Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.2K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 45

366 20 2
By EiSeoya

"BUKA portal dimensi Azazel sekarang," arah Tuan Zachary memandang setiap sudut bilik portal.

Detik yang dinantikan telah tiba. Dimensi Azazel. Nawwar bersedia 'mengorbankan' separuh nyawa dia.
Berdebar jantung. Nawwar sangsi. Dia masih belajar mengenali sisi gelap pemimpin akademi Quricity. Terkial-kial buka portal pergi dimensi keluar dari Tzuvillida.

"Fokus. Nanti automatik bawa kita semua pergi dimensi Azazel," imbuh Tuan Zachary. Bercekak pinggang dari jauh.

Dia meneguk liur sukar. Nawwar menoleh ke belakang. Aryan, Hadeena dan Emara setia menunggunya.

Lafaz bismillah terpacul dari bibirnya. Tangan naik selaras bahunya. Fokus. Satu kepulan asap hitam mula terhasil sehingga membentuk satu portal monokrom.

"Ergh!" Nawwar jatuh dengan satu lutut menyentuh lantai. Dadanya terasa sesak. Sontak terasa renjatan mengalir dalam tubuh.

"Nawwar!" Serentak Tuan Zachary dan Emara menyeru namanya. Tubuh sasa itu dipapah bangun oleh Tuan Zachary. Dia meletakkan tangannya pada dada kiri Nawwar.

"What happened?" Aryan dan Hadeena merapati mereka bertiga. Nawwar tampak pucat. Tercungap-cungap mengatur nafas yang terasa mengah.

"The curse..." hujung ayat dimatikan Tuan Zachary.

Lengan blazer Nawwar ditarik Emara. Pandangan mereka saling berbalas.

"I'll be fine..." bisik Nawwar menjengah telinganya.

"Kita kena cepat masuk dimensi dia. Saya taknak dia dirasuk dekat akademi sini. Saya taknak sejarah hitam lapan tahun dulu berulang kembali," tegas Tuan Zachary.

Dimensi Azazel diterjah masuk seorang demi seorang. Ngeri. Ribut taufan membadai gila di kaki langit. Kilat petir saling menyambar. Pawana angin meniup dingin menyentuh kulit. Suasana gelap serta penuh gunung-ganang di sekelilingnya.

"Now what? Are we just gonna stand here waiting for him to come by?" soal Hadeena bersedia dengan kunainya.

Tuan Zachary menggeleng seraya maju ke hadapan beberapa langkah. "Kita kena pergi sana..."

Jari telunjuk menunding salah satu bangunan tinggi di antara celah gunung. Jauh dari tempat mereka berada.

"Err... Macam mana nak pergi sana? Takkan terjun ke bawah? Mati lah kita semua," ujar Aryan tatkala dia menjenguk ke bawah lurah bukit. Curam. Belum sempat mengucap dah nyawa melayang.

Tuan Zachary berdehem. "Nawwar, kamu in charge."

"Ha? Saya? Buat apa?" Berdas-das soalan dikemukakan Nawwar.

"Thrust your spear onto the ground. It will create an invinsible bridge to go there. It glows once you step on it."

Kedengaran pelik, tetapi Nawwar tetap jua menurut arahannya. Tangan mencipta plasma putih kebiruan hingga membentuk lembingnya. Bawa ke depan tubuh lalu dipusing untuk dipacak atas tanah.

Arus petir terhasil mengalir ke tebing bukit. Cahaya putih bersinar terang membentuk jambatan sebelum ia hilang semula dalam sekelip mata.

"Jalanlah. Percaya kata saya. Saya pernah pergi ke sini dengan arwah ayah kamu," arah Tuan Zachary berpeluk tubuh.

Nawwar sukarela pergi dahulu memandangkan dia ada kebolehan teleportasi. Kalau jatuh, teleport. Selamat satu nyawa.

Setapak kaki melangkah jambatan halimunan. Cahaya putih bersinar malap sepanjang jambatan itu. Seakan tema galaksi Milky Way. Nawwar berjalan laju ke atas jambatan itu.

"Takkan kau orang tunggu aje sana? Sinilah..." Nawwar sambung jalan untuk sampai ke penghujung. Aryan dan Hadeena macam biasa, tak relaks. Seketika bertukar jadi night date bagi mereka berdua.

"Awak okey?" Emara berkepit sebelah Nawwar. Tuan Zachary tersenyum memantau mereka tidak jauh.

"Okey aje. Kenapa?"

"Saya takut tengok awak tiba-tiba pucat semacam. Janganlah awal sangat..." Nawwar mengerti perkataan 'awal' dimaksudkan Emara.

"Janji pada saya yang awak jangan takut kalau ada apa-apa terjadi sepanjang ketiadaan saya. Kuatkan semangat. Remember, you've carried..." Nawwar matikan ayatnya.

"Your soul within me. I got it." Emara tersenyum palsu.



BANGUNAN berkonsepkan gothic. Serba hitam. Sekawan burung gagak terbang mengelilingi puncak bangunan itu. Diiringi bunyi serigala melolong samar-samar.

"Masuk ke?" Hadeena tanya Nawwar. Nawwar tanya Tuan Zachary balik. Main pass pula.

"Sekarang." Sepatah jawapan tuan.

Krek...

Pintu utama dibuka perlahan. Keadaan sekeliling kelihatan suram yang teramat. Kurang sumber cahaya. Sunyi. Gelap. Macam terbengkalai.

"Helo?" sapa Nawwar menapak masuk mengamati suasana dalamnya.

Kolum hitam berlogo Thunder terdampar atas lantai. Anehnya, logo itu...

Inverted Thunder or most likely to be Qursetav Empire's logo.

"Nampaknya kita ada tetamu jemputan istimewa dari Tzuvillida," Azazel tertawa sinis. Mendedahkan diri keluar dari kegelapan.

"Oh ada Nawwar dan jemaahnya. Bagus. Kau dah sedia terima hukuman selepas dua puluh dua tahun terperap lama?" soal Azazel.

Nawwar hairan. Hukuman dua puluh dua tahun lepas? Itulah umurnya yang sekarang.

"Aku takkan buat kau kasar, Nawwar. Sikit aje," kata Azazel sembari membawa keluar pedang miliknya.

Nawwar maju selangkah. Lembing tadi dibawa keluar sekali lagi. Mata lembing diacu ke arah Azazel. Sahabatnya mula terkumat-kamit melafazkan ayat suci. Tuan Zachary ingin melihat permainan Azazel.

"Try this!" Azazel menghunus pedangnya ke hadapan. Nawwar mengelak lalu melayangkan tendangan padu di perutnya.

Azazel mengaduh sakit. Pedangnya menghentak batang lembing. Kasar. Azazel mendengus geram.

Shing! Shing! Shing! Pedang dan lembing bersilih ganti. Akhirnya Nawwar menghasilkan plasma biru bervoltan tinggi untuk menyerang Azazel.

Bzzz!

"Ack!" Azazel terkena serangan Nawwar. Membahang pedih. Hilang keseimbangan seketika. Bunyi seretan bingit mata lembing pada lantai membuatkan dia rasa ngilu.

"Cukup lah Nawwar!"

Azazel mengangkat tangannya. Telapak dibuka lalu membuat aksi cengkam perlahan-lahan depan Nawwar. Oh tidak...

"Argh!!!" Erangan Nawwar mengalami kesakitan bergema. Rasa organ dalaman seperti dihancurkan hingga lumat. Dia melutut jatuh. Tangan mencengkam kuat dada kirinya.

"Feel the pain Nawwar... Feel the pain..."

"Ergh... Azazel..." Sontak Nawwar muntah darah. Nyeri.

"Nawwar!" Tubuh Emara ditarik Hadeena masuk dakapan. Mahu bantu tetapi kekuatan Azazel sangat luar biasa.

"Kenapa kita tak serang dia?" soal Aryan nada berbisik kepada Tuan Zachary. Tak sanggup menonton aksi ngeri dialami Nawwar.

"Kita tunggu dia jadi Cursed Child. Ini sebahagian daripada perjanjian Azazel dengan Tuan Asnawi."

Kening Aryan bertaut pelik. Nawwar tidak pernah menceritakan tentang perjanjiannya sebagai Cursed Child selama dia hidup. Ataupun Nawwar sendiri tidak tahu mengenainya.

"Tuan Zachary!" lantang Nawwar melaung namanya sedari tadi melutut. Kepala menunduk. Darah likat tumpah atas lantai. Dia berdepan dengan penyeksaan kejam Azazel.

"Come to me, Cursed Child. I need you right now!" Genggaman Azazel dieratkan. Tersenyum senget. Finally the time has come.

Jeritan pekik bertukar senyap.

"Uh tuan?" Pegangan kunai Hadeena diketatkan.

Tuan Zachary menghalakan pedang di hadapannya. Sebagai langkah berjaga-jaga.

Tidak lama kemudian, arus petir putih kekelabuan merenjat tubuhnya. Dapat dilihat dengan mata kasar. Pancaran cahaya kian menerangi seisi bangunan yang suram. Tiba-tiba...

Bzzz!

Gelombang arus petir menyebar ke kawasan sekitarnya. Mujur Tuan Zachary membentuk perisai pelindung agar tidak sampai kepada semua orang. Azazel selamat sebab spesis boleh terbang.

Serba putih kekelabuan dengan campuran sedikit hitam. Itulah tema pakai seragam dipakai Nawwar sewaktu dalam fasa Cursed Child. Jubah kelabu menutupi bahagian belakang dan kepala saja. Topeng muka pada wajahnya agak menakutkan.

Aura lelaki misterius.

"Wahai Cursed Child. Sudah lama aku menunggu engkau matang selama dua puluh dua tahun. Lapan tahun yang lepas hanyalah permulaan awal sebab kau masih muda. Badan kau belum cukup kuat kawal sumpahan aku. Sekarang..." Azazel berpusing tubuh menghadap empat manusia sebelah kirinya. Jari telunjuk dihalakan ke arah mereka.

"Aku cabar kau bunuh dia orang."

Cursed Child sekadar menurut. Kepalanya miring kiri kanan. Buang rasa sengal di leher. Lembing yang dipegang berputar laju dengan sebelah tangan.

"Let the battle begins," tutur Azazel sekadar menonton pertarungan di ruang udara.

Tuan Zachary menusuk pedangnya ke lantai. Arus petir mengalir lurus kepada Cursed Child. Berat hati dia ingin menyerang anak buah sendiri. Namun, terpaksa kerana tiada pilihan lain.

Janji tidak boleh dimungkiri.

Hadeena dan Aryan mengambil posisi masing-masing. Katana Aryan dihayunkan dari kiri ke kanan berulang kali. Lingkaran air bertubi-tubi menyerang Cursed Child tanpa henti. Hadeena melepaskan dua salinan kunai disaluti ais kepadanya. Side-kick padu diberi Hadeena untuk mengalih perhatiannya.

Tuan Zachary menghentak pedangnya pada lembing Cursed Child. Jejaka bertopeng itu tidak putus berdepan tiga orang menyerang serentak. Refleksnya sangat pantas.

Emara terpaku setempat. Trauma lalunya hadir menjengah minda. Serangannya lebih matang dan agresif berbanding dulu. Sumpahannya berkembang hebat dalam tubuhnya.

"I'm sorry, Nawwar..." Emara menghentakkan kunai atas lantai. Api membara terang pada bilahnya. Tumit kasut dihentak mencipta kolum api dimana Cursed Child berada.

"Emara?" Hadeena berpaling memandang dia yang sedang bermain dengan kain shawlnya.

"Guys! Back off!" arah Hadeena mengejutkan dua lelaki sibuk menyerang Cursed Child. Baru sedar ada kolum api atas permukaan lantai.

Lenggokan tubuh Emara menari tradisional berakhir dengan separa menunduk. Tangan didepakan bersama kain shawl masih melilit pada lengan. Gelombang api terhasil meluru ke arah Cursed Child.

Tuan Zachary melemparkan plasma putih kepadanya. Dua eleman mematikan itu bergabung sebelum meledak kuat. Bergegar satu bangunan.

Kepulan asap hitam menebal. Mereka bertiga berlari menghampiri Emara. Adakah Cursed Child berjaya ditumpaskan?

Susuk tubuh serba putih itu muncul disebalik kepulan asap. Melangkah perlahan seperti tiada apa terjadi. Tiada calar walau sedikit.

"What the hell?" gumam Aryan terkejut.

"Nawwar dan Cursed Child dua orang berbeza. Nawwar boleh mati kalau kita serang dia berterusan macam tadi. But this version of him... He can't be kill. He's immortal and also doesn't talk... Much. I guess."

Kecut perut semua orang mendengar penjelasan Tuan Zachary. Patut santai balas serangan. Tak terlalu serius.

Cursed Child mengangkat tangan selaras bahu. Renjatan petir melingkar tangannya. Giliran dia pula menyerang dengan lebih agresif. Empat lawan satu apalah sangat bagi Cursed Child.

Semuanya kembali dalam posisi menyerang. Namun, salah seorang daripada mereka berani bertindak terlebih dahulu sebelum arahan dibenarkan.

"Jangan Emara!!" jerit Tuan Zachary mengejar tubuh mungil itu jauh dihadapan. Begitu juga Aryan dan Hadeena.

"Sedarlah Nawwar!! Awak dikawal Azazel dan sumpahan dalam badan awak!!" Amarah diri Emara membara dalam jiwa.

Kunai dihentak lebih kuat lalu dilambung terus ke udara. Kain shawl dan kunai berpisah kemudian membentuk tombak perak. Lembing dan tombak saling berantuk. Langkah tiga ahli akademi berhenti serentak.

"How did she do that? As I know, only Masters and Young Masters are able to keep two weapons at the same time." Ternganga Aryan mengenangkan transformasi kunai milik Emara.

Tuan Zachary menoleh ke belakang. "Kunai tu arwah ibu dia punya. Tuan Ibrahim bagi dekat dia sebab satu-satunya peninggalan arwah yang ada."

Puan Emaryn, Tuan Tertinggi wanita bagi elemen Flame. Sekeluarga elemen sama.

"Emara!!!" Suara Hadeena bertukar serak. Aryan dan Tuan Zachary kembali berpaling depan. Luruh jantung terpandang sekujur tubuh terbaring kaku atas lantai.

Emara tidak sedarkan diri akibat renjatan petir masuk ke dalam tubuhnya.














Ready ke untuk next bab?

Continue Reading

You'll Also Like

38.9K 2.9K 61
Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Ba...
962 107 19
Muhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Ki...
283K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
1.4K 145 8
"ℌ𝔢 𝔴𝔦𝔩𝔩 𝔴𝔞𝔦𝔱 𝔣𝔬𝔯 𝔥𝔦𝔰 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔣𝔬𝔯𝔢𝔳𝔢𝔯" ARQINA ZULQISA seorang gadis yang berpendirian teguh dan hati yang lembut cuba melarika...