Takdir You're My Healer [C]

Autorstwa EiSeoya

31.4K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... Więcej

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 47

343 22 2
Autorstwa EiSeoya

SEMINGGU lebih sudah berlalu sejak dua insan ini tidak sedarkan diri di dimensi Azazel. Profesor Afzhan cemas tatkala mendengar berita mengejut itu. Tarikh perkahwinan calon Young Master akan berlangsung dalam masa 3 minggu.

Sempatkah Nawwar sedar dalam masa terdekat?

Dalam wad pesakit perempuan, Hadeena asyik membaca novel sejak pagi tadi. Tinggal lapan bab lagi untuk menghabiskan novel tersebut. Sementara menunggu Aryan kembali bersama lauk tengahari, baik luangkan masa dengan benda berfaedah.

"Kak Deena..." Emara menyeru namanya bernada perlahan.

"Iye? Nak apa?" Novel bacaannya ditutup. Bahu Emara diusap lembut.

"Lapar," jawabnya singkat.

Hadeena mengulum senyuman manis. Sejak dua hari lepas, Emara langsung tiada selera makan sebaik sedar dari koma. Muntah darah keluar begitu banyak. Air masak saja diminumnya. Sampai kurus gadis ini.

"Nak makan apa? Nanti akak bagitahu doktor,"

"Nasi ayam. Emara tak ada selera sangat nak makan tapi lapar lah kak..." Wajah cemberut Emara melucukan.

Meletus tawa kecil dari bibir Hadeena. Bingkas bangun dari kerusi pelawat untuk mencari Doktor Aliya di luar wad.

"Doktor! Emara kata dia nak makan nasi ayam. Boleh ke?"

Terhinjut bahu Doktor Aliya dek namanya diseru dari jauh. Dia sedang bersembang dengan jururawat lain depan kaunter pertanyaan.

"Iyakah? Alhamdulillah. Petanda okey lah tu. Tunggu sebentar, nanti makanan sampai. Saya tolong bagitahu dekat dia orang," ujar Doktor Aliya lalu pergi ke bilik masakan. Tidak jauh dari kaunter pertanyaan.

Hadeena kembali masuk ke dalam wad pesakit. Kelihatan Emara tekun membaca novelnya dalam keadaan baring mengiring.

"Bacalah kalau nak," kata Hadeena.

"Akak... Emara nak tanya." Gadis itu menutup novelnya. Diletakkan atas kabinet sebelah katil pesakit. Dia mengubah posisi bersandar di kepala katil sambil dibantu Hadeena.

"Ha tanyalah. Akak dengar ni." Hadeena merapatkan kerusi pelawat ke katil pesakit. Kedua-dua siku terletak atas tilam. Tangan menongkat dagu mulusnya.

"Apa jadi dekat Nawwar? Dia okey ke? Apa terjadi masa tu?" Bertubi-tubi soalan terpacul dari buah mulutnya.

Air muka Hadeena berubah keruh. Dia sendiri trauma saat menonton detik-detik genting Nawwar bertarung nyawa setelah ditusuk Azazel.

Sisi wajahnya timbul urat-urat hitam. Parutnya sontak mengeluarkan darah. Rambut depannya saja bertukar seputih salji. Kata Tuan Zachary, semakin banyak bahagian rambutnya bertukar putih, semakin kurang jangka hayatnya. Nawwar berisiko tinggi meninggal dunia lebih awal.

"Kak Deena!" Seruan Emara menyedarkan Hadeena dari lamunan.

"Saya tanya, Nawwar okey ke?"

"Err... Insya Allah."

"Akak..." Iris ambernya berkaca. Tangisan mengalir deras di pipinya. Hadeena menyeka air matanya hingga kering.

"Shh... Don't cry. Nawwar tak suka kalau perempuan yang dia sayang menangis. Tu kelemahan dia. Emara kena kuat demi dia. Nawwar kena bertarung nyawa untuk teruskan hidup," pujuk Hadeena membelai halus kepala Emara.

"Nak jumpa dia!"

Hadeena mengetap bibirnya. Kepala yang tak gatal bantai digaru. Nak bawa, takut Tuan Zachary marah. Bukan apa, Tuan Zachary tengah berkolaborasi dengan Doktor Rais pasal curse Nawwar. Nyawa-nyawa ikan jejaka itu.

"Um... Memang nak bawa tapi kita ikut cakap Tuan Zachary. Dia tak bagi. Ada sebab lah tu kenapa,"

"Tapi Emara rindu dia. Nak tengok dia." Gadis itu menunduk kesal. Bagaimana jika dia tidak sempat jumpa Nawwar saat nyawanya di hujung tanduk? Emara mula overthink.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum. Nah, nasi ayam untuk Emara. Special sikit." Manis wajah Doktor Aliya menayangkan senyumannya.

"Waalaikumsalam. Terima kasih doktor," balas Hadeena menyambut huluran dulang dari Doktor Aliya.

"Maaf kalau kami menyusahkan doktor," tutur Hadeena mendatar.

"Tak apa. Kerja saya bukan satu saja. Lagipun tak ramai pesakit akademi kita. Paling ramai pun sepuluh orang," ujar Doktor Aliya seraya membetulkan stetoskop yang melingkar di lehernya.

"Okey. Terima kasih sebab sudi hantar makanan ke sini," ucap Hadeena lagi separa menunduk.

"No problem. Enjoy your meal, sweatheart," Doktor Aliya menepuk perlahan bahu Emara sebelum meninggalkan dua gadis itu sendirian.

"Nak akak suapkan tak?"

Laju Emara angguk. Mengada betul. Nasib baik Hadeena ikhlas offer bagi princess treatment.

Hadeena menyiat isi ayam panggang kecil-kecil. Sesudu penuh disuap masuk ke dalam mulutnya disertakan lafaz bismillah. Emara menjerit kecil setelah dua hari tak makan benda sedap.

"Assalamualaikum sayang!" Salan diberi Aryan membuatkan Emara hampir tercekik.

"Waalaikumsalam," sahut Hadeena girang.

"Eh Emara dah berselera nak makan?" Aryan melopong. Matanya membulat. Baru nampak wajah gadis itu tampak berseri berbanding dua hari lalu. Pucat memanjang.

"Itulah. Aku tengah syok baca novel tetiba dia mengadu lapar." Tertawa kecil Hadeena. Jelingan sekilas dari Emara. Amboi, dah okey terus garang balik.

"Nah sayang, I belikan you nasi goreng. Nasib baik ngam tinggal dua bekas aje dekat kaunter. Terus I rembat." Padanlah Aryan berpeluh datang ke sini. Tengah battle dapatkan nasi goreng rupanya.

"You makan dulu. Nanti I makan sebab tengah sibuk menyuap bini orang." Lemparan ayat Hadeena dijeling tajam oleh Emara sekali lagi.

"Bakal bini," ujar Emara sinis.

"Oh ya, urusan majlis perkahwinan macam mana?" celah Aryan menyempat suap sesudu nasi goreng masuk mulut.

"Aryan! Emara baru nak sihat you pergi tanya. Bagilah dia tenang dulu," marah Hadeena mengerling suaminya.

"Err tak apa Kak Deena. Baguslah Aryan ingatkan. Sebab saya memang perlukan bantuan awak semua nanti."

"Tanpa bimbingan Nawwar?" soal Aryan dalam nada serius.

"It's okay. Dia ada tinggalkan saya list yang perlu dibuat untuk urusan tu nanti."

Hadeena dan Aryan berbalas pandangan. Nampaknya mereka ada job baru selepas ini.



DOKTOR Rais kembali dengan tabung uji berisi darah dalam tangan. Baru habis menjalankan ujian darah khas untuk Nawwar.

"Zach, aku taknak kau kecewa tapi... ada jangkitan kuman dalam darah dia." Doktor Rais menyerahkan tabung uji kepada Tuan Zachary.

"Ya Tuhan... Betul ke?" Terketar-ketar dia terima huluran Doktor Rais.

"Ya. Aku syak semuanya berpunca dari pisau kerambit Azazel masa tikam dia. Luka dia baru aje dah sembuh. Astaghfirullahalazim..." Istighfar panjang Doktor Rais mengenangkan nasib menimpa Nawwar.

"Hm... Anything else you want to say?" Tuan Zachary menyuakan tabung uji itu kepada Doktor Rais.

"Aku tak jamin dia akan sedar dalam masa terdekat. Jantung lemah, darah kena jangkitan kuman. Luka tikaman terbuka balik. Allahuakbar."

"Banyakkan berdoa pada Tuhan. Nescaya Dia akan bantu hamba-Nya yang lemah," pesan Tuan Zachary berharap kesakitan dialami Nawwar diringankan oleh yang Maha Esa.

"Iyalah. Aku undur diri dulu. Apa-apa masalah cari aku. Aku taknak ganggu kau buat kajian semua. Okey?"

"Okey. Terima kasih tolong aku," ucap Tuan Zachary melihat susuk tubuh itu pergi.

Dia bersandar lemah atas kerusi pelawat. Pelipis kepala diurut perlahan. Cardiac monitor dipandang sekilas. Masih tiada perubahan sejak seminggu yang lalu.

Rasa resah menyelubungi dirinya. Kertas laporan yang ditulis dibaca semula dari awal hingga akhir. Ada sisi positif dan juga sisi negatif. Sisi positif ialah Nawwar tidak lagi dikawal mindanya oleh Azazel. Dia bebas dan berupaya mengawal dirinya sendiri.

Sisi negatif pula ialah kitaran kematian telah bermula. Setiap kali Nawwar melepasi hadnya sebagai Cursed Child, maka rambutnya akan bertukar putih. Bukan semua, hanya sesetengah bahagian.

Selepas ini Nawwar harus bijak menggunakan kelebihannya pada masa akan datang. Tuan Zachary masih mencari penawar untuk mengubati sumpahan Nawwar. Dari satu dimensi ke dimensi lain sanggup dia jelajah bersama Doktor Rais. Anaknya Zander kadang-kadang turut serta ekspedisi ini.

Sebaik saja Nawwar dilantik menjadi Young Master, dia harus menyelamatkan Naqib di dimensi Orion.

Sumpahan yang dibawa Azazel berasal dari dimensi Qursetav. Oleh itu, Nawwar telah menjadi salah seorang ahli akademi berdarah Qursetav. Dengan kelebihan yang dia miliki, dia mampu membuka laluan kepada abangnya untuk bebas keluar dari dimensi 'penjara'. Nawwar umpama penghubung dua dimensi berbeza.

Tuan Zachary mengawal rasa hiba di hati. Tangan Nawwar digenggam erat. Sejuk. Parut di dahi masih ada kesan darah beku. Tidak tahu bagaimana parutnya boleh berdarah sedangkan dia masih memakai topeng muka menutupi keseluruhan wajahnya.

"Semoga cepat sembuh, Nawwar. Kuatkan semangat. Ada buah hati setia menunggu kamu sedar dari tidur. Perkahwinan kamu sudahlah makin dekat. Kamu pula sendiri taknak majlis itu ditangguhkan seminggu lagi. Saya harap kamu kekal sihat selepas ini walaupun... peluang agak tipis. Tapi tak apa, saya percaya kuasa Tuhan."

Alunan rambut Nawwar yang berombak itu dielus perlahan. Nampak handsome juga jika disikat ke belakang. Nampak matang. Belah tepi, lagi kuat visual maskulinnya.

"Saya harap kamu tak insecure sebab rambut putih ni. Looks good on you," puji Tuan Zachary seraya mengusutkan rambutnya semula. Lembut bak sutera.

"Emara has a good taste in man."

Tuan Zachary tertawa kecil sendiri. Dia termenung mengimbas memori dulu sewaktu anak Tuan Ibrahim daftar masuk ke akademi Quricity.



"Tu anak dara Ibrahim ke?" Tuan Asnawi menyiku Tuan Zachary yang sedang menyinsing lengan bajunya.

"Iya. Kenapa? Cantik kan? Macam arwah Puan Emaryn. Sebiji muka dia orang." Tuan Zachary turut terpukau dengan rupa paras Emara. Comel.

"Aku rasa nak jodohkan dia dengan anak aku lah, Zach." Tuan Asnawi tertawa kecil. Terbayang jika Nawwar memilih Emara menjadi pasangannya.

"Wait... So you're telling me that you want her to be your future daughter-in-law?" Tuan Zachary mengangkat kedua-dua belah tangannya separas dada.

"Yes. Once they grew up,"

"Nawi... Seriously? Anak kau nak ke?"

"Insya Allah aku panjatkan doa kepada Allah. Aku akan minta dia orang disatukan walau apa cara sekalipun. Harap ada jodoh antara dia orang. Takkan Nawwar taknak anak dara Ibrahim tu. Cantik kut,"

"Ikut kau, Nawi. Harap doa kau termakbul." Tuan Zachary menggulingkan bola matanya. Ada saja akal Tuan Asnawi nak cari menantu pilihan untuk Nawwar.



Tuan Zachary kembali ke realiti. Tanpa sedar, air matanya mengalir setitis di pipi. Tuan Asnawi merupakan sandaran Nawwar yang terakhir. Kini, sahabatnya sudah pergi menghadap ilahi.

Namun, Allah sebaik-baik perancang. Emara hadir ke dalam hidupnya. Gadis itu menjadi tulang belakang penting bagi Nawwar.

Indahnya caturan hidup Allah SWT.














Note: author tengah cuak ni sempat ke tak novel habis dalam masa 3 hari hahaha aiyo saya belum study apa² lagi untuk pengajian am. Astaghfirullah.
.
Hargai effort author anda dalam mengejar 'due date' novel Takdir I huhu.
.
Btw author otw masuk sem 2 buka sekolah nnti hahaha. Saya student stpm :')

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

287K 19.4K 32
[COMPLETE] Sebuah memori silam telah menjadi titik perubahan, Nur Adellea Arelyne. Siapa sangka bahawa dia lahir di dalam sebuah keluarga yang hanya...
186K 2.7K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...
17.5K 1.7K 40
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...
284K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.