THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {...

By iezkrml

3.6K 185 36

RAJA EFZAN || TENGKU AMELIA ⚠️WARNING⚠️ -KIDNAPPING -ABUSING -KILLING ⚠️WARNING ⚠️ Pertemuan yang hanya... More

Character Introduction
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15

Bab 1

679 23 0
By iezkrml

Spanyol, 25/11/2023.

'Madrid Barajas Airport', laju kaki Amelia berlari ke arah pintu utama lapangan terbang itu.

Tengku Amelia, seorang gadis berbangsa Melayu yang berumur 23 tahun. Seorang yang aktif dalam keluarganya. Aktif macam mana? Hyper.

Tetapi, selalu menimbulkan masalah.

"Aduh... aku dah lewat ni.", keluh Amelia. Dia sedari tadi tergopoh-gapah berlari ke arah kaunter check in perlepasan. Penerbangan dari Sepanyol ke Malaysia akan berlepas tidak lama lagi..

Dah tahu nak balik Malaysia hari ini tapi tetap juga bangun lambat! Hadaplah kau kalau terlepas flight.

Mata Tengku Amelia kini hanya tertumpu ke arah kaunter dan tidak menghiraukan orang lain.

BUK!

"Aduh!"

Tubuh kecil Tengku Amelia sudah jatuh tersungkur menyembah lantai. Tengku Amelia menggosok punggungnya yang sakit akibat terjatuh. Lantas dia memandang ke atas untuk melihat rupa si hamba Allah yang telah melanggarnya tadi. Ternyata, hamba Allah yang melanggarnya tadi ialah jejaka yang mampu menarik perhatian para wanita.

Dia terpaku melihat jejaka itu.

'Indahnya ciptaan tuhan. Kalau jadi laki aku, best ni!'. Dia berkata dalam hati. Namun, lamunan Amelia terbang hilang entah ke mana apabila terdengar suara garau jejaka yang melanggarnya tadi.

"Shit! Don't you have eyes?!" Jejaka itu menjerkah kepadanya. Kini mata-mata disekeliling sudah tertumpu ke arah mereka. Tengku Amelia dapat melihat pergerakan mulut jejaka itu yang menyumpah seranah kepadanya.

Api kemarahan kini membara dalam jiwa seseorang Tengku Amelia.

Weh! Siapa yang langgar siapa sekarang ni?!

Gadis polos itu terus bangkit dari duduknya dan menjeling tajam ke arah jejaka itu.

"Hey! It's you who doesn't have eyes!" Tengku Amelia membidas semula jejaka itu. Seseorang Tengku Amelia tidak tahu apa itu erti kalah. Lagi-lagi kalau dalam bab lawan mulut. Itulah, ada ke jalan tu main langgar aje orang? Buta ke?!

Jejaka itu hanya menjulingkan matanya ke atas. Jelas mukanya menayangkan wajah menyampah sebelum mengangkat kaki beredar meninggalkan Amelia terpinga-pinga seorang diri di situ. Dalam hati, dia sudah beristighfar panjang agar tidak mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan.

"Eii! Nasib ramai orang. Ni kalau aku lempang, rongak gigi tu!" Tengku Amelia menayangkan gaya ingin menumbuk jejaka itu sebelum duduk mencangkung untuk mengutip barangan yang jatuh berselerak di lantai. Mata Tengku Amelia melilau mencari passportnya yang terjatuh.

"Here. This is yours, right?" Seorang jejaka yang rupa parasnya tidak kurang dengan muka jejaka yang melanggarnya tadi menghulurkan passport yang dicari-cari Amelia.

Tidak berkelip matanya memandang wajah hamba Allah yang telah membantunya itu.

Sekali lagi dia terpaku dengan ketampanan ciptaan Allah.

'Yang ni pun kalau jadi laki aku-' belum sempat habis ayatnya, cepat-cepat Amelia beristighfar.

"Thanks.", dengan pantas Amelia mengambil huluran jejaka itu. Jejaka itu hanya mengukirkan sebuah senyuman indah yang mampu mencairkan kaum Hawa. Amelia membalas senyuman jejaka itu lantas terus menundukkan pandangannya. Tanpa membuang masa lagi, dia terus bangun dari cangkungannya dan menarik bagasinya merapat ke sisi.

"Im sorry for the sake of my brother. Please dont take it to heart." Jejaka itu berkata sambil turut bangun dari cangkungannya. "Um... I think you better hurry up to check in." kata jejaka itu sambil menunjuk ke arah kaunter check in.

Amelia yang baru sedar dengan kenyataan yang dia sudah pun terlewat terus menarik bagasinya menuju ke arah kaunter check in itu.

Amelia berhenti seketika lalu memusingkan badannya menghadap ke arah jejaka yang menolongnya tadi

"Oh yeah, thanks again for helping me." Amelia tersenyum kecil. Jejaka itu hanya mengangguk. Amelia boleh lihat penjaga kaunter tersebut mengeluh kecil akibat dia terlambat. Ya. Memang bukan salah dia. Salah mamat tak guna tu sebab dia yang main langgar aje orang!

Kini, para penumpang telah dibenarkan  memasuki ruang kapal terbang. Amelia menuju ke arah ruangan bussines class yang sudah ditempah untuknya oleh papanya.

Gadis itu mencari tempat duduknya. Setelah tempat duduknya dikesan, laju tangan Tengku Amelia mengangkat beg sandangnya untuk diletakkan di dalam overhead compartment yang telah disediakan.

Amelia melabuhkan punggungnya di atas tempat duduknya. Tempat duduk yang lembut dan selesa membuatkan Amelia melupakan segala masalah yang berlaku tadi. Baru sahaja Amelia mahu bertenang, muncul lagi satu masalah.

"What an unlucky day. It's you.", suara garau yang pernah didengari Amelia kini menyapa koklea milik Amelia. Amelia memandang ke arah tempat duduk sebelahnya itu dan ya. Tidak lain tidak bukan, mamat biul yang melanggarnya tadi.

Amelia hanya menjulingkan mata ke atas serta menayangkan wajah menyampah. Kenapa lah nasibnya hari ini begitu malang?

Amelia hanya membiarkan jejaka itu dan terus memandang ke arah lain. Membiarkan jejaka itu bercakap seorang diri.

Jejaka itu senyum geram. Dia menyerahkan kot yang tadi segak terlekat dibadannya kepada pramugari yang bertugas.

Dia kemudian duduk bersilang kaki di tempat duduknya. Tangan disilangkan pada dada.

"Jovencita estúpida." (Stupid young lady.).

Terus Amelia memusingkan kepalanya menghadap jejaka di tepinya itu.

"What did you just say?" Matanya membilah mata jejaka itu. Namun, tiada sebarang ekspresi yang ditunjukkan oleh jejaka itu.

"I said, you're stupid. Yes, S.T.U.P.I.D. Stupid."  jejaka itu membalas sambil mengangkat kening kanannya.

"You-!" Tidak sempat Amelia membalas, pengumuman oleh pramugari bertugas memotong ayatnya.

Kecil besar, kecil besar sahaja Amelia tengok mamat sebelahnya ini. Jejaka itu hanya tersenyum mengejek. Badannya disandarkan pada tempat duduk miliknya.

Penghadang yang disediakan di antara mereka, jejaka itu tarik. Amelia yang menyaksikan perbuatan jejaka itu menayangkan wajah menyampah.

"Eh, kau ingat aku nak sangat tengok muka biul kau tu. Dasar mamat tak gentle. Harap muka aje lawa, tapi perangai ke laut!" Lancang mulut kecil milik Amelia mengutuk jejaka itu.

"Ladies and gentleman, please wear your seatbelt...", mendengar tutur kata dari pramugari itu menunjukkan yang mereka sudah bersedia untuk berlepas..

Gadis dan jejaka itu hanya diam di tempat masing-masing tanpa sebarang intraksi antara mereka sepanjang penerbangan mereka.

...


Pengumuman dari kapten telah kedengaran. Ini bermakna mereka sudah tiba di destinasi!

"Kepada pelawat, kami ucapkan selamat datang ke Malaysia dan kepada warganegara, selamat pulang ke tanah air." hujah ini merupakan hujah kegemaran Amelia setiap kali pulang ke Malaysia.

Tengku Amelia merupakan seorang pelajar dalam bidang Culinary Arts yang telah menyambung ijazahnya di Sepanyol. Papa dan mama kepada Amelia telah menyuruh anak daranya itu untuk menyambung pelajarannya dalam bidang bussines agar dapat menyambung hasil titik peluh papanya dalam bidang bussines, tetapi Amelia memberontak dan berdegil untuk kekal dengan pilihannya.

Papa dan mamanya hanya mengikuti kemahuan anak daranya itu. Nak buat macam mana, itu sorang aje anak perempuan mereka, yang paling manja pula tu!

Amelia yang tidak sabar-sabar mahu keluar dari kapal terbang, laju sahaja bangun dari duduknya setelah kapal terbang yang dinaikinya itu berhenti sepenuhnya.

'Wuhuu! Dah sampai Malaysia.', gadis itu menyorak keriangan dalam hati. Senyuman manis terukir dibibir merah miliknya. Amelia dengan cepat mengambil begnya di dalam overhead compartment dan menggalas beg sandangnya dengan berhemah.

Amelia dengan gembira melangkah kaki keluar dari kapal terbang itu dan menuju ke bahagian gate ketibaan.

***

"Mana adik ni? lambat betul lah minah tu sorang!". Tengku Fahim Azfar aka abang keduanya itu mendengus perlahan.

Orang lain sudah keluar, dia seorang sahaja belum lagi keluar.

"Kau tahu lah macam mana budak tu kan. Kalau tak lambat tak sah.", dengan tenang abang sulongnya, Tengku Faris Arieyan bekata.

"Eii kau ni Ris, kalau tak bela adik tak sah." Tengku Fahim merengus lagi.

"Dah, dah... korang ni asyik gaduh aje. Cuba tayang muka gembira sikit adik korang tu baru balik Malaysia." kini Datin Maryam Fatima pula bersuara. Naik muak sudah wanita itu dengan rengekan anak terunanya itu.

Dato Tengku Muzaffar pula hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat karenah dua orang anak terunanya itu.

"Ha, Tu adik dah keluar.", kata Tengku Faris sambil menujuk ke arah adik kesayangannya itu.

"Mama! Papa! Abang!" berlari-lari anak Amelia apabila melihat kelibat keluarga tersayang. Lantas gadis itu memeluk satu-persatu ahli keluarganya.

"Rindunya mama dekat anak dara mama sorang ni." Datin Maryam memeluk erat tubuh kecil milik Amelia.

"Adik pun rindu mama.", Amelia membalas pelukan hangat mamanya dengan senyuman yang kian memekar di bibir. Kini pelukannya beralih pula kepada Dato Muzaffar pula.

Abang-abangnya hanya memberikan ruang untuk mama dan papa membuat drama jejak kasih mereka sambil mengukir senyuman manis di bibir.

"Dah, dah. Giliran abang-abang budak ni pula." kini Tengku Faris dan Tengku Fahim pula yang memeluk erat tubuh Amelia.

"Rindunya abang dekat adik abang seorang ni dah lama tak jumpa." Tengku Fahim berkata sambil mengukir senyuman manis ke arah adik kesayangannya itu.

"Pulak? Tadi dia juga yang marah-marah sebab adik keluar lambat." ejek Abang sulongya.

"Ya lah marah, sebab rindu!", kini pipi gebu milik Amelia dikucup berkali-kali oleh abang keduanya itu. Tawa Amelia jelas kedengaran. Tengku Fahim lah abang yang paling rapat dengan Amelia.

"Alah abang ni. Kan kita semua dah selalu buat video call." Tengku Fahim sudah menayangkan wajah cemberut.

"Ya lah, ya lah. Ambik lah korang semua menang." Gelak tawa mereka sekeluarga jelas kedengaran.
Kalau lah boleh, nak kekalkan suasana begini selama-lamanya.

***************

How's the first chapter?
Sorry kalau hambar.. ni pon first time buat cerita. Idea pon samar-samar lagi

Well, enjoy the next chapter!!

Continue Reading

You'll Also Like

142K 4.3K 144
Part 1 of "The Hunter's Gonna Lay Low" Introduction: Hunter Cha Eui-jae, who was dispatched to seal a rift that appeared over the West Sea, was flung...
535K 17.9K 126
Read and find out...
5.2M 464K 96
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
1.2M 35.3K 61
Silent, unforgiving and strikingly gorgeous, Rylan Parker is a cold-hearted businessman. An intimidating CEO, perfectly fitted in tailored suits and...