╰❥Seseorang Yang Kupilih

By Dilay_cyra

1.2K 175 29

✯¸.•'*¨'*•✿ ✿•*'¨*'•.¸✯ ❝Aku harap kau tak menyesal jumpa aku dan jangan pernah menyesal dengan keputusan kau... More

SATU
DUA
TIGA
EMPAT
LIMA
ENAM
TUJUH
LAPAN
SEMBILAN
SEPULUH
SEBELAS
TIGA BELAS
EMPAT BELAS
LIMA BELAS
ENAM BELAS
TUJUH BELAS
LAPAN BELAS
SEMBILAN BELAS
DUA PULUH
DUA PULUH SATU
DUA PULUH DUA
DUA PULUH TIGA
DUA PULUH EMPAT
DUA PULUH LIMA
DUA PULUH ENAM
DUA PULUH TUJUH
DUA PULUH LAPAN
DUA PULUH SEMBILAN
END
⚘️Special Chapter⚘️

DUA BELAS

44 5 0
By Dilay_cyra

GADIS itu memeluk tubuh. Tiada senyuman. Mata memerhatikan kelakuan jejaka tersebut yang jelas tengah menunggu kehadiran Ayla. Baru sahaja balik daripada makmal sains yang terletak di bangunan belakang. Ayla dan Safiyya menggunakan tangga ini kerana senang sikit nak sampai ke kelas mereka namun tak sangka pula Ayla boleh terserempak dia seperti ini.

Alaa dah habis dah program dia orang dekat luar tapi...

Kenapalah semua tempat mesti ada dia?

Irfan and the geng sedang bergelak ketawa kebetulan nak menggunakan tangga yang sama untuk pergi ke makmal sains. Tamat sahaja mata pelajaran sejarah, kini form six perlu bergerak dengan segera menuju ke mata pelajaran sains. Namun tidak lama, nampak sahaja susuk tubuh gadis itu serta merta tersengih lebar.

Otak Irfan sudah memainkan lagu romantik apabila tidak sengaja bertembung dengan mata bulat seperti buah cerry milik Ayla selepas itu mata Ayla bertukar jadi pandangan dingin.

Ayla menarik lengan Safiyya perlahan supaya mereka cepat-cepat naik ke kelas dan lagipun dia memang tak nak langsung bertembung dengan senior itu. Dia berjalan mendahului Irfan. Sengaja buat tak tahu apabila Irfan melihat diri Ayla dari tadi. Gatal betul mata dia. Sekelip mata lelaki itu muncul berdiri menghadap Ayla. Terbulat sejenak anak mata dark brown milik gadis itu.

Langsung jejaka itu menghadiahkan sekuntum bunga mawar biru kepada Ayla. Bukan. Itu mawar putih yang dicelup ke dalam bancuhan air berwarna biru. Tangkai yang berduri sudah dibalut dengan sehelai kain. Hendak mengelakkan jari Ayla dari terluka. Senang dia nak pegang.

"Kenapa bagi?" Balas Ayla acuh tak acuh.

"Aku dengar markah paper sejarah kau dapat 61 peratus. Tak sia-siakan aku ajar kau." Dapatku baca tatapan mata lelaki di hadapan ini. Penuh berharap. Ayla mengeluh dalam diam.

Irfan baru nak tersenyum kerana Ayla sudi mengambil bunga itu walhal dalam beberapa saat kemudian, Ayla selamba membaling bunga tersebut ke belakang seraya berlari meninggalkan Irfan yang sudah cemberut di tengah-tengah lorong jalan tidak berbumbung.

Silalah berhenti kacau aku, Irfan!

Ayla toleh ke belakang sejenak. Kawan-kawan Irfan dah menahan dan menarik Irfan yang seakan-akan ingin mengejar Ayla yang semakin jauh melarikan diri daripada dia.

Allah dah macam drama hero nak selamatkan heroin daripada kena bawa lari je ni HAHAHAHA eh pembetulan heroin sendiri nak larikan diri.

Wajah sahabatnya dipandang terkejut. Sejak bila member aku dah ada peminat? Depan-depan pula tu dia bagi bunga!
"Dia suka kau ke?"

"Tolong hiraukan dia." cantas Ayla laju. Safiyya membuat muka. Bukan itu aku nak dengar dari mulut kau, cik Ayla hoi!












"CHERRY!"

Sekarang dah waktu petang, baru habis kelas tuisyen. Saat ingin mencapai beg hitam.
Dari jauh Ayla sedar dan nampak Irfan tengah berlari laju ke arah sini. Mana tak paniknya dia. Ayla fikir lelaki itu dah balik. Dah lah Irfan kejar dia bapak laju eh lupa dia kan pernah jadi atlet juga. Naya pak karim.

"Cherry..." panggil jejaka itu dengan nada meleret.

"Awak dah kenapa main kejar-kejar ni!" Jangan tanya aku kenapa aku tengah larikan diri dah siapa suruh dia kejar aku secara mengejut. Kalau kau orang kat tempat aku mesti faham.

"Aku kejar kau sebab kau nak larikan diri...Aku just nak bagi hadiah ni je!"

"Bagi jelah dekat orang lain!" Tangan yang menghulur hadiah ditepis Ayla. Tepis hadiah bukan tepis tangan dia.

"Orang lain tu bukan kau!"

Terpusing-pusing bebola mata kawan baik kepada Ayla dan Irfan. Kepala ikut berpusing. Sekejap ke tangga kantin, sekejap lari sekeliling mereka berdua.

Nasib baik tidak menyebelahi Irfan, dia terlanggar tiang kantin. Luqman sudah bertepuk dahi manakala Safiyya sedaya upaya menahan ketawa tetapi gagal sebab Irfan terjatuh duduk atas lantai simen. Haa, tu lah berlari dekat lantai dipenuhi air mop tak kering lagi.

"Wahai permaisuri...di hatiku. Jangan lah kau pergi. Dari hidupku..." hujung ayat bernada lembut. Tanpa segan silu Irfan menyanyi sebaris lirik lagu tersebut untuk kekasih hati bernama Khayla Afifa. Tangan kanan memainkan melodi lagu dan sebelah lagi menekan nekan di hujung tali gitar. Dua belah telinga Ayla ditutup kemas oleh tangan sendiri.

"Banyak betul tenaga dia orang." kagum seminit melihat stamina Ayla dan Irfan. Luqman pula jenis melayanlah persoalan yang meloncat keluar dari mulut si Safiyya ini.

"Datang dari mana pula gitar dia bawa tu?"

"Mana ana tahu, anti tengok saja lah." Safiyya malas nak menoleh. Luqman yang memandang ke arah Safiyya.

"Eh, tetiba cakap arab pula. Ana tidak hingin nak tengok pun!"

Terkejut dengan perubahan Irfan termasuk kawan baik Safiyya. Siapa kejar siapa ini?

Safiyya menatap wajah Ayla. Ketika Irfan terlanggar tiang tadi, Safiyya nampak Ayla tersenyum. Bukan senyuman hambar tetapi senyuman manis bak gula. Yang pasti itu senyuman dirindui Safiyya. Mungkin memang benar ada hikmah kenapa mereka masih satu sekolah lagi di sini. Apabila irfan memandang Ayla semula terus senyuman bak gula itu menghilang.

"Saya bukan permaisuri di hati awaklah.
Eee...tolong lah jangan annoying sangat!" Herdik Ayla tanpa berlapik ayat. Ada meja-meja ditengah-tengah. Bila Ayla nak ke kiri, Irfan nak ke kiri juga dan bila Ayla nak ke kanan, Irfan nak ikut juga. Beg dihempas atas meja tersebut.

"Yang annoying ni...juga...lah ikhlas menerima perangai cuai kau tahu tak!" Ayat panjang lebar disebut pantas. Ayla buat-buat tak faham. Kepala dia teralih ke arah luar pagar sekolah. Ayla tersenyum lega.

Yes! Auntie Emma tiba tepat pada masanya.

Melihat Irfan termengah-mengah. Basah lecun dahi dia. Sepantas kereta api negara Jepun, dengan kekuatan yang masih tersisa. Ayla lari pecut memasuki kereta Auntie Emma.

Di sudut lain, Fakhrul seperti Safiyya dan Luqman terpaksa menyaksikan drama tiada watak latar belakang mereka berdua daripada tingkat atas. Lelaki itu tersenyum nipis.

"Asal, kau cemburu ke bila lelaki tu terhegeh-hegeh kejar crush kau?" Celah seseorang. Fakhrul tak payah toleh pun dah tahu itu suara orang yang suka buli dia.

"Tak kisah lah apa yang kau orang kutuk pasal dia...dia masih favourite senior aku. Tiada senior lain dapat gantikan tempat dia. Tiada siapa dapat gantikan tempat encik matahari!"

Fakhrul termenung seketika sebelum berfikir waras. Aku kena move on. Haah, Pelajar yang ingin menuruni tangga semalam ialah Fakhrul.

"Nope. Aku tak pernah berharap langsung pun Ayla suka aku balik janji dia sudi nak jadi kawan aku daripada stranger..."

"...Aku lebih bersyukur sebab nampak Ayla dah jadi ceria balik dan siapa yang tolong kembalikan balik diri Ayla yang dulu? Jawapannya lelaki itu..." Pelajar itu setia mendengar ayat noktah Fakhrul. Entah kenapa dia tiba-tiba berminat pula nak mendengar luahan hati seseorang dia benci ni.

"...Cinta pertama Khayla." Sambung Fakhrul lagi. Terangkat dua belah kening dia. Kalau betul apa yang Fakhrul maksudkan, kenapa sekarang gadis itu begitu benci kepada lelaki dekat bawah sana? Tertanya-tanya.

-akan bersambung-

Continue Reading

You'll Also Like

48K 4.4K 19
Leonello De Leonard ♡ Ayrish Marissa ♡ Tengku Karl Irfan. Ayrish Marissa, Sejak dia belajar di Itali lagi dia sudah diganggu oleh seorang stalker y...
20.8K 1.1K 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story...
880K 115K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...
10.2K 1K 60
BLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana...