Love Lens

By MeIsDoremi

534 113 0

Dari sekadar trend Tik Tok, Mayaa berjumpa dengan seorang lelaki yang elok rupawan untuk dijadikan subjek fot... More

1
2
3
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

4

24 6 0
By MeIsDoremi

" Dancing under the moonlight is my dream, but dream will just be dream if you not there with me,"

@@@

Aku menolak perlahan pintu wad 143, nafas aku turun naik perlahan. Masih berat menghadam apa yang baru berlaku tadi.

Seriuslah aku dengar cakap roh orang tak dikenali?

Ah, Mayaa! Benda dah jadi tu biar saja jadi. Kaki aku akhirnya menapak di lantai bilik wad itu.

Aku betul-betul dalam wad 143 weyh!

Tapi seriuslah kau nak tolong dia ni? Macam mana kalau ni scam?

Ah, tak apa! Roh hensem, pemilik badan mestilah lagi hensem kan? Jadi niat aku nak datang jenguk hanyalah untuk sahkan yang tuan badan dia sama hensem dengan rohnya.

Mata aku pejam erat dan perlahan-lahan aku melangkah menghadap pesakit yang terbaring di atas katil itu. Tak sanggup nak tengok! Macam mana tiba-tiba dia buat jumpscare bangun tiba-tiba? Fikiran aku ni dahlah kuat merepek.

Aku meneguk air liur,dan keberanian dikumpulkan. Sebelah mata aku buka, dan cahaya dari tingkap menyilau mata aku. Selepas terkebil-kebil dan hilang silau mataku, aku melihat jelas gerangan lelaki yang elok terbaring dengan mata terkatup di hadapan aku. Aku menekup mulut aku dramatik...

"woh, lagi hensem..."bisikku tapi cukup bergema di bilik itu. Aku perhati dia, dari rambut ke dahi, ke hidung mancung dia dan akhirnya bibir dia. Aku tenung lama bibir dia.

.

.

.

Merahlah...
.

.

.

Eh?

Aku tersedar dari pukauan wajah Najdee. Ni mimpi ke sampai aku tak boleh kalihkan mata aku dari dia? Pipiku ditampar meninggalkan bekas merah pudar. Auch! Sakit, maksudnya bukan mimpilah ni.

Ah, tak apa...rezeki depan mata takkan nak membazir. Halal, Halal...

Aku berjalan melihat pula nama penuhnya di papan biodata pesakit,

Naufal Najdee bin Nazri.

"Uish, triple N. Uniknya," ujarku. Umur dia pula 27 tahun. Eh, sama umur dengan akulah!

"Nama cantik... Umur sama macam aku... Macam mana dia boleh hensem macam ni, sakit-sakit pun hensem. Bulu mata dia lentik, tangan dia sasa, rambut cantik, merah pula tu bibir dia, menggoda macam bidadari. Mak aih, kalah aku. Haih... aku yang perempuan ni pun cemburu," gumamku seorang. Aku merenung wajahnya dan biodata pesakit silih berganti.

Habis membuang masa melihat biodatanya, aku duduk di kerusi pelawat sambil menguis hujung selimut yang menutup kaki dia, termenung memikirkan diri. Okay aku dah melawat dia, sekarang apa?

Ah haahlah..., baru teringat. Najdee ada dalam ni tak eyh? Aku baru tersedar.

Kelam kabut aku membuka kamera telefon aku, dan jantung aku jangan cakap, dah gugur waktu itu juga. Mana taknya,

Najdee berada di depan mata aku sedang duduk atas katil. Betul-betul depan kerusi aku! Telinga dia pula sudah memerah dan wajahnya ditutup dengan sebelah tangannya.

Jangan kata...

DIA DENGAR KE SEMUA YANG AKU CAKAP DARI TADI?!! Ha..haha! Menggoda macam bidadari ya Mayaa? Aku rasa nak tampar mulut aku. Terkulat-kulat aku dibuatnya.

Aku menarik selimut dia cuba menutup wajah aku dan lama kemudian aku tersedar. Dah kenapa aku makin tarik selimut dia?! Ni badan dia!

Cepat-cepat aku menolak semula selimut tadi menembusi roh Najdee. Bodohlah kau Mayaa!!! Dah malu, makin malu sampai tujuh keturunan!

" Ma-maaf,saya tak sengaja..." ujar aku selepas redha dari perkara memalukan tadi.

Sedetik,

dua detik,

tiga detik,

Aik tak ada balasan? Aku melihat sekeliling kemudian aku melihat telefon aku. Kamera aku menghala lantai... hah, dua kali bodoh! Dia tu roh, dah tahu dah kau tak boleh komunikasi dengan dia tanpa kamera, kau pergi hala kamera ke lantai dah kenapa?

Aku menghala telefon aku kearah depan aku kembali dengan perasaan sebal. Sengih busuk diberikan. Kali ini Najdee tergelak melihat reaksi aku dan perasaan malu aku bertukar perasaan cair melihat gelak dia...

Haih, ini kalau bergaduh laki bini, aku yang mengalah dulu ni disebabkan muka dia.

'Miss, maybe you don't see me after this, but to let you know, I always there with you' Ujarnya menggunakan isyarat tangan. Aku rasa macam nak cair kali kedua dengan ayat itu. Faham ayat tu untuk bagitahu aku kena jaga-jaga tapi biarlah aku nak berangan!

"T-tolong jangan buat lawak tentang saya ya, lupakan apa jadi tadi. Cepatlah bagitahu awak nak minta tolong apa?"

'Owh, baik. Sekarang saya nak minta tolong awak tunggu sini sekejap sebab kejap lagi ada orang akan masuk. Awak tolong cakap dekat orang tu, saya pesan berhenti cari orang-orang yang cuba bunuh saya- ' dari suasana berbunga-bunga jadi suasana serius. Aku terkedu. Bunuh? Siapa yang nak bunuh lelaki sehensem dia?

" Orang? Tak sekarang ni apa maksud awak bunuh?" Aku memotong bicaranya. Kenapa tiba-tiba aku kena cakap dengan orang pula ni?

Najdee hanya memandang aku dengan senyuman tipis.

'tolong' isyaratnya sekali lagi dengan senyuman sedih dia. Huh?

Sejurus dia berkata itu, bunyi pintu dibuka dari belakang membuatkan aku kaku tanpa sempat aku bertanya Najdee sekali lagi. Telefon aku diletakkan atas peha perlahan.

Tahi! Aku tak sedia apa-apa lagi!

" Siapa... awak?" suara seorang perempuan menyapa. Siapa awak dia tanya? Yang dia tu pula siapa? Awek Najdee ni ke?

Ah, itu tak penting sekarang. Darah aku berderau laju. Gemuruhlah menghadap perempuan ni! Dahlah si Najdee ni cakap aku kena cakap dengan orang ni lambat! Perincian maklumat pun tak ada tiba-tiba suruh orang berhenti cari pembunuh!

Okay, tak apa Mayaa, sebabkan kau Mayaa, buat jelah apa yang Najdee minta! Apa nak jadi, jadi!

Aku memejam mata aku kejap sebelum berpusing memandang gerangan yang bertanya tadi sambil tersenyum.

"Saya Mayaa Adeera, kawan Najdee" Aku melihat di hadapan aku seorang perempuan yang cantik, memakai baju jaket kulit hitam, di dalamnya hoodie kelabu. Sarung tangan separuh jari berwarna hitam bersama beg poach Puma berwarna putih menjadi akresori. Disertakan seluar kargo hitam dan tudung hitam jenis bubble satin.

"Kawan Najdee? Dia tak pernah cerita pun dia ada kawan perempuan" dia tak ada kawan perempuan? Muka hensem macam dia? Boleh percaya ke?

Kau pula siapa? Bukan kawan?
Aku hanya berani bertanya dalam hati je. Padahal luaran dah kecut perut.

"S-saya kenalan jauh dia. Tak penting sangat pun, saya datang ni sebab saya ada pesan dari dia untuk awak," gugup aku memberi keterangan palsu padanya.

"pesan?" dia mengulangi perkataan itu dan aku mengangguk. Goreng sajalah!

"dia pesan supaya awak berhenti cari orang-orang yang bunuh dia," selesai aku menyampaikan pesanan Najdee itu aku terasa lega. Aku langsung terlupa yang Najdee masih belum beritahu permintaannya secara lengkap.

" Mana awak tahu pasal bunuh tu?" mendengar soalan itu aku jadi gemuruh balik. Ah sudah, soalan maut ni aku nak jawab apa?

Tanpa berfikir panjang aku terus berlari merempuh keluar dari wad tersebut.

Eh kejap?

Eh...?

EH?!!

Apa benda yang aku buat ni Mayaa? Kenapa aku pergi lari! Tahu aku gemuruh dengan soalan tu tapi lagi suspicious lah aku buat macam ni!!

Dari jauh aku mendengar suara jeritan perempuan itu dan tapak kaki mengejar aku. Ahh!! Tolong jangan kejar! Aku tak tahu apa-apa!

"Awak, tunggu!" aku berlari lebih laju.
Sampai sahaja di tempat yang aku bernegosiasi dengan roh Najdee tadi, aku mencapai telefon aku. Kamera dibuka pantas. Nafas aku pula masih tercungap-cungap.

"Hah,awak huh, awaklah ni!! Kenapa tak cakap awal-awal! Saya nak jawab apa kalau tiba-tiba dia tanya benda pelik-pelik macam tu?! Huh, lagi satu! Apa yang saya dapat dari semua ni?! Kenapa aku pergi tolong kau eyh?" marahku pada roh Najdee yang berdiri di hadapan aku. Dari awak terus jadi kau. Tubuhnya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda berpeluh atau tercungap-cungap. Masih kekal hensem, tapi tetap aku marah.

Dasar roh pinggiran!

'maaf, saya tak sempat terangkan secara penuh, masa tadi tak cukup,' wajahnya menunjukkan muka kesian padaku. Ceh! Tak guna bagi muka kesian, kalau kau langsung tak boleh tolong belikan air untuk aku yang dah haus berlari ni. Kenapa sebelum ni aku minta bagitahu awal dekat kawasan terpencil ni kau tak nak?

"saya dah tolong awak, lepas ni jangan muncul depan saya lagi!"

'saya tak boleh jumpa awak lagi ke?' dia bertanya meminta kepastian. Wajahnya seolah kecewa aku bercakap sebegitu. Erk! Janganlah buat muka macam tu! Aku ni dahlah lemah dengan muka hensem kau. Tak boleh jadi ni!

Aku mengangguk laju. Sebelum aku mengalah dengan muka dia baik aku angguk laju-laju dulu.

"Kita tak boleh jumpa lagi!" Tegasku.

'Maaf, saya tak pasti saya boleh tunaikan hajat awak untuk tak berjumpa lagi tu, kita akan jumpa lagi juga. Dan awak kena tahan sikit je lagi,' dia membuat isyarat tangan itu sambil memberi riak wajah misteri. Aku terdiam kejung, peluh aku sudah berubah sejuk.

Apa maksud dia tahan?

Apa lagi ni?!

@@@














Noted;

Hello, thanks for reading! Jangan lupa vote dan promote cerita ni, saya update hari2 insyaallah. Jumpa esok untuk episod seterusnya.

Continue Reading

You'll Also Like

290K 33.5K 84
#Book-2 of Hidden Marriage Series. 🔥❤️ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...
1.7M 126K 45
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
481K 14.1K 61
Silent, unforgiving and strikingly gorgeous, Rylan Parker is a cold-hearted businessman. An intimidating CEO, perfectly fitted in tailored suits and...
600K 49.6K 24
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...