๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๏ฟฝ...

By missdiraa

1M 38.2K 1.3K

๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ... More

TENGKU HAFFAZ DAIYAN
MTHD | PROLOG
MTHD | 1
MTHD | 2
MTHD | 4
MTHD | 5
MTHD | 6
MTHD | 7
MTHD | 8
MTHD | 9
MTHD | 10
MTHD | 11
MTHD | 12
MTHD | 13
MTHD | 14
MTHD | 15
MTHD | 17
MTHD | 18
MTHD | 19
MTHD | 20
MTHD | 21
MTHD | 22
MTHD | 23
MTHD | 24
MTHD | 25
MTHD | 26
MTHD | 27
MTHD | 28
MTHD | 29
MTHD | 30
MTHD | 31
MTHD | 32
MTHD | 33
MTHD | 34
MTHD | 35
MTHD | 36
MTHD | 37
MTHD | 38
MTHD | 39
MTHD | 40
MTHD | 41
MTHD | 42
MTHD | 43
MTHD | 44
MTHD | 45
MTHD | 46
MTHD | 47
MTHD | 48
MTHD | 49
MTHD | 50
MTHD | 51
MTHD | 52
MTHD | 53
MTHD | EPILOG
SURAT CINTA HAFFAZ
E-BOOK HAIRA

MTHD | 16

10.1K 446 8
By missdiraa

AWAL pagi lagi, Darisa sudah menyiapkan hidangan sarapan pagi diatas meja makan. Gadis itu sudah menyibukkan diri dengan kerja-kerjanya di dalam dapur, walaupun tidak diiktiraf sebagai seorang isteri. Tugas dan tanggungjawabnya masih dijalankan seperti biasa.

"Saya dah siapkan sarapan untuk awak, makanlah sebelum pergi kerja.." balas gadis itu dengan nada mendatar, raut wajah sama sekali tidak menunjukkan kesedihan mahupun kegembiraan. Hanya mempamerkan senyuman paksa.

Haffaz yang baru sahaja menyarungkan kemeja putih pada tubuhnya bergerak mendekati meja makan. Hairan, hidangan hari ini tidak seperti sebelumnya.

"Apasal kau masak nasi lemak?" soal sang suaminya dengan dahi berkerut.

"Saja, gatal sangat hati nak masak nasi lemak.. Awak makan lah.. " jawab Darisa bersahaja. Perlahan-lahan kaki menyusun langkah menjauhi lelaki itu, tidak mahu menganggu Haffaz.

Namun belum lagi setapak, Haffaz mula menarik lengan Darisa pantas.

"Kau tak makan?"

Soalan itu hanya dibalas dengan gelengan kepala. Darisa sama sekali tidak bersuara, tangan Haffaz yang mencengkam erat lengannya ditepis lembut.

"Habistu takkan kau nak biarkan aku makan seorang?" sepasang anak mata berwarna coklat tua itu menatap terus kedalam anak mata berwarna hazel. Darisa mengetapkan bibir merahnya tatkala melihat tatapan itu.

"Saya taknak ganggu awak.. Lagipun awak taknak tengok muka saya lagi, buat apa--"

"Kau duduk.." arahnya penuh ketegasan. Belum lagi Darisa menghabiskan ayatnya, Haffaz terus memintas.

Darisa mengangkat sebelah keningnya, "Hah?"

"Sit down, aku tak suka makan seorang-seorang..." tanpa melengahkan masa, Haffaz menarik tubuh isterinya lalu didudukkan gadis itu diatas kerusi berhadapan dengannya. Darisa pula tercengang dengan perbuatan lelaki itu.

"Saya taknak ganggu awak.. Awak makan aje lah seorang" punggungnya cuba diangkat daripada melekat diatas kerusi itu.

"Darisa, aku kata duduk.. Jadi duduk.." suara penuh dengan ketegasan yang keluar daripada mulut lelaki di hadapannya membuatkan Darisa meneguk air liur. Gerun.

Nafas dihembus geram, mahu tidak mahu, gadis itu akur. Duduk diatas kerusi seperti yang dimahukan oleh suaminya, kemudian mengautkan nasi dan juga lauk-pauk untuk lelaki tersebut.

"Nah.. Awak makan lah.." katanya seraya menghulurkan pinggan yang sudah disediakan nasi dan juga lauk. Manakala dia hanya diam sambil memerhati suaminya.

"Kau pulak kenapa tak makan?"

"Erm, saya dah kenyang..." perlahan-lahan kepalanya digelengkan.

"Kurus macam tu pun kau taknak makan? Kalau umi bising sebab kau kurus macam mana? Nanti tak pasal-pasal aku jugak kene leter.." omel Haffaz dengan wajah berkerut-kerut.

Walau bagaimanapun, omelan Haffaz langsung tidak diendahkan. Darisa terus mendiamkan diri, iris mata berwarna hazel itu mengalihkan pandangan kearah tempat lain manakala belakang tubuhnya sempat bersandar pada kerusi itu.

"Harini awak balik lambat ke?" soal si isteri, ayat Haffaz tidak dibalas malah Darisa menggantikan dengan soalannya.

"Kenapa?"

"Saya nak pergi rumah umi, dah lama saya tak jumpa umi.. Sekali nak jumpa Hazriq.." beritahunya dengan nada perlahan. Beberapa hari yang lepas, Adelia sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Tengku Hazriq Adeleen Bin Tengku Haziq Rafael.

Melalui akaun Facebook Tengku Nina, tidak henti-henti wanita tua itu memuatnaik gambar-gambar cucu pertamanya. Nampak sangat Tengku Nina gembira akan kehadiran Hazriq. Manakan tidak, sudah bertahun-tahun dia menginginkan seorang cucu.

"Kau tunggu je aku balik nanti.." lelaki itu membalas penuh ringkas. Darisa pula tidak banyak bunyi, mengangguk setuju sahaja.

Tidak lama kemudian, suasana kembali sunyi. Hanya ditemani dengan bunyi televisyen yang masih hidup sejak daripada tadi. Lelaki yang duduk berhadapan dengannya hanya dipandang sekilas.

"Lepas kita bercerai, awak nak buat apa?" soal Darisa secara tiba-tiba.

Saat mendengarkan soalan itu, Haffaz pantas mengangkat kepalanya kemudian merenung seraut wajah di hadapannya itu. "Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal tu? Suka hati aku nak buat apa.. Lagipun aku dah cakap, lepas je kita bercerai, kau sibuk dengan hal kau dan aku sibuk dengan hal aku.. Buat je macam kita takde pape lepas ni"

Dengan begitu mudahnya lelaki itu menganggap perkahwinan ini seperti tidak apa-apa, walaubagaimanapun, Darisa hanya mampu mendiamkan diri. Tidak mahu lagi memperbesarkan masalah.

Lebih baik diam.

"Erm awak.. saya nak carikan neck tie awak dulu.." pamit Darisa, saja mencari alasan kerana tidak mahu berlama-lama dengan lelaki itu. Tidak mahu menyeksa diri.

Darisa bingkas bangun daripada tempat duduknya sebaik sahaja tidak ada sepatah perkataan yang dilemparkan oleh suaminya. Gadis itu cuba mengorak langkah mendekati daun pintu bilik Haffaz dengan perasaan sayu.

Klak!

Tombol pintu dipusing kemudian ditolak, bau parfum lelaki memasuki tepat kedalam rongga hidung Darisa, teringat detik-detik dimana dia tidur bersama Haffaz buat kali pertama dan mungkin sahaja kali terakhir.

"Tempat kau memang bukan kat sini, Darisa" bisiknya sendirian. Cuba menyedarkan diri bahawa dia memang tidak layak untuk dijadikan hak milik lelaki itu.

Tanpa membuang masa, sekali lagi Darisa membuka langkah. Kali ini bergerak menuju ke ruang wardrobe yang terletak berdekatan dengan bilik mandi.

Namun begitu, langkah gadis tersebut terhenti buat seketika tatkala melihat bingkai foto yang diletakkan dengan keadaan terampai diatas rak.

Oleh kerana perasaan ingin tahu, Darisa memberanikan diri untuk membetulkan posisi bingkai foto itu. Dan seketika, ia terpana. Mulut seakan-akan terkunci dengan sendirinya.

Foto kemesraan Haffaz dan Inara dipandang dengan penuh teliti. Tidak hairan dan tidak pelik mengapa Haffaz mengubah posisi bingkai gambar tersebut seperti itu.

"Dia masih simpan lagi gambar ni.." Darisa berbisik sendiri, paksa diri untuk senyum. Bahagianya Haffaz dengan Inara sewaktu ketika dahulu, tersenyum gembira di bawah bangunan Eiffel Tower.

Namun sayangnya, detik indah seperti itu tidak pernah Darisa rasakan. Dia hanya hidup dalam seksaan kejam Adryan yang terlalu obses dengannya.

'Untung kau, Inara..' desis hatinya.

Bingkai foto tersebut kembali diletakkan seperti asal. Biarkan terampai diatas rak tersebut manakala Darisa meneruskan langkahnya, kali ini benar-benar memasuki segenap ruangan wardrobe itu. Rak yang meletakkan semua koleksi tali leher suaminya dituju.

Anak mata gadis tersebut meliar-liar, mencari-cari tali leher yang sesuai untuk digunakan oleh Haffaz. Hampir seminit juga dia mencari, sehinggalah tali leher berwarna kelabu dengan corak bergaris-garis menjadi pilihan utamanya.

"Cepat sikit, aku dah lambat.." suara garau dan serak yang menerpa didalam pendengaran Darisa membuatkan gadis itu tersentak. Laju Darisa memalingkan wajahnya, figura sang suami sudah terpancul dihadapan pintu ruang wardrobe sambil memeluk tubuh. Bahu kanannya disandarkan pada dinding pintu itu.

"Maaf, saya tengah cari ni... Kalau awak pakai ni okay kan?" ujar Darisa, tali leher yang dipilih ditunjukkan kearah Haffaz.

"Aku tak kesah lah nak pakai apa, yang penting bukan color perempuan, dah cepat.. Aku dah lambat.." nada suaranya kedengaran agak kasar. Darisa pun kelam-kabut mendekati suaminya.

Tanpa membuka mulut, gadis itu merapatkan tubuhnya dengan tubuh tegap itu. Memakaikan tali leher suaminya dengan keadaan diam, Darisa fokus dengan aktiviti mengikat tali leher Haffaz tanpa menyedari perbuatannya diperhatikan oleh lelaki dihadapannya.

Tidak semena-mena jantung seorang lelaki berdegup begitu kencang tatkala melihat bulu mata yang begitu lentik, kulit wajah yang kelihatan bersih tanpa sebarang jerawat dan bibir merah menawan bak buah delima.

Sejujurnya, dia akui Darisa Haura memanglah seorang gadis yang cantik. Mempunyai rupa paras yang menawan sehingga dapat memukau lelaki yang hanya memandangnya dengan sekilas pandang.

"Dah siap..." seusai sahaja selesai mengikat tali leher suaminya. Darisa tersenyum sendiri, ini pertama kali dia mengikatkan tali leher buat Haffaz walaubagaimanapun ia sudah memberikan satu kebahagiaan buat Darisa.

Haffaz yang menyedari akan senyuman itu membuatkan lagi detak jantungnya tidak keruan. Satu perasaan asing mula menerpa didalam hatinya.

"Jaga diri..." pesan si isteri dengan bernada perlahan. Senyuman manis terukir di wajah gadis itu menyembunyikan perasaan sedih didalam hati.

Sayangnya, Darisa tidak lagi berani untuk menyentuh Haffaz sembarangan walaupun lelaki itu sudah sah menjadi suaminya dan halal untuk disentuh. Dia tahu Haffaz pasti membenci sentuhannya.

Setelah melontarkan pesanannya, tanpa berlama-lama, Darisa mengatur langkah, melimpasi tubuh tegap suaminya tanpa sebarang bunyi. Berubah, gadis itu berubah. Angkara hati yang sudah tidak lagi mampu menahan sakit, Darisa lebih banyak mendiamkan diri.

Sehingga terbit perasaan kecewa di dalam hati lelaki bergelar suami itu. Entah mengapa perubahan sikap Darisa membuatkannya kecewa, padahal tanpa ia sedari, kerana dialah isterinya berubah.

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 192K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
2.5M 15.2K 9
| PDF | EBOOK| CRIME ACTION ROMANCE ๐ƒ๐ž๐ง๐๐š๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐œ๐ข๐ง๐ญ๐š, ๐๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ฎ๐š ๐ฌ๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š, ๐›๐ž๐ซ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ญ๐ข ๏ฟฝ...
4.1M 247K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
1.4M 17.4K 8
[COMPLETED] "You don't know me well."