Love Lens

By MeIsDoremi

534 113 0

Dari sekadar trend Tik Tok, Mayaa berjumpa dengan seorang lelaki yang elok rupawan untuk dijadikan subjek fot... More

1
2
3
4
5
6
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

7

18 5 0
By MeIsDoremi

" Akal itu seperti maktab,
ada buku baru ada buku lama,
tapi ada juga buku yang dilupakan kewujudannya,"

@@@

Aku jadi sedikit ragu melihat kawasan jalan raya yang penuh hutan di kiri dan kanan.

" Najdee memang duduk tengah hutan ke macam mana?" hati aku berdegup melihat suasana gelap itu.

" Ouh, ni rumah percutian dia. Dia kalau nak duduk seorang, memang duduk sini. Sebab tak banyak bunyi kereta dengan sunyi, kalau tak dia duduk dekat apartment tepi jalan tu je"

" Ouh dia ada dua rumah, apartment dia dekat mana?"

" KL, Times square," Ya Allah, bezanya tepi jalan dia dengan tepi jalan aku. Aku fikir Najdee ni gelandangan.

"itu tepi jalan? kaya betul," gumamku perlahan. Tapi tak sangka pula didengari Salwa.

" Dia memang kaya, tapi menganggur je kerja, penganggur sejati lepas balik Malaysia," aku terkejut. Menganggur tapi kaya?! Wow! Aku yang menganggur ni miskin tau. Tak pernah aku jumpa kes macam ni.

" Dia macam nak tanya lagi tau, tapi aku tak naklah kena label sibuk badan," Salwa melihat aku dengan muka tertanya-tanya. Sibuk badan? Ah...

" busy body?" aku membalas persoalan wajah dia dengan anggukan dan terus Salwa tergelak.

" Kau tanya je, seronok ni cerita pasal dia, sebab dia tu pelik kau tahu. Kau tanya, banyak benda aku boleh kutuk dia," Dalam hati aku, aku bersetuju. Memang Najdee tu pelik, cara cakap dia pun pelik. Pelik tapi hensem.

" So, kalau menganggur mana dia dapat duit tu?"

" Yang tu aku tak sure sangat detail dia. Tapi basicnya dia ada kuasa suruh orang buatkan kerja untuk dia. Duit masuk bulan-bulan walaupun dia dalam rumah. Hah, dah sampai" aku perasan jawapannya seolah mengelak sesuatu, namun aku berhenti memikirkannya saat aku tergamam melihat rumah di hadapan aku.

" I-ini bukan rumah terbiar ke?" hati aku berdegup kencang. Rumah yang ditumbuhi pokok liar, ada bahagian rumah tak siap. Dan suasananya kelam.

Aku kena tipu lagi ke sekarang ni? Tadi kata kaya, ni apa?! Penculikan ke apa ni? Aku ni dahlah pokai. Ada ginjal 20 sen je. Hati aku pun tak sedap nak buat masak gulai.

" Ini rumah dia. Jangan tengok kulit buku je. Dalam dia gempak habis. Jangan risau, aku tak culik kau," tahu-tahu je Salwa ni apa yang aku fikir. Salwa melangkah keluar dari keretanya.

Aku melangkah keluar kereta. Melihat banglow lusuh itu, memang persis rumah hantu. Salwa sudah berada di perkarangan depan rumah.

Aku mendekatinya perlahan. Aku melihat pintu gerbang kayu yang bercorak awan larat. Aku melihat Salwa pula teraba-raba seperti mencari sesuatu. Dah kenapa pula perempuan ni?

" kau cari apa?" bisikku.

" pintu," aku melihatnya pelik mendengar jawapannya. Yang depan aku ni bukan pintu ke, besar gedabak pintu gerbang ni. Ke kau tak nampak?

" Done!" baru aku ingin persoalkan, Salwa menolak sesuatu di kawasan dinding di situ.

Terus bahagian dinding rumah yang berbentuk batu-batu sungai itu terbuka. Lampu rumah di situ lantas terang benderang terbuka. Aku tergamam.

" Kau kalau masuk ikut pintu satu lagi tu kau masuk maze, tak ada jalan keluar. Aku dah pernah kena,"

Maksudnya pintu gerbang tadi tu hanya dekorasi. Ini pintu sebenar dia? Ini pencuri pun keliru macam mana nak pecah masuk rumah. Silap haribulan berbulan-bulan dia terperuk dalam maze tu!

Ruang rumah itu jelas besar dan minimalis. Langsung hilang rupa rumah hantu tadi. Bijak! Buat rumah luar buruk dalam cantik...

Salwa memasuki rumah itu dan memandang aku yang masih tercengang sambil mulut terbuka. Tinggal dituangkan air, dah boleh jadi patung singa Singapura.

" Assalamualaikum, jemput masuk Mayaa" Salwa memberi salam sebelum masuk rumah tersebut dan memandang aku menyedarkan aku yang sedang melamun.

Aku mengangguk bersama muka tergamam aku lagi. Maksud aku kalau kau tengok rumah dia, bukan taraf-taraf orang menganggur dekat Malaysia. Aku tak percaya dia menganggur saja.

"Abang kau suruh orang jual organ untuk dia ke apa weyh? Tak boleh percaya aku dia menganggur."

" Yup, dia jual kepala budak," aku terkejut dan kemudian aku sedar yang aku ditipu. Itukan dari video kepala budak. Aku menjeling dia. Salwa tergelak kecil.

" Sorry not sorry eyh?" ujar Salwa. Aku merengus kemudian aku ikut tergelak.

" kau tunggu kejap, aku nak cari sesuatu," Salwa terus berjalan ke satu lorong di rumah itu meninggalkan aku sendiri.

Tanpa dijemput aku terus duduk atas sofa tengah-tengah ruang tamu itu. Macam dugong, aku baring di atas sofa itu. Telefon aku dibuka dan aku bermain dengan segala aplikasi aku.

Aku tergelak bila aku terlihat orang main filter muka dugong dan aku putuskan untuk cuba. Tapi bila aku membuka filter aku terlupa yang kamera aku menghadap belakang.

" ARGHHHHH!!! HANTU DUGONG!" Jantung aku jangan cakap, terhenti bila melihat muka dugong tanpa badan depan mata aku. Tak pasal-pasal dugong jadi penanggal.

Kelam kabut aku bangun dari pembaringan. Aku melihat sekeliling dan tersedar yang kelibat dugong tadi kelibat Najdee. Nafas aku kembali tenang.

Ish dahlah rumah tengah hutan, luar rumah nampak macam rumah hantu pula tu! Aku mematikan filter aku dan memerhati Najdee yang betul-betul muka bertemu muka dengan aku.

'Kau tengah buat apa?' Najdee membuat isyarat itu dengan muka berkerut.

" Apahal kau buat jumpscare macam tu lagi? Terpacul muka dugong mana entah depan muka aku! Terkejut kau tahu ingatkan ada penanggal dugong,"

' Dugong?' dahi Najdee terlipat kecil.

" Aku buka filter Tik Tok," ujarku sambil membetulkan dudukku semula. Najdee tergelak kecil. Mengabaikan Najdee, aku terfikir, mana Salwa? Suara jerit aku tadi tak kuat ke?

' Setiap ruang rumah ni soundproof, Salwa rasanya dalam bilik sebab tu dia tak dengar,'

" macam mana kau tahu apa aku fikir?"

' muka kau jelas sangat tanya benda tu,'dia tersenyum mengejek melihatku. Aku mencebik tak tahu nak balas apa lagi. Soundproof ya? Macam pembunuh bersiri. Eyh? Aku meragui Najdee sekali lagi. Takkanlah! Kan Salwa dah kata tadi tak ada apa. Lagipun Najdee ni roh, bukannya fizikal manusia.

' Mayaa, kau jangan fikir benda bukan-bukan sekarang, aku nak minta kau bangun kejap Mayaa,'

" Huh?" aku terpinga-pinga saat Najdee meminta aku bangun. Dalam hati sudah takut.

' bangun kejap,' pintanya lagi. Pintanya lagi dengan bernada lembut.

" Oh, okay," aku bangun tanpa banyak bunyi.

" L-lepas tu?" soalku gagap.

' tolak butang dekat bawah sofa,' mendengar permintaan itu aku bernafas lega. Aku hanya menuruti tanpa merungut. Tergapai-gapai juga aku untuk cari mana butang tu. Selepas aku berjaya menekan butang itu-

Prap!

-aku terkejut mendengar bunyi seolah barang terjatuh. Jantung aku berdegup laju ingin melihat sesuatu di belakang aku.Teka apa yang muncul?

Salwa yang muncul.

Salwa dengan barang pelik yang aku tak tahu barang apa. Aku menarik nafas lega. Ada satu perkara yang aku tertanya-tanya dengan Salwa ni, kenapa aku tak pernah dengar bunyi tapak kaki dia dari tadi lagi. Macam mana dia buat?

Salwa mengutip barang tersebut yang sudah jatuh sambil melihat aku yang tertonggeng-tonggeng di bawah sofa.

" Kau buat apa dekat bawah tu Mayaa?" kening sebelahnya terangkat sebagai reaksi.

" aku tekan butang bawah sofa,"

" butang?" selepas itu tiba-tiba sahaja lampu terpadam.

Ah, sudah...

" NAJDEE!!! APA NI?!!" Aku menggelabah.

Lampu telefon kelam kabut aku cuba buka namun satu lampu laser hijau mula muncul satu persatu membentuk seolah sarang labah-labah. Ditengah bentuk sarang labah-labah itu menunjukkan sesuatu. Aku terkesima melihat pemandangan itu.

Salwa yang tenang sejak tadi mendekati 'sesuatu' itu tanpa ragu.

" Mayaa, sini!" aku mendekati Salwa laju dengan perasaan takut-takut. Selangkah aku hampir terlanggar Salwa, lampu terbuka kembali.

Aish, waktu nilah kau nak terbuka.

Badan aku dah tak seimbang dan Salwa menyambut aku yang hampir jatuh. Mata kami bertembung.

Ops!

"Kau okay?" Soal Salwa.

Aku tersenyum bersyukur melihat Salwa. Salwa you are my savior kalau tak bontot aku jadi lempeng weyh! Dahlah cantik! Baik pula tu!

" Salwa, aku akan lupakan abang kau, tapi kau, kau single tak?" tanya aku sambil tersengih kambing. Salwa membuat muka jijik setelah mendengar soalan aku.

" Elok badan kau aku sambut, nanti aku lepaskan pula biar punggung kau jatuh, bukan setakat lempeng, ayam penyet aku buat punggung kau. Jangan nak mengunyit dekat sini eyh" Salwa menolak tubuhku berdiri semula dan kembali fokus terhadap sesuatu tadi. Aku tersengih kerang busuk.

Aku melihat Salwa mengambil sesuatu itu dan aku sedar itu hanyalah rubic cube yang tidak diselesaikan ikut warnanya lagi.

Salwa memusing-musing kotak-kotak kecil di atas rubic cube tersebut dengan hanya beberapa saat kemudian kesemua kotak itu tersusun mengikut warnanya. Tiada reaksi apa-apa yang berlaku. Salwa berkerut namun kemudian dia cuba menggubah warna-warna tersebut sambil mulutnya terkumat-kamit membisik sesuatu.

" pusing sampai dapat satu baris merah condong," ayat terakhir dia bernada lebih kuat sedikit dari tadi.

Kali ini setiap kotak itu tidak tersusun tapi mempunyai corak tersendiri,

Lantas satu kotak di tengah rubic cube tersebut mengeluarkan cahaya hijau yang menampakkan logo sarang labah-labah.

Salwa menekan kotak kecil itu ke dalam. Kotak itu terkeluar sedikit dari kotak rubic cube yang lain.

" Pendrive?" ujarku saat Salwa keluarkan kotak kecil itu. Siapa sangka dalam rubic cube terdapat pendrivekan? Aku kagum dengan teknologi yang aku tak pernah nampak ini.

@@@








Noted;

Ni cakap awal-awal, dalam ni akan ada beberapa perkara mencabar minda. Korang bolehlah cuba. Jangan risau, ada klu dan ada jawapan kalau tak dapat. Saya claim awal-awal yang semua diatas idea saya, kalau ada tersama tu kebetulan mungkin.

Continue Reading

You'll Also Like

506K 14.6K 61
Silent, unforgiving and strikingly gorgeous, Rylan Parker is a cold-hearted businessman. An intimidating CEO, perfectly fitted in tailored suits and...
4.8M 302K 108
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
3.1M 125K 34
"Stop trying to act like my fiancรฉe because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...