Snow Witch and The Bitch.

By fairwable

1.2K 150 31

❝Bukan si gadis putih salji, tetapi ahli sihir salju.❞ Antara orang yang lemah dan orang yang kuat. Kau akan... More

introduction
prolock
1 : since this
2 : her
3 : help
4 : surprise
5 : negotiation
6 : evil plan started
7 : him
8 : run
9 : stare contest
10 : maggi talk
11 : officers
13 : guarded
14 : munif's apple
15 : melody and you
16 : mr gangster
17 : floating in love
18 : gotcha

12 : stuck with you

36 7 1
By fairwable

08.14 a.m.

.

.

.

"UM... CAN YOU FREAKING HEAR ME?!"

"MUNIF! WAKE UP!"

"WOI!"

Aku tersedar dari tidur akibat satu suara yang tak berhenti memekik dari jauh. Aku duduk sembilan puluh darjah, memproses. Shit... aku terlepas solat subuh. Sebelah tapak tangan meraup wajah.

"Munif! Please..."

Suara Lia memanggil aku lagi. Kuat, mungkin dari pintu bilik. Aku sarung cermin mata kemudian terus bangun. Bilik aku sendiri dituju.

Lia dengan separuh badannya yang keluar dari pintu menjengah pandangan. Apahal? Dia tak boleh keluar ke?

"Goddamnit! You sloth!"

Lia mengeluh kuat. Aku garu peha aku yang terdedah kerana hanya memakai boxer. Tubuh yang tak berbaju, aku peluk. Kening diangkat menunggu Lia menyambung kata-katanya.

Lia hanya diam seolah-olah sedang memikirkan sesuatu dengan teliti.

"Ugh... why aren't you wearing anything? Just, wait a minute. I... kinda need your help. Real quick."

Lia masuk ke dalam semula. Dahi aku berkerut seribu. Malam tadi selesa sangat kot sampai aku terbuka baju. Akhirnya aku tunggu depan pintu ini hampir dua minit.

Pintu terbuka dengan tiba-tiba, separuh. Satu tangan keluar, menghulurkan sekeping kertas kepada aku. Pintu terus ditutup selepas aku capai kertas itu.

Kening aku semakin berkerut. Aku baca tulisan di atas kertas. Apa yang dia nak mintak tolong aku ini sampai tak boleh nak cakap sendiri?

'Urgent. Tolong belikan pad. Mana-mana pun boleh. I tak kisah. ASAP.'

"What the hell? Woi." Aku ketuk pintu.

"Kau period-" Kata-kata aku terhenti. Patut atau tak sebenarnya aku tanya soalan macam tu?

"Pergi beli aje lah!" Lia menjerit dari dalam.

Aku garu kepala yang tak gatal. Bingung. Fokus, Munif. Fokus. Aku terus pergi ke ruang tamu semula. Menyarung baju. Tunggu, seluar aku.

Aku pergi semula ke bilik. Ketuk pintu. "Tolong ambil seluar track satu." Arah aku. Kemudian, pintu terbuka dan Lia menghulurkan sehelai seluar track tanpa menunjukkan wajahnya.

Tangan aku mencapai seluar tu sebelum memeriksanya.

"Eh, ini seluar tiga suku!"

"Alah, okay dah tu! Pergi je lah!" Lia menjerit lagi untuk kali keduanya. Aku merengus dan akhirnya memakai juga seluar tadi.

Aku pergi ke ruang tamu dan mengambil satu cap berwarna hitam di cap rack aku. Dapur pula dituju dan aku mencari mask. Jumpa.

Aku tak tahu. Aku cuma rasa aku perlu tutup muka aku. Mungkin, aku takut tertangkap. Tapi... aku tak bersalah pun. Kan?

Ah, persetankan. Aku kena belikan pad untuk Lia sekarang. "Pfft... what the heck am I thinking right now?" Aku terus buka pintu rumah dengan jari memusing-musingkan kunci kereta milik Lia.

Motor? Entah, aku minat motor-motor sport tapi aku sendiri tak ada motor. Aneh, kan? Aku ada kereta tapi kereta aku pun dah tertinggal di rumah Benji. Apa jadilah dengan dia sekarang.

Kereta Nissan milik Lia aku perhati beberapa saat. Boleh tahan juga gadis ini ya? Kereta dia pun ikut lawa macam tuannya.

Pintu kereta dibuka dan aku menghenyakkan punggung ke atas kerusi pemandu. Enjin kereta dimulakan sebelum aku mengundur keluar dari garaj.

Aku mula berfikir nak beli dekat mana benda alah ni? Manalah pernah pula aku ada buasir ke apa yang perlukan pad. Ah, seven eleven aje lah.

...

Habislah. Mampuslah aku macam ni. Aku panik.

Wing? Atau non-wing?

Size?

Day atau night? Atau day-night?

Tangan kiri aku mencekak pinggang dan tangan kanan menekup mulut yang berlapik dengan mask hitam. Dahi aku berkerut. Aku patut pilih yang sesuai.

Antibacterial? Bunyi macam penting. Kenapa ada juga yang bukan antibacterial?

Scented? Kalau tak scented bau busuk ke?

"Ah..." Aku cabut cap dan meraup rambut kerinting aku ke belakang. Cap disarung semula.

"Wei, bro." Satu suara tiba-tiba menegur aku dari sebelah. Kening aku terangkat bila ternampak seorang pekerjanya.

"Dah nak dekat setengah jam kau duduk depan rak ni. Apa? Girlfriend mintak tolong belikan ke?" Tanya lelaki itu.

Telinga aku terus rasa panas. Buat malu betul. "Ye doh. Macam mana ek? Aku confused nih." Alang-alang, aku cubalah soal dia, kot-kot dia berpengetahuan ke apa.

"Haish... dia tak cakap ke nak yang jenis apa?"

"Dia kata mana-mana pun boleh. Tak kisah."

"Habistu? Kau pilih je la."

"Ugh... Tak apa lah. Kau tak membantu." Selamba aku cakap. Lelaki tu ternganga melihat aku bila tangan ini mencapai setiap satu jenis daripada setiap jenama pad yang ada.

"Eh, bro..."

"It's okay. Aku bayar." Aku bawa semua pad tadi dengan kedua belah lengan aku ke kaunter pembayaran. Sampai saja di depan cashier, aku turunkan mask aku ke bawah dagu.

Cashier perempuan itu membulatkan mata melihat barang-barang aku. Dia tenung aku selang-seli dengan pad. Aku pula angkat kening dengan isyarat tangan, 'cepat scan'.

Beep.

Beep.

Beep.

"Total?" Tanya aku selepas perempuan itu menyebut harga. Dia angguk kemudian aku membayar dengan kad kredit.

Sambil dia menyumbat masuk pad ke dalam beg kertas, mata dia memandang ke arah aku. Aku yang perasan, memandang dia semula. Cashier itu terus tundukkan kepala dengan wajah yang kian memerah.

Ape pasal?

"Weh!" Pekerja yang cuba membantu aku tadi muncul tiba-tiba.

"Bukan ke kau..." Jari telunjuk dia menunjuk ke muka aku.

"Dia... weh." Dia dan cashier itu saling berpandangan.

"Hah, tu!" Kemudian dia tunjuk pula dekat skrin TV yang tergantung di sudut ruang ini. Aku yang bingung, turut melihat ke arah yang sama.

Aku terkedu.

Gambar aku, dan Lia, terpampang dalam skrin yang menunjukkan berita terkini.

"Shit!" Sepantas kilat aku mencapai barang-barang yang aku dah bayar tadi dan membuka langkah seribu.

"Wait! Call the police!"

Bunyi alarm bergema di kedai itu. Langkah kaki aku laju macam Flash menuju ke kereta. Enjin dimulakan, dan aku, panik, memecut keluar dari kawasan ini.

Mampus.

...

Aku letakkan tiga beg kertas yang berisi pelbagai jenis pad di depan pintu bilik. Keluhan berat terlepas dari bibir. Aku ketuk pintu tiga kali.

"Aku... aku dah beli ni. Untuk kau. And, baju kau semalam ambik dalam dryer."

Mata aku terpejam seraya kaki ini menuju ke ruang tamu. Tubuh aku hempaskan ke atas sofa empuk. Lengan aku letak atas dahi memgharapkan dengan cara ni dapatlah pening kepala aku hilang sikit.

"Not the hell..."

Suara halus seseorang menyentuh halwa telinga aku.

"WHY THE FUCK DID YOU BUY THIS MUCH?!"

Kemudian jeritannya bergema.

BAM!

Pintu bilik terhempas. Apa hal lah dia ni? Aku dah beli banyak bersyukur je la. Nak emosional kenapa. Oh... lupa. Seingat aku orang period memang selalu jadi tak berpunca masalahnya.

Aku biarkan keadaannya. Spek aku letak di tepi. Minda yang berfikir perlahan-lahan lesap. Aku terlelap, penat.

...

"Munif."

"Munif!"

Aku buka mata bila merasakan bahu ini ditolak kasar. Mata terkebil-kebil memandang Lia yang sudah lengkap memakai baju semalam. Wangi pun wangi sebab aku la tu yang basuhkan.

Lia meletakkan sesuatu atas meja kecil hadapan TV. Charger telefon aku, dan headphone merah jambu miliknya.

"What...?" Aku raup wajah dengan tapak tangan. Masih terbaring, dan melihat ke arahnya sama seperti ketika aku melihat dia di rumah Benji semalam. Sweatshirt kelabu dan selendang hitam ala kadar.

"Haih... you-" Lia mengeluh kuat. Dia melabuhkan duduk di single sofa berdekatan aku. Melihat wajahnya aku dapat agak apa yang dia fikir.

"Aku tak kisah beli banyak-banyak. Aku kaya." Bibir aku mengucap kata-kata itu perlahan, cukup untuk didengarinya.

Tiada balasan. Lia mengeluarkan telefon dan merenung skrinnya fokus. Aku tiba-tiba teringatkan kejadian di seven eleven tadi. Ke Lia tengah baca artikel tentang dia sendiri?

"Kau buat apa, miss? Kau tau tak apa jadi dekat aku masa aku beli benda alah tu? Hah?"

Lia memandang aku untuk sesaat sebelum kembali ke telefon.

"Hari ni berapa hari bulan eh?" Soalnya tiba-tiba.

"28 November." Balas aku. Lia melukis sesuatu pada skrinnya. Aku kerut kening. Apa benda yang dia tengah tanda ni?

"Okay, done. What was it again? Something happened huh? Tell me." Lia simpan kembali telefonnya ke dalam poket seluar track.

Kedua belah tangan aku letakkan ke belakang kepala, menjadi bantal. "Kau dah tengok berita terkini?" Aku bertanya.

"Nope."

"We are wanted. We're viral. You and I, we're all over the news. And now the whole metropolis might have been looking for us."

Lia terdiam.

"Munif..." Dia kemudian bersandar di sofa, kepala mendongak ke atas.

"I don't care. I'm hungry. Are you going to cook?"

"Miss! What did you just say?" Aku terus duduk sembilan puluh darjah. Dia tak kisah?

"Ugh... we just have to lay low. Now, can we go get some food?" Lia memeluk tubuhnya selamba. Aku meraup wajah. Telinga terasa panas. Aku tengok jam dinding.

"Fine. We're going out."




Continue Reading

You'll Also Like

40.1K 2.2K 20
✩♬ ₊˚.🎧⋆☾⋆⁺₊✧ ✩♬ ₊˚.🎧⋆☾⋆⁺₊✧ ✩ "Fight me, mismatched hair!" "Huh?! Who the hell are you calling mismatched, dumbass?!" "Shut up, Sumika and fight me...
43.7K 1.7K 35
"Come on, come on, don't leave me like this I thought I had you figured out Something's gone terribly wrong You're all I wanted Come on, come on, don...
233K 7.8K 41
After years of abuse Anastasia has shut herself within emotionless walls. Even if the physical and mental abuse have broken her to the high extent, h...
201K 4.6K 31
Orphaned at a very early age, a young man goes through self-discovery as he uncovers his demonic past and faces a heavenly challenge. After discoveri...