Love Lens

By MeIsDoremi

534 113 0

Dari sekadar trend Tik Tok, Mayaa berjumpa dengan seorang lelaki yang elok rupawan untuk dijadikan subjek fot... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

10

16 4 0
By MeIsDoremi

" Tetaplah maju,
kerana maju itu lebih baik dari berhenti dan berputus asa.
Kerana yang berputus asa,
pasti akan ditinggalkan, selagi kaki kau masih berpijak di dunia yang kejam"

@@@

Mata aku terbuka perlahan.
Bunyi penggera telefon aku memotong tayangan mimpi aku, sambungan mimpi babi terbang hari itu. Haihlah, dua tiga hari ni asyik mimpi babi terbang. Kenapa eyh?

Aku menutup mulut yang sedang ternganga sebesar gajah kerana menguap. Menggeliat ke kiri dan ke kanan dan kepala aku melihat ke arah jam di dinding. Tapi apa yang aku nampak hanyalah orang berambut hitam panjang, lurus, paras punggung berdiri di hadapan aku.

Siapa pula ni? Cahaya dari dinding hadapan aku mengaburi mata aku untuk melihat gerangan yang berdiri di hadapan aku.

" morning..." suara lembut dari si rambut panjang menyegarkan aku. Aku menutup mulut aku sekali lagi kerana terkedu.

" Salwa? Kau ke tu?"

" Akulah, siapa lagi," jawabnya sambil tangannya disilang memeluk tubuh. Kepalanya ditelengkan untuk melihat aku, membuatkan rambutnya yang berkilat serta merta bergerak menyenget sekali. Ditambah dengan baju gown tidur satinnya membuatkan auranya lebih menarik. Argh! So Sugar Mommy style!

" Seronok ya tidur lepas subuh?" Tanyanya sambil wajahnya dipalingkan pula dilihat di cermin muka. Rambutnya dibawa naik dan diikat dengan tangan runcingnya bagi memperlihatkan leher jinjangnya. Macam mana seseorang tu boleh cantik macam tu, Mak nak yang ni!

" seronok...aku mimpi babi terbang," Salwa tergelak kecil.

" Yang ni cermin apa?" Aku melihat cermin cekung yang ditunjuk Salwa.

" Cermin nak tengok Najdee masuk bilik ni. Takut dia intai. Lupakan tentang Najdee, kenapa kau cantik gila hah? Lagi-lagi rambut kau! Macam Barbie! Shiney shiney begitu, aku fikir bidadari mana berdiri depan aku bangun tidur tadi," ujarku dengan teruja.

" Mengada-ngada puji, dia pun dah macam sleeping beauty tadi. Dah bangun cepat, semua barang kelengkapan aku dah letak depan pintu. Aku nak bersiap dulu dalam toilet," habis Salwa memaklumkan pada aku dia terus keluar dari bilik itu dan menutup pintu semula.

Aku memandang ke arah pintu.

"Eh? Haahlah, Najdee!"

Barulah aku teringat tentang kamera depan cermin. Mata aku pantas melihat ke arah cermin cekung.

Apa yang aku nampak adalah sepasang tangan yang menembusi pintu tapi sudah berkedudukan di bahagian paling bawah pintu. Jarinya lemah longlai bergerak di atas lantai.

Berapa lama Najdee macam tu?

Aku terus memakai tudung instant dan mengambil kamera aku. Pintu besar dibuka dan kamera aku menghala ke bawah. Najdee memandang aku tepat di mata aku dengan riak kosong. Mukanya masam mencuka.

" Naj-

' dari pukul 6 pagi aku tunggu,' aku melihat jam di dalam bilik. Erk! Dah pukul 8.30 pagi. Tiga jam dia tunggu. Rasa bersalah aku bertambah.

"Alamak...," gumamku. Sengihan busuk aku bagi.

Aku mencangkung setaraf baringan dia dan Najdee bergolek membiarkan dadanya di bawah mengetahui aku ingin mengucap sesuatu. Mata dia melihat jelas ke lensa kamera dan aku melihat dia tepat di bahagian mata.

" Weyh Najdee...aku serius minta maaf, aku tak sengaja. Serius aku bangun subuh tadi aku terlupa nak tengok pintu muncul tangan kau ke tak, aku mengantuk sangat, Maaf okay?" mukaku dicomelkan dengan bibir yang memuncung.

'Alasan...'

Najdee memejam matanya lantas bibirnya mengukir senyum dan dia bangun dari meniarap, aku setia memandang dia dari skrin kamera dengan riak pelik.

Najdee tersenyum nakal.

Wajah Najdee laju saja mendekati kamera aku dan semakin dekat sehinggakan skrin kamera aku hanya berjarak lima inci dari aku. Wajah Najdee jelas terpampang penuh di skrin aku. Kaki aku melangkah setapak ke belakang.

Mulut Najdee membuat bentuk perkataan secara perlahan dan muka aku memerah dan aku menginjak ke belakang setapak lagi.

Mulutnya menyebut huruf tanpa bunyi

' c.o.m.e.l' bibir aku dikemam.

' Hey, sleeping beauty... Lepas subuh jangan tidur lain kali. Kalau tak lepas ni aku terjah masuk je. Faham? Well, maaf kalini diterima memandangkan kau dah belanja aku muka comel kau tadi, ' sambungnya sambil bibirnya digigit serupa dengan apa yang aku buat dekat dia malam semalam.

" Iyh! Takut!" aku makin menjauh dari Najdee dengan muka memerah. Tawa Najdee pecah sekali lagi dan dia berdiri mendekati aku.

' Done balas dendam. Lain kali jangan cuba-cuba buat muka macam tu dengan aku. Kau tak tahu apa jadi nanti...Dah pergi mandi cepat sebelum aku masuk tandas intai aurat kau. Aku nak buat kerja aku dalam bilik ni. Jangan lupa bawa tudung masuk tandas sekali,'

" Tahulah!" aku terus berlari anak mengambil semua kelengkapan di belakang pintu dan mengunci diri dalam tandas. Kelam kabut aku sampaikan aku terbawa sekali kamera di tangan masuk ke dalam tandas.

Kepala aku diketuk-ketuk di muka pintu. Ya Allah, macam formula one dah jantung aku ni.

"Suka hati je serang aku pakai muka hensem dia," aku menjerit kecil kemudian nafas berat dihela.

@@@

" Dah siap?" Salwa yang berpakaian serba hitam dan topi hitam membuatkan aku tergamam. Nak penerangan lagi jelas? Dia punya baju semalamkan macam minah motorsports, harini pula nampak macam elegant mommy yang dalam cerita mafia.

" Dah..." responku dengan suara perlahan kerana masih terpukau dengan penampilan Salwa.

" First aid kit barang semua kau bawakan?" Salwa bertanya lagi dan aku hanya mengangguk perlahan.

Wajahnya tidak mengukir senyuman langsung saat mengemas barang di bahagian belakang kereta menguatkan lagi aura bekunya. Seketika kemudian telapak tangannya dihulurkan pada aku. Aku yang terpinga-pinga membalas huluran tangannya dengan tangan aku dengan yakin dan sekelip mata tangan aku ditepis Salwa. Wajah Salwa memandang aku pelik.

Aku pula terkejut beruk.

" bukanlah! Beg dekat tangan kau satu lagi, nak masuk Jeep, bagi tangan kau buat apa?" mendengar penjelasan itu aku malu sendiri kerana tersalah faham maksud huluran tangan dia.

Ingatkan nak buat princess treatment tadi. Tangan pegang tangan. Haih... barulah nak bersweet...

Aku menghulur beg yang terkandung kotak semalam, barang hiking, makanan perap, dan beberapa dokumen. Entahlah barang apa lagi dalam tu, Salwa yang kemas.

" Dalam beg ni ada kontrak aku dah edit, nanti aku bagi kau dekat tempat lagi proper, dah jom kita gerak," Salwa memasuki ruang memandu.

Tubuh aku perlu melompat sedikit untuk masuk ke dalam Jeep Wrangler bercorak harimau bintang. Manalah dia dapat corak ni, rare betul.

Setelah selesai menyesuaikan diri aku di atas kerusi penumpang, bunyi telefon Salwa menyapa telinga aku. Aku melihat Salwa mengangkat telefonnya dan beberapa saat kemudian dia memandang aku dengan muka gelisah.

Apa yang jadi? Aku tertanya-tanya.

" Wad Najdee kena serang ke?" selepas soalan itu terpacul dari mulut Salwa aku terkedu. Nafas Salwa dihembus lega kemudian, tapi aku yang cuak mengambil kamera aku dan melihat ke arah belakang kereta. Najdee memerhati aku dengan senyuman dia. Dia kenapa tenang sangat? Bukan ni tentang dia ke?

' kita kena pergi sana tanpa Salwa,' beritahu Najdee. Di situ aku faham, Najdee sudah mengetahui situasi badannya. Dia juga tahu tindakan yang akan diambil Salwa selepas ini. Salwa akan tinggalkan aku selesaikan kes ni seorang.

Tapi aku menolak untuk percaya. Aku gemuruh. Sebabnya aku tak tahu tindakan apa yang aku kena buat kalau pergi seorang.

Aku memandang Salwa yang masih bercakap dengan seseorang di telefonnya dan Najdee silih berganti. Suara Salwa jelas cemas. Jantung aku berdegup menunggu panggilan dia dimatikan.

Tit!

Panggilan Salwa dimatikan dan badannya menghadap aku.

" Maaf Salwa-

" aku kena pergi Lata Medang sendiri ke? " celahku sedikit gugup menunggu reaksi wajah Salwa.

" Abang aku bagitahu?" wajahnya berkerut. Aku mengangguk sekali.

" Alatan elektrik hospital Najdee kena hack, dan ada doktor musuh around him, ada orang target untuk culik badan Najdee, tapi dia selamat. Aku kena pergi kawal keadaan dan sorok badan Najdee." aku tak boleh percaya apa yang aku dengar. Situasi itu macam terlalu movie untuk percaya.

Najdee...siapa yang nak culik dia? Aku berkerut tertanya-tanya tapi aku tahu aku tak layak ambil tahu.

" kau ada lesen memandu? Manual or auto?" sambungnya lagi.

" manual...?" ragu aku menjawab.

" cun, kau pergi cari kunci tu sebab kunci tu penting sangat untuk kes ni. Jangan risau, dalam beg tu dah ada permit masuk Lata Medang, kontrak dalam tu juga. Apa-apa kau call aku, aku tolong kau dari jauh kalau perlu. Jangan risau, Najdee punya otak dah cukup untuk teman kau. Kau tak seorang. Aku pergi dulu," selesai mengucapkan ayat penyedap hati pada aku itu Salwa terus melompat turun dari Jeep dan terus berjalan terus ke garaj. Aku tergamam tak dapat membalas apa-apa.

Hanya beberapa minit kemudian satu kereta Chevrolet berwarna biru gelap memecut laju keluar dari garaj rumah tersebut. Meninggalkan aku yang terpinga-pinga di tempat duduk hadapan penumpang.

Kamera aku menghadap Najdee semula. Kenapa semua ni macam berlaku cepat sangat? Aku terkebil-kebil.

" Aku pandu ni? Aku?" soalku meminta kepastian. Najdee mengangguk. Nafas beratku dilepas.

" Mayaa...kau kuat Mayaa. Kena tinggal tiba-tiba tu dah biasa..." Pujukku kepada hati aku.

Aku yang diajak, aku yang ditinggalkan.










Noted;

Thanks for reading, Vote and Comment kalau boleh. Kalau boleh promotekan sekali.

Continue Reading

You'll Also Like

4.1M 170K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
865K 72K 34
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...
264K 25.7K 62
Ryan and Aaruhi The story of two innocent hearts and their pious love. The story of one sided love. The story of heartbreak. The story of longing a...
589K 49K 23
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...