YOU'RE MINE

Door RosLinda075

2.6K 66 63

"Aku akan pastikan kau menjadi milik ku" -Abdul Kahar- "Kini keinginan mu tercapai sayang" -Tiara Imelda- Meer

INTRODUCTION
PART:01
PART:02
PART:03
PART:04
PART:05
PART:07
PART:08
PART:09
PART:10
PART:10(bahagian 2)

PART:06

147 6 5
Door RosLinda075

"kau tunggu Hasya Inara..aku akan pastikan kau menyesal dengan apa yang kau dah buat."

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

Kemudian aku pun baring semula sambil main telefon. Sambil-sambil tu fikiran ku jauh melayang-layang memikirkan apa yang harus aku balas dekat Inara tu. Setelah hampir 15 minit aku memerah otak,akhirnya aku mendapat cara untuk membalas perbuatan Inara tu. Aku memandang kearah jam yang berada didinding..waktu telah menunjukkan pukul 12:00 malam.

Aku pun bangun dan bersiap-siap hendak turun kebawah..aku mengenakan baju hoodie hitam bersama topi hitam. Bukan apa..takut-takut ada yang curiga bila tengok aku keluar tengah-tengah malam ni.Baru sahaja aku hendak membuka pintu,aku mendapat panggilan yang aku pasti panggilan itu daripada Rina. Tanpa melihat namanya aku terus mengangkat panggilan tersebut.

~In Call~

"Hello El..kau kat mana?kitorang dah sampai ni."

"Okay aku otw..tunggu situ dan jangan pergi mana-mana..tunggu sampai aku datang."

"Okay-okay kitorang tunggu."

~End Call~

Apabila aku meletakkan panggilan,aku terus bergegas ke padang Kudrat. Sebelum gerak,aku tutup pintu dulu..nanti hilang barang-barang aku macam mana?para readers nak ganti ke barang-barang mahal aku tu?tak kan?so better aku tutup..hahaha.

-Padang Kudrat-

Sampai sahaja disitu dapat aku lihat kawan baik ku sedang duduk berdua dikerusi. Dengan perlahan aku berjalan kearah mereka lalu..

"Ha!" Dengan sengaja aku menterkejutkan mereka berdua..

Apa lagi?sorang jatuh kerusi and sorang lagi dah buka kekuda. Hahaha aduhai kesian kawan-kawan aku ni...

"Elda! Kau ni kan..nasib tak tercabut jantung aku ni." Kata Isha sambil bangun dan berdiri menghadap aku.

"Haih nampaknya kawan kita ni still tak berubah...still dengan perangai dulu..suka buat orang sakit jantung."

"Hahaha sorry lah geng aku gurau jelah."

"Hmm yelah..eh ni apahal kau suruh kitorang datang sini malam-malam buta macam ni?"

Muka aku yang daripada ceria terus bertukar serious.

"Duduk dulu." Aku mengambil kerusi dan duduk bersama mereka berdua.

"Okay bagitahu kitorang sebab apa kau panggil kitorang ni."

"Aku nak bagitahu korang berdua yang Inara dah pindah kesini."

"What?! Eh kau biar betul El!"

"Kau ada nampak muka aku ni main-main ke Dhia Afriena?"

"Heheh tak."

"Dah tu?haih..itu dah satu hal..ni satu hal lagi..dia nak buat sampah dekat tempat aku."

"Maksud kau?"

"Dia dah kacau ketenangan aku..dia kacau kebahagiaan aku dengan Kahar..dia cuba nak rampas Kahar dari aku."

"Memang bangsat punya perangai!!" Rina bangun dan menendang kerusi yang diduduki nya.

"Rina sabar..tujuan aku panggil korang ni sebenarnya nak minta tolong dekat korang berdua..tolong pujuk cikgu korang supaya percepatkan pemindahan korang dekat Kudrat..and nanti aku nak minta korang berdua tolong aku untuk balas perbuatan Inara."

"Kalau yang kedua tu insyaallah kitorang boleh tolong..tapi kalau yang pertama tu..kitorang tak janji.. insyaallah kitorang akan cuba pujuk cikgu..dah kau tak payah risau eh."

"Macam mana aku tak risau Sha..musuh aku dekat dengan aku..dia dah mulakan permainan dia."

"El aku ada idea." Rina memandang aku dengan pandangan yang teruja.

"Apa dia?"

"Kau kata yang dia dah start game..so,apa kata kau ikut alur permainan dia tu..kau ikut je sampai dia masuk ke perangkap dia sendiri."

"Betul juga apa yang Rina cakap tu El..kau ikut je permainan dia macam mana sampailah kerja gila dia tu terbongkar."

"Okay..kem bulan madu akan start hujung minggu ni..so aku harap korang dapat pindah ke sini dalam masa yang terdekat."

"Insyaallah El..eh ni kitorang balik dulu eh?"

"Eh dah lewat ni..korang stay jelah kat sini..subuh nanti korang blah la."

"Kitorang bukan tak nak El..tapi kitorang takut kantoi dengan warden..kau tahu kan warden dekat Clifford tu macam mana."

"Hmm yelah..balik elok-elok..kalau ada apa-apa bagitahu aku."

"Okay El..kau pun kena hati-hati..kitorang balik dulu tau..nanti apa-apa kitorang roger."

"Okay.

Rina dan Isha pun berjalan pulang ke Clifford high school. Dan aku pula duduk berseorangan disitu..malam yang sunyi amat menenangkan diri aku..aku memandang keatas..dapat kulihat sinar bulan yang terang menyinari suasana malam yang suram..begitu juga bintang-bintang yang bertaburan indah dilangit malam..

Tenang..itu yang kurasakan pada saat ini..umpama segala masalah yang melanda diriku telah berterbangan bersama angin yang bertiup sepoi-sepoi..setelah hampir 20 minit aku duduk disitu,aku pun bangun dan berjalan pulang ke dorm ku..walaupun tempat itu tenang,tapi aku juga perlukan rehat..kuharap esok aku akan dapat kebahagiaan.. walaupun hanya sekejap.

Skip keesokan harinya..

Hari ini lain daripada biasa..sebelum ini setiap pagi aku akan mendapat kunjungan mesra dari sang Arjuna dan kemerduan suara si dia..tetapi hari ini,pagi ku sunyi..suram..tak seceria dan semeriah seperti sebelum ini..jujur aku rindu mendengar suara dia..ku rindu melihat senyuman dia.. tetapi apa boleh buat..aku perlu kental kan hati dan perasaan ku untuk melawan penyondol yang cuba menjatuhkan hubungan aku dengannya.

Setelah selesai dengan rutin pagi ku, aku pun keluar dan menutup pintu lalu aku menguncinya. Dengan perasaan yang berbelah bahagi,aku menyusun langkah untuk ke dewan makan.

-Dewan Makan-

Dengan keadaan yang lesu tak bermaya aku beratur untuk mengambil makanan..sambil-sambil menunggu giliranku,aku memandang ke sekitar hanya untuk menghilangkan rasa bosan dan tanpa sengaja aku memandang satu pemandangan yang agak menyakitkan hati ku.

"Betullah orang cakap..jangan mencintai setinggi jumantara,takut jatuh tiada yang sambut."

Kebetulan Azam berada dibelakang ku dan aku pasti dia mendengar kata-kata ku lalu dia menegur aku.

"Tiara are you okay?"

"Okay..aku okay jelah."

"Aku tak rasa kau okay sekarang ni..eh aku kenal kau lah Tiara."

"Eh dah la aku pergi dewan dulu."

"Eh Tiara kau tak makan ke?"

"Tak..aku diet."

Aku pun pergi meninggalkan Azam didewan makan itu sambil membawa perasaan yang bercampur-baur..sakit hati,marah dan benci menjadi satu. Sambil-sambil berjalan, tiba-tiba aku menghentikan langkah ku kerana ada announcement.

"Diminta semua pelajar menghadiri perhimpunan awal 10 minit...saya ulang-"

Perhimpunan awal daripada biasa..aku pasti ada student baru yang akan pindah ke sini. Lalu aku pun berjalan menuju ke dewan..sampai sahaja disitu,aku melihat dewan masih kosong..nampaknya aku yang paling awal datang.. it's okay aku tak kesah pun..aku pun melangkah naik keatas pentas dan duduk dibirai pentas sambil melihat persekitaran dewan.

Tengah syok healing,tiba-tiba seseorang menegur aku..

"Assalamualaikum kapla."

Aku menoleh dan betapa terkejut nya aku apabila melihat seseorang itu eh bukan seorang tapi dua orang..

"R-Rina? Isha? Eh korang buat apa dekat sini?"

"Kau ada dengar tak announcement tadi?"

"Ada..wait..so maksudnya korang berdua ni lah student baru tu?"

"Absolutely yes kapla.. kitorang berjaya pujuk cikgu and now kitorang dah sedia nak berbakti untuk kau..kapla."

"Thanks korang..eh ni nanti korang duduk satu dorm dengan aku eh?"

"Boleh ke?aku takut cikgu dah sediakan dorm untuk kitorang."

"Insyaallah tak ada..lagipun cikgu tahu aku duduk sorang-sorang dekat dorm tu..so mesti cikgu suruh korang duduk dekat dorm aku untuk jadi dorm mate aku."

"Hahaha insyaallah."

Skip perhimpunan dah selesai..

Selesai sahaja perhimpunan..aku,Rina dan Isha pun hendak berjalan meninggalkan dewan tetapi suara teacher Faniza menghentikan langkah kami.

"Rina and Isha?"

"Yes teacher?"

"Okay untuk dorm,kamu berdua boleh duduk di dorm Tiara..ermm Tiara,nanti tolong tunjukkan dorm kamu dekat mereka ye?"

"Okay teacher..kalau tak ada apa-apa,kami minta diri dulu."

Apabila mendapat anggukan daripada teacher Faniza,kami bertiga pun meninggalkan dewan dan pergi ke dorm.

-Dorm 4 Kasturi(dorm Tiara)-

"So geng inilah dorm aku..eh dorm kita.."

"Wahhh..besar juga eh dorm kau ni?so kau duduk sorang-sorang jelah dekat sini?"

"Yeah.. sorang-sorang jelah..takkan aku nak ajak binatang-binatang tu duduk dekat sini pula."

"Heheh sorry."

"Hmm tak apa..eh ni korang letak lah dulu barang-barang korang dekat situ..aku nak bawa korang berdua jalan-jalan Kudrat."

"Okay-okay kejap."

Skip..

-Koridor tingkat bawah-

"Besar juga Kudrat ni..eh aku dengar-dengar Azam belajar dekat sini juga kan?"

"Haah."

"El..kau okay tak ni? Asal dari tadi kau asyik senyap je?sepatah kitorang tanya,sepatah kau jawab."

"Haah la Rina.. El, kalau kau ada apa-apa..bagitahu je kitorang..kitorang kan kawan kau."

"Okay..kita duduk dekat situ."

Kami bertiga pun duduk dikerusi batu yang berdekatan dengan makmal kimia.

"Okay now tell us what make you like this."

"Pagi tadi..waktu dekat DM aku nampak Kahar dengan Inara duduk satu meja sebelah-menyebelah...makan sama-sama sambil bergurau senda."

"What the-" Rina hampir hilang sabar apabila mendengar kata-kata ku.

"Eh apa masalah betina tu eh? Sial betul lah! Eh kau bawa kitorang pergi jumpa dia sekarang." Isha juga hampir hilang sabar.

"Eh korang sabar..korang juga cakap yang aku kena ikut permainan dia..so buat masa sekarang ni kita jangan serang dia dulu..biar dia selesa dengan posisi dia sekarang.. sampai masa,kita balas."

"Aku setuju dengan apa yang El cakap tu..macam ni..aku ada idea."

"Idea apa?"

Rina mendekati aku dan Isha lalu dia menceritakan segala idea nya kepada kami berdua. Setelah selesai,muncul riak gembira diwajahku dan Isha.

"Otak kau ni kadang-kadang berguna juga eh Rina."

"Of course..ini Dhia Afriena lah..semua idea aku confirm menjadi."

"Okay idea dah ada so bila kita nak jalankan plan ni?"

"Petang ni waktu prep." Aku memberi cadangan.

"Cun! Dah jom kita jalan-jalan lagi." Isha bangun lalu menarik tangan ku dan Rina.

"Haih kau ni Sha..macam budak-budak lah."

Aku yang dah faham sangat dengan perangai Isha ini pun mengalah lalu bangun dan menyambung perjalanan mereka untuk meronda kawasan Kudrat.

Meanwhile another one sites..

"Weyh Inara macam mana ni? Geng Elda dah sampai sini."

"Apahal kau ni takut sangat? Alah aku pasti dorang tak akan berani buat apa-apa dekat kita."

"Kau beli confident tu dekat mana Inara? Kau tahu kan Rina dengan Isha tu orang kuat Tiara."

"Aku tahu Eryna..eh korang boleh tak relax? Yang korang kecoh sangat ni apahal? Elda tu tak akan kuat kalau kekuatan dia jadi milik aku."

"Kekuatan dia?siapa?"

"Eh kau ni asal bengap sangat eh? Kekuatan Elda tu.. Kahar la..macam pagi tadi,bila dia nampak je aku duduk berdua dengan Kahar, terus dia blah..tu tandanya apa? Itu tandanya umpan aku dah mengena."

"So..apa next plan kau?"

"Bagus soalan kau tu..korang berdua ikut aku sekarang."

"Pergi mana pulak dah?"

"Haih korang ni ikut jelah!"

"Yelah-yelah." Citra dan Eryna pun mengikuti langkah Inara.

Skip..

-Hutan belakang Sekolah-

"Weyh Inara kita buat apa dekat sini?" Citra yang ketakutan pun merapatkan dirinya dengan Eryna.

"Haah la Inara..kita buat apa sebenarnya ni?"

"Aku nak jumpa seseorang."

"Siapa-"

"Apahal kau nak jumpa aku ni?"

"Well..aku tak nak cakap banyak so let's straight to the point..aku nak minta tolong kau."

"Aku? Eh asal aku pula? Ramai lagi dekat Kudrat ni tapi kenapa aku?"

"Sebab kau je yang aku rasa boleh tolong aku."

"Eh kau ni yang bukan-bukan jelah..dah lah buang masa je aku datang sini." Dia hendak pergi tetapi langkahnya terhenti apabila mendengar kata-kata Inara.

"Aku tahu kau sukakan Tiara."

"M-mana ada."

"Haih kau ni..kau ingat aku ni baru kenal kau harini ke? Aku kenal kau dah lama..and dah lama aku perasan yang kau selalu usha Tiara senyap-senyap."

"Kau boleh stop tak? Stop cakap pasal benda tu lagi..dia ada orang lain dah pun..so tak ada gunanya aku simpan perasaan ni dekat dia."

"Kesian kau kan?kesian sebab kena hadap semua ni..tak apa aku boleh tolong kau."

"Kau nak tolong aku? Betul?"

"Yes!but..ada syaratnya."

"Apa dia?"

"Kau kena tolong aku juga."

"Okay..aku akan tolong kau tapi,apa faedah yang akan aku dapat setelah aku tolong kau."

"Kalau kau tolong aku..aku akan pastikan ganjaran untuk kau dan aku adalah sama..aku dapat Kahar..dan kau akan dapat Tiara."

"Kau ada jaminan ke dengan ganjaran tu?kau pasti yang aku akan dapat Tiara?"

"Ye aku pasti."

"Okay..tapi kalau aku tak dapat Tiara..so aku pun akan pastikan kau tak akan dapat Kahar."

"Okay..dah kau boleh blah."

Dia pun pergi meninggalkan mereka bertiga.

"Weyh kau tak rasa ke plan kau kali ini takkan menjadi?"

"Haih kau ni..boleh tak kau sokong je setiap plan aku?support sikit kawan kau ni." Inara yang geram pun melangkah pergi meninggalkan Citra dan Eryna.

"Weyh Inara tunggulah kitorang!" Citra dan Eryna pun mengejar Inara hingga ke dalam sekolah.

Meanwhile Kahar dan Azam sites..

Ketika ini Kahar dan Azam sedang jalan-jalan disekitar koridor dorm lelaki. Tiba-tiba Kahar bersuara..

"Weyh Zam.. Tiara apa citer?"

"Macam tu lah Kahar..termenung,duduk sorang-sorang,tak banyak bercakap macam dulu."

"Kau rasa aku ke punca Tiara berubah sampai macam tu sekali?"

"Entahlah Kahar..aku rasa kau boleh fikir sendiri kot..sebab kau pun dah besar..dah ada fikiran yang matang..dah boleh fikir mana yang buruk mana yang baik."

"Eh asal kau macam marah dengan aku ni?"

"Aku tak marah kau..tapi cuba kau ingat balik apa yang kau dah buat..dari pagi sampai tengah hari ni..apa yang kau dah buat..kau jangan ingat dia tak nampak apa yang kau dah buat Kahar..dia nampak cuma kau je yang tak perasaan."

"Apa yang kau merepek ni Zam?*

Azam menghentikan langkahnya lalu memandang tepat dimata Kahar.

"Kahar..kalau kau rasa kau tak nak dia, janganlah buang dia macam tu..kesian dekat dia Kahar..jiwa raga dia sakit hanya untuk pertahankan cinta dia terhadap kau..tapi kalau kau rasa yang kau masih cintakan dia,please..aku merayu sangat-sangat dekat kau..jaga batas kau dengan Inara..kalau boleh jangan bertegur atau berkawan langsung dengan dia."

"Apa maksud kau ni Zam? pahal aku tak boleh berkawan dengan dia pulak?"

"Kau takkan faham situasi yang Tiara hadap sekarang ni Kahar."

"Macam mana aku nak faham kalau kau tak bagitahu aku."

"Bukannya aku tak nak bagitahu kau..tapi Tiara sendiri yang suruh aku tutup mulut pasal benda ni..dia kalau boleh dia tak nak libatkan sesiapa pun dalam hal ni."

"Zam..walau apa cara sekalipun kau kena tolong aku..aku tak nak kehilangan Tiara..aku sayang dia Zam."

"Macam yang aku cakap tadi..kalau kau masih sayangkan Tiara,kau kena jauhkan diri daripada Inara dengan kawan-kawan dia..dorang tu bahaya Kahar."

"Okay aku cuba usahakan."

"Hmm..aku pergi dulu.."

Meanwhile Tiara and her friend sites..

"Eh geng aku nak pergi tandas kejap."

"Eh nak kitorang temankan tak?"

"Ish tak payah lah..tandas depan tu je pun..dah la aku pergi dulu." Aku terus berlari meninggalkan mereka berdua.

"Haih la kawan kita yang sorang tu..macam-macam hal."

"Hmm tulah.. Elda still tak berubah kan dari dulu?"

"Haah..aku harap perangai dia tu kekal sampai bila-bila la."

//Tiara Pov//

Sekarang ni aku tengah betulkan rambut dan tiba-tiba aku mendengar bunyi pintu ditutup dan apabila aku melihat kearah pintu,aku terkejut ketika melihat seseorang itu..

"Kau nak apa ha?!"

"Well..bagus soalan sayang tu."

Dia mendekati aku dan tak sempat aku melarikan diri dia sudah menggenggam kedua-dua tangan ku.

"Eh kau dah gila ke?!"

"Ye! Ye aku dah gila! Aku dah gilakan kau Tiara."

"Eh kau blah sekarang sebelum aku jerit!"

"Shushh...jangan la jerit-jerit sayang..okay macam ni..apa kata kau ikut aku lepastu aku akan tolong kau halang Inara daripada kacau hubungan kau dengan Kahar."

"Kau ingat aku ni bodoh ke?! Eh aku takkan percaya dengan kata-kata kau ni! Dasar orang gila!"

"Eh kau diam boleh tak?! Kau ikut jelah aku apa susah nya?!" Dia berkata sambil menarik tangan ku dengan kasar.

"Lepas lah sial! Rina! Isha! Tolong aku!!" Aku memberontak cuba melepaskan diri daripada dia.

//Rina and Isha Pov//

"Weyh lamanya Elda ni."

"Haah la..dah dekat setengah jam dekat tandas tu."

"Eh aku tak sedap hati lah..jom kita pergi tengok dia."

"Jom-jom."

Mereka berdua pun bergegas pergi ke tandas untuk melihat keadaan Tiara..apabila mereka hampir sampai di tandas,mereka mendengar jeritan meminta tolong daripada dalam tandas.

"Sha tu macam suara Elda."

"Haah lah..jom cepat."

Mereka berdua pun mempercepatkan langkah dan apabila mereka sudah berdiri didepan pintu tandas, dapat mereka dengar dengan jelas suara Tiara yang sedang menjerit meminta tolong. Tanpa membuang masa,mereka berdua pun bersiap sedia untuk menendang pintu tersebut sehingga terbuka dan akhirnya dengan sekali tendangan,pintu tandas tersebut berjaya dibuka.

"Sial punya jantan!" Rina maju dan ingin menyerang lelaki tersebut tetapi sempat dihalang oleh Isha.

"Rina sudah! Kau berambus sekarang!" Isha menarik lelaki tersebut dan menolaknya keluar dari tandas.

Selepas itu mereka berdua pun mendekati Tiara yang sedang terduduk sambil menangis.

"El kau okay tak?dia buat apa dekat kau?bagitahu aku."

Tiara tak menjawab tetapi hanya menggelengkan kepala dan menangis.

"Rina aku rasa better kita bawa El balik dorm dulu..kita bagi dia tenang dulu."

Rina mengangguk lalu dia membantu Isha mengangkat Tiara dan memapahnya lalu membawanya pergi ke dorm..

-Dorm-

Setelah dipastikan Tiara sudah tenang dan sudah berhenti menangis, Rina pun mula membuka bicara.

"El..kalau kau tak kesah.. aku nak tanya something ni."

"Aku tahu..mesti kau nak tanya pasal lelaki tadi tu kan? And mesti kau nak tahu apa je yang dia dah buat dekat aku tadi."

Rina hanya mengangguk.

"Okay..dia tu sebenarnya kawan lama aku..eh lupa..ex kawan."

"Okay..so apa yang dia dah buat dekat kau tadi?"

"Dia tak buat apa-apa pun..dia cuma ugut-ugut aku and dia tarik paksa tangan aku." Kataku sambil menunjuk pergelangan tangan ku kepada mereka berdua.

"Weyh teruknya..kejap aku ambilkan ubat." Isha bangun dan mengambil medkit.

"Tapi..apa motif dia buat semua ni dekat kau? Dia dendam apa dekat kau sampai dia serang kau macam ni?"

"Entah..kalau pasal itu aku tak tahu tapi aku pasti ada someone yang suruh dia buat macam tu."

"Kau rasa siapa?"

Aku memandang dalam kearah mata Rina sambil mengangkat keningku beberapa kali. Dan apabila sel otak kami berhubung,maka muncul lah anggukan daripada Rina.

"So dia lah punca semua ni berlaku."

"Siapa lagi kalau bukan dia..dalam Kudrat ni dia je yang lapar attention."

-TO BE CONTINUE-

(IN THE NEXT PART)

* "Geng barang-barang semua dah ada ke belum?" *

* "Weyh aku pening lah..aku nak tidur kejap,nanti kalau game dah nak start kejutkan aku." *

* "Kau tengok apa yang kau dah buat dekat Tiara! Eh sial kau kan yang letak madu banyak-banyak dekat dalam air Tiara?! Jawablah sial!!" *

Okay guys that's all for this part and i hope korang enjoy untuk part kalini..kalau ada kesalahan ataupun sebarang perkatan yang membuatkan readers tak puas hati,author minta maaf dan author minta halal lah ye? So..enjoy the story😘

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

248K 8.8K 99
Ahsoka Velaryon. Unlike her brothers Jacaerys, Lucaerys, and Joffery. Ahsoka was born with stark white hair that was incredibly thick and coarse, eye...
68.4K 1.4K 47
*Completed* "Fake it till you make it?" A messy relationship with a heartbroken singer in the midst of a world tour sounds like the last thing Lando...
621K 18.7K 75
Hiraeth - A homesickness for a home to which you cannot return, a home which maybe never was; the nostalgia, the yearning, the grief for the lost pla...
672K 33.8K 61
A Story of a cute naughty prince who called himself Mr Taetae got Married to a Handsome yet Cold King Jeon Jungkook. The Union of Two totally differe...