𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊�...

By CikArdel

35.5K 3.2K 2.6K

𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang an... More

𝑷𝒓𝒐𝒍𝒐𝒈𝒖𝒆
[ 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒆𝒎𝒖𝒂𝒏
[ 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝑩𝒂𝒓𝒖
[ 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑻𝒂𝒓𝒈𝒆𝒕
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑨𝒓𝒊𝒛
[ 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑺𝒊𝒍𝒂𝒎
[ 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑩𝒆𝒓𝒋𝒖𝒎𝒑𝒂
[ 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑩𝒆𝒓𝒃𝒖𝒂𝒕 𝑩𝒂𝒊𝒌
[ 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑨 𝑩𝒐𝒚 𝒂𝒏𝒅 𝑨𝒏 𝑨𝒏𝒊𝒎𝒂𝒍
[ 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑻𝒉𝒂𝒕 𝑮𝒊𝒓𝒍
[ 𝑻𝒆𝒏 ] - 𝑨𝒎𝒂𝒏𝒂𝒉
[ 𝑬𝒍𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒖𝒏𝒖𝒉𝒂𝒏
[ 𝑻𝒘𝒆𝒍𝒗𝒆 ] - 𝑻𝒆𝒌𝒂𝒏𝒂𝒏
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑨 𝑺𝒐𝒏?
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑺𝒆𝒍𝒇-𝑺𝒊𝒅𝒆𝒔
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑺𝒖𝒊𝒄𝒊𝒅𝒆
[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑼𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏
[ 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑯𝒂𝒅𝒊𝒂𝒉
[ 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - "𝑴𝒂𝒂𝒇, 𝑵𝒂𝒊𝒓𝒂"
[ 𝑵𝒊𝒏𝒆𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑲𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 ] - 𝑫𝒊𝒃𝒖𝒓𝒖
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑺𝒂𝒌𝒊𝒕
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑽𝒊𝒄𝒆𝒏𝒕𝒆
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑲𝒆𝒍𝒆𝒎𝒂𝒉𝒂𝒏
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑴𝒊𝒎𝒑𝒊
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂𝒏
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑲𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒖𝒂𝒏
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑹𝒆𝒗𝒆𝒏𝒈𝒆
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒖𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑷𝒆𝒓𝒏𝒊𝒌𝒂𝒉𝒂𝒏
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 ] - 𝑺𝒆𝒎𝒃𝒖𝒏𝒚𝒊
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏𝒂𝒏
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑭𝒐𝒃𝒊𝒂
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑻𝒆𝒓𝒋𝒂𝒈𝒂
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑩𝒖𝒍𝒖𝒔
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑰𝒏𝒈𝒂𝒕𝒂𝒏
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑬𝒙
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑺𝒄𝒂𝒓
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑩𝒐𝒅𝒚𝒈𝒖𝒂𝒓𝒅
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑴𝒖𝒔𝒕𝒂𝒒𝒊𝒎
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 ] - 𝑯𝒊𝒔 𝑻𝒓𝒖𝒆 𝑭𝒆𝒆𝒍𝒊𝒏𝒈𝒔
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑭𝒂𝒕𝒉𝒆𝒓 𝒂𝒏𝒅 𝑺𝒐𝒏
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑷𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒔𝒊𝒐𝒏
𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧!
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑻𝒂𝒏𝒅𝒂
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑯𝒂𝒕𝒓𝒆𝒅
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑻𝒓𝒖𝒔𝒕
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒆
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒂𝒎
[ 𝑭𝒐𝒓𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑪𝒆𝒎𝒃𝒖𝒓𝒖
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 ] - "𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑲𝒂𝒎𝒖"
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑵𝒆𝒆𝒅 𝑻𝒊𝒎𝒆
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑴𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑹𝒆𝒍𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑴𝒂𝒓𝒄'𝒔 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑨𝒅𝒓𝒚'𝒔 𝒃𝒊𝒓𝒕𝒉𝒅𝒂𝒚
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑲𝒆𝒓𝒊𝒔𝒂𝒖𝒂𝒏
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑾𝒐𝒓𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒚𝒔 𝒏 𝑺𝒖𝒔𝒑𝒊𝒄𝒊𝒐𝒏𝒔
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑹𝒚𝒂𝒏'𝒔 𝒉𝒆𝒂𝒍𝒕𝒉
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑩𝒐𝒏𝒅𝒂
[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 ] - 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒂𝒕
[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑻𝒉𝒆 𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉
[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑹𝒆𝒅 𝑺𝒉𝒐𝒆𝒔

[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑹𝒖𝒎𝒂𝒉 𝑨𝒈𝒂𝒎

460 37 96
By CikArdel

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Tak tenang.

Hati aku masih tak tenang.

Aku pandang Mustaqim yang sedang memandu kenderaan. Tenang sahaja dia memegang stereng balik ke rumah abah dan bonda.

"Mustaqim. Takkan awak tak nak cari dia? Saya risau."

"Jangan risau, Puan. Yang penting puan perlu balik ke rumah. Kaki puan perlu dirawat," jawabnya.

"Saya tahu, tapi Ryan--"

"Ada yang akan mencari dia. Jangan risau."

"Siapa? Bodyguard abah dan bonda?"

Dia diam tidak menjawab.

Aku masih tertanya-tanya. Dan.. akhirnya kami sampai ke rumah abah dan bonda.

Bonda ada dihadapan rumah dengan segera melangkah ke arah ku. Adakah bonda akan memarahi aku? Aku berasa bersalah.

Datin Liyana membuka pintu kenderaan di bahagian penumpang.

"Naira, Naira okay?" Soal bonda risau sambil membantu aku keluar dari kereta.

Aku keluar dan berdiri di hadapan bonda.

"Na-- Naira okay. Bonda, Naira minta maaf sebab salah Naira. Naira yang salah. Naira tak patut suruh Mustaqim jauh dari--"

"Takde apa Naira. Bonda dah tahu. Mustaqim dah ceritakan."

Aku terdiam. Tapi hati aku masih tertanya-tanya.

"Tapi bonda.. Ryan dah lari."

Bonda senyum.

"Kita masuk dulu. Ubat kaki Naira tu."

Aku mahu tak mahu hanya akur. Tidak membantah.

Saat aku masuk sahaja, aku terkejut.

"Leen?"

"El." Dia bangun mendapatkan aku. Perutnya sedikit memboyot kerana ada nyawa kecil di dalam.

"Kau.. buat apa kat sini?"

Leen tersenyum.

"Aku rindu kau lah! Sampai hati tak jenguk aku ni."

Aku senyum sedikit tetapi hati aku masih risau akan Kytor. Jadi, senyum yang terpaksa dibuat-buat sahaja lah.

"Maaf, aku sibuk kerja. Tapi aku selalu call kau.. kan."

"Hm.. ye lah.." sebenarnya Leen tidak kesah pun jika aku ini lawat ke tidak sebab tahu aku ini sibuk bekerja. Janji dia dapat makan selalu kat rumah. Ececeh...

Tetap aku ini tahu perkembangannya sudah cukup buatnya. Bukan tak kenal perangai Leen bagaimana. Dia itu ramai kenalan, bukan aku sahaja.

Bonda hanya tersenyum menggeleng mendengar perbualan aku dan Leen.

"Kau risau dia eh? Jangan risau lah, jom duduk dengan aku."

Aku bertambah hairan mendengar dari Leen. Leen pun sama seperti bonda. Abah sedari tadi berbual di telefon pintar miliknya.

Bonda membantu aku duduk di sofa.

"Duduk dulu, bonda ambil ubat jap."

Aku masih kehairanan.

Mereka tidak risau kah Ryan hilang?

Aku memandang perut Leen. Dia mengusap lembut seakan mula menyayanginya.

"Kau dah boleh terima?" Soal aku duduk di sebelahnya.

Dia memandang aku. Terbit senyuman lembut di bibirnya.

"Aku dah mula sayang anak ni. Ya, memang asalnya aku benci anak ni. Tapi ibu selalu nasihat aku jangan benci nyawa yang tidak berdosa dalam kandungan ni. Sebab kan nasihat ibu selalu, aku dah mula sayang dia. Aku rasa terbeban ibu jaga aku. Aku rasa berdosa sangat."

"Leen, bukan salah kau. Semua ni memang kita tak sangka akan berlaku. Dah berapa bulan kandungan kau?"

"5 bulan."

"Lagi 4 bulan tu. Mesti comel ikut wajah kau."

"Hahaha! Ni Leen lah. Mak dia cantik, anak dia mesti cantik."

"Eh dah tahu jantina ke?"

"Belum. Tapi aku rasa dia perempuan. Aku tak nak periksa dulu, biar nanti aku tahu sendiri."

Aku tersenyum.

"Kau?"

"Hah?" Aku blur.

"Kau bila lagi?"

Muka aku mula berona merah. Panas.

"A.. aku. Belum ada rezeki lagi."

"Weyh kenapa muka kau merah? Hahaha. Mesti kau teringat apa-apa eh.." usik Leen.

"Ish mana ada!"

"Eleh.. malu pula. Cerita lah aku nak tahu juga."

"Ce.. cerita apa? Pelik-pelik kau ni. Tak baik anak kau ikut perangai kau," usik aku pula.

"Ish! Kau ni." Leen memukul bahu aku.

Aku ketawa, Leen turut ketawa.

"Naira."

Tawa kami terhenti.

Aku menoleh memandang abah yang selesai berbual di telefon.

"Jom, ikut abah. Kita rawat kat sana."

Bonda datang dan tahu apa maksud abah.

"Ha, Naira. Jom-jom. Kita gi sana rawat." Ujar bonda seakan tidak sabar ingin ke sana.

Eh? Aku tak faham. Aku blur. Aku keliru. Apa yang aku tak tahu?

"Pergi lah El. Oh aku nak pesan, baca bismillah," kata Leen senyum tersirat.

"Ha? Kenapa?"

Leen hanya tersenyum sambil mengenyit kan mata. Eh main kenyit-kenyit mata pula kawan aku ni.

Aku terus melangkah pergi bersama bonda memapah aku. Jalan pun terhincut-hincut. Nampak kebiruan di buku lali aku. Nasib terseliuh sedikit sahaja.






Setelah 2 jam perjalanan kami, kami sampai di hadapan pagar besar mewah.

Kedua-dua pengawal itu membuka pintu pagar serentak.

Kenderaan kami masuk, dan..

terbentang luas rumah begitu mewah yang pertama kali aku lihat.

Sebuah rumah agam mewah.

Rumah agam ini terletak di tengah-tengah taman hijau subur dengan pemandangan yang indah. Ia memiliki bentuk yang mengagumkan dengan hiasan arsitektur yang rumit, termasuk tiang-tiang ornamen dan jendela-jendela lengkung yang megah.

Abah sudah keluar dari kenderaan yang satu itu dan melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Aku dan bonda keluar dari kenderaan sambil dibantu bonda berjalan masuk ke rumah agam tersebut.

"Bonda."

"Ya?"

"Rumah siapa ni? Bukan kita pergi klinik ke?"

Bonda tidak menjawab.

Kenapa semua tak jawab soalan aku? Apa yang aku tak tahu?

Seorang wanita tidak terlalu berusia. Pertengahan usia, berpakaian seakan maid rumah ini datang ke arah kami sambil menolak kerusi roda.

"Ha, Naira duduk sini." Bonda tiba-tiba bersuara.

Aku menuruti lalu aku duduk di kerusi roda tersebut. Wanita ini menolak aku masuk ke rumah agam ini.

Sebelum aku masuk, aku ternampak sekilas susuk tubuh lelaki berusia 30-an di hadapan beberapa buah kereta mewah sedang berbual dengan beberapa orang lelaki.

Itu bukan ke--

-----

---abang Han?

Pandangan beralih.

Sekarang mata aku.. tertarik pada.. cahaya yang terang-benderang.

Begitu masuk ke dalamnya, kami disambut oleh lorong yang luas beserta pengawal-pengawal yang berjaga dan maid-maid wanita.

Dan.. DAN! Aku melihat ke atas. Elegan yang dihiasi dengan lampu gantung mewah dan karya seni yang indah. Interior rumah ini memiliki banyak ruangan, masing-masing dirancang dengan furnitur mewah dan dekorasi bergaya. Ruang tamu yang dihiasi mewah dipadukan dengan perapian yang nyaman, menciptakan suasana yang mengundang. Ruang makan yang megah yang sesuai untuk mengadakan acara besar-besaran. Tata letak dan desain keseluruhan rumah ini memancarkan kemewahan dan keanggunan, menjadikannya simbol sejati dari kekayaan dan kehalusan.

"Ca.. cantik." Gumam aku sendirian. Aku terpukau. Takjub.

Tapi tadi.. abang Han ke? Aku mengeluh. Mungkin aku rindu sepupu aku sendiri yang sudah lama aku tidak dapat berhubung.

Abah yang tadi sudah di hadapan menunggu seseorang. Bonda juga turut sama seperti abah berdiri di samping abah.

Tidak ketinggalan abang Marc tiba-tiba muncul dan melangkah ke arah abah dan bonda. Mereka berbicara kecil, telingaku tidak dapat menangkap apa mereka bicarakan.

Sehinggalah..

Terdengar derapan-derapan kasut turun dari tangga yang begitu luas di dengar dari hadapanku.

"Boss!"

Pengawal-pengawal tadi dan beberapa maid wanita serentak menunduk memberi hormat. Aku memandang semua yang menunduk hormat ke arah orang itu kecuali abah, bonda dan abang Marc.

Aku melihat di hadapan, wajah dan susuk tubuh orang itu yang dipanggil 'boss' oleh mereka.

Lidahku terus menjadi kelu dan mataku tidak berkedip.

'Dia.. di.. sini?'

Dia berpakaian kemeja putih melangkah sambil menyinsing lengan dengan karisma. Dengan penampilan elegan dan maskulin. Beberapa pengikut-pengikutnya mengikuti dari belakang. Itu adalah konco-konconya. Terjelas tatu mereka di leher dan juga di lengan.

Mata lelaki itu tajam seakan menyiratkan pengetahuan mendalam dunia di balik mafia yang dia jalani. Rambutnya yang agak memutih menambahkan pesona dan kedewasaan pada penampilannya.

Kemeja putih yang disingsing lengan mengekspos lengan-lengannya yang kuat dan bertatu, ia mengisyaratkan bahwa usia tidak mengurangi keperkasaannya. Pakaian yang rapi dan pas menunjukkan gaya yang berkelas. Dia mengenakan gelang perak yang unik pada pergelangan tangannya.

Dengan setiap gerakan yang tenang dan penuh keyakinan, dia menunjukkan kehadiran yang mengisi ruangan. Sikapnya yang tenang dan berwibawa membuat orang di sekitarnya menghormati dan patuh pada kehendaknya.

Meskipun berumur, pesona dan karisma lelaki ini tetap tidak dapat diabaikan. Dia memiliki aura ketenangan dan kebijaksanaan yang membuatnya terlihat sebagai figura ayah yang kuat dan pelindung bagi kelompoknya.

Dia ayah kandung Kytor.

Aku.. tidak mimpi bukan?

Ini.. rumah dia?

Kenapa bonda tak beritahu aku? Kejap, jadi Leen dah tahu?

"Daniels, long time no see." Abah berjabat tangan dengan lelaki itu.

"Did you bring her?"

"Yes." Aku yang dibelakangi mereka dipandang abah dan dia. Aku terkebil-kebil tidak tahu apa-apa.

"Naira. This is Ryan's father."

Ya, aku nampak sekarang ni. Kenapa dia nak jumpa aku? Dia kecewa dengan aku ke sebab anak dia hilang? Aku sudah gelabah.

"Naira Elina. Beautiful name."

Aku terasa segan. Aku dipuji? Sedap suara garaunya. Bapa kacak anak pun kacak. Astaghfirullah Naira! Mengucap.

Dia memandang wanita-wanita yang berpakaian maid itu.

"Give her treatment," arah dia.

Mereka mengangguk lalu mengambil first aid kit dan melangkah ke arah aku lalu merawat kaki aku.

"Mana dia?" Soal abah.

Daniels memeluk tubuh.

"He sleeps."

Siapa dia? Aku yang dirawat wanita ini masih keliru dengan perbualan abah dan bapa mertuaku.

"Aku masih hairan. How you know he will do that?" Soal Datuk Kamal.

Daniels duduk di meja kaca yang besar. Abah, bonda dan abang Marc turut duduk sekali.

Seorang bibik menghidang 5 cawan teh panas dan biskut di atas meja kaca tersebut.

Daniels mengambil segelas lalu mencicipi sedikit,

"I know him well. He is my flesh and blood."

Daniels memaling ke arah gadis itu lalu meletakkan gelas itu kembali.

"Can you walk?"

Aku tersentak di tegurnya dan perlahan mengangguk.

Dia berdiri.

"Follow me."

Kaki aku selesai dibalut band aid putih dan aku masih terkebil-kebil di situ.

"Naira ikut dia ya," ucap abah.

Aku masih blur.

"Ha? Er.. okay."

Aku dengan dipapah bibik tadi berjalan ke arah sebuah lif. Lif? Oh my! aku rasa nak menjerit sahaja. Di hadapan lif, sudah sedia seorang lelaki pengawal berjaga di situ. Dia masuk dan tolong menekan butang aras. Lif ini luas dan berwarna keemasan. Serius ini pertama kali aku lihat lif di dalam rumah.

Rambang mata aku.

Tak boleh, Naira. Jaga kelakuan. No, no.

Aku menggeleng kepala diam.

Setelah itu, kami melangkah ke sebuah bilik. Lelaki pengawal tadi hanya menunggu di hadapan lif tersebut. Tidak silap aku tadi ini aras dua. Rumah ini empat aras. Memang aku pengsan bila melihat semua ini. Serius perasaan yang tidak digambarkan. Excited! Tetapi.Ditahan.

Bibik tadi yang memapah aku, berhenti setakat di sini sahaja sebelum mengundurkan diri. Aku memandang hadapan, eh! Dia dah pandang aku. Sama sahaja seperti anaknya, suka buat aku terkejut. Huwaa!

Dia menoleh pintu bilik kayu moden dengan ukuran agak besar lalu memulas tombol pintu tersebut.

Dia masuk dan aku mengikuti dari belakang.

Mata aku terbeliak luas.

Aku menekup mulut perlahan.

Bilik ini luas yang sederhana, menampung tempat tidur, meja belajar, dan beberapa perabot lainnya. Coraknya memadukan tema petualangan dan minat remaja, dengan dinding yang dihiasi dengan poster film, peta dunia, dan karya seni yang menarik.

Aku pegun.

Warna utama di bilik ini kombinasi warna netral dengan aksen warna cerah memberikan nuansa energik dan menyenangkan.

Indah.

Tempat tidur diletakkan di sudut ruangan dan dilengkapi dengan seprai berwarna cerah yang menggambarkan karakter favorit seseorang.

Ada seseorang sedang tidur di atas katil itu. Sungguh tidak sedar kami masuk. Dia lena dibuai mimpi dengan suasana udara yang dingin dan selesa.

Katilnya didesain dengan gaya yang modern dan ergonomis. Bingkainya terbuat dari kayu yang kukuh dan memiliki warna cokelat gelap yang memberikan kesan klasik namun elegan. Di bagian kepala katil, terdapat panel kayu yang berbentuk datar dengan pola garis-garis halus, memberikan sentuhan kesederhanaan yang menarik.

Dia memandang aku.

"Mari dekat," ucapnya.

Aku dengan kaki yang masih berbalut melangkah perlahan ke arah katil tersebut.

Mataku terkedu melihat wajah siapa yang tidur di katil itu.

Kytor?

Dia elok tidur di katil dengan diselimuti selimut pemberat jenama sloth blanket yang seakan-akan membedung badannya dengan kemas.

"He slept soundly," ucapnya tersenyum lembut.

Aku turut memandang nya, tergambar di raut wajahnya yang tenang.

Aku turut tersenyum juga. Bagaimana bapanya boleh menjumpainya?

Di sekeliling katilnya, terdapat beberapa bantal hias yang nyaman dan empuk, berwarna-warni dan berdesain motif yang sesuai dengan tema petualangan. Selain itu, ada juga beberapa bantal tambahan yang bisa digunakan.

"He doesn't sleep enough. That's why he is like that," ucap bapa mertua aku tahu apa terjadi sebelum ini.

"Tu--tuan.."

"Papa. You are my daughter-in-law, Naira." Dia memperbetulkan ayat aku.

Lidah ku kelu. Aku masih segan.

"Ma- Maaf."

"What do you want to ask?" Soalnya memandang aku.

"Does.. papa already know that.. he.. remembers everything?"

Dia senyum lalu memaling ke arah anaknya yang tertidur.

"Yes, I've known for a long time.
Kamal and Liyana don't know yet. Don't tell them yet."

Jadi, bapanya sudah lama tahu?

"Ke- Kenapa?"

Dia masih merenung lama anaknya dan mendekati lebih dekat lagi katil anaknya.

"I want to take care of his feelings. You're like that too, aren't you?" Dia melemparkan pandangan ke sisi tanpa memaling muka, ingin tahu reaksi aku dari sudut mata.

Senyap, aku mengangguk perlahan.

Dia pandang anaknya semula, membungkuk sedikit lalu mengusap perlahan kepala anaknya. Aircond yang dipasang memberi keselesaan pada suamiku.

"Ma.. macam mana papa jumpa dia?"

Hening.

Aku memandang dia.

Dia tertawa kecil dan pendek lalu berkata nada perlahan, cukup aku dapat mendengar dari mulutnya.

"He is very easy for me to meet."

"Thanks to you. He came back to me."

Aku masih terpinga-pinga perkataannya.

"Accompany him. I want to go down first." Dia melangkah berlalu dari aku.

Aku menunduk sedikit menghormatinya.

Daniels sedar dan tertawa kecil melihat aku.

"Tak perlu formal, Naira. You are my family."

Aku tersenyum malu. Malu! Aku tak tahu nak buat apa-apa. Aku hanya memerhati langkah dia berlalu pergi dan menutup pintu tersebut.

Aku menoleh pada suami aku.

Lena sahaja.

Aku melangkah dan duduk bersimpuh di lantai. Tidak mahu aku mengejutkannya jika duduk di birai katil.

Dia baring mengiring mudah untuk aku menatap wajahnya.

Aku mengelus pipinya, hidung mancungnya dan kelopak matanya.

"Awak buat saya risau, Kytor."

Aku memandang sekeliling. Di sebelah tempat tidurnya, ada meja belajar yang rapi dengan lampu meja. Jadi, ini bilik suami aku ketika remaja.

Terdapat bahagian lain yang terbuka dari bilik ini memiliki rak pajangan yang menampilkan koleksi buku, mainan, dan barang-barang yang disukainya. Lemari pakaian berukuran cukup untuk menyimpan pakaian dan barang-barang peribadinya.

Ada ruang bilik lain yang masih aku tidak tahu apa di dalamnya tetapi..

mata aku hanya tertarik pada dia sahaja.

Aku mengelus lembut kepalanya, dan tersenyum menatap wajahnya,

"Saya lega awak tak apa-apa."






TAMBAHAN INFO ++

1. Daniels mempunyai 2 rumah iaitu di United States, tempat tinggalnya dan di Malaysia. Jadi, apa-apa urusan di Malaysia dia akan duduk di sini.

2. Daniels dan anaknya ketika remaja, pernah duduk sebentar kerana urusan perniagaannya di Malaysia. Akan tahu di dalam buku lain 'Tuan Daniels.'

-
-
-
-
-
-
-

Vote & Comment ❤️. Thank you semua! 😭🌹

Continue Reading

You'll Also Like

395K 34.4K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
3M 171K 63
Because no matter what, I'd still choose you. Highest rank [#1 in romance](3-8/08/18) [#4 in romance 10/02/18][13/2/18] Start:22/09/17 END:17/02/18 ...
8.9K 337 38
Once you mine,forever mine