INDAH CINTAKU (TERBIT)

Von msroses_

734K 5.8K 418

3rd story πŸ’› Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi... Mehr

Introduction
Prolog
Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Terima Kasih Semua β™₯️
Cover Dah Reveal!
Contest!

Bab 2

17.2K 803 31
Von msroses_

"Chef Boss!"

Izhan yang sedang melakukan plating di sebuah pinggan yang berisi chicken grill itu berpaling apabila mendengarkan panggilan itu.

"Table nine requests stupid fried rice by Chef Han," ujar kitchen crew yang bernama Danish itu.

Izhan mengerutkan dahi.

"Stupid fried rice?"

"Haah. Customer tu mintak nasi goreng bodo. Saya saja englishkan menu tu, Chef Boss. Nampak gempak sikit.." Danish sudah tayang sengih.

"Zarul datang ke?" Izhan meneka. Dia tahu sangat siapa yang selalu order makanan yang tiada dalam menu itu kalau bukan rakan karibnya.

"Haah, Chef Boss.. Encik Zarul datang. Lepastu dia mintak Chef Boss yang present makanan dekat dia," tambah Danish lagi.

Izhan hanya menggeleng perlahan. Sudah kenal sangat dengan perangai lelaki itu.

"Okay, bagi aku settle plating ni dulu," balas Izhan sambil mencapai satu bekas yang berisi asparagus.

"Farish, asparagus ni dah sauté kan?"

"Dah, Chef Boss!"

Izhan hanya mengangguk. Pandangan dihalakan semula ke arah Danish yang masih tercegat dihadapannya.

"Kau kenapa tercegat kat sini? Tak ada kerja ke?"

"Tak ada Chef Boss. Makanan semua dah present dekat customer. Tinggal chicken grill yang Chef Boss tengah plating ni je," jawab Danish sambil tersengih.

Izhan hanya mengangguk. Laju tangan menyiapkan kerja.

Setelah berpuas hati dengan plating yang dibuat, pinggan dihulurkan ke arah Danish yang setia menanti di hadapan kaunter.

"Nah, two chicken grill for table six.."

"Siap, Chef Boss!" ujar Danish sambil menyambut pinggan-pinggan itu. 

"Danish!"

Panggilan daripada majikannya itu membuatkan langkah Danish terhenti.

"Yes, Chef Boss?

"Kau dah maghrib ke belum?"

"Hee.. belum, Chef Boss." Danish sudah tayang gigi memandang ke arah Izhan.

"Lepas present order tu kau pergi magrib dulu," arah Izhan perlahan.

"Kerja kerja jugak, Tuhan jangan lupa," tambah Izhan lagi.

"Baik, Chef Boss.." balas Danish sambil tersenyum. Memang begitulah kebiasaannya. Walaupun lelaki itu tidak banyak cakap, tetapi lelaki itu sentiasa mengingatkan mereka tentang kewajipan yang satu itu. Chef Bossnya itu memang sangat menitikberatkan tentang solat. Kadang-kadang lelaki itu sendiri yang menawarkan diri untuk menghantar makanan ke meja pelanggan bagi memberi masa kitchen crewnya menunaikan solat.

Mereka semua menggelarnya Chef Boss kerana lelaki itu merupakan head chef dan juga adalah big boss di Han's Kitchen itu. Restoran yang menyajikan pelbagai pilihan makanan barat itu telah dibuka oleh Chef Bossnya sejak empat tahun lalu di tengah bandar Subang Jaya itu.

Dia ingat lagi semasa dia memohon kerja di restoran ini, syarat yang pertama sekali diletakkan oleh majikannya itu adalah mereka mesti menjaga solat kerana lelaki itu tidak mahu pelanggannya makan daripada air tangan orang yang tidak mendirikan solat. Mendengarkan syarat itu, terus rasa hormat Danish kepada seorang lelaki bernama Izhan Hakimi itu melambung tinggi. Perwatakan lelaki yang sangat tenang itu juga membuatkan semua kitchen crew senang berkerja dengan lelaki itu.

Izhan yang melihatkan susuk tubuh Danish menghilang daripada pandangan terus mencapai dua ulas bawang putih sebelum dicincang halus. Laju tangan memecahkan telur ke dalam semangkuk nasi putih. Bawang putih yang dicincang tadi terus ditumis sebelum nasi yang sudah digaulkan bersama telur tadi dicurahkan ke dalam kuali.

Tangan naik mematikan api setelah dia menambahkan serbuk perasa yang secukupnya.

Tidak sampai sepuluh minit. Siap! Semudah itu. Dia sendiri tidak faham mengapa Zarul sanggup datang ke restorannya untuk makan nasi goreng yang dinamakan nasi goreng bodo oleh lelaki itu. Sedangkan resepinya terlalu mudah!

Izhan yang melangkah keluar dari dapur sambil membawa sepinggan nasi goreng itu menarik perhatian pelangan-pelanggan restoran terutamanya pelanggan wanita. Dengan raut wajah yang tampan dan badan yang tegap, lelaki yang memakai uniform chef berwarna hitam itu mampu memukau setiap mata yang memandang.

"Uish, handsome sangat kawan aku ni. Sampai customer tengok pun tak berkelip," ujar Zarul sambil menebarkan pandangan ke arah pelanggan-pelanggan wanita yang masih mengerling ke arah Izhan. Tidak dinafikan rakannya yang dikenali daripada zaman sekolah itu memang mempunyai raut wajah yang tampan.

"Nah, nasi goreng bodo kau," ujar Izhan sambil meletakkan sepinggan nasi goreng di hadapan Zarul yang sedang tersengih memandang ke arahnya. Sikitpun dia tidak menghiraukan pujian yang dilontarkan oleh Zarul itu.

"Thanks, bro! Aku selalu termimpi-mimpi nasi goreng special kau ni. Nasi goreng yang menggamit memori zaman-zaman kita remaja dulu. "

Izhan hanya mendiamkan diri. Wajah Zarul yang sedang menjamah nasi goreng itu dipandang sekilas sebelum dia menebarkan pandangan. Apabila mata bertembung dengan pandangan pelanggan di situ, dia hanya mengangguk tanda hormat.

"Apa problem kau kali ni?" soal Izhan tanpa berbasa basi.

"Apa kau ingat aku cari kau time ada masalah je ke?" soal Zarul dengan mulut penuh.

Izhan hanya menggelengkan kepala melihat gelagat lelaki di hadapannya itu.

"Okay, fine.." Zarul kembali bersuara  apabila Izhan hanya mendiamkan diri.

"Di samping nak makan nasi goreng bodo kau yang sedap ni, aku nak tanya pendapat kau sikit.." Zarul sudah tayang gigi.

Izhan sudah mengangkat kening. Tubuh disandarkan ke kerusi.

"Aku ingat nak propose Alya la. Kau agak-agak dia terima tak?"

Izhan mengerutkan dahi.

"Kenapa kau tanya aku? Tanyalah Alya."

"Dia kan kawan kau, mestilah kau tahu," ujar Zarul. Masih dengan mulut yang penuh.

"Kau senonoh sikit boleh tak?"

Zarul tersengih. Sudah terbiasa dengan perangai seorang Izhan Hakimi. Lelaki itu memang berat mulut. Bercakap pun benda yang perlu sahaja. Tapi Zarul sangat kagum dengan sahabatnya itu kerana lelaki itu berjaya membuka restoran yang terkenal itu di usia dua puluh enam tahun. Memang hebat!

Walaupun Izhan boleh dikategorikan sebagai seorang yang pendiam, Zarul tahu hatinya baik. Kalau tak masakan setiap kali dia datang, lelaki itu tetap masakkan nasi goreng bodo untuknya tanpa banyak songeh. Dan setiap kali dia ingin mendapatkan nasihat, memang Restoran Han's Kitchen inilah yang menjadi tujuan. Nasihat-nasihat yang diberi oleh Izhan Hakimi memang sering dijadikan rujukan.

"Walau dia kawan aku sekalipun, aku tak tahu hati dia macam mana," ujar Izhan perlahan.

Alya Maisara, dia bukanlah rapat sangat dengan wanita itu. Mereka hanya sama-sama menuntut dalam bidang kulinari di Le Cordon Bleu Institute. Entah bagaimana pertemuan antara Zarul dan Alya boleh terjadi, dia sendiri pun tidak tahu.

"Aku rasa nak lamar dia jadi isteri aku, tapi aku pun tak berapa nak yakin. Sebab tu aku tanya kau.." Zarul menggaru kepala yang tidak gatal.

"Daripada kau tanya aku, baik kau tanya dekat Allah.."

"Macam mana?"

"Istikharah bro, istikharah.. It's the ultimate solution under the guidance of Allah.." jawab Izhan dengan tenang.

Zarul mengangguk perlahan. Kan dia dah kata, Izhan orang yang paling tepat untuk dirujuk.

"Allah tu sifatnya Al-Alim.. Dia Maha Mengetahui. Sebab tu kau kena mintak petunjuk daripada Allah. Boleh jadi sesuatu yang kita cintai tu sebenarnya memudaratkan untuk kita. Boleh jadi jugak sesuatu yang kita benci tu rupanya baik untuk kita," tambah Izhan lagi.

Zarul memandang kagum ke arah Izhan. Respek!

"Haah kan, kenapa aku tak terfikir?"

Izhan kembali mendiamkan diri melihatkan Zarul yang sudah termangu.

"Thanks, bro. Kau pulak macam mana?" soal Zarul sambil menyedut jus oren yang dipesan tadi.

"Macam mana apa?"

"Kita ni dah masuk three series, takkan kau tak ada terfikir nak kahwin?"

Izhan mengerutkan dahi.

"Belum sampai jodoh," selamba sahaja Izhan menjawab.

"Lagipun aku dah cukup bersyukur dengan hidup aku sekarang ni. Tak perlu kot nak tambah dengan benda yang boleh serabutkan kepala otak," tambah Izhan lagi. Memang dia tidak terfikir lagi soal rumah tangga. Perhatiannya sekarang ditumpukan sepenuhnya kepada Han's Kitchen.

"Apa yang serabutnya? Balik kerja penat-penat, tengok muka isteri yang tersenyum manis tu, boleh hilang penat tau, bro."

Izhan hanya diam. Tidak berminat dengan topik yang sedang dibicarakan.

"Ke kau gay?" Tangan Zarul naik menyilang dada sambil buat muka pura-pura takut.

"Kau ingat aku tak tahu dosa pahala ke?" Tajam anak mata Izhan menikam wajah Zarul.

Serentak tawa kuat terlepas daripada mulut Zarul. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandang.

"Gurau je, bro. Janganlah marah," ujar Zarul selepas tawanya reda.

"Tapi manalah tahu, kan. Taste orang kan lain-lain," tambah Zarul lagi.

"Karang ada yang makan kaki ni karang."

Ayat yang keluar daripada mulut Izhan membuatkan Zarul mengangkat tangan mengalah. Tawa kecil dilepaskan daripada mulut. Saja dia menyakat.

"Sorry sorry. Gurau sikit tak boleh!"

Izhan hanya menjeling tajam.

"Hujung minggu ni aku tak ada. Kau jangan datang pulak."

"Aikk, kau nak pergi mana? Nak kata pergi dating mustahil. Pak ustaz mana boleh pergi dating," tutur Zarul dengan selamba.

"Kenapa pak ustaz tak boleh dating?" Tanpa riak sahaja Izhan bertanya.

"Nanti Allah marah.."

"Habis tu pak ustaz je la hamba Allah? Orang lain tu bukan hamba Allah?"

Zarul telan air liur. Ahh sudah. Terkena lagi dia.

"Yang patut patuh pada larangan Allah ni bukan pak ustaz je, semua hamba Allah dekat bumi ni kena patuh."

Zarul sudah terkebil-kebil memandang ke arah Izhan.

"Ye lah. Aku main-main je. Aku pun hamba Allah jugak. Sebab tu aku nak halalkan Alya cepat-cepat.." Laju sahaja Zarul menuturkan. Niat nak mengenakan Izhan. Last sekali dia yang terkena. Padan muka!

"By the way, kau nak pergi mana weekend ni?

"Aku nak balik Pahang. Sepupu aku kahwin."

Zarul menganggukkan kepala.

"Habis restoran kau ni? Tutup?"

"Kenapa pulak nak kena tutup?"

"Yelah, kau kan head chef?"

"Dah tu apa guna aku ada sous-chef?" soal Izhan pula.

"Oo.." Membulat mulut Zarul menjawab.

"Manalah aku tahu. Aku bukannya kerja dalam bidang yang sama dengan kau. Kau bagi aku lukis-lukis pelan aku tahu la," tambah Zarul lagi.

Izhan hanya diam. Malas mahu bertekak. Memang la dia jarang meninggalkan kitchen crewnya jika tiada hal penting. Tapi dia yakin mereka berlima boleh uruskan restoran tanpa kehadirannya.

Dia bukannya apa. Kalau ikutkan hati culas sebenarnya ingin pulang ke kampung. Bertemu muka dengan saudara mara akan membuatkan dia dihujani dengan soalan yang sama setiap masa. Bila nak kahwin? Bila nak bagi mamanya menantu? Soalan yang Izhan sendiri tak ada jawapan.

Tapi apabila mengenangkan mama yang mendesak untuk pulang, akhirnya Izhan hanya turutkan sahaja.

***************************************

"Chef Boss.."

Izhan yang sedang melangkah menuju ke arah kereta Ford Mustang GT nya berpaling.

"Kenapa, Aiman?" soal Izhan dengan dahi berkerut apabila melihat wajah serba salah salah seorang kitchen crewnya itu. Sengaja dia menunggu semua pekerjanya melakukan closing hari ini kerana esok dia sudah mula bercuti.

"Chef Boss, saya nak mintak maaf ambik masa Chef Boss." Aiman berjeda.

"Kalau saya nak mintak advance payment untuk bulan depan boleh tak Chef Bos?" Serba salah Aiman menuturkan.

"Kenapa pulak?"

"Duit gaji saya bulan ni dah habis Chef Boss, settlekan yuran sekolah adik-adik saya. Jadinya duit belanja untuk makan diorang tak cukup bulan ni," ujar Aiman perlahan sambil menundukkan wajah. Dia malu sebenarnya ingin meminta-minta tetapi dia terpaksa.

Izhan yang mendengar hanya diam. Dia tahu Aiman menanggung empat orang adiknya yang masih bersekolah dan kerana itulah dia mengambil Aiman berkerja sebagai kitchen steward di restorannya itu walaupun lelaki itu tidak pernah ada pengalaman di dalam bidang kulinari.

"Kalau kau ambik advance payment untuk bulan depan, habistu bulan depan kau nak bagi adik-adik kau makan apa?"

Persoalan daripada majikannya itu membuatkan Aiman terkedu. Dia tidak terfikir langsung.

"Berapa total yuran sekolah adik-adik kau haritu?"

"Hah? Kenapa Chef Boss?" Aiman mengerutkan dahi. Pelik dengan soalan Izhan.

"Berapa total?" Sekali lagi Izhan mengulang soalan. Tangan mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluar.

"Lebih kurang RM 700 lebih, Chef Boss."

"Okay."

"Boleh ye Chef Boss kalau saya ambik advance pay-"

Terhenti percakapan Aiman apabila notifikasi MAE di telefon bimbitnya berbunyi.

"Aku transfer duit yuran adik-adik kau semula. Buat cover makan diorang untuk bulan ni. Duit gaji untuk bulan depan, kau ambik bulan depan," ujar Izhan sambil menepuk perlahan bahu Aiman.

Aiman membesarkan mata. Dia memandang ke arah Izhan dengan wajah tidak percaya.

"Terima kasih banyak-banyak Chef Boss.." Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam. Apabila huluran tangan disambut, laju bibir mengucup belakang tangan majikan yang sudah dianggap seperti abangnya itu.

"Nanti kalau ada duit lebih saya cuba bayar semula duit Chef Boss.."

"Tak payah, kau simpan duit kau tu untuk adik-adik. Duit tu anggap lah rezeki adik-adik kau."

"Terima kasih sekali lagi, Chef Boss."

"Sama-sama. Jangan terima kasih dekat aku je. Terima kasih pada Allah yang paling penting. Rezeki tu semua Allah yang bagi. Doa banyak-banyak pada Allah. Pegang pada Ar-Razzaq. Dia yang Maha Pemberi Rezeki. Mungkin dalam rezeki aku ni memang Allah dah tulis ada rezeki adik-adik kau," ujar Izhan lagi.

"Alhamdulillah.. Syukur pada Allah," tutur Aiman perlahan penuh sebak.

"Dah, pergi balik. Dah lambat ni," arah Izhan sambil menepuk perlahan bahu Aiman. Cuba memberi semangat dan kekuatan. Dia sebenarnya kagum dengan kecekalan pekerjanya yang bernama Aiman itu. Baru berusia dua puluh satu tahun. Tapi tanggungjawab dan amanah yang digalas sangat besar.

"Baik, Chef Boss, Assalamualaikum.." Aiman hanya memerhatikan susuk tubuh Izhan yang masuk ke dalam kereta. Lelaki yang sudah banyak membantunya selama ini. Duit yang dimasukkan ke dalam akaunnya tadi bukan sikit-sikit. Rm 800.00.

"Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan Chef Boss di dunia dan akhirat Ya Allah," gumam Aiman perlahan. Sudah banyak dia terhutang budi dengan lelaki yang bernama Izhan Hakimi itu.

***************************************

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

307K 18.6K 42
𝘐 𝘚 π˜“ 𝘈 π˜” 𝘐 𝘊 𝘍 𝘈 π˜• 𝘍 𝘐 𝘊 π˜› 𝘐 π˜– π˜• 𝘚 π˜› π˜– π˜™ 𝘠 Bermula tanpa rasa cinta Dan akhirnya Berakhir dengan rasa cinta Itulah dia π™π˜Ό...
157K 7K 108
πŸ†#1 ranking in Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) πŸ†#1 ranking in Islamik (06.06.23) πŸ†#1 ranking in Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeri...
2.2M 90.3K 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ ❄ Amir Jayden dan Kayla Sofea. Kerana satu kejadian, m...
306K 11.4K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...