š“šžš§š š¤š® š‡šššŸšŸššš³ šƒļæ½...

By missdiraa

1M 38.3K 1.3K

š”š§ššžš« š“šžš§š š¤š® š’šžš«š¢šžš¬ š•šØš„ šŸ šŠš§šØš°š§ š€š¬ š‡š¢š¬ šš«šžšœš¢šØš®š¬ š–š¢šŸšž š“šžš§š š¤š®... More

TENGKU HAFFAZ DAIYAN
MTHD | PROLOG
MTHD | 1
MTHD | 2
MTHD | 4
MTHD | 5
MTHD | 6
MTHD | 7
MTHD | 8
MTHD | 9
MTHD | 10
MTHD | 11
MTHD | 12
MTHD | 13
MTHD | 14
MTHD | 15
MTHD | 16
MTHD | 17
MTHD | 18
MTHD | 19
MTHD | 20
MTHD | 21
MTHD | 22
MTHD | 23
MTHD | 24
MTHD | 25
MTHD | 26
MTHD | 27
MTHD | 28
MTHD | 29
MTHD | 30
MTHD | 32
MTHD | 33
MTHD | 34
MTHD | 35
MTHD | 36
MTHD | 37
MTHD | 38
MTHD | 39
MTHD | 40
MTHD | 41
MTHD | 42
MTHD | 43
MTHD | 44
MTHD | 45
MTHD | 46
MTHD | 47
MTHD | 48
MTHD | 49
MTHD | 50
MTHD | 51
MTHD | 52
MTHD | 53
MTHD | EPILOG
SURAT CINTA HAFFAZ
E-BOOK HAIRA

MTHD | 31

11K 404 0
By missdiraa

"HAZRIQ, tengok mommy su tengah main apa... Hazriq nak ikut main tak?"

Awa-awal pagi lagi, Hanim sudah aktif bermain dengan anak saudara kesayangannya. Adelia dan Tengku Nina pula asyik dengan aktiviti memasak di dalam dapur memandangkan Dewi masih bercuti.

"Abang Ziq mana, Kak?" soal Hanim, kepalanya ditolehkan sedikit kearah kakak iparnya.

"Keluar pergi gym kejap, nanti balik lah tu" balas Adelia selamba. Sudah biasa dengan kegiatan seharian suaminya.

Hanim pun angguk-angguk faham. Benda biasa, buat apa nak hairan.

"Dengan abang Faz sekali ke?" sebelah keningnya dijungkit sedikit.

"Eh tak lah, dia jalan seorang..."

"Habistu kenapa sejak tadi Hanim tak nampak pun abang Faz... Ke dia dah keluar awal?" tutur Hanim penuh hairan. Kepala yang langsung tak gatal pun digaru.

"Cuba Hanim periksa bilik abang tu, kalau takde maksudnya keluar lah tu" sampuk Tengku Nina.

Nak ataupun tak, Hanim terpaksa menurut. Bilik abang sulungnya terlebih dahulu dituju.

"Nak ketuk ke tak? nak ketuk ke tak? ke tak payah? Hesy, tak payahlah... Baik aku sergah masuk je..." bisik gadis itu perlahan. Malas nak ketuk-ketuk pintu bagai.

"Assalamualaikum wahai abang kesayanganku..." laung Hanim sebaik sahaja daun pintu bilik itu ditolak.

Tidak ada sahutan.

"Abang? Ouh abang..." panggilnya lagi. Kali ini Hanim beranikan diri untuk masuk ke bilik Haffaz. Anak matanya mula meliar-liar mencari kelibat si abang.

"Ya Allah, dia dah keluar ke?"

"Kenapa Hanim kat sini?" suara serak basah penuh maskulin menerpa tepat di dalam pendengaran Hanim. Tersentak si bongsu dibuatnya, Haffaz yang masih terbaring diatas katil dengan comforter melitupi tubuh tegapnya dipandang.

"Hesy, buat terkejut orang aje... Hanim ingat abang keluar awal tadi, by the way, abang dah kenapa lewat sangat bangun, penat ke?" langkah dihayun mendekati Haffaz.

"Hm..." bibir merah yang selalu dilihat kini tidak sudah menampakkan merah.

"Abang sakit ke? kenapa pucat ni? pastu peluh-peluh macam ni..." Hanim menunjukkan raut wajah penuh kerisauan. Bukan apa, kalau pucat mungkin boleh diterima lagi tapi bila dah berpeluh-peluh. Takkan nak biarkan.

Tambahan pula, bilik itu mana ada panas. Sejuk memanjang sebab hanya aircond yang digunakan.

"Nanti elok la ni"

"Apa yang elok, bang... pucat pastu peluh macam ni nak kata elok? Kalau pengsan tetiba macam mana? Siapa nak tanggung?" marah Hanim penuh geram. Berkerut-kerut dahi si adik. Entahlah, boleh-boleh pula dia geram dengan Haffaz.

"Abang boleh tanggung sendiri"

"Tanggung sendiri apa bendanya... Orang sakit mana boleh jaga diri sendiri"

Haffaz menghembuskan nafas kasar. Bibir merahnya hanya mampu mengukirkan senyuman nipis.

"Takyah risau..."

"Bukan Hanim yang risau, macam mana kalau kak Risa yang ri--"

Belum sempat Hanim menghabiskan ayatnya, gadis itu terlebih dahulu menekup mulutnya.

"Apa Hanim cakap?" Haffaz mula bersuara, matanya membulat tatkala mendengar nama isterinya disebut oleh Hanim.

"Ergh, takde... takde..." kepalanya digeleng laju. Menidakkan soalan Haffaz.

"Jangan tipu abang, Hanim... Abang dengar Hanim sebut nama isteri abang"

"Takde, Hanim salah cakap je... Hanim nak cakap, yang Hanim tak risau, tapi kalau nantilah Kak Risa tahu keadaan abang macam ni, mungkin dia lagi risau" jelasnya supaya tidak menimbulkan kecurigaan.

Dia sudah berjanji dengan Darisa untuk tidak memberitahu keberadaan gadis itu kepada Haffaz.

Disaat mendengar penjelasan Hanim, Haffaz kembali mendiamkan diri. Kepalanya terangguk-angguk seolah-olah dia memahami.

"RISA..."

"Ya?" sahut Darisa sebaik namanya diseru.

"Nah, abang ada belikan Risa handsock..." ujar Arshad seraya menghulurkan satu bakul kecil kearah gadis di hadapannya.

"Ya Allah, kenapa abang belikan Risa handsock bagai... Risa boleh beli sendiri..."

"It's okay, tak lama lagi birthday Risa kan... Abang bagi hadiah awal sikit..." potong lelaki itu sambil mempamerkan sengihan di wajah tampannya.

Namun, berat hati Darisa ingin menerima hadiah pemberian Arshad. Bukan apa, dia taknak ada orang yang sanggup menghabiskan duit untuknya.

"Takpelah bang, Risa tak dapat terima... Abang bagilah kat kekasih abang ke..." Darisa kembali menghulurkan bakul tersebut.

"Tu special just for you, abang takde kekasih... Dari awal lagi abang beli tu untuk Risa..." beritahunya penuh tenang. Tak lekang senyuman terpamer di wajahnya.

Saat mendengar jawapan Arshad, Darisa ketap bibir merahnya lalu menundukkan sedikit kepala sambil menatap bakul di tangannya.

Patutkah dia terima?

"Kalau Risa berat hati nak terima, anggap je la apa yang abang bagi tu sedekah" Arshad kembali bersuara tatkala melihat raut wajah Darisa.

"Kan lebih baik abang bagi je kat bonda" tolak gadis itu lagi.

"Abang ada belikan bonda jubah tadi, so, handsock tu memang abang belikan untuk Risa"

"Tapi..."

"Abang ikhlas bagi Risa... ambil je..." kata lelaki itu sambil menggelengkan kepalanya. Berharap agar Darisa menerima pemberiannya.

Darisa mula menghembuskan nafas berat, kini dia dalam keadaan dilema. Jika menolak, takut Arshad terasa hati.

"Erm, terima kasih..." ucap Darisa dengan sedikit keraguan.

"Sama-sama... "

"Kalau macam tu, Risa balik dulu ye bang... Risa ada urusan sikit..." pamit Darisa, gadis itu sempat mengerling jam tangan di pergelangan tangannya.

"Risa nak pergi mana?"

"Eghh, ada sesuatu yang Risa nak uruskan... Sekejap je..." beritahu Darisa terburu-buru.

Melihat sahaja gadis tersebut seperti sedang tergesa-gesa. Arshad mengerutkan dahinya, "Nak abang tolong ke?"

"Tak... Tak perlu, ni urusan Risa..." cantasnya dengan pantas. Lebih baik Arshad tidak perlu masuk campur dalam urusannya. Lagipun, dia sudah bertekad untuk tidak menyusahkan orang lain lagi.

"Hm, yelah, hati-hati kat jalan... Jangan drive laju-laju..." pesan lelaki itu dengan nada mendatar. Kalau Darisa sudah berkata seperti itu, mahu tidak mahu dia terpaksa akur.

Darisa pula mampu membalas dengan anggukan kepala. Tanpa sepatah perkataan, gadis itu bergegas pergi meninggalkan Arshad seorang diri.

Pada masa yang sama, Arshad masih berdiri tegak sambil menatap Darisa yang semakin lama semakin menjauh. Senyuman yang terukir tadi mula memudar.

"Arshad..." suara Puan Aisah kedengaran begitu tepat di dalam pendengaran si anak.

"Dah lama ke Arshad kat sini?" soal wanita tua itu dengan kerutan di dahi. Tanpa khabar, tiba-tiba pula wujud.

Arshad tertawa kecil mendengar soalan ibunya, "Taklah, baru je... Arshad terserempak dengan Risa tadi.." ujar lelaki tersebut.

"Oh..." panjang 'oh' Puan Aisah. Kepalanya terangguk-angguk sambil menatap anak terunanya.

"Bonda dah makan ke belum?"

"Dah, makan dengan Risa tadi... "

"Ouh, mana budak-budak? Senyap je... Selalunya bising..." tutur Arshad. Anak matanya sempat melirik kearah belakang sang ibu. Tercari-cari kelibat anak-anak yang diasuh oleh Puan Aisah.

"Hm, tengah tidur lepas Risa bercerita-cerita dengan diorang tadi..."

"Ouh..." dia meng'oh'kan sekali lagi. Puan Aisah pula sudah berkerut dahi mendengar.

"Kamu ni asyik 'oh' 'oh'... geram pulak bonda dengar, apa yang kamu nak cakap sebenarnya..."

Nada suara wanita tua itu tidak pasal-pasal naik seoktaf. Bukan dia tak tahu apa yang dipendam Arshad dari tadi, saja nak menyoal benda yang sudah dijelas diketahui.

"Takde lah, saja nak buat bonda marah-marah sikit... Dah lama bonda tak marah kan..." selorohnya. Lelaki itu terus melakarkan senyuman penuh lebar di hadapan ibunya.

Puan Aisah yang melihat gelagat Arshad yang kelihatan tidak matang itu langsung menghembuskan nafas geram.

"Budak ni kan!" bibir diketap begitu rapat. Tanpa belas kasihan, Puan Aisah memusingkan cuping telinga Arshad sehingga kedua tapak kaki lelaki itu terjengket sambil menahan kesakitan.

"Sakit... sakit..." rintih sang anak. Habis ditepuk-tepuk lengan si ibu minta dilepaskan.

Puan Aisah yang mendengar rintihan anaknya terus menghentikan aksinya. Tak sampai hati pula nak kenakan anak sendiri. Mujurlah dapat ibu yang mempunyai hati penyayang.

"Nak sangat tengok bonda marah kan, hah... tengoklah bonda marah..." ujar Puan Aisah sambil bercekak pinggang. Namun begitu, Arshad tersengih lebar tatkala melihat telatah comel ibunya.

Makin tua, makin comel.

"Sengih-sengih ni dah kenapa? Nampak siapa?" soal wanita tua tersebut. Berkerut-kerut dahi Puan Aisah. Hairan.

"Nampak syurga..." jawab Arshad selamba.

Tika mendengar, Puan Aisah mula terpinga-pinga.

"Syurga?"

"Yelah, syurga Arshad sekarang kan depan Arshad..." tutur lelaki tampan itu. Bahu ibunya dipaut lembut, manakala ubun-ubun kepala Puan Aisah dikucup penuh kelembutan.

Tersentuh hati Puan Aisah ketika itu, air mata tiba-tiba sahaja mengalir membasahi pipinya. Rasa bersalah kian terasa saat mengenang waktu kecil Arshad.

Benar, dahulunya dia kurang memberikan perhatian kepada Arshad. Semua kasih sayang yang diberikan selalu tertuju kepada anak asuhannya. Bukan kepada Arshad.

"Arshad, bonda minta maaf yee nak..."

Bisikan si ibu membuatkan Arshad menggelengkan kepalanya. Bibir merah yang membuktikan bahawa dia bukanlah seorang perokok menarik senyuman nipis.

"Bonda tak salah apa-apa,apa yang bonda buat dah cukup buat Arshad bangga..."

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 92.3K 75
"š‘Æš’š’˜ š‘³š’š’—š’† š‘Ŗš’‚š’ š‘©š’† š‘ŗš’ š‘Ŗš’“š’–š’†š’ š’€š’†š’• š‘ŗš’˜š’†š’†š’• š‘Øš’• š‘»š’‰š’† š‘ŗš’‚š’Žš’† š‘»š’Šš’Žš’†?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...
451K 33.7K 47
ā†³ KARYA PERTAMA YANG PENUH DENGAN CACAT CELA ā™” start : 17 April 2022 ā™” end : 20 May 2022 WARNING āš ļø āš ļø āš ļø ā†³ this story is EXTREMELY CLICHE, CRINGE AN...
2.4M 192K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
564K 6.9K 9
"Nama aku Khair. Arzen Bilal Khair."-š€š‘š™š„š ššˆš‹š€š‹ šŠš‡š€šˆš‘ Dia seorang petarung handal. Dakar tiada gentar. Rasa megah mengalir dalam dara...