MY COLD LOVER

By FluffSnowflakes

4.2K 80 2

Puteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia mene... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20

BAB 11

172 5 0
By FluffSnowflakes

Damia berjumpa dengan Syed Azril di restoran pada waktu tengahari. Dari jauh azril sudah melihat senyuman manis yang telah diberikan oleh gadis itu.

''Azril? Dah lama sampai ke? Maaflah mia terlewat..jalan ada jem sikit waktu orang lunch hour kan"

''Tak apa mia , untuk mia seribu tahun pun ril sanggup tunggu tau"

''Haha. Lebih lah Azril ni buat lawak je tau..dah pesan makan ke? Tanya Damia.

''Dah. Harap mia sukalah makanan yang ril pesan sekali"

''Its okay ril,jangan risau mia ni makan je semua..so kenapa azril nak jumpa mia ni? "

''Ril Rasa kena juga beritahu Damia perkara ni, Azril nak beritahu damia yang sebenarnya ril tak bergurau . Ril memang serius jatuh hati dekat damia dan ril harap sangat kalau mia boleh beri peluang pada ril "

''Mia nak ucap terima kasih sebab sayangkan mia, sebenarnya Mia boleh je bagi ril peluang tu untuk kenal Mia dengan lebih rapat , tapi ril pun tau kan tak lama lagi mia akan kahwin kontrak dengan Karl. Mia tak nak berikan harapan apa-apa pada ril..kalaulah memang mia jodoh ril, mia tak menolak ril, mia percaya pada takdir yang telah ditentukan"

'' Betul ke ni mia?"

''Ya tapi itu untuk jawapan jika mia tak kahwin kontrak tau..jangan tunggu dan berharap pada mia lagi..sekarang anggap saja tiada jodoh untuk kita"

''T-tapi Mia.."

''Azril tahu kan segalanya , mia tak boleh jumpa azril selalu ,mungkin ini lah kali terakhir kita jumpa berdua ."

''Maksud Mia? Tapi kenapa?"

''Mia dah janji dengan Karl ,mia kena yakinkan semua yang mia dengan karl betul-betul bercinta, kalaulah karl tahu kita berjumpa macam ni , azril tahu kan karl macam mana"

Syed azril hanya mengangguk sambil menundukkan mukanya.

Handphone mia berdering berulang kali.Dia melihat nama raykarl di skrin memanggilnya. Namun dia biarkan sahaja tanpa mengangkatnya.

''Mia siapa call mia ? Angkatlah daripada tadi berbunyi tu"

''Karl " Jawab mia singkat sahaja dengan nada selamba.

''Dia tu kan macam tahu je kita keluar berdua "

''What a Surprise Guys !! Aku call banyak kali dalam kereta tadi kau tak angkat " Raykarl menyahut dari belakang.

''Karl kau buat apa sini ? ".Soal Azril.

''Aku dah agak dah ril , aku follow kau..aku pun nak tengok drama juga"

''Kau ni kenapa nak follow aku ,ni waktu rehat aku ,masa privasi aku kan..beria doh kau ni"Marah Azril kepada kawannya itu.

Damia terus bangun menggapai kunci keretanya dan melangkah pergi apabila melihat Raykarl datang ke arah mereka. Sungguh Damia tahu , sebaik sahaja karl membuka mulut ,pasti semuanya akan jadi makian.

Dia terus memandu balik ke office dengan rasa tidak puas hati kepada Tengku Adam Raykarl.

''Gila "

''Siapa pula yang gila tu cik kak oi " Soal Sarah kepada mia.

''Raykarl lah..Psiko betul lah mamat tu.."

''Tulah tu aku langsung tak terkejut dah lah poyo lepastu acah handsome"

''Hmm tapi kan Mia.."

''haa tapi kenapa? "

''Yang Handsome tu sebenarnya betul jugak kan..asal dia boleh handsome weh tapi tu lah perangai serupa..........."

''Ya betul memang betul ,masalahnya kalau handsome je ada, tapi otak dia tu tak berfungsi dengan betul pun tak guna Sarah"

''Betul ! Aku sokong "

Handphone mia berbunyi lagi..

''Weh sarah angkat kan weh..cakap aku peegi tandas"

''Hello ? Mia tak ada dia pergi tandas sakit perut ..nanti lah kau Call dia balik" Jawab Sarah.

''Kau tak payah nak masuk campur ,alasan yang kau bagi tu dah lama expired Sarah . Bagi phone ni kat mia ...now !!!"Karl menjerit sekuat hatinya.

''Adui ! naik pekak telinga akulah cakap dengan dia ni..ambillah phone ni mia "

Mia pun mengambil handphine dari tangan Sarah.

''ya"

''Kau memang saja cabar aku kan mia ! Okay fine !!! nanti kau tahulah nasib kau !!!.

''Hm .ok Bye.

Damia terus meletakkan panggilan tersebut dan mematikan terus handphone beliau.

''Haa. Ni makan dia..! dia ingat aku takut sangat dengan dia "

''Weh macamtu je eh kau buat dia..bagus Mia ..good job !!"

Mereka pun meneruskan kerja . Tidak sesekali mia mengaktifkan kembali handphone beliau sehingga dia selesai kan kerja.

Selepas waktu kerja sarah mengajak mia pergi membeli -belah.Mereka pun keluar bersama-sama untuk menghilangkan stress kerja .Namun sekali lagi Raykarl menghubungi gadis itu.

''Hello ? Haa kau ni nak apa lagi karl?"

''Kau pergi mana aku tengok kereta kau masih ada kat office ni.."

''Aku keluar jalan dengan Sarah lah..yang kau sibuk nak tau pasal apa?!"

Damia terus mematikan panggilan tersebut.Belum sampai 10 minit Karl cuba menghubungi Sarah pula.

''Hello Sarah"

''Ya kau nak apa call aku masa habis kerja" .

''Kau kat mana ? Aku kat pusat beli belah tengah berjalan dengan Mia .kau sibuk kenapa . Kau tu siapa ? Bukan Mak bapak kitorang kan.. "

Lantas sarah mematikan panggilan tersebut .

''Ish benda lah mamat ni .Mia..kenapa lah kita boleh kenal manusia yang ais macam ni ek dulu masa kau tak ada ,tak ada pulak dia meroyan lebih macam ni.." Rungut Sarah.

Mendengar ayat sarah ,membuat damia sungguh rasa bersalah pada kawan baiknya itu.

Setelah selesai ,sarah menghantar damia ke keretanya. Dari jauh sudah kelihatan Audi Raykal bersebelahan dengan kereta Mia.

''Weh buat apa dia kat situ , kau jangan keluar dulu Mia..aku risau doh .."

Sarah memberhentikan kereta namun ,Damia langsung tidak keluar. Raykarl yang mula tidak sabar berjalan ke arah kereta sarah dan mengetuk cermin gelap kereta sarah.

''Aduh nak buka ke weh? "

''Buka jelah kang pecah pulak cermin kereta kau dia kerjakan"

Sarah membuka cermin keretanya .

''Hah ! Kenapa? " soal sarah.

Raykarl hanya melihat -lihat kereta sarah dan terus berlalu pergi.

''Dah kenapa si Karl ni ? " Sarah mengerutkan keningnya.

Damia pun keluar dari keretanya dan pulang kerumah. Namun dari ekor mata damia sempat melihat kereta Raykarl berada dibelakangnya sehingga dia sampai ke rumah.

Ayden melihat kereta Karl follow mia dari belakang.

''Mia balik dengan boyfreind ke? "

''Boyfreind?? "

''Mama ,tengoklah anak kesayangan mama ni dah terang tak nak mengaku"

Damia terus naik ke atas , sungguh malas hendak melayan karenah abang aydennya.
Dia terus membersihkan dirinya,lalu dia pun tertidur kerana kepenatan.

''Mama ! Ayden yakin ni, Karl tu macam dah angau je dekat damia"

''Betul ke Ayden"

''Ya mama, sampai staff pun dah mula bergosip tau tentang diorang, "

''Kalau betul diorang bercinta ,mama memang betul setuju ke? "

''Mama okay je dengan siapa pun tak apa, yang penting ikhlas jaga adik kamu tu"

''Habistu kamu tu bila pula nak mengaku?"

''Aik kenapa pula dengan Ayden?"

''Kamu jangan buat tak tahu ya..kamu dah lama suka Sarah kan? Kalau tak , tak adanya lah nak beria bantu mama dekat office mama.."

''Err Ayden kawan je dengan dia sebab dia baik dengan mama kan"

''Kalau suka cakap suka , jangan sampai nanti melepas pula..kamu tu dah tak muda lagi" perli Puan Maziah.

''Ayden masuk tidur dululah mama"

''Amboi ,masa bercakap pasal adik kamu,kemain bersemangat ,tiba kita cakap tentang dia ,pandai pula nak mengelak.."

''Hehehe. Selamat malam mama."

''Haih budak bertuah ni..yalah selamat malam".

Ayden pun naik ke atas biliknya . Dia sungguh tak sangka bahawa mamanya tahu tentang perasaanya kepada sarah selama ini . Dia cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan perasaan itu. Dia takut sarah tidak menerimanya,dan perhubungan mereka menjadi semakin renggang jika diantara mereka melibatkan hati dan perasaan.

Continue Reading

You'll Also Like

149K 12.9K 86
#Rank No.2 in Supernatural [21.08.2020] #Rank No.8 in Humor [18.08.2020] #Rank No.8 in paranormal [27.03.2020] #Rank No.3 in humor[3.04.2020] #Rank N...
4.1M 170K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
1.4M 35.6K 47
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
3.7M 294K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...