HER BEAUTIFUL CONSOLATION - C

Por snowdreamm

803K 41.9K 1.8K

Status: complete Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang... Mรกs

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
Epilog
His Beautiful Consolation 1
His Beautiful Consolation 2
His Beautiful Consolation 3
His Beautiful Consolation 4
His Beautiful Consolation 5
His Beautiful Consolation 6 - Final

12

9.7K 529 20
Por snowdreamm

Zuha kini berada di dalam stor bersendirian. Semua ini atas permintaan Farid agar dia dapat membantu lelaki itu untuk membuat pemeriksaan stok. Farid pula tidak dapat melakukannya kerana mempunyai meeting bersama supplier ketika ini.

Dian menjengul kepala dari muka pintu bilik stor. Wajahnya mengorak senyuman apabila melihat Zuha yang sedang berdiri sambil memegang sebuah fail di tangan.

"Zuha."

Zuha berpaling sambil mengangkat kedua keningnya sejenak sebelum memandang semula ke arah fail yang dipegang sejak dari tadi.

Melihatkan Zuha yang tidak membalas sapaannya membuatkan Dian mengatur langkah lalu mendekati gadis itu.

"Busy betul kau ni. Relaxlah. Farid bukan ada pun sekarang. Dia kan ada meeting dengan supplier kat luar." tutur Dian. Lengannya sengaja diletakkan ke atas bahu Zuha, serba sedikit membuatkan Zuha rasa tidak selesa dengan perbuatan Dian itu.

"Aku dah janji dengan Farid nak settlekan sebelum aku habis syif." Zuha mengerling lengan Dian yang sudah siap 'landing' di atas bahunya. Amboi, minah ni. Sukahati mak nenek dia aje nak bergayut kat bahu orang. Lantas, Zuha mengalihkan lengan Dian menyebabkan Dian mula tersenyum kelat.

Sejak apa yang telah berlaku di butik tempoh hari, Zuha menjadi semakin tidak selesa dengan sikap Dian. Lebih-lebih lagi apabila Dian langsung tiada tanda-tanda untuk memohon maaf kepadanya. Malah, lagak gadis itu seperti tiada apa yang berlaku. Siap boleh cuba berbual mesra dengan Zuha, sama seperti sekarang.

"Oh, okay. Aku saja jenguk kau. Kot lah kau perlukan pertolongan aku." ujar Dian sambil memperbetulkan kedudukan rantai tangan emas 916 yang dipakainya.

Terjungkit sebelah kening Zuha sebaik sahaja dia melihat rantai tangan itu. Dian ni terlupa atau sengaja buat-buat tak faham? Mana boleh pakai aksesori ketika bekerja? Ini kalau Farid nampak puaslah kena marah dengan mamat tu.

"Dian, kan Farid dah pesan tak boleh pakai apa-apa aksesori? Kau lupa ke?"

Dian berdecit lalu segera menyorokkan rantai tangan tersebut di sebalik lengan panjang yang dipakai.

"Alah, aku kan bahagian cashier aje. Bukannya bahagian penyediaan makanan. Aku pun pakai lengan panjang. Tak adanya dia nampak melainkan kau yang mengadu kat dia."

Zuha mendengus geram sambil memutarkan bebola matanya. Degil betul minah ni.

"Dahlah. Baik kau pergi duduk kat kaunter tu. Kerja aku kat sini pun dah nak siap. Sekejap lagi aku pun nak pergi ke depan jugak."

"Emm, okaylah kalau macam tu. Aku pergi depan dulu."

Dian memusingkan tubuh lalu mengorak langkah. Sebuah senyuman sinis terukir di wajah. Belakang Zuha dijeling sekilas sebelum dia berlalu pergi.

"Kau berlagak ya? Tak apa. Kau tunggulah nanti, Zuha."

*****


Hati Zuha mula dihurung dengan rasa sebak dan terharu ketika dia membaca pelbagai komen yang tinggalkan oleh para pembaca yang setia membaca karyanya di aplikasi oren itu. Tak sangka masih ada yang sudi membaca karyanya itu hingga ke akhirnya walaupun ianya tidaklah sehebat seperti karya milik penulis lain.

Ada yang bergembira dan ada juga yang turut mendoakan Zuha agar dia dapat menghasilkan karya seterusnya secepat yang mungkin.

"Congrats, author Estelle. Tak sangka dapat habiskan bacaan karya author sampai habis. Sumpah love teruk dengan semua karya author."

"Huhu, sedihnya. Lepas ni mesti rindu kat diorang."

"Wah! Dah tamat! Tak sabar tunggu next karya author. Haha!"

Zuha hanya tersengih. Amboi, ingat senang ke nak dapat idea untuk menulis? 

Aplikasi oren itu ditutup. Telefon pintarnya disimpan semula ke dalam poket seluar bahagian belakang. Sewaktu Zuha ingin mengeluarkan beg sandang dari dalam loker besi itu, anak matanya menangkap sebuah buku nota berwarna maroon yang turut berada di dalam loker besi tersebut.

Senyuman kecil terukir. Buku nota inilah menjadi punca bagaimana dia boleh terjebak dalam dunia penulisan. Di dalam buku nota itu terdapat catitan berkaitan dengan sebuah novel yang Zuha berharap dia dapat terbitkannya suatu hari nanti.

Idea asal novel ini datangnya dari Hawa ketika mereka sedang melanjutkan pengajian. Hawa memang gemar menulis dan memasang angan-angan untuk mempunyai novel atas namanya sendiri. Namun begitu, akibat kekangan waktu setelah menamatkan pengajiannya, Hawa tidak dapat meneruskan impiannya itu.

Maka, Zuha mengambil keputusan untuk meneruskan impian Hawa itu. Alang-alang novel tu pun sudah hampir lima puluh peratus siap, Zuha tidak mahu segala usaha Hawa terbuang begitu sahaja.

Zuha mengintai perbuatan Hawa yang sedang menulis sesuatu di dalam sebuah buku nota berwarna maroon. Dahi gadis itu berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu sebelum menyambung menulis.

"Hawa, cerita apa pula kau buat ni?"

Kedua bahu Hawa terhinjut kecil menyebabkan dia mula menayangkan wajah annoyed kepada Zuha.

"Zuha, boleh kot bagi salam?"

Zuha tersengih.

"Hehe, sorry. Assalamualaikum, Hawa Medina."

Zuha melabuhkan punggung di birai katil. Hawa kemudian menutup semula buku nota tersebut lalu berpaling mengadap Zuha.

"Waalaikumussalam. Ha, dah siap dah ke assigmnet kau?"

"Dah submit pun kat portal. Nasib baik soalan senang. Kau ni bersungguh betul aku tengok dok tulis kat buku tu. Apa yang kau tulis?"

Hawa sengih sambil menayangkan gigi. Buku nota itu diambil lalu ditunjukkan kepada Zuha.

"Saja. Mana tahu ada rezeki aku untuk terbitkan novel sebuah?"

"Wah! Kau nak jadi penulis ke? Pergh, hebat gila kawan aku ni!"

Riak wajah Zuha yang agak teruja itu membuatkan Hawa tergelak kecil.

"Kalau macam tu, kau buatlah nama aku jadi watak utama cerita kau tu. Untung-untung aku pun boleh jadi famous sama macam kau."

"Yakin je kau boleh jadi famous. Aku pun baru buat draft sikit aje. Entah diorang terima ke tak idea aku ni."

Hawa menunjukkan wajah cemberut. Yelah, idea ceritanya ini belum tentu lagi akan diterima untuk diterbitkan. Lagipun terlalu banyak proses yang perlu dilalui sebelum sesebuah novel itu dapat diterbitkan. Dan semua proses itu sudah tentu mengambil masa yang agak lama.

Zuha memeluk bahu Hawa dari tepi sambil mengukirkan senyuman.

"Alah, kau mesti boleh punya. Bila kau dah release novel kau nanti, akulah orang first yang akan beli buku kau tu."

"Eleh, dahlah kau ni. Entah-entah nanti datang kat aku minta free."

Zuha lantas menjuihkan bibirnya. Sampai hati betul Hawa ni menuduh dirinya yang bukan-bukan.

"Tak baik bersangka buruk dengan peminat nombor satu kau ni, Hawa. Tapi apa-apa hal pun, beritahu aku kalau kau nak guna nama aku. Yelah, bolehlah kita bincang sikit pasal royalti."

Laju jari Hawa mencubit lengan Zuha mengakibatkan gadis itu menyeringai sambil menahan sakit. Tajam betul! Macam kena kepit dengan ketam!

"Dasar mata duitan. Royalti juga yang dia fikir."

Sesaat, ketawa kedua sahabat itu terletus.

"Zuha, congrats. Selesai jugak novel ketiga kau tu, ya?"

Zuha mengangkat kedua keningnya apabila mendengarkan suara itu. Buku nota itu segera diletakkan semula ke dalam loker besi itu.

"Huh? Kau pun baca jugak?"

Dian mengangguk.

"Mestilah aku baca. Support member." ujar Dian sambil tersenyum kecil.

"Oh, okay. Thanks, Dian. Benda biasa aje. Kau lagi hebat dari aku. So far, novel kau apa progress?"

"So far so good. Tapi agak ambil masa sikit sebab aku rasa aku nak tukar plot cerita aku tu." Dian menjungkitkan kedua bahunya sebelum tangannya mula disilangkan ke atas dada.

"Oh. Kalau macam tu, all the best Dian. Kalau dah release nanti jangan lupa inform aku." balas Zuha.

"Sure, why not? Kau kan kawan aku?"

Zuha hanya tersengih. Tangannya sibuk mengemas barang-barang miliknya ke dalam beg sandang. Tak sabar nak balik sebab dah terlalu rindukan katil. Tambahan pula dia rancang ingin menyambung menulis sedikit berkaitan dengan novel Hawa itu nanti.

Tiba-tiba, pintu bilik rehat itu diketuk perlahan. Terdapat Ikmal yang sedang berdiri di muka pintu dengan wajah tersengih seperti kerang busuk. Tangan kanannya sibuk menunjukkan gaya 'peace' kepada Zuha.

"Kau nak apa sengih-sengih macam kerang busuk ni?" Zuha memincingkan mata ke arah Ikmal. Nampak suspicious betul gaya Ikmal sekarang ni.

"Hehe, tolong aku buat closing kejap, boleh tak?"

Zuha mengoleng mata. Dia dah boleh agak dengan perangai Ikmal ni. Setiap kali lelaki ini datang kepadanya dengan sebuah sengihan sudah pasti ada maksud yang tersembunyi di sebaliknya. Tanpa berlengah lagi, Zuha meletakkan semula beg sandang ke dalam loker besi.

"Dey, aku dah ajar banyak kali kot. Takkan confused lagi?"

"Hehe, saja. Aku sebenarnya bosan buat sorang-sorang. Kau temankanlah aku. Kau kan kakak kesayangan aku?"

"Oh, time macam inilah aku jadi kakak kesayangan kau kan? Dahlah. Mana bendanya?" Zuha mengalah. Tak sampai hati pula hendak menolak permintaan Ikmal walaupun sudah berkali-kali dia mengajar lelaki itu macam mana cara nak buat closing.

"Hehe, thanks kakak kesayangan aku. Bendanya ada kat depan. Aku tunggu kau kat kaunter, eh?"

Ikmal lantas beredar dari situ, meninggalkan Zuha dan Dian berdua dalam bilik rehat tersebut. Zuha memandang Dian seraya mengangguk kecil.

"Dian, aku pergi dulu. Nak tolong budak bertuah tu sekejap."

Dian hanya tersenyum tanpa membalas apa-apa. Gadis itu kemudian turut berura-ura ingin beredar meninggalkan bilik rehat tersebut. Namun, anak matanya sempat menangkap sebuah buku nota maroon yang berada di atas lantai. Dia mengambil buku nota tersebut lalu menyelaknya sehelai demi sehelai.

"Diam-diam ubi berisi Zuha ni rupanya." Gadis itu menggumam.

****

Petikan jari di hadapan wajahnya mematikan lamunan. Dian lantas mengukirkan senyuman tipis kepada pemilik jari itu.

"Kenapa masam je muka you ni? You tak sihat ke?"

Suara garau itu berbisik di telinga menyebabkan Dian agak kegelian. Tangannya lantas naik lalu mengelus lembut wajah kacak yang berada terlalu dekat dengan wajahnya. Hampir saja hidung mancung itu berlaga dengan pipi mulusnya.

"Tak adalah. I okay je."

Izham tersenyum lalu menjarakkan semula wajahnya dari wajah Dian. Tangan Dian diraih lalu dicium lembut membuatkan Dian tersenyum sipu.

"Tell me. I tak nak you runsing-runsing bila ada dengan I."

Belakang tapak tangan Dian dicium berulang kali. Dia mula menyelesakan kedudukan lalu melentokkan kepala di atas bahu lelaki itu.

"Jangan risau. I okay je. Cumanya..."

"Cumanya apa, baby?"

Mata Dian mula terpejam apabila terbuai dengan belaian yang diberikan oleh Izham. Sesekali bibir Izham mendarat di atas dahi membuatkan Dian tersenyum sinis.

Izham suka sangat bertindak begini setiap kali mereka berjumpa. Katanya dia tak akan dapat layanan seperti ini jika bersama dengan Zuha. Zuha itu pemikirannya terlalu konservatif menyebabkan Izham berasa bosan dengan gadis itu.

"Tunang you tu la. Lately ni dia macam nak jauhkan diri daripada I. Tapi I tak tahu sebab apa."

Dian memuncungkan bibir. Izham mula tersengih. Bibir Dian dicium sekilas sebelum dia mula berbicara.

"Abaikan aje lah. Dia tu memang macam tu. I pun tak tahu kenapa I terima dia untuk jadi tunang I. Kenapalah I tak jumpa you dulu, Dian?"

Sebuah senyuman sinis diukirkan seraya dia mendongak memandang wajah itu. Tangan Dian terus menarik kolar baju kemeja milik Izham sehingga jarak antara wajah mereka cumalah seinci. Izham menongkat tangannya di pintu kereta agar tubuhnya tidak menindih Dian.

"Apa specialnya I daripada Zuha tu?"

Izham senyum sinis.

"Dia tak ada apa yang you ada. You... pandai puaskan I."

"Pandai betul you berkata-kata, Izham. You tak takut ke tunang you tahu apa yang kita buat ni?"

Izham kini menggeleng perlahan.

"She's too naive. Dia takkan tahu tentang kita berdua."

Sebelah tangan Izham mula membaringkan tempat duduk Dian. Manakala lengan Dian secara automatik melilit leher Izham menyebabkan Izham tersengih.

"See? I baru buat sikit you dah faham apa yang I nak."

Dian sengih lagi.

"Of course. Ini Dian Izzara. I faham segalanya tentang you, sayang."


- bersambung










Seguir leyendo

Tambiรฉn te gustarรกn

Enchanted [COMPLETED] Por Daisy

Ficciรณn General

104K 5.5K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
1.1M 54.3K 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak du...
636K 25.3K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
4.9K 394 22
โ†ณ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang ke...