wajah. Menyakat!

"Ahh mulalah tu!" jerit Hanim gila. Dia dah tahu perangai Haziq bila dengan kakak iparnya. Sweet nak mati, mengalahkan gula yang ada kat dapur. Malas nak layan, mentang - mentang diri ni single.

"Hazriq, come to mommy su, your daddy and your mommy dah gila cinta" bisik Hanim selamba. Tubuh kecil anak buahnya dibawa dalam dakapan.

"Nak bawa Hazriq pergi mana?"

"Jalan - jalan cari angin, by the way, abang dengan kakak ambik lah kesempatan ni nak berkasih sayang.. Hanim nak culik Hazriq ni dulu" balas Hanim. Pipi gebu Hazriq dikucup lembut, huwa! Comelnya!

"BURUNG kakak tua... Hinggap di jendela.. Nenek sudah tua.. Giginya, tinggal....."

"......dua!!"

"Hahahahhahha..." gelak ketawa Hazriq kedengaran jelas di kawasan taman. Suka betul dia dengan nyanyian Hanim.

"Eeeee kesayangan mommy su ni gelak tak ingat dunia, suka ye?" soal Hanim. Wajah kecil Hazriq yang comel dipandang dengan senyuman.

"Hanim.."

Suara lembut menyeru namanya membuatkan Hanim menolehkan kepala. Figura Darisa yang bergerak menghampirinya kini dipandang.

"Kak Risa.." Darisa tersenyum nipis melihat reaksi Hanim. Anak matanya perlahan lahan dialihkan ke arah Hazriq.

"Ni Hazriq ke, dah lama akak tak nampak, dah besar, tembam pulak tu" tutur Darisa. Pipi gebu yang merah seperti dipakaikan blusher disentuh.

"Kenapa akak kat sini, akak tak naik rehat ke?" ujar Hanim. Bukan apa, dia risau nanti abangnya naik mengamuk kalau tahu dia biarkan Darisa berjalan - jalan.

"Bosan, akak nak jalan - jalan sekejap"

"Macam mana kalau Abang Faz marah?"

"Tak, dia takkan marah.." tenang Darisa berkata. Degil, gadis itu tetap degil. Mulut sahaja cakap dia dalam keadaan baik namun tubuh langsung berkata disebaliknya.

"Akak, jangan macam ni.. Akak baru je keluar dari hospital.." rayu gadis muda itu sambil memangku Hazriq.

Namun begitu, segala upaya yang Hanim lakukan tetap tidak dapat melemahkan kedegilan kakak iparnya. "Akak dah sihat pun.."

Hanim menghembuskan nafas kasar. Boleh tahan keras kepala juga kakak iparnya ini.

"Hai Hazriq.." sapa Darisa, tangan mungil anak kecil itu digenggam erat sambil anak mata berwarna hazel menatap wajah comel tersebut.

"Comelnya awak, mommy dan daddy awak mesti gembira dapat anak comel macam awak kan" kali ini pipi gebu dan tembam menjadi sasarannya. Dah macam kuih pau. Comel!

"Urghh..." tangan kecil itu menepuk tangan Darisa dengan tawa kecilnya. Senyuman terukir lebar di wajah Hazriq.

"Amboi, dia gelak eh.." tegur Darisa saat melihat anak buahnya suka bermain dengannya. Namun, jauh di sudut hatinya, terdapat banyak luka dan Darisa tutupinya dengan keceriaan palsu itu.

"Hanim.."

"Ya?" Hanim menjungkitkan sebelah keningnya tatkala mendengar namanya dipanggil.

"Akak minta maaf ye.." ucap Darisa secara tiba - tiba. Permintaan maaf gadis tersebut membuatkan Hanim terpinga - pinga. Tidak faham.

"Kenapa akak nak minta maaf?"

Darisa tersenyum. Nafas dihembus perlahan sebelum gadis itu melabuhkan punggung duduk bersebelahan dengan Hanim yang masih memangku Hazriq.

"Takde lah, akak cuma nak minta maaf je.."

"Akak ni, jangan buat Hanim takut.." nada suara si bongsu mula kedengaran risau. Dengan raut wajah Darisa yang seperti menyembunyikan sesuatu membangkitkan lagi perasaan itu.

"Takde, akak banyak buat silap, akak banyak susahkan umi, abi, abang Faz.. Jadi akak nak minta maaf pasal semua tu"

"Tak perlu minta maaf pun, umi dan abi dah ikhlas terima akak jadi menantu sejak awal lagi.. Abang Faz pun dah terima akak, sayang akak.. Tak perlu minta maaf semua tu"

Namun begitu, Darisa perlahan - lahan menggelengkan kepalanya. Pehanya diusap usap bagi mengurangkan rasa sebak di dada. Ya, orang lain pasti berfikir bahawa dia gadis cengeng tetapi orang lain takkan rasa apa yang dirasainya.

Ibu dan ayahnya meninggal sejak usianya masih kecil.

Mala yang sudah dianggap seperti adik beradiknya pergi meninggalkannya tanpa berpamitan.

Ibu saudaranya membuang dia kerana kematian Mala.

Kehormatannya sebagai seorang wanita sudah dirampas oleh lelaki lain bukannya suaminya sendiri.

Tengoklah betapa hinanya dia sehingga dipijak pijak seperti tidak ada harga diri. Hatinya cukup terluka, belum lagi apa yang Adryan lakukan terhadapnya sebelum ini.

"QUL huwar-rahmanu amanna bihi wa 'alaihi tawakkalna, fa sata'lamuna man huwa fī dalalim mubīn..qul ara'aitum in asbaha ma'ukum gauran fa may ya'tikum bima'im ma'īn"

"Sadaqallahula'azim"

Alunan suara merdu melafazkan setiap butir ayat surah al - Mulk jelas kedengaran memenuhi ruangan bilik. Darisa sejak tadi hanya memerhati suaminya yang sedang duduk bersila di atas sejadah menghadap kiblat. Hatinya benar tersentuh tatkala melihat perubahan suaminya.

"Aamin Ya Rabbal Alamin.." setelah mengaminkan doanya. Haffaz menolehkan kepalanya, sang isteri yang sedang duduk di atas birai katil mereka dipandang.

"Sini.." panggil Haffaz lembut.

"Buat apa?"

"Sini jap.."

Dengan penuh terpaksa, Darisa mengatur langkahnya mendekati Haffaz. Lelaki itu pantas mencapai tangan isterinya lalu didudukkan gadis itu agar berhadapan dengannya.

Lama Darisa memandang suaminya dengan tanda tanya. Rentak jantung terasa laju apabila menatap wajah tampan suaminya.

"Dah makan?" soalan yang agak janggal membuatkan Darisa tergamam. Punyalah dia takut, itu je soalan yang ditanya.

"Dah, Dewi ada masakkan bubur tadi" balas Darisa, cuba bersikap tenang walaupun diperhatikan oleh Haffaz.

Ketika mendengar jawapan isterinya, Haffaz hanya menganggukkan kepalanya menandakan dia faham namun keadaan mereka saat ini tidak lagi semesra dan serapat dulu, malah setelah kejadian itu, mereka semakin menjauh.

Jauh. Sangat jauh.

"Erm, awak penatkan.. Awak tidurlah dulu" Darisa bingkas bangkit dari tempat duduk. Wajah dialihkan ke tempat lain. Menggunakan alasan itu untuk melarikan diri dari lelaki tersebut.

"Are you trying ignore me?"

"Hah?"

"Abang tanya, Risa cuba nak abaikan abang?" katanya. Kali ini anak mata mereka bertembung, Darisa dapat rasakan aura yang menekan dirinya ketika itu.

"Tak.." balas Darisa dengan senyuman nipis di wajahnya. Bohong, dia bohong.

"Tipu.."

"Saya tak tipu.."

"Your face never lying me.."

Tak semena - mena Darisa teguk air liur. Hah sudah, dia tak boleh lepas kalau Haffaz sudah dapat mengagak kebohongannya. Lagi sekali gadis itu menundukkan kepala, tidak mahu menatap tatapan tajam Haffaz.

"Ya, saya taknak dekat dengan awak.." Darisa mulai jujur.

"Awak orang berada, awak orang berpengaruh.. Semua orang kenal awak.. saya taknak jadi beban, macam mana kalau suatu hari nanti orang lain akan tau apa yang terjadi kat saya? Diorang akan gunakan saya untuk cari kelemahan awak, saya taknak" kepalanya digeleng berulang ulang kali. Apa yang terjadi benar - benar memalukan apatah lagi keluarga suaminya adalah orang yang berkelas tinggi.

Bukankah dia akan dihina? Bukankah Haffaz juga akan menerima cacian orang lain sepertimana dia dihina?

"I don't care.." Haffaz membalas sekali dengan raut wajah serius.

"I don't care what people say about me.. but I care what people say about my wife..."

"Awak kena jaga imej awak sebagai pewaris, takkan sebab saya awak sanggup nak burukkan imej awak?" nada suara mulai kedengaran marah. Geram.

"Everything about my wife, I will do anything for her.."

"Don't be like that, I hate this.."

"If you hate me, I love you.. You can't change my feeling.." bidas lelaki itu.

"Awak buat saya semakin rasa bersalah, saya dah buat dosa dengan awak, tak boleh ke awak benci dengan saya?" Darisa mengalirkan air mata, dadanya didabak dengan begitu kuat. Sakit dan pedihnya benar - benar terasa sehingga di dalam.

"Kenapa perlu benci sedangkan semuanya boleh diterima dengan hati yang terbuka? Allah terima taubat manusia, tapi kenapa manusia susah sangat nak terima kekurangan orang lain?"

"Abang taknak pandang semua tu, yang abang pandang hati Risa.. Abang yakin Risa tak sanggup nak duakan abang, because I know Risa sayangkan abang macam mana abang sayangkan Risa kan?"

Darisa mula teresak esak menangis di hadapan suaminya. Dulu dia menahan, kini dia sudah tidak dapat menahan lagi. Kalaulah dia kuat, kalaulah dia tidak lemah. Mungkin dia tidak akan jadi seperti ini.

"Lagipun semuanya bukan salah Risa, Risa hanya mangsa.. Abang yang salah sebab abang gagal jadi suami untuk Risa.. Yes, my fault.." Haffaz menyalahkan diri sendiri. Ketika melihat isterinya sudah tidak mampu berkata - kata, tangan laju menarik tubuh gadis itu masuk ke dalam pelukan.

Kepala isterinya disembamkan pada dada bidang itu. Ubun - ubun isteri dikucup penuh dengan kelembutan. "Nothing can hold me, I just only love you..Only you sweetheart.."

"HOI bro, dah lama tak nampak kau.. Sibuk sangat ke kerja?" soal Khairan sebaik melihat temannya kini sudah mula aktif kembali ke gym nya. Lelaki itu hanya menggunakan shirt tanpa lengan berwarna hitam dengan seluar pendek paras lututnya.

"Kerja tu biasa.." Haffaz membalas ringkas. Peluh yang membasahi dahinya dibiarkan sahaja mengalir.

Khairan mengangguk faham. Wajah sahabatnya ditilik dengan begitu teliti, merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam diri Haffaz.

"Kalau bukan pasal kerja, pasal apa bro? Pasal orang rumah ke? Kau masih tak suka dengan bini kau lepas setahun dia tinggalkan kau?" ujar Khairan bersama nada sedikit kasar. Bengang juga sebenarnya, dulu bukan main Haffaz mengadu bini lari rumah. Eh padahal dia yang buat bini tu lari rumah. Padan muka kau!

"Ke kau nak dia tinggalkan kau lagi?"

"Jaga mulut kau sikit eh.." Haffaz mempamerkan wajah bengang. Geram betul dia dengan mulut si Khairan ni. Pada masa yang sama, Khairan berusaha menahan gelak melihat rakannya. Tahu marah, siapa suruh ego.

"Aku gurau je lah.. Kau ni pun serius sangat, kenapa? Kalau dia tinggalkan kau pun, kau nak buat apa?"

"Kejar sampai jumpa.."

"Kalau tak jumpa.."

"No, I will find her until I die.."

"Fuyoo, dah jadi mamat sejati.. Dulu bukan main tak suka, bencilah.. Itu ini sampai sanggup lukakan hati dia.. sekarang ni kau pulak yang cinta mati.. Kejar sampai mati.. Uishh" Khairan menepuk tangan bagi meraihkan perasaan 'cinta mati' Haffaz. Mungkin ada bagusnya juga dia bagi tazkirah setahun lepas dengan lelaki itu.

"Gila lah kau ni"

Khairan angkat kedua bahunya serentak. Gila - gila dia ni pun, dia masih tahu bagaimana perasaan perempuan jika terluka dan disebabkan itulah, lebih baik dia single daripada menyakiti. Eh.

"Assalamualaikum.." satu suara menerpa dalam sistem pendengaran dua jejaka. Laju saja anak mata mereka beralih memandang gerangan pemilik suara tersebut.

"Waalaikumsalam.. bapak budak dah sampai" tegur Khairan. Kakinya kini mula dihayun mendekati Haziq yang baru sahaja sampai di gym. Haziq yang menyedari keberadaan abangnya terus mengerutkan dahi.

"Kau kata kau taknak datang sini, Faz.."

"Dah lama aku tak jumpa Khai.. Sekali sekala" balas si abang. Khairan pula hanya memerhati dua beradik ini, sama - sama tinggi, sama - sama tampan. Tak hairan kalau mereka berdua disebut sebagai anak Tengku Raihan sebab dulu Tengku Raihan pun handsome.

Cuma orang tak tahu. Biar rahsia.

"Kau okay tak?" soal Haziq, melihat sikap abangnya, Haziq menyedari Haffaz sekarang dalam keadaan 'badmood'.

"Okay.." balas Haffaz tenang.

"Kalau tak okay, bagitau.. Jangan pendam.."

"Aku okay je.."

Haziq menghembuskan nafas kasar ketika mendengar kata - kata abangnya. "Laki bini sama je, cakap okay padahal semuanya tak okay"

"Ni urusan aku dengan bini aku, suka hati aku nak urus macam mana.. Kau tak payah nak masuk campur, just focus kat Adelia dan Hazriq, enough.." nada suara berbaur amaran membuatkan bulu roma Khairan naik menegak. Jangan jadikan gym nya gelanggang WWE, sudahlah.

"Aih, sudah lah.. Kita datang nak enjoy, nak relax tension.. bukannya nak gaduh" Khairan mula bersuara. Takut - takut nanti jadi perang dunia ketiga, sudahlah dua - dua badan besar.

"Dahlah Khai, aku nak balik dulu.. Ada benda nak buat" tuala kecil yang terletak di atas bangku lalu tuala itu digunakn untuk mengelap peluhnya. Air mineral diteguk sedikit bagi membasahi tekak yang kian mengering.

"Eh kau nak balik dah?"

"Em.."

"Taknak join taekwondo sekali?"

Haffaz menggelengkan kepalanya. Ada benda lagi penting untuk diuruskan berbanding dengan hal lain. Mahu tidak mahu, Khairan terpaksa akur. Kelibat Haffaz dibiarkan pergi meninggalkannya berdua dengan Haziq.

"Semoga Allah permudahkan urusan kau, Faz.."

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 17.4K 8
[COMPLETED] "You don't know me well."
797K 32.3K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.7M 34K 14
BOOK 1 MRS. RAYYAN [NEW VERSION] Full of dark side. "Dia, first love aku. Dia, seorang gadis yang berjaya membuatkan hati aku yang tak pernah tertari...
1.4M 1.8K 3
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU SATU] Fleur Sophia merupakan seorang gadis melayu kacukan British yang hidup serba mewah dan di layan bak tuan puteri oleh k...