A Tale Of Naura

By luvleytien

651K 23.8K 579

[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sen... More

📌
PROLOG
BAB 1
BAB 2
Note
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
SPECIAL CHAPTER
DEAREST HABIB
SPECIAL PART (EID)

BAB 52

16.3K 463 101
By luvleytien

5 BULAN KEMUDIAN.

Khairul dan Fahim masing masing tengah berebut hendak mendukung anak ketua mereka itu.

"Ish kau ni, ada dua kan? Ambik la seorang satu." Marah Fahim. Dia berusaha untuk mengambil si kembar yang berada dalam dakapan Khairul.

"Argh! tak ada tak ada. Dua dua anak aku. Kau nak pergi mintak dekat bini kau." Khairul menghalau.

"Hoi hoi! jangan nak perasan sangat. Dua dua bukan anak korang. Tua bangka tak sedar diri. Senang senang je claim anak orang jadi anak sendiri." bidas Syafiq yang sedari tadi memerhati. Semak mata betul tengok dua orang monyet tua bergaduh disebabkan budak.

"Betul tu apiq. Saya pun tak faham dengan kawan kawan awak ni."

"Mari sini sayang. Duduk dengan mama. Jangan duduk dengan pakcik pakcik kurang cerdik ni."
Attar Nufail dan Armel Nayla dirampas daripada Khairul. Anna mendukung kedua dua bayi itu.

"Apani sayang. Biarlah abang yang jaga. Sayang pergi la tolong makcik makcik bawang dekat dapur sana tu."

"Kalau budak budak ni duduk dengan korang, silap hari bulan boleh tercemar pemikiran anak anak aku ni." datang Eishan menyampuk. Attar Nufail diambil dan didukung. Sempat dia mencium pipi tembam Armel Nayla sekali yang didukung Anna.

"Ewah ewah, sedap semua orang nak claim anak masing masing ye?" Kata umi yang baru datang dari dapur.

"Sudah sudah la tu mengacau budak budak tu. Ni makanan dah siap. Mari makan." pelawa Puan Sakinah pula.

Masing masing bangkit untuk duduk di meja makan. Sesaat, semua mata tertumpu pada luar rumah apabila bunyi kipas helikopter kuat bermain di atas rumah mereka.

"Siapa pulak healing malam malam buta dekat sini ni? Apa dia ingat dia seorang saja ada heli?" bebel Khairul. Menganggu masa makan malam orang betul.

Makin lama kipas helikopter itu semakin dekat. Pasir pasir di luar rumah berterbangan menandakan helikopter itu sedang menghala ke sini.

"Siot, kita dalam drama kahbi kushi khabi gham ke ni?" Khairul berjenaka.

Semua yang berada di dalam rumah mendiamkan diri apabila tali helikopter diturunkan. Muncul satu sosok yang berbadan tegap melompat turun melalui tali itu.

Eishan, Khairul, Fahim, Syafiq yang sangat mengenali tubuh itu berjalan keluar rumah. Semakin dekat lelaki itu menghampiri semakin jelas wajah lelaki itu.

"Assalamualaikum." lelaki itu memberi salam. Beg tentera yang digalas diletakkan di tepi. Masing masing membulat mata dan memekup mulut sendiri kerana tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh mereka.

"Tuan!"

Fahim, Khairul dan Syafiq berlari memeluk lelaki yang baru tiba itu.

"Kau menghilang ke mana bodoh?Kenapa tak balik masa berkumpul dekat padang mahsyar nanti je?" Khairul menangis dalam dakapan Althaf.

"Kau pergi mana Thaf? Puas kita orang cari. Kami rindukan kau bangang!" Kata Fahim. Dia juga mengalir air mata.

"Aku hampir nak dapat cicit tunggu kau balik kau tahu?" Syafiq bersuara.

Althaf hanya ketawa halus. Belakang rakan rakannya ditepuk perlahan.

"Aku lega tengok korang semua selamat." kata Althaf setelah mendengar segala luahan tadi.

Pelukan dilepaskan. Althaf memandang Eishan yang sedang berdiri di belakang tiga lelaki itu.

"Kau sihat?" soal Althaf kepada Eishan.

Eishan hanya mendiamkan diri.

"Mama?" Althaf berpaling pada mamanya. Dipeluk erat syurganya itu.

"Kamu pergi mana nak. Puas diorang cari kamu. Kenapa buat mama macam ni sayang?"

"Maafkan Thaf sebab buat mama risau."

Tubuh anaknya dibelek. Jelas parut parut luka yang nampak sangat menyakitkan di tubuh dan wajahnya itu.

"Thaf, okay mama. Sikit je ni." dia faham riak muka mamanya setelah melihat parut parut yang terdapat padanya itu.

"Kau dah ada anak?" soal Althaf kepada Khairul apabila melihat Anna sedang mendukung Armel Nayla.

Suasana jeda seketika. Masing masing saling memandang sesama sendiri.

"Kita masuk dulu Thaf." Ajak umi.

Mereka semua duduk di ruang tamu. Althaf tersenyum sendiri melihat gelagat Atthar Nufail dan Armel Nayla sedang seronok terkekeh bila diagah oleh Anna.

"Kau menghilang ke mana? Puas kita orang cari?" soal Eishan serius.

"Aku pun tak tahu pasti. Yang aku ingat, aku tengah paksa Khairul untuk terjun dan tinggalkan aku sendiri atas heli. Tiba tiba heli tu meletup. Aku dan Khairul tercampak jauh. Bila aku sedar, aku dah ada dalam rumah kayu. Tanpa anggota lain. Rupanya aku diselamatkan oleh nelayan yang sedang menjala di situ. Dia yang rawat aku sampai sembuh. Dan dia juga yang hantar aku ke kem askar di sana. Finally, I'm here." Althaf meringkaskan cerita supaya mudah difahami oleh mereka semua.

"Habistu kenapa kau tak contact sini? Kem sana pun tak ada yang hantar maklumat ke markas." soal Eishan lagi.

"Sebab aku koma. Aku baru sedar seminggu yang lepas. Dan aku yang minta untuk kem sana tak lapor ke sini. Aku tak nak besarkan masalah. Makin susah kalau wartawan dapat tahu. Ini jadi isu international nanti."

"Habistu kau naik heli diaorang tak jadi isu?"

"Itu heli peribadi. Bukan aset kem. Jonathan yang hantar aku balik."

Mereka yang mengenali Jonathan hanya membulatkan mulut. Siapa yang tidak kenal Jonathan? Tentera Filipina yang sentiasa bertikam lidah dengan Althaf. Ada sahaja yang tak kena antara mereka. Jika bertembung, peribahasa anjing dengan kucing pun tak mampu nak gambarkan ketegangan mereka. Tak sangka pula dia mahu membantu Althaf pulang ke tanah air.

Althaf memandang wajah yang berada di situ satu persatu. Leka dengan soalan daripada mereka, dia baru sedar yang isterinya tiada di situ.

"Umi, Naura mana?" akhirnya soalan yang mereka takutkan terpacul keluar juga dari bibir Althaf.

Tiada seorang pun yang menjawab. Althaf pelik.

"Mama, Thaf tanya ni. Isteri Thaf mana? Naura pergi laut ke?" duganya.

"Naura dah tak ada." Semua mata tertumpu pada Eishan.

"Yelah, dia pergi mana?" Althaf tidak puas hati dengan jawapan abang iparnya.

"Naura dah tak ada dekat dunia ni Thaf. Dia dah tinggalkan kita semua lima bulan yang lalu."

"Kau merepek apa ni Eis?" ternaik satu oktaf suara Althaf. Dia terus berdiri tegak.

"Naura dah meninggal!" Eishan tersandar pada dinding. Air matanya jatuh. Satu satunya adik yang dia ada sudah meninggal.

FLASHBACK

5 BULAN YANG LALU...

Anesthesiologist itu menggeleng perlahan meminta untuk doktor itu berhenti menghidupkan pesakit itu kembali. Doktor Ramli itu mengeluh kecewa.

"I think she still have a chance." katanya perlahan kepada pakar bius itu.

"She's not." balas pakar bius itu.

Doktor Ramli meraup wajah.

"Doktor?" panggil jururawat itu. Menanti kata seterusnya.

"Waktu kematian, 12.00 pm. 9 Nov." doktor itu mengesahkan masa dan tarikh kematian.

Attar Nufail dan Armel Nayla yang menangis nyaring itu ditatap penuh sayu oleh seisi dewan bedah. Dengan lemah dua orang nurse yang sedang mendukung bayi Naura mengikut langkah doktor Ramli keluar dari dewan bedah untuk bertemu dengan keluarga.

Tiba sahaja mereka di luar, semua yang sedang menunggu datang menerpa. Doktor Ramli menggeleng kecewa.

"Saya minta maaf. Kami dah cuba yang terbaik. Tapi Puan Eireen Naura tidak dapat diselamatkan."

Semua yang disitu melepaskan tangisan. Eishan gagahkan diri untuk mendapatkan kedua anak buahnya itu.

"Encik boleh azankan, dan nurse akan ambil mereka semula." kata doktor Ramli sebelum berjalan pergi.

"Attar Nufail dan Armel Nayla." kata salah seorang jururawat itu, memberitahu amanah terakhir daripada si ibu. Eishan memandang jururawat itu dengan wajah kurang mengerti.

"Their names." kata jururawat itu lagi kepada Eishan.

"Thank you nurse."

Wajah anak saudaranya ditatap dengan penuh hiba. Dicium pipi kembar sepasang itu.

Bibir didekatkan ke telinga bayi.

"Allahuakbar. Allahuakbar" Syahdu suara Eishan mengazankan kedua anak buahnya. Melihat fenomena itu, masing masing memekup mulut menahan sebak.

END FLASHBACK

Althaf terkaku. Dia menggempal penumbuk. Dia menggeleng. Tak! Dia tak percaya!

"Tak! Tak mungkin! Isteri aku masih hidup. Kau melawak je kan? Sumpah tak kelakar Eis." kata Althaf.

"Isteri aku belum mati! Dia ada dekat atas betul tak? Dia mesti tengah sembunyi untuk surprise kan aku. Dia dah janji yang dia nak tunggu aku balik. Dia janji dengan aku Eis!" Althaf ingin melangkah menaiki anak tangga untuk mencari isterinya di kamar. Namun, dia terdiam melihat mama, umi, Anna sudah menangis. Rakan rakannya turut bersedih.

"Althaf, anak mama.." Panggil Puan Sakinah.

"Mana isteri Thaf, ma? Panggil dia. Cakap suami dia dah balik. Sayang! Sayang! Habib balik sayang!" panggil Althaf.

"Thaf, Naura dah tak ada sayang. Dia dah tak ada. Naura dah tinggalkan kita semua."

Althaf jatuh terduduk.

"Dia dah janji nak tunggu Althaf balik ma. Umi, dia janji nak tunggu sampai Althaf balik tak kira berapa lama sekalipun, umi."

"Dia tak boleh tinggalkan Althaf. Althaf dah tunaikan janji Althaf untuk pulang dengan selamat ke pangkuan dia. Tapi mana dia? Kenapa dia mungkir janji?" air mata lelakinya mengalir.

Puan Khadeeja sudah teresak esak. Dia masih bersedih dengan kehilangan anak bongsunya. Melihat keadaan menantunya saat ini makin meluluhkan naluri seorang ibu.

"Kenapa sayang tipu habib macam ni!" dia menangis teresak esak.

Puan Sakinah memeluk bahu satu satunya anak lelaki yang dia ada dengan kemas.

"Dia dah tinggalkan kita Thaf. Tapi dia tinggalkan harta paling berharga untuk kamu sayang." Kata Puan Sakinah sambil memandang cucu kembarnya. Althaf turut memandang ke arah yang sama.

Dia bangun mendekati bayi yang sedang bermain dengan Anna tadi. Sukar untuknya percaya.

Budak kecil itu tersengih melihat wajah Althaf. Tangan digapai gapai minta didukung.

"That's your twins." kata Anna setelah Althaf mengangkat puteri bongsunya.

Air mata yang bertakung di tubir mata kembali mengalir.

"I want both."

Naura angguk setuju. Kalau boleh dua kenapa perlu satu.

"Habib ada terfikir pasal nama mereka nanti?"

Althaf angguk. Naura menunjuk wajah tidak percaya. Tidak sangka lelaki itu sudah membuat persediaan.

"What?"

"Attar Nufail untuk lelaki, Armel Nayla untuk perempuan."

"You got your mom's smile, princess." puji Althaf bersama senyuman nipis.
Kedua dua anaknya didukung. Wajah puteranya pula sangat seiras dengan wajah Naura. Keningnya yang sederhana lebat, bibir yang mungil, hidung yang mancung. Sama persis dengan isterinya.

"Naura minta, kamu jaga anak kamu baik baik. Berilah kasih sayang yang secukupnya dan setimpal dengan pengorbanan yang dia lakukan untuk lahirkan zuriat kamu." Kata Puan Sakinah.

"Mama, Thaf suami yang tak guna kan mama? Althaf tak tahu pun isteri Althaf pregnant. Sepanjang kehamilan dia Althaf tak ada di sini. Hebatnya isteri Althaf mampu harungi semuanya sendiri mama." dia menangis. Menangis terkenangkan bagimana Naura sepanjang mengandung benihnya. Betapa sakitnya dia hingga terpaksa berkorban nyawa sendiri semata mata untuk lahirkan zuriat dia ke dunia.

Eishan datang memegang bahu adik iparnya.

"Esok kita ziarah pusara dia. Dia mesti gembira kalau tahu kau dah balik ke pangkuan anak anak kau." kata Eishan.

*****

Althaf mengenakan baju melayu bewarna hitam. Fikirannya terganggu. Pandangannya kosong. Sukar untuk dia percaya dengan apa yang terjadi. Separuh jiwanya sudah tidak ada? Tiada lagi budak kecik yang akan menceriakan hari harinya? Bahkan, tempoh hari adalah hari terakhir pertemuan mereka?

"Kau dah sedia?" soal Eishan kepada adik iparnya yang berada di kerusi penumpang.

Althaf angguk lemah.

Mereka sudah tiba di tanah perkuburan islam. Eishan turun terlebih dahulu dan diikuti dengan Althaf.

Pusara Naura direnung Althaf penuh hiba.

"Naura disahkan mengandung tiga minggu pada hari yang sama kau pergi bertugas. Aku nampak. Aku nampak mata dia sembap lepas keluar dari bilik pemeriksaan. Walaupun dia cuba tutup dengan senyuman. Aku tahu dia sedih sebab kau tak ada bersama dia untuk dengar berita gembira tu."

"Dia tunggu kau. Dia tunggu kau sampai nafas terakhir dia. Walhal saat aku bagitahu kau hilang tanpa jejak, dia tetap berkeras yang kau akan pulang. Adik aku kuat Thaf. Macam macam yang dia lalui sepanjang kehamilan. Sekali pun dia tak merungut. Dia tahan semuanya sendiri. Sampailah saat dia terjatuh dalam bilik air masa hari kejadian, itulah pertama kali aku dengar dia sebut perkataan 'sakit' Thaf. Dia merayu pada aku untuk selamatkan anak korang."

"Dia cakap dekat aku, kalau dia korbakan anak tu, dia tak akan mampu bagi kau zuriat lagi. Dia sanggup korbankan nyawa sendiri untuk bagi kau keturunan. Dia tetap nak jalankan tanggungjawab dia sebagai Isteri sedangkan dia tahu itu adalah kali pertama dan kali terakhir yang dia mampu lakukan."

Althaf menahan air mata disebalik kaca mata hitam.

"Ini amanah terakhir dia yang dia nak aku sampaikan pada kau. Aku tunggu dalam kereta. Ambiklah berapa banyak masa yang kau nak."

Althaf duduk di tepi pusara isterinya. Batu nisan yang tertera nama gadis itu diusap lemah. Demi Allah, hati ini tidak pernah kuat. Kali ini aku jatuh terduduk dan melutut, Ya Rabb. Luahnya dalam hati.

"Assalamualaikum bidadari habib. Habib pulang sayang. Maafkan habib sebab ambil masa yang lama. Mesti sayang penat kan tunggu habib? Sayang janji akan tunggu habib balik. Tapi sayang lepaskan janji tu pada anak anak kita pula? Tak apalah sayang. Habib redha. Terima kasih sebab lahirkan zuriat habib ke dunia ni. Kembar kita dah membesar dengan sihat sayang. Walaupun diaorang baru rasa pelukan hangat daripada habib, tapi diaorang dah selesa. Habib janji habib akan jaga anak anak kita baik baik. Habib tak akan kecewakan sayang. Jadi, sayang boleh rehat dengan tenang dekat sana."

Dia diam seketika. Air matanya mengalir.

"Habib tak tahu sayang. Kuatkah habib untuk hidup tanpa sayang di sisi? Sepanjang hidup habib, ada sayang yang sentiasa ada susah dan senang habib. Tapi sekarang, habib sendiri. Habib tak kuat sayang. Habib tak kuat."

"Tak ada perempuan lain yang mampu sabar seperti sayang untuk menagih cinta habib selama bertahun tahun sayang. Dah tak ada perempuan lain yang mampu habib cinta selain sayang. Habib tak mampu nak balas cinta sayang macam mana sayang cintakan habib."

"Insha'Allah, habib janji. Cinta dan kasih ni habib akan curahkan pada putera dan puteri kita sayang. Doakan habib kuat dan mampu jadi seorang ayah yang baik untuk anak anak kita. Habib perlukan sokongan dari sayang."

"Sayang adalah wanita yang hebat. Sayang seorang isteri dan seorang ibu yang sangat mulia sayang. Bersemadilah Eireen Naura dengan tenang. Habib redha dengan kententuan Allah. Walaupun sayang dah tak ada di sini, tapi sayang tunggu habib dekat sana kan? Jumpa di sana nanti bidadari syurga habib.

"Terima kasih sayang. Terima kasih sudi terima cinta habib. Terima kasih sudi terima kekurangan habib. Terima kasih kerana setia mengejar cinta habib sejak kecil. Terima kasih kerana hadir dalam hidup habib. Tak ada siapa yang mampu gantikan seorang Eireen Naura dalam hati habib. Habib balik dulu sayang. Semoga Allah mempertemukan kita lagi. Assalamualaikum."

                             TAMAT

Terima kasih untuk semua readers "A tale of Naura". Thankyou for support my first story yang tak seberapa ni. Maaf untuk semua kekurangan sama ada dari segi storyline atau typo dan sebagainya. Maaf juga kalau cerita ni kurang sampai dan tidak menepati cita rasa para pembaca. Saya masih seorang yang baru belajar untuk menulis. Insha'Allah ada masa, saya akan perbaiki. Kalau sudi bolehlah follow ig, tiktok dan wp author. Sampai jumpa di story yang lain! Assalamualaikum.

🤍🤍

Continue Reading

You'll Also Like

128K 7.2K 59
- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada...
36.3K 1.6K 27
Cover By @Cik_LavendarHumai "Handsome nya laki tu!!" "Arghh! Prince Charming aku dah sampai!" "Ermm- Hye Ayden.." Menjadi pujaan ramai wanita adalah...
218K 14.1K 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah t...
44.4K 1.6K 39
• Third novel by: @imsyazz • 2nd Teen Fiction by: @imsyazz "I just can love you from afar." Ifti Liyana, seorang budak perempuan yang selalu berseora...
Wattpad App - Unlock exclusive features