MY COLD LOVER

By FluffSnowflakes

4.1K 80 2

Puteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia mene... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20

BAB 6

182 5 0
By FluffSnowflakes

Setiba sahaja dirumah, Damia Annelisse melangkah longlai tak bermaya masuk ke dalam biliknya.Mak kiah yang melihat begitu terus memberitahu Puan Maziah yang pulang kerumah agak lewat dari Damia kerana berjumpa dengan kawan- kawannya. Mak kiah memberitahu  akan keadaan anaknya Damia yang langsung mengurung dirinya didalam bilik setelah pulang. Puan Maziah  terus mencari Damia didalam biliknya.

''Damia ? Kamu okay ke ? Boleh bagi mama masuk ? "

''Damia okay mama..kejap lagi Mia keluar ya..mia ada kerja sikit nak selesaikan" .

Setelah mendengar suara damia, Puan maziah sudah menarik nafas lega dan terus turun kebawah.

''Mak kiah kejap lagi dia turun ,katanya ada kerja sikit nak diselesaikan"

''Oh kalau macam tu tak apa lah puan,saya cuma risau sebab dia belum makan lagi sejak dia pulang tadi"

Puan maziah pun hanya mengangguk dan kembali duduk ke ruang tamu .tidak lama kemudian Damia menuruni tangga untuk mengambil makanan didapur.

''Mama dah makan? soal Damia .

''Dah makan tadi dengan kawan-kawan Mama..oh ya damia macam mana ? Okay kerja dekat syarikat tu? ..sarah layan Mia baik tak?"

''Alhamdulillah okay je..sarah baik sangat dengan Mia..nasib baik ada dia..adalah juga mia kawan"Mia menjawab persoalan tersebut sambil tersenyum tenang walhal hatinya sedang sangat hancur.

''Baguslah kalau macamtu,tak perlulah lepas ni abang Ayden tu pening-pening nak tolong mama ni"

Damia hanya tersenyum mendengar jawapan dari mamanya .setelah damia selesai makan dia meminta izin mamanya untuk keluar rumah sebentar.


















Shopping Complex

Damia pergi ke pusat membeli-belah seorang diri sahaja , selesai sahaja dia mencari barang yang diperlukan ,dia pun pergi minum di salah satu cafe dalam bangunan tersebut. Damia telah memilih tempat yang agak privasi bagi menenangkan fikirannya.

''Perlu ke aku beritahu mama semua ni? Aku tak nak masuk perangkap dia..apa yang aku nak buat ni..atau aku bunuh diri je? Ya Allah Puteri  Damia Annelisse apa yang kau merepek ni..ingat Allah Damia.." Damia berdialog dengan dirinya sendiri.

Sedang dia termenung jauh. Dia telah  ditegur oleh seseorang yang dia kenali .

''Damia?"

''Eh Syed Azril buat apa dekat sini?"..

''Saya yang sepatutnya tanya soalan tu dekat mia tau..sebab saya memang selalu lepak sini.."azril berkata sambil menunjukkan air Americano kepadanya.

''Oh Kebetulan mia cari barang tadi , jadi singgah lah kejap sini.."

''Mia risau tentang kontrak tu ya? " Azril menebak seolah tahu apa yang sedang bermain difikiran Damia.

''Mia cuma  takut dia tak nak lepaskan mia dan gantung Mia tak bertali"

''Karl tu memanglah kepala otak dia tu kadang tak betul sangat , tapi tak ada sebab dia nak buat Mia macamtu..dia tu nampak je Jahat tapi  untuk pengetahuan Mia , dia tak pernah lagi rosakkan anak orang ya..cuma tulah dia suka cari kebahagian macam tu..kadang azril pun tak faham dia walaupun dah lama kenal dia"

''Pernah ke dia cerita apa-apa tentang masa zaman belajar dia?"..

''Tak ada pulak..cuma lepas  dia balik je sini,dia terus work out,jaga makan, jaga muka,dia mula sibukkan diri dia dengan macam-macam aktiviti. lepastu sikap dia tu terus berubah jadi dingin..entah apa yang merasuk dia Azril pun  tak taulah..sebelum ni dia okay je dengan badan dia yang gemuk tu"

''Oh"

''Eh kenapa Damia tanya macamtu? Damia  kenal karl ke?tapi mungkin juga sebab sama tenpat belajar"

''Haha.tak lah azril, universiti ada banyak dekat australia tu..saja je Mia tanya..Mia rasa mia nak gerak ,Mia baru teringat yang Mia terlupa pula nak beli skincare."

Mia segera  berdiri dan  meminta izin untuk pergi terlebih dahulu.Namun Azril pamtas mengejar Mia dari belakang.

''Mia ! Saya temankan awak"

''Boleh je..jomlah .."

Mereka pun berjalan seiringan  sambil berborak kosong. Setelah Mia mendapatkan barang yang diinginkan, Azril telah menemaninya sehingga di tempat parkir kereta.

'''Mia ! "

''Ya "

''Awak jangan risau , saya ada dibelakang awak, saya pastikan Raykarl tak akan buat awak susah..sebab saya yang sebenarnya Cinta dekat awak" Azril sempat berseloroh.

''Thanks Azril..awak ni pandai je bergurau ya "Balas Mia dengan segaris senyuman.

Syed Azril hanya menghantar pemandangan dan memerhati kereta Mia keluar dari pusat beli belah tersebut. Seandainya sahaja Mia tahu yang azril ikhlas mencintai dirinya. Azril mula menyeka air matanya. Entah kenapa dia mula rasa menyesal dengan idea yang telah diberikan kepada Raykarl.

******************************************************************************"""










Office

Hari ini Syed Azril membuat keputusan untuk menarik balik apa yang telah dibincangkan bersama Raykarl. Sejak pagi dia sudah menunggu Raykarl masuk untuk berbincang semula.

''Azril kau kenapa tercongok  dekat bilik aku pagi-pagi ni,buat semak je mata aku ni..kalau handsome tak pe lah"

''Karl aku rasa kita batalkan je kontrak tu, aku tak jadilah nak lepaskan Damia untuk kau "

''Batal?? Hahaaha. Dia dah pun sign kontrak tu kenapa pula aku nak batalkan..itu atas kehendak dia sendiri.."

''Tapi Karl , aku Cintakan dia , aku rasa kali ni,biarlah kau susahkan aku,yang penting aku nak jaga damia untuk jadi isteri aku yang sah"

Raykarl hanya tersenyum sinis dengan segala permintaan  dari Syed Azril.

''Karl serius karl aku memang rasa menyesal dengan idea gila aku ni bila tengok dia sedih macam ni.."

''Kau tengok dia sedih??maksud kau jumpa dia ? "

''Aku terjumpa dia semalam ,muka dia sedih sangat karl, dia takut kau tak nak ceraikan dia"

''Betul lah tu apa yang dia cakap tu"

''Karl apa maksud kau?"

''Dah kahwin..tak akan nak cerai . Lagipun itu je cara untuk papa aku bagi aku semua harta dia"

''Karl apa ni karl..sebelum ni kau cakap dengan aku lain..sekarang lain..kau jangan aniaya anak orang karl."

''Hahaaha...aniaya anak orang?? Azril dia yang setuju..semua tu dia kenalah tanggung sendiri"

''Tak apa aku akan minta Damia untuk tak teruskan,aku akan berterus terang dengan dia ! " azril menjawab Raykarl.

''Suka hati kau..tapi apa pun kau cakap , dia akan tetap kena terima aku sebagai suami  Kontrak dia " sempat Raykarl memberi jelingan tajam kepada Azril.

''Kau ni memang dah gila karl ! " Marah Azril.

''Ya ! Memang aku dah gila ..mia yang sudah membuat aku jadi sebegini.kali ni aku tak akan lepaskan kau mia..kau tunggu balasan dari aku" kata Raykarl di dalam hatinya.

Syed Azril terus berlalu pergi dengan menutup pintu dengan kuat.dia pergi ke Maziah holdings untuk berjumpa Damia.

''Syed Azril ? Ada hal apa yang buat awak tergesa-gesa nak jumpa saya sampai datang ke office."

''Saya nak awak batalkan perkahwinan kontrak awak dengan Karl. Pergi report polis. Please Mia..tadi karl kata dia tak kan lepaskan awak lepas dia berkahwin dengan awak..saya risau awak terus digantung tak bertali.."

''Err..Azril tentang perkara tu awak tak perlulah risau..Mia boleh jaga diri Mia..lagipun awak sendiri yang cakap karl tu masih ada baiknya kan?"

''Tak mia , ni semua melibatkan masa depan awak..tak akan awak kena tamatkan hidup awak dengan orang macam karl tu"

''Mungkin dah memang nasib saya  azril ,saya dah pun sign kontrak tu. "Jawab Damia sambil menahan diri dari menangis.

''Tapi kita masih boleh batalkan,saya sendiri akan bagitahu Tengku malique tentang perkara ni! "

''Azril jangan , jangan bagitahu tengku malique tentang perkara ni..sebab saya akan tetap terima tawaran tersebut"

''Tapi kenapa mia awak kena korbankan diri awak"

''Tak apa ril, saya terima takdir yang telah  diberi dengan ikhlas hati..kalau tak ada apa-apa lagi saya masuk Office dulu ya..Assalamualaikum"

Syed azril seakan terpinga-pinga dan tak percaya dengan apa yang dia dengar,Damia masih sudi menjadi isteri raykarl walaupun  dia sudah menceritakan perkara yang sebenar Azril sudah mula merasakan yang ada sesuatu rahsia diantara mereka yang azril masih tidak tahu.

Sampai di pejabat, dia menemui karl semula. Untuk mendapat kepastian.

''Karl kau beritahu aku apa kaitan kau dengan Damia sampai damia ikut semua arahan kau ! "

''Kau tanyalah dia ,bukan ke kau lagi rapat dengan dia " jawab Karl selamba.

''Aku tahu mesti kau ada sembunyikan perkara yang aku tak tahu"

''Kalau kau nak tahu ,kau tanya dia sendiri  semua tu akubtak nak tahu...sekarang ni dia dah sign ,jadi dia setuju dengan kontrak tu"

''Arghh!!!" .

Syed azril terus keluar,Kali ini dia betul-betul marah akan sikap Raykarl. Dia tidak menyangka raykarl bertindak sejauh itu. Sungguh dia sangat menyesal tentang idea gila  yang telah diberikan kepada raykarl . Semua ini berpunca dari dirinya. Seandai benar mereka berkahwin, Sampai bila-bila pun dia masih tak dapat maafkan dirinya sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

712 35 6
Keras kepala. Ego. Dikecewa oleh 'habibi' tak jadi. Sehingga bertemunya dengan lelaki yang dingin dan kerek. "Harap muka je handsome, perangai Nauzub...
22.9K 1.6K 49
Maysarin Γ— Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti orang lain. Disaat dia dilayan buruk oleh...
1.3M 69.1K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
1.7M 120K 44
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...