Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.1K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 48

350 21 0
By EiSeoya

SETELAH menanti dua minggu untuk berambus keluar dari wad pesakit, Emara menumpang di rumah Aryan dan Hadeena buat sementara waktu. Semua barangan dalam bilik Emara dibawa keluar untuk dipindahkan ke unit rumah 103.

Kerja ini mengambil masa kira-kira tiga hari. Hadeena menemani Emara kemas barangannya masuk kotak. Doktor Aliya memberi peringatan supaya Emara tidak melakukan kerja berat. Dia masih dalam fasa penyembuhan.

Di pihak Aryan, dia ditemani Zhan dan Zander. Senarai kerja diberi Emara agak banyak. Pengurusan barangan peribadi, perhiasan dewan akademi, doorgift dan banyak lagi. Memang cukup masa dua minggu untuk uruskan semua ini.

Ketika Aryan membawa keluar beberapa sampul surat dalam laci meja, satu gambar polaroid tercicir keluar. Dia mencapai gambar tersebut. Notis kecil pada sudut gambar dibaca.



Come here, master Nawwar. They're waiting for you...



Pusat mercu tanda bandar Afwah. Aryan serasa bermain teka-teki dalam mindanya.

"Kau kenapa?" Zander menegur Aryan dari belakang. Gambar itu diserahkan kepadanya.

"Oh. Ayah aku ada sebut pasal mercu tanda bandar Afwah. Dia kata, bila Nawwar dilantik jadi Young Master, kebarangkalian tinggi dia tukar Master terus. Sebab Nawwar paling berkuasa dekat akademi gara-gara pembawa curse mematikan. Tak semua orang boleh survive bila disumpah. Kalau jadi Master, kuasa elemen dia pun upgrade ikut kekuatan dan kesesuaian Nawwar. Dengan kelebihan dia ada, dia boleh hidupkan semula bandar Afwah yang dah lama terbengkalai," hujah Zander panjang meleret.

"Jadi... Apa kaitan dengan gambar mercu tanda ni?" soal Aryan ingin tahu lebih lanjut.

"Nawwar kena sebarkan curse dia ke seluruh bandar dengan cara menusukkan lembing dekat tengah-tengah mercu tanda. Nanti arus petir alirkan curse dia. Nawwar kena brainwash balik semua roh penduduk Afwah."

"Ha?? Kenapa??"

"Sebab Azazel buat dia orang salah anggap yang Nawwar adalah pendosa," celah Zhan menyusun timbunan kotak di sebelah pintu.

Aryan hilang kata. Punggungnya menghenyak tilam empuk atas katil. Berat sungguh tugas Nawwar selepas berakhirnya semester tiga dalam masa sebulan lagi. Tambahan pula kondisi kesihatannya ibarat rollercoaster.

Zhan mencampakkan diri atas tilam. Selesa. Lepas ini kena susun pula semua barang Nawwar dalam rumah barunya. Dah selesai urusan susun barang rumah unit 103, kena fikir untuk perhiasan dalam dewan akademi. Dalam kertas, Nawwar dan Emara menyatakan bahawa mereka mahukan tema putih kelabu dengan sedikit warna perak.

Classical wedding always look expensive.

"Zander, ada perkembangan pasal Nawwar?" soal Zhan seraya menggeliat panjang.

Zander menggeleng. Ayahnya pulang rumah hanya pada waktu pagi. Malam dia pergi semula ke wad untuk jaga Nawwar. Setiap kali Tuan Zachary pulang, ayat sama meniti di bibirnya.

Nawwar masih tidak sedarkan diri walaupun perkembangan beransur baik.

"Aku risau majlis tangguh aje nanti." Zhan melelapkan matanya sementara.

"Bila kita boleh lawat dia?" Aryan menyelit semula gambar polaroid itu masuk sampul asal.

"Aku tak tahu. Dia masih tak bagi kita lawat Nawwar. Takut kena serang sawan katanya," balas Zander bernada datar.

"Hm... Kita fokus dulu urus pindah barang. Bukan sikit tau, banyak ni. Boleh sado aku setiap hari." Zhan menyelak lengan baju dibahunya. Bisep dikucup.

"Tak payah, kau memang dah sado. Pakai saiz L tak lepas. Huh." Aryan berlaga bahu dengan Zhan. Ewah sedapnya anak Profesor Afzhan langgar aku.

"Lu ingat lu kuat oh?" Zhan bertentang mata dengan Aryan. Bertukar slang bila amarah muncul dalam diri.

Tapi marah gurau aje, tak serius.

"Lu sado tapi lu single."

Pap! Tamparan bisa hinggap di bahu Zhan. Dia kaget. Laki bini sama perangai bila bagi physical attack. Damage tinggi sangat.

"Iyalah. Aku single. Aku bukan tak laku cuma aku memilih." Terlalu jujur pula si Zhan.

"Sudah! Jangan gaduh bestie semua!" Zander mencelah sembari mendepakan tangannya. Menghentikan pergaduhan kucing dan anjing yang masih berterusan.



HADEENA dan Emara sedang bersantai layan diri di kafetaria. Dia sibuk dengan kopi. Emara sibuk dengan air coklatnya.

"Nasib baik barang awak tak banyak." Hadeena masih leka dengan skrin telefon. Pelbagai paparan hiburan komedi di laman sosial.

Emara mengukir senyuman tawar. Sontak rasa tak sedap badan. Tekak rasa mual. Dalam sesaat Emara berlari menuju ke tandas perempuan tanpa izin Hadeena. Mahu tak terkejut bini Aryan.

Dia terbatuk-batuk seperti mahu keluarkan sesuatu dari kerongkong. Pili air singki dibuka. Dalam sesaat cecair isi keluar jua dari mulutnya.

Beruntung ia bukan darah likat seperti lima hari yang lepas. Usai saja Emara berasa lega, dia berjalan keluar dari tandas. Dahinya ditekap. Panas.

Emara duduk semula di kerusinya. Tak bersuara. Tengah fikir nak balik rumah aje.

"Awak okey ke? Pucatnya muka..." Hadeena mengusap pipinya.

"Balik kak... Saya tak sihat. Tadi muntah banyak. Tapi bukan darah," adu Emara manja. Kepala berat semacam.

"Demam ke? Hm, jomlah balik kalau gitu. Akak pun taknak lama-lama sini." Hadeena menyimpan telefonnya dalam beg tangan kecil yang disangkut pada bahunya. Cawan air dikumpul lalu dicampak masuk ke dalam tong sampah.

Emara ditarik Hadeena rapat. Lengan Hadeena melilit bahu Emara, takut pengsan tengah jalan. Kepala gadis itu dilentokkan pada bahu Hadeena.

"Mesti rindu Nawwar kan? Itu yang sampai demam jadinya," usik Hadeena bersama tawanya.

"Rindulah... Emara trauma kena serang dia hari tu. Tapi Emara tahu dia dirasuk, kak. Emara kenal Nawwar macam mana,"

"Eleh, bukan awak ke dulu beria takut taknak terserempak dengan dia?"

"Ish... Itu dulu. Sekarang saya sayang dia. Saya nak dia. Saya taknak kehilangan Nawwar." Bibirnya dimuncungkan kedepan.

Hadeena tersenyum nipis. Cengkaman di bahu Emara dikemaskan. Siapa sangka dahulunya Emara anti budak curse yang kini bakal menjadi isteri sahnya kelak.

Sepuluh minit perjalanan, unit 102 tiba depan mata. Hadeena pulas tombol pintu hingga terbuka. Kipas siling dihidupkan. Beg tangan terletak elok atas meja makan.

"Awak masuk dulu dalam bilik. Rehatkan diri. Akak nak buat sup untuk awak. Ha, nah ada coolfever sini." Hadeena menghulurkan satu pelekat coolfever dalam peti ais kepada Emara.

"Thank you."

Emara berlalu pergi masuk ke bilik tetamu. Lampu suis dan kipas siling dihidupkan. Pintu bilik ditutup. Dia mementingkan privasi walaupun menumpang di rumah orang.

Cardigan maroon yang membaluti tubuhnya ditanggalkan. Tudung yang menyarung kepalanya dicabut kemudian disangkut pada kepala katil. Tubuh mungil itu diselubungi selimut tebal. Menggeletar tubuh menahan sejuk.

Tangannya membawa keluar telefon dari poket seluar. Gambar galeri dibuka. Jarinya perlahan menarik dada skrin dari bawah ke atas. Salah satu foto ditekan. Wajah mulusnya lencun kembali.

Gambar dia dan Nawwar bergambar di depan pelamin kosong.

Mereka dua duduk bersebelahan. Kaki Emara disilangkan atas paha. Nawwar bersedakap dada dengan tubuh sedikit miring. Senyuman lebarnya jarang dilihat. Setelah itu, dia swipe ke kanan beberapa kali. Satu gambar menarik perhatiannya.

Nawwar selfie atas tilam dengan rambut serabainya.

Terkekeh ketawa termenung lama pada gambar itu. Satu-satunya gambar pertama paling random pernah dia beri. Setahu Emara, Nawwar tak gemarkan selfie asbab kurang keyakinan diri. Sekali dia bagi, tergugat terus iman kau.

Sejak akhir-akhir ini dia sering hantar gambar selfie yang random. Gambar muka dia dengan kawasan tangan digigit nyamuk pun dia send. Caption letak 'cinta, saya kena gigit nyamuk. Hm'.

Rindu jadi menggunung. Kedengaran esakan kecil meletus dari gadis itu. Ya Allah rindunya aku dekat Nawwar.

Skrin telefon dimatikan. Melayan perasaan sendiri. Hujung bantal dicengkam kuat. Hatinya terasa pedih bagi dicarik-carik halus. Bukan kerana dia tak redha jika Nawwar jatuh sakit...

Dia tak bersedia hadap pemergian Nawwar dari hidupnya.

Siapa lagi lelaki sebaik Nawwar? Lelaki mana yang akan menepati janjinya untuk mengahwini gadis pilihannya? Semua pupus! Puih!

Jika dibandingkan dia dan Fariz, Nawwar lebih serius dalam hubungan. Sedangkan dia tak pernah ada pengalaman bercinta. Inilah kali pertama dia mencintai seorang wanita sepenuh hatinya. Bahkan, dia sanggup beri tunjuk ajar ilmu pertahankan diri untuk tampil lebih berani melawan Selena. Private lesson is the best night date she ever had.

Fariz memang spesis haiwan perosak. Dah nak lebih lima kali Emara getback dengan lelaki jahanam. Mulut sembang kata nak halalkan Emara, tahu-tahu curang dalam diam. Fariz lebih tertarik mencari perempuan cerminan dirinya. Padanlah perangai tak pernah nak baik sejak dulu. Gila nafsu.

Emara akui dia sememangnya takut mengenali Nawwar lebih mendalam pada mulanya. Apabila sudah lama bersama, baru dia sedar bahawa Nawwar cuma mahu orang anggap dia manusia biasa. Tak pernah jumpa lelaki insecure kerana kekurangan dirinya. Kekurangan? Kekurangan itu umpama kelebihan bagi Emara. He looks hot!

Cintanya berputik selepas dia tahu Nawwar cemburu dengan Fariz. Kelakar kan? Wajah dingin mengaku tak suka Emara. Padahal hati memang niat nak bunuh si Fariz.

Nawwar masih seorang pembunuh. Cuma sisi gelapnya dijaga sebaiknya agar orang yang tak bersalah menjadi mangsanya.

Kelopak matanya terasa berat. Suhu badan masih panas. Emara menyeka air matanya sampai kering. Sunyi tiada Nawwar di sisi. Biasanya pada waktu sebegini mereka pasti akan lepak di Taman Natural. Naik sampan berjiwang tak ingat dunia. Tak pun bergosip.

Mulut asyik menguap sedari tadi. Perlahan-lahan matanya terkatup rapat. Ingin membuai mimpi perkara indah. Mana tahu Allah beri petunjuk melalui mimpi, ha. Bahagia nanti.

I miss you, Nawwar Inas Al-Qayyim.












Continue Reading

You'll Also Like

33K 2.3K 17
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light confl...
636K 5.7K 8
𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍! [SLOW UPDATE] #1 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙃𝙖𝙛𝙞𝙮 𝙇𝙪𝙩𝙛𝙖𝙣 | 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙮𝙖 𝙇𝙪𝙛𝙮𝙖𝙖 Empat tahun Hafiy Lutfan memendam ras...
959 107 19
Muhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Ki...
453K 1.1K 17
Mula mula