MY COLD LOVER

By FluffSnowflakes

4.1K 80 2

Puteri Damia Annelisse merupakan seorang gadis bekerjaya yang menetap di Australia. Sudah bertahun dia mene... More

PROLOG
BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20

BAB 2

221 4 0
By FluffSnowflakes

SAMPAI sahaja di Malaysia, telah kelihatan pemandu peribadi Puan Maziah yang  sudah menunggu  lama untuk mengambil mereka pulang kerumah.
Selesai mengangkat beg kedalam bonet kereta , mereka pun bersama-sama masuk kedalam perut kereta.  Damia hanya menguntum senyuman melihat pak mail yang membantu beliau mengangkat luggage  tersebut.

''Pak Mail , nanti singgah kejap dekat restoran depan ya..saya nak belikan makanan untuk anak saya..sebab dah lewat malam"

''Anak puan ?"

''Oh ya maaf lupa pula saya nak perkenalkan Dengan pak mail...ya nama dia Puteri Damia Annelisse , anak kandung saya yang sebelum ini menetap di Australia bersama arwah bapanya"

''Baiklah puan..."

Pak mail pun menekan pedal minyak dan meneruskan perjalanan. Sampai di restoran berdekatan dia berhentikan keretanya ditempat parkir restoran tersebut, hanya Puan Maziah dan Damia sahaja yang keluar untuk membeli makanan .

Ketika puan Maziah sedang membeli makanan Damia hanya tunggu diluar restoran sahaja sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Sungguh dia tidak menyangka pengakhiran begini. Kini  dia telah  kembali ke Malaysia.

''Damia? " Puan Maziah mencuit bahu damia dari belakang.

''Err..mama dah siap bungkus ke ? "

''Dah..jomlah kita gerak ,cuaca pun macam nak turun hujan dah tu..tambah mamanya lagi.

''Okay mama..jomlah.."

Mereka pun berjalan seiringan kearah kereta dan terus bergerak pulang. Sampai sahaja dirumah  makcik kiah segera  menunjukkan bilik Damia yang telah disediakan khas oleh Puan Maziah.

Puan Maziah inginkan kehidupan yang terbaik untuk anaknya itu kerana inilah masanya untuk dia menjaga anaknya semula didepan mata.

Damia melihat sekeliling biliknya, dia duduk di tepi katil.Entah kenapa tiba-tiba dia teringat tentang kawan baiknya sewaktu di Australia dahulu.Mungkin jika dahulu dia telah mendengar apa yang dinasihati Raykarl , hingga kini pasti dia masih boleh menetap di australia.

''Karl.. mana kau , aku perlukan kau, aku tak okay karl " Damia berkata dalam hati, sambil melihat gambar Raykarl dan damia sewaktu mereka belajar dulu.


**********************************************************************************











Damia tersedar pada pukul 5 pagi.. Tidurnya tidak begitu lena,mungkin dia masih belum terbiasa dirumah itu. Damia melihat , mak cik kiah sudah menggantung baju yang dibeli oleh mamanya untuk beliau.

''Mama, mana semua pakaian damia ? kenapa semua tak ada kat dalam almari mia? "

''Baju Mia semua mama dah gantikan yang baru..mama dah panggil stylish untuk siapkan Damia, mulai hari ni lupakan impian Damia dan bekerja di syarikat mama.Hari cuti damia pula ,mia akan mengikuti kelas agama ,damia hanya perlu ikut sahaja ,semua mama dah uruskan" Puan maziah menjawab dengan nada yang tegas.

Kali ini Damia benar-benar terduduk. Impian dia selama ini hancur sekelip mata dengan begitu sahaja.Damia langsung  tidak dapat berkata-kata lagi demi kesihatan mamanya. Dia hanya mampu mengiyakan  sahaja sambil menyeka air matanya.

''Ingat Damia , ini rumah mama, mesti kena  ikut cara mama..sekarang cepat bersiap mama tunggu untuk bawa kamu ke Office . Tambah Puan Maziah.

Jauh disudut hati Puan Maziah dia lebih jauh merasa kecewa dan terluka , bukanlah dia sengaja ingin memusnahkan impian anaknya sendiri ,namun dia terpaksa nelakukannya demi masa depan yang terbaik demi Damia.

Damia memakai baju formal dan memakai tudung yang telah dibeli mamanya untuk pergi ke pejabat .
Dia telah menaiki kereta yang dipandu oleh pak Karim .















Office Maziah

Sampai sahaja di pejabat semua Staff tertanya tanya siapa yang hadir bersama-sama dengan puan Maziah.

''Selamat pagi Puan Maziah "

''Sarah ,prepare everything ,we have meeting right now"

Tanpa melengahkan masa , Aleeya Maisarah yang telah mendengar arahan Puan Maziah terus sahaja memanggil Staff yang lain untuk mengadakan mesyuarat dengan kadar segera.










Meeting Room

''Baiklah semua, hari ini saya hanya ingin perkenalkan anak kandung saya Puteri Damia Annelisse. "

''Buat masa ini, Damia akan berada dibawah Sarah, sarah you will trainee her everythings ,i depend on you.."

''Baik puan Maziah"

''Any question? " Soal Puan Maziah.

Mereka semua hanya menggelengkan kepala menandakan tiada persoalan yang perlu ditanyakan.

''Baiklah bersurai"

Semua Staff puan Maziah pun keluar dari bilik mesyuarat.Namun mata mereka masih memerhatikan anaknya itu. Damia menjadi perbuala.n hangat mereka pada hari pertama damia hadir ke pejabat.

''Eh aku tak sangka Puan Maziah ada anak cantik gila..mana lah dia sembunyikan anak dia ya sebelum ni? " Fareez mulai bicara kepada rakan sekerjanya.

''Tahu tak apa..tengok anak dia tadi aku macam kena pukau..hahaha"Sahut Firdaus .

''Korang lelaki macam kena pukau , habistu kitorang yang perempuan tengok dia pun insecure tau.." Kata Nadia .

''Ye doh..speechless doh Nad" Aira membalas sambil menjulingkan matanya.

''Dia tak makeup weh dah lawa macamtu...kalau dia makeup kita ni semua dah level bawah lantai tau...hahahaha"

''Tapi muka dah lawa tak tahu lah perangai lawa ke tak..hahah" sempat Qila menambah.

''Oi dah habis ke menganyam ketupat semua? Kerja dekat sini dah habis ke sampai sempat buat warung kopi..ini Office tempat bekerja ,bukan warung Kopi tepi jalan..semua pergi balik tempat masing-masing" Arah Sarah kepada rakan sekerjanya.

''Eh cik sarah dah sampai, itulah korang tak tengok-tengok..orang kanan bos dah datang dah.." perli Fareez.

''Dah tu kenapa? Kau jeles ke Reez ? Sebab Puan Maziah tak nampak kau? " Marah Sarah.

''Sudahla kau aircond je lebih "

''Tak kisahlah aircond ke kipas , yang penting aku kerja ikhlas ,tak macam kau mengumpat je kau tau..sebabtulah sampai sekarang kau tak kahwin-kahwin..tak ada orang nak kau..sedih !!! " Sarah makin memanaskan keadaan

''Eh perempuan ni ! Kau tak payah lah nak melibatkan hal peribadi aku..habis kau ingat kau tu elok sangat ke weh? Tengok dulu muka kau tu kat cermin"

''Sorry , cermin tak ada dalam kamus hidup aku..so talk to my hand ! "

Sarah terus berlalu pergi sambil memberikan Fareez jelingan yang tajam ,seperti harimau mahu menerkam mangsanya.

''Eh chill lah wei sarah je pun..perempuan tu.tak akan dengan perempuan pun nak gaduh..." Firdaus cuba menenangkan Fareez.

'' Perempuan ke dia tu Fir ,macam bukan perempuan je ,mulut tak ada insuran, cakap main lepas je..malamg betul siapa jadi laki dia nanti.."

''Jangan benci sangat Reez, sekali jadi bini kau sendiri " Aira sempat mengusik Fareez yang masih tidak berpuas hati dengan Sarah.

''Kalau kat dunia ni dah tak ada perempuan lain pun aku tak nak lah kat dia..Rimas aku perempuan macam tu.."

Mereka pun bersurai dan kembali ke tempat kerja masing-masing.

Damia ,hanya duduk diam dibiliknya.sehingga kini dia masih tak percaya yang dia terpaksa menjual cafe yang berada di australia. Sudah berhabis dia melabur di cafe ,juga sudah mempunyai ramai pelanggan. Sungguh hatinya remuk kali ini.

''Damia Annelisse ? "

'' ya sarah? Eh awak tak perlulah formal sangat dengan saya...lagi satu jangan lah panggil saya nama panjang-panjang tu..panggil Mia ajelah senang.." Terang Damia sambil memberi senyuman meleret kepada Sarah.

''Mia ,saya cuma nak tanya , saya dah boleh trainee awak ke hari ni? "

''Eh awak tu mentor saya..bila-bila pun saya okay je.." Jawab Mia selamba.

''Oh kalau macamtu saya tunjukkan awak fasilitas Syarikat dulu boleh? "

''Okay jom !" Ajak Damia.

Sarah menunjukkan ruang dan fasilitas syarikat .Dia juga mengenalkan damia ke semua Staff yang berada disitu.

''Sarah , awak dah lama kerja dengan mama saya ? "

''Dah lama dah..puan maziah banyak sangat bagi saya pengalaman dan tunjuk ajar..sebab tu saya nak berbakti kat syarikat ni sampai saya tua"

''Ish awak ni loyal worker ,bagusnya,patutlah abang Ayden puji melambung ." Kata damia sambil mencuit bahu Sarah.

''Tahu tak kenapa saya nak setia dengan syarikat mama awak?"

''Kenapa?" Soal damia sambil mengerutkan keningnya.

''Puan Maziah yang menyelamatkan nyawa mama saya , dia bayarkan kos operasi mak saya, sebabtu apa pun jadi, saya akan pertahankan syarikat ni dan tak akan pernah berpaling..untung awak mia dapat seorang mama yang mempunyai hati yang sangat baik.." Jelas sarah kepada Damia

''Umur awak berapa ni? "

''Dah tua . Sarah ni umur 31 dah Mia"

''Eh mana ada tua,Mia umur 28 dah..hehe.Mia rasa kita guna aku kau jelah ya...mia lagi selesa dan lebih rapat .." Jawab mia dengan berbisik ke arah sarah.

''Kalau macamtu yang Mia nak , sarah terlebih okay "

''Aku tak ada kawan dekat sini" tiba-tiba Mia mula menyeka air matanya.

''Eh kenapa menangis ni Mia ? " its okay aku janji lepas ni aku jadi kawan kau"

''Hmm..Tapi kau tak kenal aku lagi Sarah, kalaulah kau kenal macam mana aku dulu.mesti kau akan pergi tinggal aku"
Damia sempat berbicara didalam hati.

Setelah selesai , mereka pun kembali ke pejabat, buat masa ini sarah dan Damia berada di satu ruangan yang sama bagi memudahkan sarah memberi tunjuk ajar kepada Damia.


Continue Reading

You'll Also Like

5.7K 289 45
{UNDER CONSTRUCTION 🚧} Hud Haydar ♡ Nayla Adeena Not worth to read... Too much error and boring
712 35 6
Keras kepala. Ego. Dikecewa oleh 'habibi' tak jadi. Sehingga bertemunya dengan lelaki yang dingin dan kerek. "Harap muka je handsome, perangai Nauzub...
3.5K 266 45
|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya...
59.7K 3.9K 51
Highest Rank #1 in Chicklit #1 in Aulia Aulia Mardhiah, gadis berusia 16 tahun dan mula menjejaki ke sekolah baru setelah us...