HER BEAUTIFUL CONSOLATION - C

By snowdreamm

799K 41.7K 1.8K

Status: complete Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
Epilog
His Beautiful Consolation 1
His Beautiful Consolation 2
His Beautiful Consolation 3
His Beautiful Consolation 4
His Beautiful Consolation 5
His Beautiful Consolation 6 - Final

30

13.1K 698 13
By snowdreamm

Songkok diletakkan di atas meja solek. Zuhayr melepaskan lelah lalu labuhkan duduk di birai katil. Anak matanya meliar sambil memerhatikan keadaan bilik pengantin yang tidak terlalu luas namun nampak kemas dan teratur. Zuhayr sempat tersengih seketika sebelum merebahkan tubuh ke atas katil. Dia tidak menyangka yang dirinya kini sudah memegang gelaran suami kepada Zuha Munirah dengan jalan yang tidak disangka-sangka.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan dengan jodoh itu adalah misteri? 

Sesaat, pintu bilik tersebut dikuak dari luar menarik perhatian Zuhayr yang sedang berehat. Wajah Zuhayr dengan pantas mengoyakkan senyuman lebar sebaik sahaja isterinya Zuha melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Zuha mengerling sekilas ke arah suami yang sedang memerhatikan dirinya. Liur ditelan perit. Tiba-tiba jantungnya mula bekerja keras. Rasa segan pula apabila berada sebilik dengan lelaki. Maklumlah dah terbiasa duduk seorang diri. Tapi nak tak nak, dia perlu menebalkan muka lebih-lebih lagi apabila ibunya berterusan memaksa dia supaya masuk ke dalam bilik.

Tanpa menghiraukan suaminya itu, Zuha terus duduk di hadapan meja solek. Beberapa keping kapas berserta make up remover diambil bagi menanggalkan solekan yang menghiasi wajahnya itu.

Zuhayr tersenyum kecil melihat telatah isterinya yang seolah-olah cuba mengelakkan diri daripadanya. Nak lari mana pun entahlah. Bilik ni bukannya besar sangat pun. Esok lusa pun masih tetap berjumpa juga.

Tanpa berlengah lagi, Zuhayr lantas menghampiri Zuha lalu berdiri di belakang isterinya itu. Zuha yang sedang terkial-kial menanggalkan jarum peniti dari bahagian tudung diperhatikan melalui pantulan cermin meja solek.

"Mari sini saya tolong." ujar Zuhayr sambil tangannya turut menanggalkan jarum peniti tersebut. 

Tangan Zuha yang sedang bekerja tadi terus berhenti bagi memberi ruang kepada lelaki itu untuk menyambung kerjanya. Dia hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan gerak-geri Zuhayr dari biasan cermin. Baru dia perasan hari ini Zuhayr tidak memakai cermin mata berbingkai tebal seperti yang selalu dia pakai sebelum ini.

"Handsome sangat ke saya sampai tak berkelip mata awak tu?" Jarum terakhir dicabut lalu diletakkan ke atas meja solek.

"Err, saya baru perasan yang awak hari ni tak pakai cermin mata. Awak bukan rabun teruk ke?" soal Zuha sambil menggaru pipi.

"Saya pakai contact lens. Ini pun Fea yang paksa. Seksa la jugak sebab saya tak pernah langsung pakai benda ni."

Seminggu sebelum majlis akad nikah, Sofea memaksa dirinya untuk membiasakan diri memakai contact lens. Katanya practice makes progress. Nanti gambar kahwin pun nampak lebih cantik.

Haih, adik sorang tu. Kalau tak diikutkan nanti merajuk pula. Nak tak nak terpaksalah dia turutkan saja kehendak adiknya itu.

Tiba-tiba, Zuhayr menundukkan wajahnya sehingga menyamai paras wajah Zuha dari tepi membuatkan Zuha terkedu. Jarak wajah mereka kini boleh dikatakan cuma setengah inci membuatkan dada Zuha dipalu rasa berdebar-debar yang amat dahsyat. Kalau Zuha menoleh ke sebelah kiri sudah pasti bibirnya akan mendarat di atas pipi kanan lelaki itu.

"Awak nak tolong saya tanggalkan contact lens ni tak?" soal Zuhayr sambil menatap sepasang mata bundar itu melalui pantulan cermin.

Tubuh Zuha tiba-tiba mengeras. Suara garau yang menyinggah di rongga pendengaran miliknya membuatkan bulu roma gadis itu berdiri tegak. Laju Zuha menggeleng lalu menolak perlahan pipi Zuhayr supaya jarak mereka tidak terlalu dekat. Dia segera melarikan wajah dan memandang ke arah almari baju. Sebab apa? Sebab malu.

"Sa-saya tak reti. Saya mana pernah pakai benda ni."

Zuhayr menguntumkan senyuman. Pemalu rupanya Zuha ni. Sebelum ni kalau berjumpa kat kafe tak ada pula perangai macam ni. Hmm, comel betul. Nasib baik tak boleh lipat masuk dalam poket.

Lelaki itu kemudian berdiri semula sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air bersama dengan sehelai tuala dan sehelai tshirt berwarna hitam. Tangannya sempat mencubit perlahan pipi Zuha sehingga gadis itu mengaduh kecil.

"Saya mandi dulu. Awak pun pergilah bersihkan diri. Maghrib nanti abah ajak kita solat berjemaah kat ruang tamu."

Zuha mengangguk kecil tanda faham sambil mengusap lembut bahagian pipi yang telah dicubit oleh suaminya. Tadi pun Puan Mariam sudah berpesan benda yang sama. Kata Puan Mariam, Encik Zaim tidak sabar hendak berimamkan menantu sendiri kerana itulah salah satu angan-angannya sebelum ini. 

Setelah memastikan Zuhayr sudah berada dalam bilik air, Zuha lantas menghela keluhan kecil. Haih, Zuhayr ni pun satu hal. Sejak bila pula dia ni dah pandai mesra macam ni? Padahal sebelum kahwin, selalu sangat tayang wajah beku. Nak senyum pun susah. Sekarang ni sebaliknya pula yang berlaku membuatkan Zuha sendiri rasa segan untuk berhadapan dengan jejaka itu.

Haih, penatlah kalau hari-hari macam ni.

****


"Amin, ya rabb."

Usai bacaan doa yang diketuai oleh suaminya, Zuha bingkas mendapatkan Puan Mariam untuk bersalaman dengan ibunya itu.

"Pergilah salam abah tu." bisik Puan Mariam.

Zuha teragak-agak untuk menghampiri Encik Zaim yang sedang bersalaman dengan Zuhayr serta Zayyad. Zuhayr yang menyedari akan kehadiran isterinya itu lantas memberi isyarat kepada Zayyad supaya memberikan ruang kepada dua beranak itu.

"Abah." panggil Zuha perlahan. Sudah hampir dua minggu dia tidak bertegur sapa dengan abahnya membuatkan keadaan mereka ketika ini menjadi begitu janggal.

Encik Zaim mengukirkan senyuman kecil lalu menghulurkan tangan. Rasa sebak mula mencengkam dada ketika Zuha mula mencium tangannya itu.

"Kakak minta maaf." ucap Zuha dengan suara yang tertahan-tahan.

Sesaat terdengar esakan kecil dari gadis itu. Encik Zaim lantas menarik anak sulungnya itu ke dalam pelukannya.

"Abah yang sepatutnya minta maaf. Abah dah abaikan perasaan anak abah."

"Tak, abah. Kakak yang patut minta maaf. Kakak tak patut buat abah macam tu sedangkan abah cuma nakkan yang terbaik buat kakak."

Mutiara jernih mula membasahi pipi. Encik Zaim meleraikan semula pelukan mereka lalu menyeka air mata itu sambil menggosok lembut belakang Zuha.

"Dahlah. Jangan bersedih lagi. Apa yang berlaku biarkan berlalu. Kakak pun dah selamat jadi isteri Zuhayr. Abah doakan kakak agar menjadi isteri yang terbaik sebagaimana kakak menjadi anak yang terbaik buat abah dan ma."

Zuha hanya mengangguk kecil sambil menghapus sisa air matanya yang masih menghiasi wajah.

"Dah, pergi salam Zuhayr. Lepas isyak nanti kita makan malam sama-sama." ujar abah lagi lalu memberi ruang kepada Zuha untuk mendapatkan suaminya.

"Awak anak yang baik, Zuha. Semoga awak juga akan menjadi isteri yang baik untuk suaminya."

Zuhayr membisikkan ayat tersebut sewaktu Zuha mencium tangannya. Dia kemudian melabuhkan sebuah ciuman ringkas ke atas ubun-ubun isterinya. Zuha hanya tersenyum. Entah mengapa, saat ini hatinya mulai terasa lapang seolah-olah hilang segala bebanan yang ditanggung selama ini.

Ditambah pula dengan ciuman ringkas suaminya sebentar tadi membuatkan dia mula berbunga-bunga. Mungkin inilah permulaan kepada kebahagiaan yang bakal mewarnai hidupnya selepas ini.



"Berapa lama lagi kamu cuti, Zuhayr?"

Soalan Encik Zaim memecahkan kesunyian ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam di ruang makan.

"Seminggu aje, abah. Zuhayr tak dapat cuti lama-lama sebab ada banyak kerja yang tengah menunggu."

Encik Zaim mengangguk. Dia faham tentu menantunya itu bukan sembarangan orang. Lihat sajalah jenis kereta yang digunakan oleh mereka sekeluarga siang tadi. Semuanya mewah dan gah. Tapi bagusnya mereka kerana masing-masing merendah diri dan mudah untuk bergaul dengan masyarakat di kampung ini.

"Dah fikir nak pergi honeymoon kat mana?" soal Puan Mariam sambil senyum mengusik.

Pasangan pengantin baru itu saling berpandangan seketika. Dalam banyak hal tak pernah terfikir pula tentang soal honeymoon. Mereka sendiri pun tak pernah berbincang tentang hala tuju mereka selepas berkahwin.

"Emm, tak sure lagi, ma. Zuhayr ikut aje kata Zuha."

Sikit lagi Zuha hendak tersedak apabila Zuhayr berkata seperti itu. Kurang asam betullah. Macam tu je dia pass kat kita.

Puan Mariam dan Encik Zaim tergelak kecil melihat wajah Zuha yang sudah berona merah. Zayyad pula hanya senyum sinis sambil menyudahkan suapan terakhir.

"Alah, kakak ni. Malu-malu pulak. Suka kata suka."

Zuha lantas menjengilkan matanya ke arah Zayyad. Adik lelakinya itu bingkas bangun lalu menuju ke sinki. Baik dia pergi dulu sebelum kena serbu dengan kakaknya itu.

"Ma, abah. Zayyad naik dulu. Nak siapkan assignment. Abang Zuhayr, jaga kakak baik-baik tau."

Zuhayr tergelak kecil apabila melihat telatah adik iparnya yang kuat mengusik itu. Tiba-tiba teringat pula dekat Zhareef dan Sofea yang gemar menyakat antara satu sama lain.

Zuha hanya menayangkan wajah annoyed apabila Zayyad berkata begitu. Nasib baik tengah makan. Ma kata tak baik marah-marah depan rezeki.

"Kalau macam tu, daripada kamu tak ada buat apa kat sini, apa kata kamu berdua pergi bercuti? Dekat sini pun banyak aje tempat yang boleh kamu berdua meluangkan masa sama-sama." ujar abah. Zuhayr hanya mengangguk sambil memandang sekilas wajah isteri di sebelah.

"Insyaallah, abah. Nanti kami bincang."

*****

Zuha melihat suaminya sedang ralit menghadap iPad sambil bersandar di kepala katil ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka berdua.

"Kerja ke?" soal Zuha.

Zuhayr pantas menggeleng. Dia kemudian menggamit Zuha agar duduk di sebelahnya. Gadis itu hanya menurut arahan Zuhayr lalu melabuhkan duduk seperti yang dipinta oleh suaminya itu.

"Awak ada cadangan nak bercuti kat mana?"

Lelaki itu menghulurkan iPad kepada Zuha lalu menunjukkan beberapa tempat menarik yang boleh mereka kunjungi nanti. Seketika, Zuha mengembalikan semula iPad tersebut kepada suaminya.

"Saya sendiri pun tak tahu. Tapi duduk kat rumah pun best apa."

Zuhayr tersengih. Dia lantas meletakkan iPad ke atas meja kecil lalu menatap wajah isterinya.

"Dua minggu awak terperap dalam bilik yang sama. Tak bosan ke? Awak tak terasa nak tengok dunia luar walaupun cuma sekejap?"

Zuha terus membulatkan mata sambil membalas renungan mata suaminya. Macam mana Zuhayr boleh tahu semua tu sedangkan mereka tidak pernah berhubung sepanjang dua minggu lepas?

"Awak tahu? Mesti ma cerita kat awak, kan?"

Zuhayr menyauk perlahan pinggang Zuha untuk merapatkan kedudukan mereka. Sebelah lagi tangannya pula meraih tangan kecil Zuha lalu dicium sekilas. Perbuatan Zuhayr membuatkan wajah Zuha terasa sangat bahang sekarang ini. Rasa macam duduk sebelah unggun api!

"Apa yang awak buat dua minggu ni semua saya tahu. Awak risau ya, takut saya mungkir janji?"

"Mestilah. Awak tiba-tiba hilang tanpa khabar berita. Saya ingatkan plan awak tu tak jadi."

Ketawa kecil terus meletus dari mulut lelaki itu. Dia kemudian memaut bahu Zuha sambil mengelus lembut bahu tersebut. Zuha secara automatik meletakkan kepalanya di atas dada Zuhayr walaupun ketika ini dia merasakan yang jantungnya sudah hampir terkeluar dari tempatnya.

"Maaf. Saya busy sangat uruskan banyak hal. Saya sempat call ma aje. Itu pun sebab nak tanya pasal majlis, sambil-sambil tu saya tanyalah pasal awak sekali."

Ubun-ubun milik gadis itu dikucup sekali lagi sebelum Zuhayr meleraikan pelukan tersebut. Lebihan rambut yang hampir menutup wajah Zuha diselitkan di telinga gadis itu.

"Tapi saya masih tak faham. Bila masa Izham putuskan pertunangan tu? Dan bila masa awak datang... err, jumpa ma dengan abah?"

"Izham cuma call tanpa berjumpa dengan ma dan abah. Minggu lepas, saya datang sekali dengan mummy dan daddy untuk berjumpa dengan parents awak. Awak pun asyik berkurung dalam bilik. Mana nak perasan?"

Bibir Zuha membulat. Ish, macam manalah dia boleh tak perasan semua tu? Kalau dia tahu sudah tentu dia tak perlu overthinking sampai rasa nak larikan diri dari rumah.

Jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul sebelas malam. Zuhayr pun sudah mula menguap sambil menggeliat kecil.

"Emm, dahlah. Jom tidur." ujar Zuhayr.

"Ti-tidur?" Zuha mulai gelisah. Bahagian inilah yang paling dia nak mengelak. Aduh, takkan malam ni kot?

Zuhayr lantas mengerutkan dahi apabila melihat Zuha yang sudah tidak senang duduk. Apa masalahnya dengan tidur? Tak nak tidur ke? Takkan tak mengantuk lagi? Hari ini dah seharian bertungkus-lumus melayan saudara mara dan para tetamu kot. Mestilah terasa penat.

Beberapa saat kemudian, baru Zuhayr terfikir akan sesuatu. Dia pantas menjentik dahi isterinya sambil tersengih. Tangan Zuha terus menggosok dahinya apabila dijentik oleh lelaki itu. Mujurlah tak sakit sangat. Cuma terkejut aje.

"Aduh, sakitlah..."

"Dah. Tak payah difikirkan sangat. Dah lewat malam ni. Saya pun dah mengantuk. Pergi baring dulu. Saya nak tutup lampu."

Zuha bingkas bangun lalu menapak ke kanan katil. Dia terus baring lalu mengiring membelakangkan Zuhayr. Matanya sengaja dipejam rapat. Minta-mintalah Zuhayr pun macam dia juga, terus pejamkan mata dan tidur.

Baru sahaja Zuha ingin melelapkan mata, tiba-tiba dia merasakan ada tangan hangat yang menarik pinggangnya supaya merapatkan jarak antara mereka. Zuhayr memeluk tubuh isterinya itu dari belakang lalu meletakkan wajahnya di belakang leher Zuha.

"Tak baik sebenarnya tidur membelakangkan suami tapi malam ni tak apa. Kita tidur macam ni aje, okay?"

"A-awak..." Zuha mengeraskan tubuh. Tapi nampak macam Zuhayr ni tak ada tanda-tanda untuk melepaskan pelukan tersebut malah lelaki itu semakin mengeratkan pelukan mereka.

"Janganlah malu. Kita sekarang dah jadi suami isteri. Nak tak nak kena biasakan diri dengan semua ni. Tidur ya?" bisik Zuhayr. Tak lama selepas itu kedengaran dengkuran halus dari lelaki itu menandakan dia sudah pun hanyut dalam lena.

Zuha hanya mengemam bibir. Dia kemudian meletakkan tangannya di atas lengan Zuhayr sebelum dia turut memejamkan matanya.

- bersambung




Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 54.1K 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak du...
482K 12.9K 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam sat...
4.5K 364 22
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang ke...
626K 24.7K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...