๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๏ฟฝ...

By missdiraa

1M 38.3K 1.3K

๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ... More

TENGKU HAFFAZ DAIYAN
MTHD | PROLOG
MTHD | 1
MTHD | 2
MTHD | 4
MTHD | 5
MTHD | 6
MTHD | 7
MTHD | 8
MTHD | 9
MTHD | 10
MTHD | 11
MTHD | 12
MTHD | 13
MTHD | 14
MTHD | 16
MTHD | 17
MTHD | 18
MTHD | 19
MTHD | 20
MTHD | 21
MTHD | 22
MTHD | 23
MTHD | 24
MTHD | 25
MTHD | 26
MTHD | 27
MTHD | 28
MTHD | 29
MTHD | 30
MTHD | 31
MTHD | 32
MTHD | 33
MTHD | 34
MTHD | 35
MTHD | 36
MTHD | 37
MTHD | 38
MTHD | 39
MTHD | 40
MTHD | 41
MTHD | 42
MTHD | 43
MTHD | 44
MTHD | 45
MTHD | 46
MTHD | 47
MTHD | 48
MTHD | 49
MTHD | 50
MTHD | 51
MTHD | 52
MTHD | 53
MTHD | EPILOG
SURAT CINTA HAFFAZ
E-BOOK HAIRA

MTHD | 15

10.4K 433 12
By missdiraa

BUNYI derapan kaki yang laju telah memecahkan keheningan didalam ruang koridor hospital tersebut, satu persatu wajah yang terpancul di hadapan dipandang silih berganti.

"Mummy, macam mana Mala? Mala okay kan.." soal Darisa dengan penuh kerisauan. Kedua dua tangan ibu saudaranya digenggam kuat, tubir mata mulai terasa hangat tatkala mengetahui keadaan Mala.

Sebaik saja mendengarkan soalan Darisa, Puan Qaira pantas menundukkan kepalanya. Air mata cuba ditahan daripada mengalir membasahi pipi wanita tua itu.

"Mummy.. kenapa ni.. Jangan lah diam, Risa tanya mummy sekarang ni, Mala okay kan?" menggigil tubuh Darisa, gugup kerana raut wajah Puan Qaira tidak seperti yang dijangkakan.

"Risa..." panggil Puan Qaira lembut, tadi Darisa yang mengenggam tangan tua itu tapi kini giliran Puan Qaira yang mengenggam tangan gadis di hadapannya.

"Kenapa ni.. Kenapa semua buat muka macam ni, bagitau lah Risa, Mala okay kan..."

Darisa memaksa diri untuk berfikiran positif, wajah Encik Philip, Puan Qaira dan juga Inara dipandang silih berganti, namun tidak ada senyuman sama sekali terukir di wajah mereka. Malah Inara merenung tajam kearah Darisa.

"Kau berambus je lah, Darisa.. Baik kau tak payah tunjukkan muka kau kat sini, disebabkan kau adik aku koma!" bahu Darisa ditunjal dengan begitu kuat sehingga tertolak tubuh gadis itu.

Darisa terdiam buat seketika, anak mata kini beralih kearah ibu saudaranya.

"Mummy, ni semua tipu kan, Risa salah dengar.. Mesti Risa salah dengar kan?"

Puan Qaira perlahan-lahan menggelengkan kepalanya, disaat melihat isyarat itu, Darisa berdiri kaku dengan tatapan kosong. Tidak semena-mena air mata bercucuran jatuh membasahi pipi merah gadis itu.

"Kau pergi!! Patutnya daripada dulu, kau tak patut hadir dalam keluarga ni, kau kene sedar kau tu penumpang! Kalau kau tak buat Mala masuk campur dalam urusan kau dengan Adryan, semua ni takkan jadi!" bentak Inara sehingga suara lantangnya memenuhi ruang kawasan tersebut. Tubuh Darisa ditolak dengan begitu kasar.

"Inara, berhenti.." tindakan Inara itu cuba dihentikan oleh Puan Qaira. Pilu hati seorang ibu melihat anaknya kini terlantar diatas katil wad dalam keadaan kritikal.

"Dia ni pembawa sial! pembawa malang! Mummy tak payah nak susahkan diri sebab nak jaga perempuan sial ni!"

"Inara Balqis! Jaga mulut kamu!" naik darah Puan Qaira dengan sikap anak sulungnya, kulit wajah yang cerah kini berubah kemerah-merahan. Geram.

"Now mummy cuba backup perempuan tak guna ni, mummy sedar tak?! Because of her, Mala terlantar kat hospital dalam keadaan tak sedarkan diri.. Sekarang mummy nak lebihkan Darisa atau Mala? Mala anak kandung mummy! Bukannya Darisa!"

Darisa mengemamkan bibir merahnya, hati sakit saat Inara memarahinya. Dia tahu disebabkan dirinya, Mala terpaksa bertarung nyawa. Adryan pula kini menjadi suspek utama dalam kejadian yang terjadi terhadap Mala.

Sejujurnya, dia tidak menyangka hal begini bakal terjadi.

"Inara, mummy dah anggap Risa macam anak mummy.. Dia tak bersalah pun--"

"Tak bersalah?" Inara tertawa sinis, rambut perangnya diseka ke belakang dengan hembusan nafas kasar.

"Mala mati baru mummy sedar? Kalau sejak dulu Darisa tak buat Mala masuk campur urusan dia dengan Adryan, benda ni takkan jadi.." marahnya.

Encik Philip yang menyaksikan perkelahian ibu dan anak mula memicit pelipis kepalanya. Serabut, lebih-lebih lagi tatkala melihat anak bongsunya sudah terbaring kaku diatas katil dengan alat pernafasan.

Luka yang terlalu dalam di bahagian perut Mala telah merosakkan sebahagian organ dalamannya. Bukan itu sahaja, wajah jelita Mala tidak lagi kelihatan, semuanya penuh dengan lebam dan juga luka.

"Darisa.. Kamu pulanglah, untuk tempoh masa terdekat ni, daddy tak galakkan kamu datang sini.." bisik Encik Philip sambil mengusap usap bahu Darisa.

"Tapi daddy, Mala.."

"Mala tu serahkan kepada kami.. Untuk masa sekarang, jauhkan diri daripada mummy, daddy, Inara dan juga Mala.. Bila-bila masa je Adryan datang balik, teruskan bersembunyi di belakang Haffaz hm.." ayah saudaranya memujuk Darisa sekeras-keras yang mungkin. Dia cukup mengenali Darisa, hubungan gadis itu dengan anaknya pun sudah seperti adik-beradik kandung.

Darisa terus menundukkan kepalanya, mendiamkan diri. Air mata tidak henti-henti mengalir. Terasa dengan kata-kata Inara, rasa bersalah dengan ibu dan ayah saudaranya. Angkara dirinya, Mala sudah didalam keadaan koma.

"Daddy, Risa mintak maaf.." ucapnya perlahan.

"Takpe, daddy faham.. Pergilah balik, Risa datang sini dengan siapa?"

"Seorang..."

"Naik apa?"

"Teksi.."

Sekali lagi Encik Philip menghembuskan nafas kasar.

"Kenapa tak suruh Haffaz hantar Risa pergi sini?" soalnya lembut. Sepasang anak matanya merenung terus kedalam anak mata berwarna hazel itu.

Darisa mempamerkan senyuman hambar, anak mata dialihkan ke tempat lain. "Haffaz dah sibuk, Risa taknak ganggu Haffaz.."

"Tapi tetap jugak Risa tu isteri dia.."

"Takpe lah, Risa boleh jalan sendiri.. Tak payah risau.." tangan Encik Philip yang berlabuh diatas bahunya ditepis lembut. Sekali lagi dia tersenyum paksa.

"Kalau begitu, jaga diri.. Pastikan jalan di tempat yang ramai orang, jangan jalan kat tempat sunyi" pesannya. Darisa pula mengangguk setuju. Dengan langkah berat, kaki cuba dihayun meninggalkan kawasan itu. Inara sekali lagi memandangnya dengan penuh amarah, benci.

Siapa saja tak benci, disebabkan dia. Adiknya Mala terpaksa menanggung kesakitan.

"Baik tak payah datang terus, dasar pembawa sial.." bisik Inara penuh sinis. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh, merenung tajam tubuh Darisa.

"Nara, aku tak berniat pun nak buat Mala masuk campur, aku--"

"Eh, tak payah sentuh aku.. Kau tu tak ubah macam anak pungut je.. sudahlah menumpang, susahkan orang pulak tu" belum lagi Darisa mencapai tangannya, Inara sudah menolak kasar tubuh itu. Jeling-jeling tajam kerana benci dan marah.

"Mummy tak ajar Nara macam ni.. Tergamak Nara cakap macam tu, padahal dulu Nara baik dengan Risa, tapi sekarang kenapa?!" sampuk Puan Qaira, berkerut-kerut dahi menatap wajah Inara di hadapannya.

"Sudah, ni hospital.. Bukan gelanggang tempat nak bergaduh, behave Inara.. Jaga mulut! Adab mana?!" kali ini kesabaran Encik Philip sudah mencapai kemuncaknya. Sakit hati dengan setiap bait ayat yang keluar daripada mulut anak sulungnya.

"Bitch Darisa.." maki gadis itu, bahu Darisa dilanggar kuat sehingga hampir kehilangan keseimbangan. Makin deras tangisan Darisa ketika Inara mula melayannya seperti itu.

Sumpah, bukan ini yang dia mahukan dan bukan ini yang dia sangkakan, dia tidak pernah terfikir pun Adryan bakal menyentuh dan mencederakan Mala.

'Aku mintak maaf, Mala..' dengan perasaan penuh rasa bersalah, Darisa mengucapkan permintaan maaf didalam hati. Kalau dia tahu benda ini akan terjadi, mungkin sejak dulu lagi dia sudah melarang Mala untuk masuk campur.

"KAU dari mana?" Suara penuh maskulin itu kini didengari oleh Darisa. Raut wajahnya terus berubah tatkala mendengarkan suara itu. Kaki yang terasa berat dipaksa untuk melangkah masuk kedalam rumah besar tersebut.

"Hoi, aku tanya kau.. Kau dari mana?" sekali lagi soalannya ditekankan. Dengan masih berpakaian kemeja lengkap, Haffaz mendekati Darisa.

"Hospital.." balas gadis itu lemah. Beg tangannya diletakkan diatas meja bar sebelum mengorak langkah menuju peti sejuk besar didalam ruangan dapur itu.

Ketika mendengarkan jawapan isterinya, Haffaz mula mengerutkan dahi. "Kau buat apa kat hospital? Sakit?"

"Saya takde sakit apa - apa, saya cuma nak jumpa Mala.."

Tatkala mendengarkan nama Mala, Haffaz terus mempamerkan senyuman sinis.

"Mala? Adik si Inara tu?"

"Ya.."

"Kau masih lagi berhubungan dengan diorang?"

Darisa mula tidak selesa apabila Haffaz sudah mula menyoalnya dengan nada suara kedengaran agak kasar. Bukan itu sahaja, lelaki itu juga mula menunjukkan muka bengis seperti sedang menahan amarah.

"Mala ahli keluarga saya, salah ke saya nak ju--"

"Hoi, kau dengar sini.. " pintasnya laju, tidak pasal-pasal, kedua-dua bahu Darisa terangkat serentak. Mulut tertutup rapat tatkala mendengarkan suara garau lelaki tersebut.

"Selagi status kau masih isteri aku, jangan dekat ataupun libatkan perempuan tak guna tu.. Aku taknak kau bawak aura pengkhianat dalam rumah ni, aku benci..." kata lelaki itu selamba sebelum bergegas meninggalkan isterinya manakala Darisa terpaksa lagi memekakkan telinga walaupun realitinya dia jelas mendengarkan setiap bait ayat yang keluar daripada mulut Haffaz.

"Dan lagi satu, tak payah tunggu lima bulan.. Cukup tiga bulan, aku lepaskan kau.."

Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya, Darisa terdiam buat seketika. Tubir mata sekali lagi terasa hangat, kenapa didalam satu hari, terlalu banyak benda terjadi?!

"Tak, Haffaz.. Awak tipu kan.. Macam mana awak tergamak buat saya macam ni, kita belum sampai sebulan pun berkahwin, awak dah fikir semua ni?" kakinya dihayun cepat mendekati Haffaz. Lengan sasa lelaki itu dicengkam kuat.

"Jadi kau ingat aku nak biarkan perasaan cinta kau tu? Semakin lama kau dengan aku, semakin dalam perasaan cinta... that's why aku taknak benda-benda macam ni jadi, aku taknak seksa kau, Darisa.." nada suaranya naik seoktaf. Anak mata besar memandang isterinya. Ini sahaja jalan penyelesaiannya untuk kebaikan bersama.

"Sampai macam tu sekali awak nak saya menghilang daripada hidup awak?"

"Lebih cepat lebih bagus, aku pun taknak berlama-lama dengan kau.."

Seusai sahaja melontarkan ayat terakhirnya, Haffaz masuk kedalam bilik tidurnya dengan hempasan pintu yang begitu kuat manakala Darisa memandang aksi lelaki itu dengan bibir diketap rapat.

Jiwa sakit, badan sakit semuanya terasa sakit. Kenapa hidupnya begitu malang?

Adakah memang sejak awal lagi dia sudah ditakdirkan untuk hidup seperti ini?

"Darisa.. Kau dah buat keputusan yang salah.. he can't accept you as his wife.. dia bencikan kau.."

JAM di dinding menunjukkan jam tiga pagi, namun begitu, Darisa masih lagi tidak dapat melelapkan matanya. Gadis itu masih lagi duduk diatas kerusi yang terletak di balkoni ruang biliknya sambil memeluk lutut. Angin malam yang berhembus membuatkan rambut ikal gadis itu kelihatan lebih cantik dilihat.

"Mama.. Babah.. Mama dan babah sihat-sihat tak kat sana?" lembut sahaja nada suara gadis itu. Sempat dia melakarkan senyuman hambar walaupun hati ingin bersedih.

"Mesti mama dan babah kecewa tengok keadaan hidup Risa kan?"

"Yelah, Risa dah takde sesiapa.. Mama dan babah dah tinggalkan Risa, Mummy dan daddy pun dah taknak Risa dekat dengan mereka... Betullah kata Inara, Risa ni pembawa malang, pembawa sial..." bisik gadis itu sambil menatap bulan yang bercahaya. Indah sahaja pemandangan ketika itu.

"Risa ada suami, tapi suami Risa pun bencikan Risa.."

Pada malam itu, dibawah cahaya malam yang begitu terang. Gadis itu meluahkan rasa sedihnya, air mata menitik-nitik membasahi pipi mulusnya. Penat.

Penat hendak berhadapan dengan realiti kehidupan yang bukan semua orang boleh menghadapnya.

"Risa dah banyak susahkan orang.. mama.. babah.. memang sebab tu jugak orang tak suka keberadaan Risa... " katanya. Merasakan dirinya sudah banyak memberikan bebanan kepada orang lain, terutamanya kepada keluarga ibu saudaranya.

Nafas perlahan-lahan dihembus keluar. Cuba menenangkan diri sambil tersenyum melihat pemandangan malam itu. Air mata yang menitik dikesat lembut, redha dengan apa yang terjadi.

Biarlah Allah SWT sahaja yang mengetahui semua isi hatinya.

Biarlah Allah SWT sahaja yang mengetahui segala ujian yang dihadapinya.

Jika itu yang sudah tertulis didalam buku jalan hidupnya, dia redha. Allah SWT lebih berkuasa terhadap dirinya, tidak ada satu pun yang boleh menghalang kuasa Allah.

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 17.4K 8
[COMPLETED] "You don't know me well."
2M 87.5K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
4.1M 247K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...