HER BEAUTIFUL CONSOLATION - C

By snowdreamm

803K 41.9K 1.8K

Status: complete Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
Epilog
His Beautiful Consolation 1
His Beautiful Consolation 2
His Beautiful Consolation 3
His Beautiful Consolation 4
His Beautiful Consolation 5
His Beautiful Consolation 6 - Final

40

11.6K 606 16
By snowdreamm

Zuha menutup skrin notebook computer sambil menghela nafas lega. Dia kemudian bersandar di kerusi lalu kepala mendongak ke siling. Lega kerana akhirnya dapat juga dia berehat setelah hampir beberapa hari dia berhempas pulas menyiapkan kerja freelance yang perlu dihantar secepat mungkin.

Disebabkan itu, Zuha juga sudah jarang meluangkan masa bersama Zuhayr memandangkan suaminya itu turut sibuk dengan kerjanya. Lelaki itu juga seringkali pulang lewat menyebabkan mereka sudah jarang bertemu walaupun berada dalam satu rumah yang sama.

Jam menunjukkan pukul sebelas pagi. Tiba-tiba, timbul idea untuk mengajak Zuhayr keluar makan tengahari bersama memandangkan sekarang sudah hampir waktu rehat. Boleh juga Zuha melepaskan rindu terhadap lelaki itu. 

'Buat surprise pun macam best jugak, kan?' getus hati kecilnya. 

Zuha bingkas bangun untuk bersiap sedia ke pejabat Zuhayr. Hatinya turut berasa teruja. Tak sabar pula hendak bertemu dengan suami tercinta. 

****


Zuhayr mencampakkan pen yang dipegang ke atas meja. Cermin mata ditanggalkan sebelum dia meraup wajahnya berulang kali.

Terdapat beberapa projek yang bakal dijalankan dalam masa terdekat perlu dia semak semula dek kerana mempunyai masalah dalaman yang tiba-tiba timbul sejak kebelakangan ini. Semua itu benar-benar memeningkan kepalanya. Itu belum lagi campur dengan masalah yang dihadapi oleh syarikat milik keluarga suami Mia. Rasa macam nak pecah kepala ni pun ada.

"I minta maaf sebab libatkan you dalam masalah family I. Tapi I betul-betul terdesak perlukan pertolongan you dengan Faris."

Mia yang duduk bertentangan dengan Zuhayr hanya mampu mengukirkan senyuman segaris.

"I tahu yang pakcik suami I memang dah lama aim untuk rampas company tu tapi I tak sangka dia boleh bertindak pantas sampai macam ni sekali. Seolah-olah semuanya dah dirancang dengan teliti sejak awal. I dengan husband fikir kitorang dapat lengahkan masa sementara tunggu ayah mertua I sembuh. Kebanyakkan projek yang dia caras semuanya melibatkan jutaan ringgit menyebabkan sebahagian shareholder dah mula berasa ragu-ragu dengan kedudukan ayah mertua I. I bimbang kita tak sempat siapkan semuanya sebelum AGM start bulan depan." ujar Mia panjang lebar sebelum melepaskan keluhan.

Zuhayr lantas menggeleng sebelum dia meletakkan semula cermin mata miliknya di pangkal hidung. 

"Tak apa, Mia. I faham perasan you sekarang ni. I dan Faris cuba tolong mana yang mampu, okay? You jangan risau. Kita masih ada masa lagi untuk selamatkan company tu. Projek besar macam tu selalunya akan ambil masa lama sikit untuk dimulakan sebab melibatkan banyak pihak. So I rasa kita masih lagi sempat untuk pujuk shareholder sebelum AGM tu start. "

Mia mengukirkan senyuman lega. Mujurlah ada Zuhayr dan Faris yang sudi membantu dirinya. Dia kemudian melirik jam tangan yang sedang menunjukkan pukul satu petang. 

"Anyway, mana Faris? I datang sini sebab dah janji nak discuss pasal kes money laundering tu dengan dia. Haih, banyak betullah nak kena settle."

Mia mengeluh lagi sambil memicit perlahan bahagian pelipis. Projek besar kena caras, kes penyelewengan wang syarikat oleh orang dalam, nak pujuk shareholder lagi. Fuh, sikit lagi kepala ni nak berasap!

"Kejap lagi sampailah tu. Mungkin traffic jam kot." ujar Zuhayr sambil matanya menatap kembali kertas kerja yang berada di atas meja. 

"Hmm, kalau macam tu I nak order makanan dulu untuk lunch. I rasa malas nak keluar. You nak join order tak?"

Zuhayr mengangguk. "Emm, boleh jugak."

Mia lantas mengeluarkan telefon pintar miliknya lalu membuat pesanan makanan melalui grab food. Dia kemudian menyimpan semula telefon lalu bangun dari tempat duduk.

"Okay, I dah order. Kalau Faris dah sampai suruh dia tunggu I. I nak pergi toilet then nak tunggu rider kat bawah."

"Alright, thanks Mia."

****



Zuha memandang pintu lif seketika. Suasana di lobi terlalu sunyi ketika ini membuatkan dia berasa ragu-ragu untuk menekan butang lif tersebut.

Baru sahaja jari telunjuknya menghampiri butang lif itu, dia segera menarik semula jarinya. Entah mengapa, dadanya sekarang dah mula berdebar kencang. Nafasnya juga sudah menjadi tidak teratur lebih-lebih lagi mindanya tiba-tiba rajin pula membayangkan peristiwa hitam yang berlaku tiga tahun yang lalu itu.

Tali sling beg digenggam erat. Akhirnya, Zuha membuat keputusan untuk mengunakan tangga sahaja disebabkan dia tidak yakin untuk menaiki lif seorang diri.

Sudahlah ofis Zuhayr berada di tingkat sepuluh. Memang longgarlah lutut dia lepas ni.


Pintu tangga dibuka dengan nafas yang masih termengah-mengah. Dadanya juga terasa sendat akibat mendaki anak tangga sampai ke tingkat sepuluh. Gigih betul semata hendak membuat kejutan buat suami.

"Ini kalau abang tak appreciate apa yang Zuha buat, Zuha humban abang dari tingkat sepuluh ni." Gadis itu menggumam perlahan.

Zuha sempat mengelap peluh yang merembes di bahagian dahi sebelum kakinya melangkah menuju ke pejabat Zuhayr.

Sebaik sahaja dia memulas tombol pintu, kedengaran suara gelak tawa bergema di dalam bilik tersebut.

"Sayang?!"

Bulat mata Zuhayr apabila melihat Zuha yang sedang berdiri di muka pintu pejabat dengan sebahagian wajah yang masih dibasahi dengan peluh.

Zuha tayang senyuman janggal. Tangannya turut naik menggaru kepalanya yang tidak gatal. Lagi rasa janggal apabila dia melihat Mia yang sedang menikmati makan tengahari di dalam bilik itu berdua-duaan dengan Zuhayr.

"Err, hai." ujar Zuha sambil melambaikan tangannya ke arah Zuhayr dan Mia.

Mia turut terkejut dengan kehadiran Zuha secara tiba-tiba itu. Namun sempat dia mengukirkan senyuman buat gadis itu yang sedang memandang ke arahnya.

"Eh, Zuha. Masuklah dulu." Mia cuba mempelawa gadis tersebut dari terus berdiri di pintu.

Zuhayr segera mendapatkan Zuha. Keadaan Zuha yang sedang berpeluh itu sangat menghairankan dirinya. Isterinya ni berpeluh macam baru lepas habis marathon.

"Sayang, ada apa datang sini? Kenapa tak call abang yang sayang nak datang sini?"

Zuha tersenyum kelat. Oh, nak datang ofis suami sendiri kena call dulu ke? Entah kenapa soalan Zuhayr itu seperti mengguriskan hatinya namun Zuha sedaya upaya cuba untuk menyembunyikan kekecewaannya.

"Err, sorry. Zuha tak tahu yang abang tengah lunch dengan kak Mia. Sorry sebab kacau korang berdua lunch."

Zuhayr terus meraih tangan Zuha namun gadis itu segera menepis lembut tangan suaminya. Zuha memandang suaminya sambil menahan sebak di dada.

"Sorry sebab datang tak cakap dekat abang dulu. Zuha kebetulan aje lalu sini sebab baru lepas jumpa dengan client. Kalau macam tu, Zuha balik dululah. Abang sambunglah makan."

"Zuha, marilah sini join kitorang makan dah alang-alang Zuha datang sini. Akak memang ada beli lebih." pelawa Mia.

Zuha lantas menggeleng sambil tersengih.

"Tak apalah, kak Mia. Zuha tak nak ganggu korang. Lagi pun Zuha dah makan tadi." balas Zuha. Dia terpaksa berbohong walaupun hakikatnya perutnya sedang merintih untuk minta diisi. Tapi baginya lebih baik dia beredar dari sini sebelum dia gagal mengawal perasaanya.

Zuha kemudian memandang semula wajah Zuhayr.

"Abang, Zuha balik dulu tau? Kita jumpa kat rumah, okay?"

"Nak abang hantar ke?" soal Zuhayr dengan raut wajah yang penuh dengan kerisauan. Hatinya seperti dapat merasakan yang Zuha sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Namun disebabkan berkali-kali Zuha tetap bertegas yang dia berada dalam keadaan baik, dia akhirnya mengusir perasaan tidak enak itu jauh dari fikirannya.

"Err, Zuha drive masa datang sini." Sekali lagi Zuha terpaksa berbohong sedangkan dia datang ke sini hanya menggunakan grab oleh kerana malas hendak memandu sendiri.

"Okay, hati-hati drive tu." ujar Zuhayr lalu menghulurkan tangannya kepada Zuha.

Tangan Zuhayr diraih lalu dicium tangan itu sebelum gadis itu meninggalkan bilik tersebut.

Setibanya di tangga, Zuha tersengih namun matanya sudah mula terasa bahang. Sudahnya air mata yang ditahan sejak tadi mula mengalir.

Tak tahulah kenapa boleh rasa sebak sampai macam ni sekali. Mungkin sebab terlalu lapar agaknya ataupun mungkin kerana dia terlalu berharap agar dapat meluangkan masa dengan Zuhayr. Tapi salah dia juga kerana tidak memberitahu Zuhayr awal-awal tentang kedatangannya ke sini. Jika tidak sudah pasti semua ini tidak akan terjadi.

Konon nak buat surprise untuk suami tapi at last diri sendiri yang surprise.

"Hmm, nampaknya lunch sorang-sorang je lah macam biasa." Zuha menggumam perlahan lalu segera menuruni anak tangga itu. Ada baik jika dia mengisi perutnya yang lapar tahap ghaban tu daripada melayan perasan yang entah apa-apa ni.

****

Selesai membuat pembayaran, Zuha menapak keluar dari kedai tersebut. Tiba-tiba, tekaknya terasa hendak makan sesuatu yang pedas. Mujur juga ada Texas Chicken yang terletak bersebelahan dengan company milik keluarga suaminya ini.

Ini semua gara-gara dia melihat iklan billboard yang terpampang sewaktu dia menaiki grab dalam perjalanan ke sini. Nampak menyelerakan betul sampai dia rasa air liurnya meleleh.

"Haih, sedap betul bau ayam ni. Sabar ye perut. Nanti kita melantak kat rumah sampai puas." ujar Zuha sambil menepuk lembut perutnya berulang-kali.

Baru sahaja Zuha ingin melintas, tiba-tiba terdapat sebuah kereta dipandu laju yang hampir saja melanggar dirinya. Mujurlah dia sempat diselamatkan oleh seseorang.

"Zuha! Awak okay?" soal Izham dengan nada cemas. Mujur tangannya sempat menarik Zuha ke dalam dakapannya demi menyelamatkan gadis itu daripada dilanggar. Matanya sempat memandang kereta tersebut namun dia tidak dapat melihat dengan jelas nombor plat yang tertera.

Zuha terkedu. Sumpah dia tak perasan ada kereta lalu sewaktu dia ingin melintas jalan.

"Awak okay tak? Ada cedera kat mana-mana?" soal Izham lagi sambil memeriksa tangan Zuha. Gadis itu nampaknya masih lagi berada dalam keadaan terkejut akibat kejadian yang hampir meragut nyawanya sebentar tadi.

Zuha perlahan-lahan menggelengkan kepala. Riak wajahnya serta-merta bertukar mendung apabila melihat ayam yang dibelinya tadi berselerakkan di atas jalan raya.

"Apa malang sangat aku hari ni? Aku cuma nak makan ayam je kot? Dahlah penat turun naik tangga dari tingkat sepuluh tak habis lagi. Penatlah kalau macam ni."

Zuha mula mencebik sambil teresak kecil. Puas dia menyeka air matanya namun ianya masih lagi mengalir malah semakin deras.

Izham pula cuak melihatkan keadaan Zuha yang berubah mendadak. Risau pula nanti dituduh orang ramai atas sebab menyakiti gadis ini.

"Eh, Zuha. Janganlah menangis. Tak apa. Awak tunggu sini. Saya pergi belikan sekejap." Izham bergegas menuju ke dalam Texas Chicken lalu meninggalkan Zuha seorang diri.

Tak lama selepas itu, Izham kembali dengan sebuah kotak bersaiz besar lalu dihulurkan kotak tersebut kepada Zuha.

"Nah, ambil ni. Saya tak tahu awak nak makan yang macam mana so saya beli je apa yang ada. Dah, jangan menangis, okay?" Izham cuba memujuk gadis itu agar tidak menangis lagi. Dah macam pujuk budak tadika pun ada.

Zuha hanya mengangguk. Air matanya pun sudah berhenti mengalir sebaik sahaja dia mengambil kotak tersebut. Haih, tak pasal-pasal dia menangis kat tempat public macam ni. Depan Izham pulak tu! Itu pun mujurlah tak ada orang sangat kat sini.

"Thanks, Izham. Terima kasih sebab selamatkan saya." tutur Zuha sambil tersedu-sedu.

Izham mengukirkan senyuman.

"Anggaplah itu sebagai saya membalas budi awak yang sanggup maafkan saya. Ni awak nak pergi mana? Nak saya hantarkan tak?"

Zuha lantas menggelengkan kepala.

"Tak apalah. Saya dah order grab tadi. Dalam lima minit lagi dia sampai."

"Okaylah. Kalau macam tu saya tunggu sekali dengan awak sementara grab sampai."

"Thanks again, Izham." ujar Zuha lagi sambil memeluk erat kotak yang berada di tangan seolah-olah tidak mahu melepaskannya.


— bersambung

:: AGM : Annual General Meeting






Continue Reading

You'll Also Like

637K 6.4K 9
๐๐„๐– ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐Ž๐! [SLOW UPDATE] #1 ๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐™ƒ๐™–๐™›๐™ž๐™ฎ ๐™‡๐™ช๐™ฉ๐™›๐™–๐™ฃ | ๐˜ผ๐™ช๐™ก๐™ž๐™ฎ๐™– ๐™‡๐™ช๐™›๐™ฎ๐™–๐™– Empat tahun Hafiy Lutfan memendam ras...
541K 67 1
๐”ป๐•ฃ ๐•Œ๐•—๐•’๐•š๐•ฃ๐•’๐•™ ๐•Œ๐•ž๐•ž๐•’๐•ฃ๐•’ ๐•ƒ๐•–๐•—๐•ฅ๐•–๐•Ÿ๐•’๐•Ÿ ๐•„๐•’๐•ฃ๐•š๐•ฅ๐•š๐•ž โ„•๐•ฆ๐•’๐•š๐•ž๐•’๐•Ÿ ๐•Œ๐•ž๐•’๐•ฃ ๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐’Š๐’๐’Š ๐’‰๐’‚๐’๐’š๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’“๐’†๐’Œ๐’‚๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐’‰๐’‚๐’”...
1.1M 54.3K 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak du...
482K 12.9K 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam sat...