INDAH CINTAKU (TERBIT)

msroses_ द्वारा

735K 5.8K 418

3rd story 💛 Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi... अधिक

Introduction
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Terima Kasih Semua ♥️
Cover Dah Reveal!
Contest!

Bab 4

16.5K 768 33
msroses_ द्वारा

"Hah?!" Dayana sudah membuntangkan mata. Berita yang baru disampaikan oleh ibunya itu membuatkan dia tergamam.

"Ibu janganlah nak main-main dengan Yana, ibu!"

"Ya Allah, buat apa ibu nak main-main pulak? Hal ni bukan boleh buat main, Dayana Aleesa," ujar Puan Azlina lembut.

"Habis tu, ibu terima ke?" Dayana memandang tepat ke wajah ibunya. Jantung dah rasa macam nak pecah.

"Ibu terima je lah.."

"Hah?! Kenapa ibu terima?"

"Yana dah lupa ke apa yang Yana cakap dekat ibu? Kan haritu Yana jugak yang cakap dekat ibu. Siapa-siapa yang datang meminang, terima je.."

"Ibu! Ibu ni macam baru kenal Yana dua hari pulak. Yana ni dah dua puluh lapan tahun tau jadi anak ibu. Takkan lah ibu tak boleh beza Yana betul-betul ke main-main?"

Puan Azlina hanya ukir senyum nipis melihat wajah anaknya yang sudah masam mencuka.

"Yana tak nak lah, ibu!"

"Kenapa Yana tak nak? Yana dah ada pilihan hati ke?"

Dayana terdiam. Jawapan apa nak bagi pada ibu ni? Yang dia tahu dia belum bersedia untuk terikat dalam hubungan perkahwinan.

"Tak adalah.. Tapi Yana tak nak kahwin dengan orang yang Yana tak kenal, ibu. Ibu tolonglah janganlah paksa Yana.." Dayana sudah menunduk. Tangan ibunya digenggam kuat.

"Siapa cakap Yana tak kenal?"

Laju Dayana mengangkat wajah. Dahinya berkerut.

"Maksud ibu?"

"Maklong yang nak masuk meminang Yana.." Selamba sahaja wajah Puan Azlina.

"Hah?"

"Maklong ada tanya pasal Yana dekat ibu semalam.."

Dayana masih terkedu. Otaknya tidak dapat menghadam sebarang maklumat ketika ini. Kenapa tiba-tiba? Maklong nak pinang dia untuk siapa?

"Dia berhasrat nak jodohkan Yana dengan Izhan.."

Dayana terpana.

"Eh, mana boleh, ibu.."

"Kenapa pulak tak boleh?"

"Sepupu mana boleh kahwin.." Laju sahaja Dayana menjawab.

Puan Azlina melepaskan tawa perlahan.

"Dalil mana yang cakap sepupu tak boleh kahwin?"

Terus Dayana terdiam mendengarkan soalan ibunya itu. Manalah dia tahu wujud ke tak dalil tu. Selama ni dia dengar orang cakap macam tu.

"Err..Kalau kahwin sepupu bukan ke nanti dapat anak cacat?" Dayana dah tiada idea.

Sekali lagi Puan Azlina melepaskan tawa. Tetapi kali ini lebih kuat.

"Kamu tak payah nak mengarut! Tak ada maknanya. Kamu tengok Makcik Nor dengan Pakcik Din sebelah rumah kita tu. Diorang pun sepupu jugak, tau.. Elok je dapat lapan orang anak. Semua cukup sifat je ibu tengok.."

"Ibu.." Dayana sudah mati kata.

Puan Azlina mengusap perlahan wajah anak daranya yang sudah berubah mendung itu. Dia mengukir senyum.

"Ibu main-main je lah.."

"Ibu! Ish, ibu ni buat Yana takut je!"

Puan Azlina melepaskan tawa lagi.

"Tak ada maknanya maklong tu nak masuk meminang Yana untuk Abang Iz," sambung Dayana lagi.

"Eh, ibu main-main part ibu terima tu je. Yang maklong nak masuk meminang Yana tu memang betul-betul," ujar Puan Azlina.

Sekali lagi Dayana membuntangkan mata.

"Tapi maklong dengan ibu tak paksa pun. Itu hak Yana dengan Iz. Itu yang kami mintak pendapat Yana dengan Iz dulu.."

"Kenapa tiba-tiba ni, ibu?"

"Yana tahu kan abang Iz pun kerja dekat Subang?"

Dayana mengerutkan dahi. Aikk! Sejak bila? Dia memang tak tahu! Dia dengan abang Iz mana pernah bercakap bila masing-masing sudah meningkat dewasa. Inikan pula nak bersembang tentang hal kerja.

"Maklong cakap kalau Iz kahwin dengan Yana, sekurang-kurangnya dia boleh jagakan Yana dekat sana.."

Dayana melepaskan keluhan perlahan.

"Ibu, Yana ni dah besar panjang dah pun ibu. Yana bukan budak kecik lagi. Yana tak perlukan sesiapa untuk jaga Yana. Yana boleh jaga diri sendiri.." Perlahan sahaja Dayana menuturkan.

"Lagipun Yana yakin abang Iz pun takkan setuju, ibu," tambah Dayana lagi.

Puan Azlina hanya diam. Semasa kakaknya mengusulkan cadangan itu, dia pun terkejut juga sebenarnya. Tapi apabila difikirkan semula, betul juga. Sekurang-kurangnya ada yang menjaga anak bongsunya di tempat orang. Dan orang itu bukan orang lain. Anak saudaranya juga.

"Tak apalah. Yana fikir je lah dulu masak-masak. Ibu dengan maklong tak paksa pun.."

Dayana meraup wajah. Kahwin dengan sepupu? Tak pernah langsung terlintas di fikirannya. Setakat main pondok-pondok dulu boleh la!

***************************************

"Iz.."

Izhan yang sedang mengatur langkah menuju ke dapur berpaling.

"Ya, mama?"

"Mama dengan papa nak bincang something dengan Iz, boleh?"

Izhan mengerutkan dahi. Pelik. Namun kaki masih diatur menuju ke arah ruang tamu sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Encik Fuad.

"Apa dia tu, ma?" Tenang sahaja Izhan bertanya.

"Err.. Iz dah ada someone special ke?"

Dahi Izhan semakin berkerut. Kepala menggeleng perlahan.

"Tak ada, ma. Kenapa?"

"Err.. Macam mana ya mama nak cakap.."

"Hai, kenapa pulak Cikgu Sarinah tiba-tiba tergagap-gagap pulak ni?" usik Encik Fuad apabila isterinya itu sudah terkulat-kulat memandang ke arah anak sulungnya itu. Semalam bukan main nekad lagi mahu jodohkan Izhan dengan Yana, anak saudaranya.

Puan Sarinah menjeling tajam ke arah suaminya yang sedang tersenyum. Ish! Bukannya nak membantu.

"Apa kata Cikgu Fuad yang tolong sampaikan.."

Encik Fuad menggelengkan kepala sebelum dia berdehem perlahan.

Izhan hanya diam. Pelik memerhatikan gelagat pasangan pengetua pencen di hadapannya itu.

"Sebenarnya kami nak tanya pendapat Iz.." Encik Fuad berjeda.

"Kalau kami nak pinangkan Yana untuk Iz, Iz setuju tak?"

Izhan tersentak. Terus pandangan dihalakan tepat ke wajah kedua ibu bapanya.

"Yana?"

Encik Fuad mengangguk.

"Dayana Aleesa?" soal Izhan lagi.

Laju Puan Sarinah mengangguk.

"Ya, Yana.. Anak makngah. Sepupu Iz yang kerja nurse tu.."

Izhan menghela nafas dalam.

"Kenapa tiba-tiba ni, mama? Tak ada angin tak ada ribut.."

"Apa salahnya, Iz. Iz dengan Yana pun masing-masing tak ada someone special.."

"Lagipun, both of you kerja dekat Subang sama-sama. Kalau Iz kahwin dengan Yana, boleh la Iz tolong jagakan Yana dekat sana. Lega sikit hati mama dengan makngah," tambah Puan Sarinah lagi.

Izhan melepaskan keluhan perlahan. Kenapa pula dia kena jagakan adik sepupunya itu? Yana tu bukannya budak-budak lagi. Dah boleh jadi mak budak dah pun.

"Kalau mama dengan makngah nak Iz tengok-tengokkan Yana kat sana boleh je, ma. Tak perlu pun sampai nak kena kahwin.." Izhan bersuara tenang. Seboleh-bolehnya tidak mahu mengguris hati ibunya itu.

"Tapi mama dah bincang dengan makngah. Makngah pun dah tanyakan pada Yana.."

Izhan mengangkat wajah. Riak wajah cuba dikawal.

"Kenapa mama tak tanya Iz dulu, ma?" Tenang sahaja dia bertanya. Tangan naik meraup wajah. Kalau dah melibatkan makngah dan Yana, Izhan tahu dia sudah tidak boleh lari daripada rancangan gila mamanya itu.

Puan Sarinah hanya diam. Dia memandang wajah anak terunanya itu dengan pandangan serba salah. Tahu anaknya itu sedang menahan marah. Silapnya juga kerana tidak bertanya dengan anaknya itu terlebih dahulu.

Selepas mendengar gurauan Mariani semalam tiba-tiba hatinya terus berkobar-kobar untuk menjadikan Yana sebagai menantu. Lagipun dia sudah kenal hati budi wanita itu. Dan dia yakin anak saudaranya itu adalah calon yang sangat sesuai untuk dijadikan isteri kepada anaknya yang pendiam itu.

"Tak apalah, Iz fikir lah dulu. Kalau Iz rasa buntu, Iz buat istikharah. Allah lebih tahu yang mana terbaik.." ujar Encik Fuad sambil menepuk perlahan bahu Izhan.

Izhan memejamkan mata perlahan. Baru je dua hari lepas dia menasihati Zarul tentang istikharah. Sikit pun dia tidak menyangka dia pula berada dalam situasi ini.

Menerima Yana sebagai isteri? Tetapi di dalam hati tiada perasaan cinta terhadap adik sepupunya itu. Wanita itu pun sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Dan dia yakin wanita itu juga mesti tidak bersetuju dengan cadangan ini. Bagaimana mereka berdua mahu hidup sebagai pasangan suami isteri jikalau dalam hati tiada sekelumit pun perasaan cinta dan kasih?

***************************************

Telefon yang berbunyi menyentakkan Dayana daripada lamunan. Melihatkan nama pemanggil membuatkan dahinya berkerut.

"Hello?"

"Hello.. Assalamualaikum, Cik Dayana.." Salam diberi dari hujung talian.

"Waalaikumussalam. Ya, Encik Fayyad..Ada apa ya call saya ni?"

"Hmm.. Saja.. Tiba-tiba teringat dekat Cik Dayana.."

Dayana berdehem perlahan. Sungguh! Dia tidak selesa dengan lelaki ini. Dia tidak tahu mengapa sejak daripada hari Encik Fayyad menukar bateri keretanya di rumah tempoh hari, lelaki itu kerap menghubunginya melalui mesej ataupun panggilan telefon.

"Cik Dayana jangan salah faham. Saya cuma nak tanya.. Macam mana kereta? Dah okay kan?" Suara di hujung talian kedengaran lagi apabila Dayana hanya mendiamkan diri.

"Okay dah, Encik Fayyad," jawab Dayana tanpa nada. Sudah beberapa kali lelaki ini memberi alasan yang sama.

"Tak payahlah berencik-encik dengan saya. Panggil Fayyad je. Nak panggil Abang Fayyad pun boleh.." Tawa kecil terlepas daripada mulut lelaki itu.

Dayana memegang tengkuk yang sudah meremang. Geli! Tiba-tiba teringat pula pandangan mata lelaki itu semasa lelaki itu menukar bateri keretanya tempoh hari. Sangat menyeramkan!

"Maaf, Encik Fayyad. Saya tak selesa." Tegas Dayana menuturkan. Lepas ni dia akan block terus nombor lelaki ini!

"Kenapa? Dayana dah berpunya ke?" Hilang terus panggilan cik.

"Saya ada kerja sikit ni. Saya mintak diri dulu ya, Encik Fayyad. Assalamualaikum.." Belum sempat salamnya dijawab, Dayana menamatkan panggilan terlebih dahulu.

Keluhan kasar dilepaskan. Laju sahaja tangan menekan butang block.

"Kenapa tu, Yana?"

Dayana menoleh.

"Tak ada apalah, ibu. Ada orang gila salah nombor.."

"Orang gila?"

Dayana mengangguk.

"Dia kacau Yana ke?"

"Lebih kurang la, ibu. Serabut kepala Yana ni.." Dayana membaringkan badan di sofa itu. Kepalanya dilabuhkan di atas peha Puan Azlina.

"Sebab tu ibu nak sangat Yana terima pinangan maklong tu. Lega sikit hati ibu ni bila tahu ada orang jagakan anak manja ibu ni dekat sana," ujar Puan Azlina sambil mengusap lembut rambut panjang Dayana.

"Hish, ibu ni ke situ pulak!"

"Betullah ibu cakap. Sekurang-kurangnya nanti kalau Yana dah ada suami, orang gila tu pun takkan berani lagi kacau Yana.."

Dayana terdiam. Kenapa cadangan ibu itu kedengaran agak bernas? Tapi nak ke Abang Iz kahwin dengan dia? Sudi ke Abang Iz jagakan dia seperti yang disuruh oleh maklong dan ibu? Bolehkah mereka hidup bersama tanpa rasa cinta?

***************************************

"Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah."

"Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung."

"Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi."

Berbekalkan tawakal, Izhan menadah tangan selepas menunaikan Solat Sunat Istikharah pada malam itu. Dia perlukan petunjuk dan bimbingan daripada Allah S.W.T. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu melukakan hati sesiapa dengan keputusan yang bakal diambilnya.

"Ya Allah! Jika menurut pendapatMu, berkahwin dengannya memberi kebaikan bagiku, untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku."

"Namun jika menurut pengetahuanMu ia memberi keburukan bagiku, untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada. Dan jadikanlah aku orang yang redha atas anugerahMu."

***************************************

Abang Iz.."

Dia menoleh.

"Nanti bila kita dah besar kan, Abang Iz jangan kahwin dengan orang lain tau.. Abang Iz janji Abang Iz kena kahwin dengan Yana, tau.."

Dia tayang senyum plastik. Tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal.

"Abang Iz janjilah cepat!"

Dia tiada pilihan. Jari kelingking adik sepupunya itu dicamtumkan dengan jari kelingkingnya.

"Janji.."

"Abang Iz jangan lupa janji Abang Iz tau!"

Izhan tersentak. Terus dia terjaga daripada lena. Perlahan-lahan tangan naik meraup wajah.

Apakah petanda mimpi ini? Adakah ia petunjuk daripada yang Maha Mengetahui?

Izhan bangun daripada baringan. Tubuh disandarkan ke kepala katil. Dalam hati sudah nekad. Dia akan bertemu empat mata dengan Dayana Aleesa, adik sepupunya itu. Mereka perlu berbincang mengenai cadangan kedua-dua ibu mereka itu. Dia tidak mahu ada yang terpaksa ataupun dipaksa.

***************************************

Dayana hanya melemparkan pandangan ke arah jalan. Dia lebih rela memerhatikan kereta yang lalu-lalang daripada memandang wajah lelaki di sebelahnya.

"Yana rasa macam mana?" Pertanyaan daripada suara garau itu menyentakkan Dayana. Perlahan-lahan dia menoleh. Wajah tenang lelaki itu dipandang sekilas.

"Entahlah.."

Diam.

"Abang Iz pulak macam mana?" Giliran Dayana pula mengembalikan soalan yang sama.

"Abang Iz ikut je apa keputusan Yana.." Tenang Izhan menuturkan. Dia sudah membuat keputusan. Dia akan ikut apa sahaja keputusan wanita itu. Memang itu tujuan dia datang ke rumah makngahnya itu.

Dayana membuntangkan mata. Laju kepala menoleh.

"Apa maksud Abang Iz?"

"Kalau Yana terima cadangan mama dengan makngah, Abang Iz akan ikut.. Tapi kalau Yana tak nak terima, Abang Iz akan tetap hormat apa je keputusan Yana.." Masih tenang nada lelaki itu.

"Abang Iz sanggup ke kahwin dengan Yana?" Dayana membuntangkan mata. Nadanya berubah tinggi kerana terkejut.

"Kenapa?"

"Kita kan sepupu?"

"Kenapanya kalau kita sepupu?"

Dayana terdiam.

"Kalau makngah nak abang Iz jagakan Yana dekat sana dengan cara macam ni, abang Iz tak kisah.." jawab Izhan lagi. Semalaman dia memikirkan keputusan yang akan diambil. Dia tidak kisah untuk membina hubungan perkahwinan tanpa cinta ini. Tugasnya hanya  perlu menjaga Yana. Jadi dia akan menjadi seorang abang yang menjaga adiknya sahaja. Tak lebih daripada itu.

"Abang Iz tak ada girlfriend ke?"

Izhan mengerutkan dahi mendengarkan soalan wanita di sebelahnya.

"Nanti kalau girlfriend Abang Iz serang Yana macam mana?" tambah Dayana lagi.

"Kenapa? Yana dah ada boyfriend ke?" Soalan dibalas dengan soalan.

Perlahan sahaja Dayana menggeleng.

"So, kita dua-dua takkan kena serang.." ujar Izhan lagi.

Dayana memandang wajah tenang itu.

"Err.. Tapi kita tak cintakan satu sama lain.." Perlahan sahaja suara Dayana hinggap di pendengaran Izhan. Dia melepaskan keluhan perlahan.

"Macam ni lah Yana. Cinta tu tak penting. Yana anggap je lah Abang Iz ni macam Abang Naufal. Anggaplah Abang Iz ni seorang abang yang dipertanggungjawabkan untuk jaga Yana dekat sana.."

"Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.."

"Selama ni pun, Yana jaga diri sendiri je Abang Iz.." tambah Dayana lagi.

Mendengarkan kata-kata Dayana itu, Izhan mengangguk perlahan. Jika wanita itu sudah membuat keputusan, dia akan menurut.

"Okay..Kalau ma-"

Belum sempat Izhan menghabiskan ayat, deringan daripada telefon bimbit Dayana mengalihkan perhatian mereka berdua.

Terus panggilan itu diangkat apabila nama Huda tertera di skrin.

"Hello, assalamualaikum Yanaa.."

"Waalaikumussalam, ye Huda?"

"Sorry kacau kau tengah cuti..Sister Salmi mintak aku tanyakan, mana pergi gambar kau dekat carta organisasi wad?"

"Hah?"

"Gambar kau dekat carta organisasi yang ada dekat luar wad tu dah hilang. Kau ada ambik ke?"

"Tak ada pulak.." Perlahan sahaja Dayana menuturkan. Pelik.

"Oo yeke? Sister Salmi mintak kau bawak gambar passport baru nanti.."

"Okay. Nanti aku naik kerja aku bawak.."

"Lagi satu kan, sejak bila kau ada buah hati ni?"

Soalan daripada Huda itu membuatkan wajah Dayana berkerut.

"Maksud kau?" soal Dayana perlahan. Mata sempat mengerling abang sepupunya yang sedang ralit bermain telefon.

"Sepanjang tiga hari ni, setiap hari ada orang hantar bunga dekat rumah kita. Untuk kau."

"Hah? Daripada siapa?"

"Aku pun tak pasti sebab tak ada nama pengirim. Dia just tulis initial F je dekat kad tu.."

Dayana yang mendengar melepaskan keluhan perlahan. Rasanya dia tahu siapa yang menghantar bunga-bunga tersebut.

"Kau abaikan je lah, Huda. Salah hantar kot..Okaylah Huda, aku ada hal sikit ni. Nanti aku telefon kau semula.."

"Okay, Yana.. Kirim salam dekat ibu kau. Assalamualaikum."

"InsyaAllah, waalaikumussalam.."

Sekali lagi keluhan dilepaskan selepas panggilan ditamatkan.

"Okaylah Yana.."

Dayana menoleh.

"Nanti Abang Iz bagitahu mama dengan makngah yang kita tak setuju dengan rancangan diorang," ujar Izhan sambil berdiri daripada kerusi batu yang terletak di halaman rumah Dayana itu.

"Err..Abang Iz!"

Panggilan perlahan itu membuatkan Izhan berpaling semula.

"Nanti lepas kahwin, kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz..Bukannya ibu dengan Maklong tahu pun" Dayana menunduk. Merah padam wajahnya ketika ini. Malunya! Tapi itu sahaja cara untuk dia lari daripada Encik Fayyad. Betul juga kata ibu. Sekurang-kurangnya ada Abang Iz di sana kalau ada apa-apa berlaku.

Izhan terkedu. Sikit pun dia tidak menyangka keputusan yang diambil oleh wanita yang sedang menunduk di hadapannya itu.

"Okay.." Tenang sahaja nada Izhan menjawab. Setenang wajahnya ketika ini.  Seperti yang dia katakan tadi, apa sahaja keputusan Yana, dia akan turutkan. Selebihnya dia serahkan kepada Allah S.W.T.

***************************************

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

1.2M 61.6K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
121K 9.5K 42
𝟎𝟕 | 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘺 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘦𝘴 - 𝘸𝘦 𝘧𝘭𝘪𝘳𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘪𝘭𝘭 𝘸𝘦 𝘧𝘦𝘭𝘭 𝘪𝘯 𝘭𝘰𝘷𝘦 - 𝘯𝘢𝘻𝘯𝘦𝘦𝘯 𝘢𝘭𝘢𝘳𝘢 • 𝘢𝘢𝘥𝘩𝘦𝘦𝘯 𝘢𝘳𝘪𝘢�...
6K 195 33
ᴹᵃᵐᵖᵘᵏᵃʰ ᵃᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ᶜᵃʰᵃʸᵃ ᵈᵃˡᵃᵐ ᵈᵘⁿⁱᵃ ᵍᵉˡᵃᵖᵐᵘ? ᴄʜᴀʜᴀyᴀ ᴍᴀyᴀ & ꜰᴜʀqᴀɴ ᴀʟ-Qᴀᴍᴀʀ Dear Diary Of Sadness Live, Chahaya Maya. Sesungguhnya, kehadiran dia...
330K 17.4K 47
" i will not accept the reality of our story " > " I don't need any languages to say that i love you " Perasaan itu had...