The Untold Stories (Vol 2)

Od akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB Více

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

Along yang bengis (Part 3)

1.2K 210 42
Od akuorgbiasa

"Call owner Viva tu. Kelmarin lagi dah siap. Bila nak datang ambik. Kau dah call ke belum?" soalnya pada Mamat, salah seorang mekanik di Bengkel Along & Badang. 

Setelah tamat pengajian, dia bekerja di sebuah bengkel milik Cina di pekan Kuala Selangor. Hampir dua tahun menimba pengalaman dan menyimpan modal, dia bersama seorang lagi teman memberanikan diri membuka bengkel kereta sendiri di Puncak Alam. Sudah setengah tahun bengkel mereka beroperasi, dan setakat ini perniagaan berjalan baik.

"Dah call, long! Hari ni aku call lagi," balas Mamat. Memang Along dikenali dengan nama Along di kalangan kawan-kawan dan orang kampung.

Along mengangguk. Dia melihat senarai semak di tangan.

"Assalamualaikum!"

Along menoleh sambil menjawab salam.

"Eh! Cikgu!" Bergegas dia mendapatkan pengunjung kedainya yang baru tiba itu dan bersalaman.

"Apa khabar, tokey?"

Along tertawa. "Adoi, jangan macam tu cikgu. Malu saya. Tokey kecik-kecik je."

Cikgu Khalil turut ketawa. "Apa yang keciknya? Besar bengkel kamu ni."

"Cikgu sihat? Lama tak jumpa."

"Sihat-sihat orang pencenlah, Tahir. Macam nilah," jawab Cikgu Khalil.

"Kereta rosak ke, cikgu? Jauh cikgu datang ni. Bukan selalu buat dekat Ah Beng?"

"Eh, saya punya mekanik kegemaran dah dekat sini. Kena datang sinilah!"

"Allah..." Along garu kepala segan.

"Apa masalah, cikgu?"

"Ni ha, cikgu nak mintak tengokkan kereta ni. Macam gear susah masuklah. Kadang-kadang tengah jalan, tekan minyak, menderum je bunyi. Gear tak masuk," terang Cikgu Khalil sambil menghulur kunci kereta Myvi yang dah tua usianya.

Along segera menghidupkan enjin dan mula memeriksa itu ini.

"Macam gearbox ni, cikgu," ujarnya.

"Gearbox? Kena angkat naik la nak pastikan, ya?"

Along angguk. "Cikgu nak pakai kereta cepat ke?"

"Lama ke?"

"Kalau betul gearbox, kena cari sparepart juga."

Cikgu Khalil mengeluh sambil bercekak pinggang. "Hmm, tak apalah. Kalau dah perlu, nak buat macam mana. Kena tinggallah."

Along hanya mampu tersengih.

"Kereta ni Ekin yang pakai. Selalunya dekat-dekat je. Tapi kadang-kadang sampai ke KL juga dia lenjan. Nak temuduga kerja."

Mendengar nama Ekin disebut, berubah sejenak wajah Along sebelum menunduk.

"Ooo... dia... dia belum kerja ke?" tanya Along sesantai mungkin. Konon tak mahu ketahuan dek Cikgu Khalil, dia sedang mengorek rahsia bekas kekasih.

"Belum. Dah empat, lima bulan juga jadi penganggur berjaya."

Along gelak kecil. Sekadar menyambut jenaka gurunya itu.

"Susah cari kerja sekarang, Tahir. Lulusan universiti pun bersepah-sepah menganggur. Si Ekin ni pulak, keputusan pun biasa-biasa je. Habis pun lambat satu sem. Sibuk bercinta!"

Along garu dahi yang tak gatal. Sengih.
Aik, cikgu ni buat luahan perasaan pulak!

"Risau saya dibuatnya. Tapi yalah. Cakap banyak-banyak kang, merajuk. Tak nak balik pulak. Pening kepala!"

"Biasalah, cikgu. Perempuan. Adik saya macam tu jugak," balasnya sekadar menyedapkan hati.

Padahal, Siti Talhah, adik bongsunya itu mana pandai merajuk. Sama selamba je dengan jantan.

"Entahlah. Maknya pun asyik bising di rumah tu."

"Alah, susah-susah, nikahkan jelah, cikgu." Along mengusik.

Cikgu Khalil gelak berdekah. "Kamu nak? Hujung bulan ni jugak cikgu nikahkan!"

Terus merah padam wajah Along. "Eh, cik.. cikgu ni. Saya pulak! Kan dah ada boiprennya. Nikahkan dia orangla..." pantas dia membalas.

"Tak ada dah, Tahir. Tulah yang lagi buat geram tu. Bukan main nak rak bercinta, tiba-tiba putus pulak. Seminggu berkurung dalam bilik menangis. Terus drop keputusan sem tu. Berapa paper entah fail."

Mata Along buntang. Apa???

"Elok dia dengan kamu hari tu. Sekurang-kurangnya saya tahu, kamu ni budak baik." Terselit nada kesal dalam kata-kata Cikgu Khalil.

"Cerita lama, cikgu. Tak apalah. Nanti jumpalah orang lain. Kut-kut dapat anak Tan Sri ke, Dato' ke, kerabat ke. Tak payah susah-susah. Terjamin masa depan."

Cikgu Khalil ukir senyum, sebelum mengeluh.

"Harta benda, kekayaan, pangkat tu, bukan jaminan masa depan. Yang biasa-biasa, tapi elok agamanya, nak berusaha, ikhlas nak jaga dan sara keluarga, tu dah memadai untuk jamin masa depan." Perlahan suara Cikgu Khalil berbicara.

Jeda seketika antara mereka.

"Tak apalah, Tahir. Saya tinggal kereta sinilah, ya? Apa-apa hal nanti, kamu telefon saya," ujar Cikgu Khalil.

Along terus mengangguk. "Baik, cikgu. InshaaAllah."

"Kena deposit ke?"

"Eh, cikgu ni! Macam baru kenal saya semalam pulak! Tak payahlah!"

Cikgu Khalil ketawa.

"Saya cuba siapkan cepat. Apa-apa nanti saya bagitahu cikgu semula."

"Terima kasih banyak, Tahir. Saya beransur dulu."

"Cikgu nak balik naik apa ni? Nak saya hantarkan?"

"Tak payah. Saya ada kawan dekat sini. Memang dah janji nak pergi mengeteh sekejap."

Along angguk. "Baik, baik. Hati-hati, cikgu!"

"Assalamualaikum!"

Cikgu Khalil berlalu pergi.

Along hanya memandang susuk itu dari belakang. Gurunya yang dulu tangkas dan tegap dah berusia. Jalan pun dah tertengkak. Sakit lutut agaknya.

Dia mengeluh perlahan.

"Long!"

Dia tersentak.

"Terkejut aku! Apa?" Garang dia bertanya.

Mamat tersengih. "Owner Viva kata dia nak datang lusa. Tunggu gaji."

Along mengeluh. "Dah kenapa dia tak hantar kereta masa dah gaji? Kereta masuk dulu, ambiknya tunggu gaji pulak?"

Mamat ketawa. "Biasalah, long. Bukan semua orang berduit macam kau."

Along angkat tangan, gaya nak menampar. Terus mamat menahan wajahnya.

"Bila masa pulak aku berduit. Duit aku habis belanja korang menteka darah je!"

Mamat ketawa lagi. "Sebab tu kitorang sayang kau. Sporting. Omputih kata, genirus!"

Along tersengih sedikit. "Genirus, abah kau! Generous!"

"Samalah tu..."

"Pergi alih kereta tu dekat belakang. Ni, Myvi hijau ni suruh budak check dengan komputer. Aku rasa gearbox dah out. Confirm kan."

Kunci dihulur.

"Okey, bos!"

Mamat berlalu pergi setelah kunci bertukar tangan.

Along cekak pinggang melihat pekerja-pekerjanya bekerja. Lagu entahkan apa terpasang kuat. Tak tahulah daripada telefon siapa. Tetapi memang lazimnya begini di bengkelnya. Budak-budak muda. Biasalah. Nak hiburan sambil bekerja katanya. Sukahatilah. Asalkan tak membising waktu azan dan waktu solat, dia biarkan sahaja.

"Harta benda, kekayaan, pangkat tu, bukan jaminan masa depan. Yang biasa-biasa, tapi elok agamanya, nak berusaha, ikhlas nak jaga dan sara keluarga, tu dah memadai untuk jamin masa depan."

Nak buat macam mana cikgu. Anak dara cikgu yang rasa orang biasa-biasa macam saya tak ada masa depan.

Padahal, untuk dia, saya sanggup banting tulang empat kerat. Walaupun otak agak berjambul bab-bab pelajaran, tapi ada juga kemahiran lain yang saya terer...

Dia dah reject awal. Nak buat macam mana? Bro redolahh...

Telefon bimbit yang berbunyi mengganggu lamunannya.

Dia mengeluh perlahan.

Bodoh ah mat poyo tu! Asal kau lukakan hati Ekin. Lipat gak budak ni kang!

*********

Dia duduk bersila sambil memusingkan badan ke kanan dan ke kiri melegakan pinggang yang terasa lenguh.

Prakk!!

"Ah, lega!" ujar Along. Hari Khamis, memang meletihkan. Siang bekerja di bengkel sehingga 5 petang. Lepas Isyak, dia mengajar silat pula di kampung. Adiknya, angah sedang sibuk belajar di UTM. Jadi dia yang mengambil alih tugasan abahnya mengajar silat.

Baru sahaja dia nak baringkan tubuh, telefon bimbit berbunyi.

Dia lihat skrin. Nombor yang tidak Along kenali.

"Siapa pulak call malam-malam buta ni?"

Dia pandang jam. Dah hampir 12 malam.

Takkan customer kut! Tak mengagak call malam-malam!

Akhirnya Along biarkan panggilan tak berjawab.

Namun ada mesej yang masuk.

+Assalamualaikum. Maaf ganggu malam-malam. Ni saya ni. Ekin

Badan yang dah sedia berbaring terus tegak semula. Buntang mata Along.

Apa?? Ekin???

Dia telan air liur.

+Saya nak tanya, betul ke abah saya hantar kereta Myvi tu dekat bengkel awak?

Along terkebil-kebil membaca mesej. Dia telan air liur.

Apahal dowh, long! Asal debar-debar pulak ni! Lek ahhhh

Dia ketap bibir berfikir.

Reply malam ni? Ke esok je?

Buat-buat tanya! Padahal tangan dah gatal nak taip mesej.

Atau, call je? Konon-konon tanya siapa ni. Tak perasan mesej.

Hah, bernas tu, long! Memang geliga otak kau!

Along berdeham berkali-kali. Lalu dia beranikan diri mendail.

"Hello! Siapa ni eh? Ada missed call." Laju sahaja dia bertanya sebaik sahaja panggilan berjawab.

"Err... hello! Assa.. assalamualaikum. Al.. along eh? Tak baca mesej ke?"

"Ya. Along. Ni siapa ni? Call malam-malam buta. Tak boleh tunggu esok?" Suaranya tegas seperti sedang marah gayanya.

"Kalau rasa tak sesuai call malam-malam buta, yang awak pergi call balik tu kenapa?"

Along tepuk dahi. Aduhh! Kantoi teruk, long!

Dia berdeham. "Okeylah. Esok jelah cerita kalau macam tu!"

"Eh, eh, Along! Jap, jap..."

Along picit dahi. Darah rasa menderau ke wajah.

Dah kenapa macam budak remaja baru nak usha awek ni! Aduhlaa...

"Hmm?"

"Ekin ni."

"Oooo...." Itu sahaja jawabnya.

"Maaf ganggu awak. Dah tidur?"

"Mestilah belum. Takkan sambil tidur pulak bercakap."

Dia dengar Ekin ketawa. "Betul juga. Tak logik soalan saya tu. Abaikan."

"Nasib baik sedar," balas Along.

"Err, saya call ni nak tanya. Betul ke abah saya hantar kereta Myvi dekat bengkel awak?"

"Ya. Semalam Cikgu Khalil datang bengkel."

Kali ini dia dengar Ekin berdecit.

"Err, saya... macam ni... saya tak nak awak salah faham. Bukan saya yang suruh abah hantar bengkel awak," ujar Ekin lagi.

Along kerut kening.

"Saya kalau boleh, tak nak ada apa-apa urusan dengan awak.."

"Hina sangat ke bengkel aku tu? Tak sama dengan bengkel gah yang kau selalu pergi?"

"Bukan macam tu..."

"Kau ni, Kin, macam tak matang-matang. Dari dulu sampai sekarang, fikiran tu sempit tak kembang-kembang. Cuba jangan rendah-rendahkan orang. Cuba jangan rasa diri kau je bagus-bagus."

"Eh..."

"Diam! Aku tak habis cakap lagi. Lama aku pendam benda ni. Memang aku nak sangat sekolahkan kau yang acah-acah terpaling hebat ni!"

"Sekarang kau bagitau aku, mana degree yang kau bangga-banggakan sangat tu dah bawa kau? Kerja syarikat besar mana kau sekarang? Berkepuk-kepuk dah duit kau? Boleh pergi haji dah? Cerah ke masa depan?"

"Lagi satu, mana boyfriend kayangan kau tu? Asal tak suruh dia masuk meminang dengan cincin berkarat-karat? Asa..."

"Shut up!!!" Tiba-tiba si dia menjerit. Kemudian Along dengar esak tangis.

Entah kenapa, Along rasa hati dicucuk sembilu mendengar tangisan itu.

"Awak tak tahu apa-apa. Jangan tuduh saya, Long. Saya tahu saya salah pada awak dulu. Saya mintak maaf," ujar Ekin sambil teresak.

"Saya tahu saya loser. Sekarang saya yang tak setaraf dengan awak. Awak dah berjaya. I'm happy for you. I genuinely happy for you. Tapi jangan cakap benda yang awak tak tahu..."

Lama mereka sepi tanpa bicara. Hanya esak tangis Ekin kedengaran.

"Saya mintak maaf. Saya tak patutnya call awak. This is a mistake. Maaf. Assalamualaikum."

Panggilan putus.

Saat itu, Along terasa jiwanya seperti laut yang dilanda badai. Berkecamuk. Bergelora.

Dia usap wajah.

"Allah hu akbar. Astaghfirullah hal azim..."

Dia lantas meletakkan telefon bimbit ke atas katil, dan terus bangkit ke tandas. Dia angkat wuduk cubaan menenangkan hati.

Lantas dia kembali ke bilik dan terus berbaring tegak.

"...Tapi jangan cakap benda yang awak tak tahu..."

Apa yang aku tak tahu? Apa?

*******

Eiiii...tak sangka boleh bersambung-sambung pulak cerita si along ni!

Hahahaha..

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

10.3K 670 43
𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝑩𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝑲𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉𝒂𝒏~ [ʀᴇᴠᴀᴍᴘ][sʟᴏᴡ ᴜᴘᴅᴀᴛᴇ] 𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓜𝓸𝓱𝓭 𝓕𝓪𝓱𝓲𝓶...
849K 32.3K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...
6.5K 569 20
"Wtf ? She just ignore me?Handsome sangat ke aku ni sampai nak berterima kasih pun malu?Tak faham aku." -DANI INAYAT Tanpa lelaki itu tahu gadis yang...
36.3K 263 13
"Nama kau Kudin ya?" "Apasal kau gelak?" "Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau tu!" Si Edrina ni mema...