๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๏ฟฝ...

By missdiraa

1M 38.2K 1.3K

๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ... More

TENGKU HAFFAZ DAIYAN
MTHD | PROLOG
MTHD | 1
MTHD | 2
MTHD | 4
MTHD | 5
MTHD | 6
MTHD | 7
MTHD | 8
MTHD | 9
MTHD | 10
MTHD | 11
MTHD | 12
MTHD | 13
MTHD | 14
MTHD | 15
MTHD | 16
MTHD | 17
MTHD | 18
MTHD | 19
MTHD | 20
MTHD | 21
MTHD | 22
MTHD | 23
MTHD | 24
MTHD | 25
MTHD | 26
MTHD | 27
MTHD | 28
MTHD | 29
MTHD | 30
MTHD | 31
MTHD | 32
MTHD | 33
MTHD | 34
MTHD | 36
MTHD | 37
MTHD | 38
MTHD | 39
MTHD | 40
MTHD | 41
MTHD | 42
MTHD | 43
MTHD | 44
MTHD | 45
MTHD | 46
MTHD | 47
MTHD | 48
MTHD | 49
MTHD | 50
MTHD | 51
MTHD | 52
MTHD | 53
MTHD | EPILOG
SURAT CINTA HAFFAZ
E-BOOK HAIRA

MTHD | 35

12.4K 376 3
By missdiraa

BUNYI radio diikuti dengan bunyi deruman enjin kereta hanya didengari. Haffaz yang sedang mengelamun sambil melontarkan pandangan di luar jendela ditenung oleh Hanim.

"Ehem..." Hanim berdehem. Sengaja.

"Abang jumpa kak Risa ke tadi?" soal Hanim dengan perasaan ragu-ragu.

Namun begitu, soalannya tidak disahut. Haffaz masih di dalam lamunan sendiri. Tidak tahu apa yang difikirkan sehingga soalan Hanim langsung tidak dihiraukan.

"Abang..."

"Abang..."

"Abang..." kali ini lengan kekar abangnya ditepuk perlahan.

"Hah?"

"Abang ni dengar tak apa yang Hanim kata?"

"Hanim kata apa?" disoal balik. Jelas Haffaz tidak mendengar sama sekali apa yang dikatakan oleh Hanim.

Hanim menghela nafas perlahan. Mengeluh.

"Abang jumpa kak Risa tadi, kan?"

"Kenapa?" jawabnya acuh tak acuh, kepalanya pula disandarkan pada kerusi lalu kedua-dua tangannya disilangkan di dada seperti sedang memeluk tubuh.

"Kenapa? tu je jawapan abang? Abang takde niat ke nak berbaik dengan kak Risa..." Hanim mula meninggikan suaranya.

Mendengarkan kata-kata adiknya, Haffaz menghembuskan nafas kasar, tangan mula naik meramas kasar rambutnya yang rapi. Manakala wajahnya sempat dipalingkan ke arah si bongsu.

"Bukan macam tu, abang taknak paksa dia untuk maafkan abang dengan mudah.. Yes, because I know.. My mistake is not something that can be forgiven so easily"

Mendengkarkan sahaja kata-kata abangnya, Hanim mengeluh perlahan. Bibir merahnya sempat menarik senyuman sambil menongkat dagu memandang wajah lelaki disampingnya.

"Semua manusia ada kesilapan, manusia tak pernah terlepas untuk buat silap... Tapi tak bererti kesilapan tu adalah kesalahan buat selama-lamanya... Semua tu boleh diperbetulkan..."

Terkilan lelaki itu dengan kata-kata gadis di sampingnya. Jujur, jika dilihat, Hanim sebenarnya lebih matang, lebih memahami situasi berbandingnya yang suka bertindak melulu tanpa melihat apa kesannya.

"Perbaiki lah sebelum terlambat, masih ada peluang... Lagipun Allah dah takdirkan abang dengan kak Risa bersama, kalau tidak, abang dan kak Risa takkan ada ikatan sah macam ni... semua yang berlaku ada hikmahnya... " lembut sahaja Hanim menasihati abangnya. Seolah-olah dia memahami apa yang Darisa rasakan.

Sekali lagi kata-kata Hanim menghentam kuat dirinya. Terimbas kembali di fikirannya detik-detik dimana dia sendiri yang menyakiti Darisa dengan kata-kata.

Kalau sejak dari dulu dia menerima Darisa sebagai isterinya, mungkin hubungannya dengan gadis itu masih berkekalan sehingga kini.

"HANIM?"

Suara Tengku Nina membuatkan Hanim tersentak. Terus gadis itu memalingkan wajahnya ke arah sang ibu.

"Ya?" balasnya, sebelah kening ternaik sedikit.

"Abang kamu tu okay ke? Sejak tadi umi tengok dia macam ada sesuatu je lepas balik jumpa bonda... Ada apa-apa terjadi ke hm?" soal si ibu. Tingkah laku Haffaz telah menimbulkan persoalan.

Ketika mendengarkan pertanyaan Tengku Nina, air liur tak semena-mena diteguk payah. Anak mata cuba dialihkan daripada merenung anak mata ibunya.

Sah! Naluri seorang ibu jangan dipandang remeh.

"Hanim, umi tanya ni... Kenapa abang kamu macam tu? Senyap je, selalu bersuara..." soal Tengku Nina lagi tatkala Hanim lama mendiamkan diri.

"Entah lah dia..." Hanim membalas acuh tak acuh.

Namun begitu, jawapan Hanim tidak memuaskan hati wanita tua di hadapannya.

"Jangan tipu umi, Hanim... Umi tau Hanim tipu umi kan..."

"Takde umi, abang Faz takde mood je tu"

"Bagitau umi kenapa abang kamu tu takde mood" suara Tengku Nina mula berubah nada. Berharap anak dara seorangnya itu terbuka hati hendak memberitahu kebenaran.

"Mana lah Hanim tahu..." kedua-dua bahunya diangkat serentak. Berdegil tidak mahu memberitahu hal sebenar.

Tidak lama kemudian, wanita tua itu menghela nafas berat. Sekali lagi ditenung wajah jelita anak perempuannya dengan begitu serius. Naik meremang bulu roma Hanim oleh tatapan tajam sang ibu.

"Eeee, umi janganlah pandang Hanim macam tu, seram lah" kata gadis tersebut.

"Kalau taknak umi tengok kamu macam tu, lebih baik Hanim bagitau" tegasnya.

Mahu tidak mahu, Hanim terpaksa. Terlebih dahulu, nafas ditarik kemudian dihembus. Sepasang anak mata berwarna coklat tua itu menatap terus ke dalam anak mata si ibu.

"Umi betul-betul nak tau?"

"Yelah, jangan buat umi curious..." Tengku Nina sudah mula mengerutkan dahi. Jenuh menunggu jawapan yang tidak ada kepastian.

"Kalau Hanim bagitau, umi jangan terkejut ye..."

"Ye, umi tahu lah..."

Hanim mula membetulkan posisi duduknya. Menghadap Tengku Nina kemudian senyuman diukir tanpa alasan, entah, mungkin buang tabiat kut.

"Apasal senyum pulak ni!" bahu kiri Hanim tak pasal-pasal dihempuk menggunakan tangan berbisa Tengku Nina.

"Auch! Sakit lah!"

"Hah tulah padahnya, suka sangat buat orang curious... cepatlah bagitau, jangan banyak songeh lagi... Umi malas nak dengar kamu membebel" kedua-dua tangannya mula mencekak pinggang, perangai kebudak-budakkan Hanim membuatkan Tengku Nina penat nak melayan.

"Hesy, yelah... tadi abang jumpa Kak Risa, tulah dia macam tu" beritahu si bongsu selamba. Lantaklah orang nak buat reaksi macam mana, yang penting dia dah bagitahu kebenaran.

Tergamam Tengku Nina saat mendengar, terkebil-kebil mata wanita tua itu, bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengari sebentar tadi. "Hanim jangan tipu umi..."

"Aik, takde maknanya Hanim nak tipu umi"

"Baik kamu bagitau umi betul-betul, mustahil, lepas setahun Darisa menghilang, then now--"

"Umi..." suara penuh maskulin menerpa kuat di dalam pendengaran dua wanita itu. Ayat Tengku Nina terhenti disitu. Masing-masing mula mengalihkan pandangan ke arah seorang lelaki sedang menuruni anak tangga itu.

"Faz..."

"What are talking about?" nada suara Haffaz mula berubah intonasi, raut wajah tidak usah dipersoalkan. Serius.

"Betulkah apa yang umi dengar dari mulut Hanim tadi? Faz jumpa Risa?" tak teragak-agak Tengku Nina mengatur langkahnya mendekati anak terunanya. Nak kata hati tu teruja, ada juga sebenarnya.

"Dari mana umi tahu?" soalnya.

"Answer my question, first... Faz jumpa Risa? Tadi?" kali ini soalannya berbaur ketegasan di situ. Satu persatu ayat ditekankan.

Ketika itu, Haffaz menatap wajah adik bongsunya. Dia sudah tahu semua yang terjadi pasti dibongkarkan oleh adiknya.

"Haff--"

"Yes, I found her..." balas lelaki itu ringkas. Ditatap wajah tua sang ibu dengan tatapan penuh sayu.

"Habistu kenapa Faz tak bawak Risa balik?" soalan Tengku Nina terus membuatkan Haffaz menelan air liur. Kepalanya tertunduk ke bawah sedikit seolah-olah meratapi perkara yang dilakukannya selama ini.

"Can I do it that? I've hurt her heart" keyakinannya kurang. Terkenang semula tingkah laku Darisa yang sudah merasa tawar hati terhadap dirinya.

Perlahan-lahan Tengku Nina menghembuskan nafas perlahan. Si ibu berhati mulia itu pantas mencapai tangan besar anak lelakinya. Kemudian, digenggam erat.

"Dengar sini, doa dengan Allah... Nak cinta seseorang, kita kena cintakan Allah... Minta dengan Allah untuk bukakan hati Darisa untuk Faz... kalau kita usaha tapi takde doa, takde guna juga... Tapi kalau Faz usaha dan berdoa, Insha Allah, suatu hari nanti Risa akan kembali pada kamu..." nasihat Tengku Nina. Jujur dia sendiri terharu dengan Haffaz, yang pada mulanya sukar untuk menerima Darisa sebagai isteri.

Ya, mungkin ada hikmah disebaliknya.

"Apa khabar Risa? dia okay tak?" soal wanita tua itu lagi. Bibir merahnya menarik senyuman sambil menatap wajah tampan anak sulungnya. Sudah sekian lama dia tidak tahu bagaimana keadaan menantunya itu.

"Sihat je umi"

"Syukur alhamdulilah, mesti dia makin cantik kan?"

Tatkala mendengarkan soalan itu, kali ini Haffaz pula tersengih. Kepala ditundukkan sedikit ke bawah.

"She's too pretty like an angel that it makes me want her back.."

"DARISA..." saat namanya dipanggil, Darisa langsung memalingkan wajahnya ke arah suara itu.

"Baliklah, hari ni bonda bagi cuti... Kebelakangan ni bonda tengok Risa macam tak bermaya aje... Sian bonda tengok" ujar Puan Aisah. Sudah seminggu Darisa seperti itu, takut pula nanti tiba-tiba pengsan.

Sudahlah Arshad takde. Macam mana dia nak minta pertolongan, lagikan pula keadaan tubuhnya tidak sekuat orang muda. Memang tak lah.

"Takpe bonda, Risa okay je..."

"Apa yang okay, Risa... Tak nampak pon okay, jangan degil... Pergilah balik, rehat... Bonda bagi cuti dua hari" tegas wanita tua tersebut. Terpaksa bertegas, kalau tidak semakin keraslah kepala si Darisa.

"Tapi siapa nak tolong bonda jaga budak-budak ni" dilontarkan rasa kerisauannya. Bukan mudah hendak menjaga kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang mempunyai pelbagai ragam.

Puan Aisah ukir senyuman. Tangan tua itu naik memaut bahu kanan Darisa. "Takpe, ada lagi yang boleh tolong bonda... Tak perlu risau, baliklah, rehatkan diri... Kalau rasa tak sihat, bagitahu terus kat bonda... Jangan diam"

Kata-kata Puan Aisah mengundang perasaan rindu Darisa terhadap arwah ibu kandungnya. Jikalaulah ibunya masih bernyawa sehingga hari ini, mungkin kehidupannya tidak sepilu ini. Namun, mungkin Allah sudah meletakkan takdir bahwa dia akan diuji begini, mahu tidak mahu Darisa terpaksa menghadapinya dengan hati yang kental.

"Terima kasih bonda..."

"Sama-sama, hati-hati tau balik rumah nanti..." pesan Puan Aisah lagi. Terangguk-angguk Darisa ketika itu, tidak mampu mengeluarkan kata-kata kerana perasaan sebak mula terasa.

Nampak sangat dia lemah kan?

Lemah sebab satu persatu orang yang menyayanginya dan orang yang dia sayangi sudah pergi meninggalkannya. Termasuk suami sendiri.

Sehingga hari ini, masih berbekas lagi setiap butir ayat yang keluar dari hujung bibir suaminya.

'Awak tak sepatutnya kembali semula, Haffaz...'

BUK!

"Opss, sorry... saya tak sengaja" ujar Irdina sambil menundukkan kepalanya. Sibuk tengok handphone sampai tak tengok jalan depan. Hah! Itulah kau, Dina.

Namun begitu, permintaan maaf Irdina langsung tidak disahut. Gadis itu menaikkan pandangan melihat sosok di hadapannya.

Seorang lelaki berbadan tinggi dan sasa, namun pakaiannya serba hitam dan juga face mask berwarna hitam itu ditenung lama oleh Irdina. Hairan.

"Maaf encik, saya tak sengaja..." ujarnya lagi.

"Nama kau Irdina kan?" suara garau dan serak basah kini kedengaran. Tetapi bukan membalas permintaan maaf Irdina, malah lelaki itu melontarkan soalan yang lain.

Entah mengapa aura gelap lelaki itu mula menekan diri Irdina, tak semena-mena gadis itu meneguk air liur. Lebih-lebih lagi ketika dia berseorangan.

"Macam mana awak tahu nama saya?" terketar-ketar suara Irdina. Takut.

Tidak lama kemudian, lelaki misteri itu mendekati Irdina selangkah demi selangkah. Wajahnya didekatkan dengan sisi wajah gadis itu lalu berbisik.

"Finally I found you, honey.. Did you know how long I trying to find you." bisik lelaki itu dengan suara serak basahnya. Bergetar hebat tubuh Irdina ketika itu.

Siapa?

Siapa lelaki itu?

"Awak siapa sebenarnya!" marah Irdina, ditolak kuat dada tegap lelaki itu menjauh darinya.

"Pergi dari sini lah bodoh! Pergi!" tak henti-henti Irdina melemparkan tumbukan berkali-kali kepada lelaki tersebut. Mata dipejam kerana takut, tidak mahu tahu siapa lelaki itu.

"Weh... Weh... Dina, ni aku lah... Azaim..." kedua-dua lengan Irdina digengam erat. Cuba menahan gadis itu agar tidak terus memukulnya, tidak lama lebam juga satu badan ni kang.

Ketika mendengarkan pengakuan tersebut, laju Irdina mendongakkan kepalanya, matanya yang tertutup rapat tadi dibuka untuk melihat gerangan di hadapannya.

"A-Azaim?"

"Yes, ni aku... Azaim..." katanya sambil mempamerkan senyuman nipis.

Terkebil-kebil mata Irdina saat itu. Setelah setahun berlalu, jauh perbezaan yang berlaku pada Azaim, rambut yang dulu panjang macam perempuan kini sudah terpotong rapi. Nak kata macam style Ronaldo pun ada.

"Sejak bila lagi kau balik Malaysia?" soal Irdina. Setahunya memang Azaim akan balik ke Malaysia, tapi tak tahu pula Azaim balik lebih awal daripada yang dijangkakan.

"Teka lah..." sengih lebar lelaki itu menatap wajah comel Irdina, boleh cair hati gadis itu. Dahlah seratus lapan puluh darjah berubah, dari selekah, tiba-tiba jadi segak.

Azaim Haniff. Rakan ataupun peneman Irdina sewaktu menuntut ilmu di luar negara. Namun, tidak pernah sekali pun Irdina menganggap Azaim lebih daripada kawan sedangkan di pihak lain sudah lama menaruh hati.

"Takde masa aku nak teka-teka, Zaim..." berkerut dahi gadis itu. Malaslah dia hendak meneka sebab dia tahu, apa yang diteka, takkan kena punya.

"Asal muka cemberut macam tu, kau ada masalah ke?" tegur lelaki tersebut. Riak serta raut wajah Irdina diperhatikan dengan begitu teliti.

"Nothing.." sempat dia menjeling tajam.

Walau bagaimanapun, Azaim masih melakarkan sengihan di wajah tampannya. Face mask berwarna hitam dibuka lalu membiarkan sahaja wajah tampannya yang jelas menampakkan bahawa lelaki itu berkacukan Inggeris diperlihatkan.

"Dina, kau tengah merajuk dengan aku ke?" ujar lelaki itu, ditundukkan sedikit tubuhnya untuk menyamakan ketinggian dengan Irdina. Terkedu gadis itu dibuatnya.

"Sorry, takde masa aku nak merajuk dengan kau"

"Takde masa?" sengihnya lagi.

"Habistu masa kita belajar dulu-dulu, banyak kali kut kau merajuk dengan aku, kau ingat aku tak tahu ke perangai kau macam mana..." kata lelaki itu selamba. Bertahun-tahun menimba ilmu bersama, takkan dia tak tahu perangai Irdina.

"Entah lah, suka hati kau nak kata apa..." balas Irdina acuh tak acuh. Tidak lama kemudian, gadis itu cuba melangkah menjauh dari Azaim, malas nak melayan, buat apa nak lama-lama.

"Jap, Dina..." lengan Irdina disambar laju oleh Azaim. Terbeliak mata Irdina tatkala merasa kulit yang terasa hangat menyentuh kulit lengannya.

"Apa?" soal gadis tersebut dengan dahi berkerut.

"Kau ni makin garang pulak, dah alang-alang kita jumpa... Kau taknak ajak aku jalan-jalan sekali?"

"Buat apa? Eh taknaklah" Irdina menjulingkan anak matanya ke atas. Takde hati nak bawa lelaki itu jalan-jalan makan angin.

Walaupun ditolak, Azaim tidak mudah berputus-asa. Beg plastik yang dipegang oleh Irdina direbut, kemudian dibawa menjauh daripada gadis tersebut.

"Azaim! Bak sini plastik tu!"

"If you want it, let me be your partner today..." bisiknya sambil mengenyitkan sebelah mata.

"Eeee, taknaklah... Apa masalah kau sebenarnya ni?"

"Masalah aku? Aku takde masalah, I just want to spend time with you... That's enough..." jawab Azaim selamba. Irdina terkial-kial berlari mendapati tubuh tinggi Azaim, sudahlah pendek. Nak dibandingkan dengan lelaki tinggi. Hah!

Sampai tahun depan, dia tak henti-henti berlari.

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

394K 34.3K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
1.4M 17.4K 8
[COMPLETED] "You don't know me well."
2M 87.2K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
35.1K 2.6K 24
[ ONGOING ] KARYA KETIGA โ› pastikan baca Mafia Academy terlebih dahulu bagi mengelakkan kekeliruan โœ ๏น™ ๐™–๐™ก๐™ก ๐™ฉ๐™๐™š ๐™—๐™š๐™ฉ๐™ฉ๐™š๐™ง ๐™™๐™–๐™ฎ๐™จ ๐™–๐™ง๐™š ๐™ฉ๏ฟฝ...