Love Lens

By MeIsDoremi

534 113 0

Dari sekadar trend Tik Tok, Mayaa berjumpa dengan seorang lelaki yang elok rupawan untuk dijadikan subjek fot... More

1
2
3
4
5
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

6

16 5 0
By MeIsDoremi

" kadangkala melepaskan lebih elok dari bertahan,
kerana kisah itu perlu diteruskan,
Walaupun ianya kisah sedih,"

@@@

“ The hell?! NAJDEE!! Apa kau buat ni?!” aku merengek memarahinya. Dia pula masih setia menggelakkan aku.

Salwa yang tadi hanya memerhati situasi pelik tadi datang membantu aku bangun. Pada matanya mungkin seperti aku sedang bergaduh dengan orang dalam talian sampai jatuh terjelepok.

“ Abang, aku tahu aku tak boleh nampak kau, tapi aku tahu kau kacau Mayaa kan tadi? Baik kau minta maaf sekarang, ” Salwa membekukan suaranya dengan gaya kakak-kakak. Matanya tajam memandang ke arah halaan lensa kamera aku.

Aku melihat Najdee berhenti ketawa dan mengangkat kedua bahunya. Aku keliru, siapa yang lahir dulu sekarang ni, Salwa ke Najdee?

“ Oii!” aku memarahi Najdee sekali lagi. Tak sangka perangai dia kebudakkan.

“ Salwa, dia buat tak endah je weyh,” aku mengadu pada Salwa.

“ Abang, aku tahu niat kau sebenarnya, kau nak distract Mayaa dari tandatangan kontrak akukan?” lepas Salwa kata begitu, Najdee akhirnya berubah serius.

‘ Clever! I can’t risk anyone life, berhenti Salwa. Jangan libatkan Mayaa juga dalam kes pembunuhan aku,’ ayat Najdee aku ucapkan sebiji yang diisyaratkan kepada Salwa.

“ Jadi aku nak biarkan kes ni macam tu je, kalau dibiarkan bukan kau saja, aku pun dengan Abang Long terjejas sekali tau!” Salwa sedikit meninggi suara.

‘ than let me handle it on my own after I awake Salwa,’

“ How?! When?! You Alone?! You have done enough for me Abang Naj! Cukup! Dan bukan Abang kata abang nak selesaikan salah faham abang dengan abang long? Abang nak mungkir janji ke?!” Salwa meletus. Aku pula yang terkejut. Wow, first time aku masuk campur masalah rumah tangga orang lain. Oh, bukan rumah tangga eyh?

Aku perhati Najdee. Najdee melihat Salwa dengan wajah sedih dan mata bergenang. Mulutnya bagai terkunci. Aku rasa janggal berada di situ. Rasa macam orang ketiga yang tak ada kerja dalam set berlakon.

Eh, serius Mayaa! Orang gaduh depan mata kau ni.

“ Please, izinkan Wa nak buat semua ni, I really need Mayaa’s help Abang.”
Najdee masih berdiam diri. Salwa memandang aku dan aku menggeleng kepala.

“ dia tak balas apa-apa,”

“ I really need you abang, tanpa Mayaa Salwa tak boleh cakap dengan abang. Kau genius, dan banyak masalah sebelum ni pun kau boleh selesaikan. Kes ini pun, aku perlukan kau abang, aku tak nak biarkan pembunuh tu berkeliaran,” Ujar Salwa separa merayu.

‘ tapi kau bahayakan nyawa kau dan Mayaa, aku tak boleh libatkan kau dan Mayaa. Tunggu aku sedar dulu,’

aku terkedu dengan ayat ' bahayakan nyawa' tersebut, nyawa aku? Aku terlibat dengan apa sekarang ni? Aku sedikit panik.

“ Apa abang kata?” Salwa bertanyaku sayu. Teragak-agak aku mengulang semula ayat Najdee. Sejurus itu kerutan di dahi Salwa jelas terlihat.

“ kau yang mula perangkap Mayaa, aku tahu kau sengaja. Kalau tak kau tak akan bagi petunjuk untuk aku jumpa Mayaa. Apa kau nak buat sebenarnya Najdee, kalau kau tak nak bahayakan Mayaa, dari awal lagi kau tak perangkap dia,” aku terkedu sekali lagi. Kau perangkap aku masuk kes bahaya ke Najdee? Tak fahamlah aku!

Najdee memandang kami sambil tersenyum janggal seperti orang tertangkap namun riak wajah dia bukannya muka bersalah. Darah aku naik melihat reaksi dia dan aku meletus.

“ Najdee! Apa maksud semua ni?! Kau main dengan nyawa aku ke sekarang ni?”

‘ maaf Mayaa, tapi aku terpaksa buat macam ni, kalau tak kau akan lari tanpa dengar semua permintaan aku sebab kau takut. Aku tipu kau, tapi untuk kebaikan, aku tak nak libatkan kau dalam kes pembunuhan aku tapi aku nak pertolongan kau untuk kes lain yang aku dah ada strategi, ’ Hati aku terbakar marah, tapi akal aku cuba berfikir rasional. Marah tak selesaikan masalah. Aku perlu dengar dulu alasan Najdee.

“ Sekarang kau contradict dengan apa yang kau cakap Najdee. Kau perangkap aku, tapi dalam masa yang sama kau kata, kau tak nak libatkan nyawa aku. Bagitahu aku secara jelas, apa sebenarnya yang kau nak dari aku Naufal Najdee?” nama penuhnya disebut tanda aku bertegas.

Najdee tersenyum lembut memandang aku,

‘ Macam yang aku sangka dari kau Mayaa, kau tak terus melenting.’ Aku masih menahan diri melihat isyarat tangan itu.

“ jawab soalan aku Najdee,” aku menekan suara aku. Najdee menggaru belakang lehernya yang tak gatal. Selepas satu nafas ditarik Najdee memandang aku serius.

‘Sebenarnya, aku nak kau dengan Salwa sama-sama cari barang berkaitan formula yang disorok orang kanan aku, sebab barang tu lagi penting dan berguna dari cari pembunuh tu. Barang tu masih dalam kajian kerajaan lagi. Lagipun aku dah boleh agak siapa pembunuh aku.’ Sambungnya lagi.

“ apa yang aku dapat dari kau kalau aku tolong?”

‘ tajaan belajar dan rawatan sepanjang hayat, dengan tawaran kerja penuh, aku sponsor kau lagi banyak dari 800 ribu, termasuk kos rawatan penuh Puan Dahlia, ’ aku tersentak. Macam mana dia tahu semua tu?

“Ma–

‘ aku tahu kau ada banyak soalan, tapi ada benda penting aku nak minta tolong kau, aku janji aku bagitahu kau lepas ni. Tolong?’ potongnya sebelum sempat aku tanya.

Hey...aku tak bodoh untuk tolong dia terus ya,  tapi tawaran dia menarik perhatian aku dan aku tersepit dengan situasi aku sebenarnya. Duit... sebenarnya memang aku tak cukup duit untuk bayar bil hospital tadi sekalipun. Tapi bila difikir kembali, perkara ni tak perlu melibatkan duit sebab aku tak terdesak sangat. Duit boleh dicari di tempat lain.

Tapi...

Yang lebih utama aku dapat rasakan roh Najdee di hadapan aku perlu aku perhatikan dan aku tak boleh terlepas pandang apa-apa.

“ apa aku kena buat?” ringkas soalan aku tanda aku bersetuju dengan tawaran itu. Najdee tersenyum.

‘ pergi rumah aku dulu, kau pergi dengan Salwa,’ aku mengeluh kecil sebelum terus menutup kamera telefon aku dan memberitahu semua perbualan tadi pada Salwa. Salwa mendengar dengan tekun dan akhirnya akur dengan permintaan abangnya. Dia langsung tak banyak songeh.

Salwa sekarang ni nampak lagi matang di mata aku walaupun dia lagi muda dari aku.

“Kalau macam tu aku kena tukar kontrak sikit, jadi kau sign nanti. Sekarang jom ikut aku pergi rumah abang aku. Malam ni kau tidur sana juga. Aku tahu apa nak buat lepas dia cakap macam tu,” ujarnya. Aku tidak memberi apa-apa balasan dan hanya memandang luar tingkap rumah itu. Langit dah mula bertukar warna hitam.

“ Salwa, sebelum tu–

@@@

“ A-akak lam-lambatnya!!” Ariz memukul-mukul tubuh aku sambil memarahi aku. Aku memeluknya cuba menenangkan dia.

“ Kakak minta maaf Ariz sayang, maaf ya kakak lambat balik, ya sayang?” aku memerhati iris mata Ariz tepat. Matanya bergenang. Pipinya aku usap. Adik manja kakak...

“ kakak dah belikan aiskrim Ariz. Nanti kongsi dengan Uncle Han ya?” aku menunjukkan plastik yang penuh aiskrim. Ariz pantas merampas plastik tersebut sambil melompat gembira.

“ T-tak nak! Semua Ariz!” aiskrim itu dipeluknya. Aku tergelak melihat gelagatnya. Haih, aku dah agak. Tapi tak apa sebab dia Ariz.

“ Ariz...” panggil aku perlahan. Ariz mengerdip matanya berkali-kali saat melihat aku.

“ Ariz boleh ke duduk dengan Uncle Han malam ni? Mungkin beberapa hari? Hari ni kakak tak tidur sini. Kakak dah cakap dengan Uncle.” Saat mendengar ayat itu wajah Ariz berubah keruh. Aku berat hati melihat reaksi itu.

Tiba-tiba Ariz meronta dan meroyan.

“ Tak boleh! T-tak boleh! Ariz n-nak Kakak! Argh! Argh!Hurk! Hargh!” aku buntu nak buat apa melihat itu. Aku cuba memujuk dia tapi amukan dia tak boleh ditenangkan. Hati aku berat tapi... aku dah janji nak tolong Salwa dan Najdee.

“ Yaya, tak apa, tak apa. Yaya pergi saja, Uncle jagakan Aliz elok-elok sini,” Uncle Han datang membantu. Aku rasa bersalah.

“Haizz, tapi uncle...” suara aku keberatan.

“ Haiyah! Yaya itu ada kerja kecemasan kan? Uncle sini boleh tolong. Jangan risau Yaya, kamu sama Aliz sudah macam anak Uncle sendiri loh, Aliz! Tenang-tenang! Nanti BoBoiBoy panah petir dekat Aliz kalau nakal!” Uncle Han memeluk Ariz yang masih meronta namun rontaannya makin perlahan. Akhirnya dia menangis tersedu sedan.

Aku memandang mereka sayu, kalau aku mampu, aku sebolehnya tak nak hidup macam ni. Aku rasa sedih, kepala aku sedikit sakit, macam ada benda yang tak kena.

“ Uncle, saya ada belikan barang dapur dengan keperluan sikit untuk Uncle dengan Ariz. Saya dah letak dekat dalam rumah Uncle. Uncle ambil ya?” aku abaikan sakit kepala aku.

“ susah-susah lah kamu ni Mayaa, sepatutnya Uncle sebagai Olang dewasalah jaga kamu baik-baik. Maafkan Uncle sebab tak mampu. Dah cepat pergi-pergi, itu kawan sudah tunggu bawah.” Uncle Han melambai tangannya. Aku dengan langkah berat meninggalkan perkarangan rumah pangsa itu selepas berterima kasih. Sekejap-sekejap kepala aku berpaling melihat mereka dari tingkat rumah aku sampailah Salwa menepuk perlahan bahu aku di hadapan keretanya.

Owh, aku dah sampai depan kereta...

“ dah selesai ke?” tanyanya, aku mengangguk perlahan dan terus memasuki kereta hitam Chevrolet Salwa. Tanpa persoalan lebih lanjut, Salwa hanya memasuki keretanya dan terus meluncur ke jalan raya.

Melihat aku kelihatan sedih, Salwa tidak bertanya pada aku lebih lanjut.











Noted;
I will try post five more chapter dalam ni.

Continue Reading

You'll Also Like

266K 25.8K 62
Ryan and Aaruhi The story of two innocent hearts and their pious love. The story of one sided love. The story of heartbreak. The story of longing a...
600K 49.6K 24
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...
1.3M 69.3K 59
๐’๐œ๐ž๐ง๐ญ ๐จ๐Ÿ ๐‹๐จ๐ฏ๐žใ€ข๐๐ฒ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ใ€ˆ๐›๐จ๐จ๐ค 1ใ€‰ ๐‘ถ๐’‘๐’‘๐’๐’”๐’Š๐’•๐’†๐’” ๐’‚๐’“๐’† ๐’‡๐’‚๐’•๐’†๐’… ๐’•๐’ ๐’‚๐’•๐’•๐’“๐’‚๐’„๐’• โœฐ|| ๐‘บ๐’•๐’†๐’๐’๐’‚ ๐‘ด๏ฟฝ...
856K 27.7K 69
"Real lifeแ€™แ€พแ€ฌ แ€…แ€€แ€ฑแ€ธแ€€แ€ผแ€™แ€บแ€ธแ€œแ€ฝแ€”แ€บแ€ธแ€แ€ฒแ€ท แ€…แ€”แ€ญแ€ฏแ€€แ€บแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€บแ€†แ€ญแ€ฏแ€แ€ฌแ€™แ€›แ€พแ€ญแ€˜แ€ฐแ€ธ แ€•แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€แ€„แ€บแ€žแ€ฝแ€ฌแ€ธแ€แ€ฒแ€ทแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€ปแ€ฌแ€บแ€ธแ€†แ€ญแ€ฏแ€แ€ฌแ€•แ€ฒแ€›แ€พแ€ญแ€แ€šแ€บ" "แ€แ€ฑแ€ซแ€„แ€บแ€ธแ€œแ€ฑแ€ธแ€•แ€ฒแ€Šแ€ญแ€แ€บแ€•แ€ฑแ€ธ Bae แ€™แ€„แ€บแ€ธแ€„แ€ผแ€ฎแ€ธแ€„แ€ฝแ€ฑแ€ทแ€›แ€œแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€กแ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€กแ€‘แ€ญ แ€„แ€ซแ€แ€ป...