Love Lens

By MeIsDoremi

534 113 0

Dari sekadar trend Tik Tok, Mayaa berjumpa dengan seorang lelaki yang elok rupawan untuk dijadikan subjek fot... More

1
2
3
4
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

5

18 5 0
By MeIsDoremi

" to feel happy for your happiness is one lucky thing, but I much more prefer the term 'your' turn out to be 'our' happiness,"

@@@

" Awak lari mesti bersebabkan, cik Mayaa?" aku tersentak. Perempuan tadi yang mengejar aku berada betul-betul belakang tubuh aku. Bila dia berdiri belakang aku? Aku tak sedar pun!

Najdee, ni ke maksud kau tahan sikit lagi tu? Apa maksud semua ni?! Kau perangkap aku dengan muka kesian kau ke apa?!

Aku cuba melarikan diri sekali lagi, malangnya tangan aku berjaya ditangkapnya. Pergerakan aku dikunci.

"Ah-ahAh!!"aku mengaduh. Najdee, kau dah tak hensem, sumpah kau dah tak hensem! Aku berdendam! Dahlah tak cakap dia ada awek dah! Yalah! Kalau bukan kawan perempuan mestilah awek!

"Jangan cuba lari! Saya ada soalan. Apa maksud awak abang saya kata jangan cari pembunuh dia lagi? Bila awak jumpa dia? Tak logik dia bagitahu dalam dua minggu ni! " Abang?! Eh?!

Aku cuba meronta dan kemudian sekeping kertas jatuh ke tanah. Cepat sahaja tangan perempuan itu mengambil kertas tadi sambil setia mengunci tangan aku.

Kejap! Bukan kertas, itu polaroid tadi, atas gambar tu aku tak padam tarikh gambar ditangkap. Aku lupa nak buang. Kau memang lembab Mayaa!!

"TAK!" jeritku meronta sekali lagi.

Kali ini aku berjaya meloloskan diri, namun perempuan itu sudah berjaya menyelidik polaroid aku.

"14 haribulan 2, tahun... 2023,tarikh gambar ni tarikh harini. Apa maksud semua ni...Macam mana awak tangkap gambar ni?" Soalnya dengan wajah berkerut. Haizz malangnya nasib aku...

Aku terdiam sekali lagi. Sumpah aku tak tahu nak buat apa. Nak jujur ke? Najdee...semua salah kau!

"S-saya..."Aura perempuan itu membuatkan aku tak keruan nak terus terang. Tengoklah cara dia pakai baju. Macam minah-minah motorsport yang ada dalam kumpulan buli jalanan tu.

"Macam mana awak boleh tangkap gambar abang saya hari ni sedangkan dia dekat hospital koma dari dua minggu lepas?"soalnya sekali lagi dengan suara yang lebih menekan. Mana aku tahu macam mana aku boleh tangkap gambar dia! Ah lantaklah! Bukan rugi apapun aku jujur.

"Saya boleh tengok roh dia pakai kamera!" Aku separa menjerit.

"Huh?! Karut apa kau ni?" dia memegang belakang kepalanya. Aku dah jujur tak nak percaya pula! Aku merengus kecil.

" Kalau tak percaya, biar saya tunjuk dekat awak," aku mengangkat kamera telefon aku. Najdee sedang bersandar di dinding sedikit jauh dari tempat aku sambil menilik kuku dia. Eloklah tu, aku menggelabah jawab soal selidik adik kau dekat sini, kau duduk macam mak cik diva jual karipap. Panas pula hati.

" Oi! Najdee Vavi!!" aku melepaskan geram aku yang terpendam dari tadi dengan mencarut gunakan perkataan berlapik. Orang kita haruslah sopan ya rakan-rakan. Sesuai gelaran tu dengan babi terbang mimpi aku.

Kepala dia berpaling menghadap aku dengan muka terkejut. Punat kamera di atas skrin ditekan secepat mungkin. Aku nampak Najdee seperti ingin memberitahu aku sesuatu tapi aku cepat-cepat menutup kamera telefon aku. Tak nak tahu, aku nak selesaikan salah faham ni secepatnya. Aku merajuk!

Selesai aku menangkap gambar, laju aku menunjukkan gambar itu pada perempuan tadi.

Wajahnya memucat.

"unbelievable, monyet jalanan ni hidup dekat situ?"ujarnya separa berbisik. Aku memandangnya dengan mata membulat. Wow? Monyet jalanan? Betullahkan orang cakap, 'tiada istilah mengaku adik beradik kau hensem dan cantik melainkan diri kau sendiri.'

Kali ini perempuan itu cuba membuka kamera dia pula dan menghalakan di tempat aku tangkap gambar Najdee. Tetapi hanya ruang kosong yang ada di gambar dia. Telefon aku diambil dan dia mengambil gambar menggunakan kamera aku. Keputusannya tetap sama.

"Puas hati? Dia ganggu aku dari pagi tau. Cuba cakap dekat abang kau jangan kacau aku dah," aku merengus kuat dan membelakangi perempuan itu ingin melangkah pergi.

"Tadi awak cakap nama awak Mayaa kan?" Kepala aku dipusingkan menghadapnya. Hah, kenapa pula ni?

"Ha-ah, Kenapa ya?"

"Nama saya, Nur Salwa" Huh? Okay? Aku nak kena buat apa dengan nama tu? Namakan anak kucing aku? Sorrylah, bitter sikit sebab tengah sakit hati.

" saya ada tawaran untuk awak,"

" tak menarik," jawabku serta merta sebelum sempat dia bercakap apa-apa. Langsung tak memberi peluang. Nantikan kena tipu macam tadi.

" 20 ribu ringgit,dengan syarat awak tolong saya cari pembunuh abang saya," 20 ribu?? Aku telan air liur.

" kejap, du-dua puluh-

" 50 ribu?"

"Huh?!"

" Tak cukup? 100 ribu?" apahal naik dua kali ganda?

Aku tergamam, siapa perempuan ni campak 100 ribu macam tu je? Anak Alif Syukri? Menteri? Raja angkasa?

" S-saya tak boleh dibeli dengan duit!" aku masih tetap bertegas. No-no! Jangan termakan Mayaa... Itu semua nafsu! Aku dah belajar, jangan cepat percaya manusia, walaupun dia roh.

" 300 ribu?" the hell?! Aku membuka kamera aku kembali. Najdee sudah berdiri di sebelah Salwa sambil menggeleng kepalanya laju. Tangannya membuat simbol x. Mukanya cuak. Aku mengangguk kepala perlahan memahami.

" Abang awak tak bagi," cepat aku menyampaikan pesanan itu. Salwa mengerdipkan matanya terdiam mendengar jawapan aku. Seolah dah tiada cara nak pujuk aku. Nampaknya adik pun kalah dengan abang.

Oh, selamat tinggal 300 ribu aku...

Aku melangkah setapak cuba pergi meninggalkan Salwa sebelum dia ada idea untuk libatkan aku dengan rancangan dia lagi. Rasa kecewa tu...adalah sikit rasa kecewa tu tapi sikit je. Alah...tak banyak pun 300 ribu tu. Tak perlu risaukan Mayaa. 300 ri-

"800 ribu dengan rumah?! Aku nak kau tolong aku cari pembunuh abang aku dengan bantuan aku," jeritnya. Kaki aku terhenti. Aku pusing secepat mungkin.

" SETUJU!"Gila tak nak! Aku boleh beli kereta dengan dapat rumah weyh! Laju tangannya aku jabat. Aku yakin Najdee bangga dengan keputusan aku. Heh! Tiada kompromi untukmu dihadapan duit berkepok.

Najdee yang melihat keadaan itu tergamam. Seriuslah Mayaa?! Dahinya ditepuk tidak percaya.

@@@

Mata pemburu dia tajam memerhati aku. Hmph! Aku pun ada mata kucing aku ya! Kau fikir kau seorang je boleh tenung-tenung?!

'Vavi? Monyet jalanan? Lepastu duit? Kau memang tak membantu Mayaa' isyaratnya kemudian dia mengeluh. Nada saya awak juga hilang entah ke mana.

Ah kisah pula aku! Tadi kau tinggal aku terkontang kanting seorang boleh pula?! Lepas tu aku dapat apa?

" Vavi tu aku tak nak tarik balik, sebab kau memang Vavi biarkan aku selesaikan masalah kau. Sakit tahu tak? Duit tu, kau fikir aku boleh tolak duit banyak tu? Hampir sejuta kot!" Haahlah, kalau aku fikir balik, kenapa aku tak tunggu sejuta dulu eyh baru setuju.

Hm...

Tak boleh-tak boleh! Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

' owh! Apa jadi dengan S-saya tak boleh dibeli dengan duit tadi, hah cik mata duitan? ' wajahnya turut mengajuk cuba mengejek aku. Aku mencampak bantal ke arahnya dan bantal itu tembus melepasi dia. Aku menggigit bibir bawah kegeraman.

' hahaha, tak kena!' aku hanya memandang dia sebelah mata. Menyampah! Berkurang hensem dia.

" kau tengah gaduh dengan abang aku ke tu?" Salwa memandang aku dengan riak janggal. Gelaran awak saya tadi sudah bertukar menjadi aku kau juga dengan Salwa. Aku yang minta tukar memandangkan hidup aku tak pernah ada kawan untuk ber aku kau. Sedihkan? Taklah, aku malas nak bersopan santun dengan dua beradik ni.

Logik sangat muka janggal dia waktu tengok aku, siapa je tengok aku memang dah rasa aku cakap dengan hantu pakej berotakkan orang gila. Haah, gila betul aku termakan perangkap muka hensem dia. Eh, lari topiklah Mayaa!

Aku memandang Salwa semula. Tangan sebelahnya memegang mug berbentuk beruang dan sebelah tangannya lagi memegang beberapa helai kertas.

" Ah... Haah... tengah gaduh dengan dia," balas aku lambat dengan mata terkedip-kedip disertakan senyum janggal. Salwa hanya mengangguk dan duduk di sofa di hadapan aku mengabaikan respon acuh tak acuh aku.

Oh ya! Lupa nak cakap yang aku datang rumah Salwa, memandangkan dia kata nak tulis kontrak. Jadi aku naik kereta dia datang sini. Kereta dia mantap beb. Chevrolet...

Aku perhati rumah dia, kondominium bertingkat dan berkonsep klasik melayu. Jangan katakan aku beli, sewa pun aku tak mampu. Kau mampu? Mestilah tak! Hmph!

" Salwa, kau kerja apa? Banyak betul duit, kondo pun bukan main besar," terus terang aku bertanya macam mak cik bawang. Buat apa nak malukan? Hidup memang perlukan duit. Jadi tanyalah mereka yang banyak duit.

" Aku buat bisnes kecil-kecil je. Tapi sebenarnya kondo ni abang yang beli untuk aku. Kebanyakan barang keperluan aku, abang aku beli. Rumah pun dia belikan untuk aku, tapi aku prefer duduk sini. Jadi duit aku hanya untuk aku. Hebatkan abang Najdee? " Wow! Najdee...kenapa tak cakap kau kaya dari awal. Untung siapa jadi bini kau. Tiba-tiba kau hensem balik. Tak jadi marah dengan merajuk. Meh sini aku tawarkan diri jadi isteri mithali.

Sedang aku berangan menjadi isteri Najdee kertas yang dipegang Salwa tadi diletakkan di hadapan aku. Aku perhati kertas itu.

' I give you a warning, don't you dare accept that offer and tell her to stop looking for the killer,' aku terpandang telefon aku yang bersandar di phonestand dan melihat Najdee memberi amaran pada aku.

Owh, terlupa yang dia masih ada di situ sebagai roh sekarang ni. Haih, kalau tak disebabkan 800 ribu tu, aku tak masuk campur tau masalah adik beradik kau. Maaf ya Najdee, tapi adik kau tawar 800 ribu untuk aku, kau nak tawar apa?

" Kalau tak?" aku cuba mencabar dia.

' tunggu aku sedar nanti, aku buat sesuatu yang kau takut dekat kau,' urgh, jawapan apa tu? so childish. Aku yang menyampah hanya menutup kamera telefon aku. Mesti Najdee tercengang. Nasib kaulah! Entah bila sedar tu, aku pun tak tahu.

" Abang aku cakap apa?" Salwa yang tadi hanya memerhatikan aku bercakap dengan Najdee, akhirnya bertanya.

" He said I can't accept your offer, dan dia suruh kau berhenti cari pembunuh yang sebelum ni, "

" Owh, pasal tu, cakap dekat Najdee, aku tak nak. Sebab pembunuh tu bukan libatkan dia je, dia libatkan keselamatan aku sekali, sebab tu aku kena cari pembunuh tu. Bagitahu dia juga yang dia masih kena bertanggungjawab dengan kes abang long."

" Ah, tak apa sebab dia boleh dengar kita borak," ucapku pada Salwa.

Aku mengeluh, apa nasib aku sekarang ni jadi kotak suara untuk Najdee? Memang tak ada manusia lain ke yang boleh nampak Najdee sekarang ni? Eh kejap, eloklahkan macam tu? Maksud aku muka hensem dia tu aku boleh bolot semua. Orang lain tak boleh nampak!

Aku membuka kamera telefon aku semula, malangnya Najdee tiada di tempat dia tadi. Ah sudah! Dia pergi mana?Tandas? Roh berak juga eyh?

" Najdee kau pergi mana?" aku mengangkat telefon aku. Telefon aku menghala ke sekeliling sehinggalah kamera telefon aku menghala ke balkoni. Najdee tengah duduk dekat palang penghadang balkoni. Beberapa saat selepas itu dia melompat terjun. Aku terkejut. Oi, kondo ni tingkat 20!

"NAJDEE!!!" Aku menjerit dan berlari ke arah balkoni. Gila ke dia bunuh diri?!

Mata aku melilau mencari dia. Kamera aku menghala ke bawah. Bayang Najdee langsung tak kelihatan. Aku gelabah dan menghalakan kamera telefon aku ke sekeliling dan secara mengejut wajah Najdee muncul dari atas kamera dengan muka tersenyum. Aku menjerit sekali lagi sampai jatuh tergolek. Aku terlupa yang dia ni roh...

Lepas mengaduh aku melihat lensa kamera aku balik. Najdee pula seronok menggelakkan aku.

Ni balas dendam sebab aku tak layan dia ke macam mana?

@@@







Noted,

Najdee serius unpredictable. btw, marilah vote cerita saya, awal-awal ni kita relaks2 dulu, nanti baru muncul romance dia.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 35.4K 47
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
1.6M 138K 46
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
1.7M 126K 45
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
290K 33.5K 84
#Book-2 of Hidden Marriage Series. πŸ”₯❀️ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...