ethereal

By Seungwwanio

4.6K 277 125

No idea More

0
Cafe
Everyday I Love You
Bestfriend
Revenge
Denda
Random Stuff
Random Stuff II
Random Stuff III (final)
Love
Cafe II (short)
Ice Cream
Attention
Exchange Student
Exchange Student II
Exchange Student III
Exchange Student IV
Exchange Student V
Exchange Student VI
Exchange Student 7
Married To My Best Friend Ex Fiancé
My Wife Is A Mafia Leader
My Cute Partner
Chase You
Marriage Contract
Neighbors Couple
Ghost Of You
Marrige Contract II
Marrige contract III
Not and update.Promote

Treatment

130 6 0
By Seungwwanio

"boleh tak berhenti main-main! Berapa umur kau? 12 ke hah! "

"ye okay okay. Aku series ni" Ali mengangkat kedua tangannya ke paras kepala "shesh Alicia, kau ni tak relax la. Asyik marah je, patut la takde orang nak dekat dengan kau "

"apa kau cakap!"alicia mengengam penumbuk. Habis Memerah padam mukanya. Matanya tajam menenung tepat ke dalam anak mata lelaki tu. Nampaknya lelaki itu menempah maut

Alicia mengeluarkan penumbuk ke depan terus membuatkan lelaki itu berasa cemas . Takut jika di belasah

" sorry sorry . Aku bergurau je" Ali gelabah lalu dia berjalan laju  meninggalkan Alicia di belakang "jom la jalan"

Alicia menjeling belakang kepala ali. Jika hilang sabar, mau di cekik lelaki ni sampai mampus

"haish sakitnya hati aku ni" Alicia membebel sendiri

"cepat la Alicia!"

"YELAH!"

Skip

"ouch sakitnya"

"berhenti mengadu sakit sebelum aku pukul kau" Alicia memarahi ali, Dia memapah lelaki itu perlahan-lahan. Badan lelaki itu sangat berat macam 50 kg beras

"kau ni, aku cedera pun masih nak berkasar dengan aku ke?" Ali memasam muka lalu dia melepaskan diri daripada Alicia "aku okay. aku boleh jalan sendiri"

Alicia menjeling ali "suka hati kau la tapi kalau kau jatuh. Padan muka"

"yelah" Ali berjalan dulu diikuti Alicia di belakang

"haih kau dah tahu komeng tu licik, kau pergi main-main tu kenapa? "

" aku tak sangka pulak orang tua kerdil tu kuat lagi" Ali mengerut dahi tak puas hati "dah tua pun berbisa"

Alicia memutar kedua bola matanya  "tulah jangan pandang orang sebelah mata"

Ali mengangguk faham lepastu mereka pun sampai ke bilik rawatan bersama-sama tapi Ali pelik kenapa Alicia nak masuk sekali?

"asal kau ada dekat sini?"

"kenapa aku tak boleh ada dekat sini?" balas alicia selamba

Ali melonjak sebelah kening. Apa gila ke Alicia ni?

"kau cedera ke?" tanya ali dan Alicia menggeleng

"habis tu kenapa kau ada dekat sini?"

"suka hati aku la" Alicia memandang ali atas bawah lalu dia menyilang lengan memeluk tubuhnya yang kurus itu  "kau nak rawat diri kau sendiri ke?"

Ali mengangguk "yelah, habis tu selama ni siapa rawat aku? Aku sendiri kan" Ali mencebik lalu dia masuk ke dalam bilik rawatan, dia meninggalkan Alicia di luar

Alicia berdengus marah dan masuk ke dalam juga dan tiba-tiba dia terkejut sebab dia nampak iman  berada di dalam bilik ni juga

"Ali, kenapa dengan awak?" tanya iman, perempuan itu mendekati ali untuk melihat keadaan lelaki itu dari jarak dekat "awak okay?"

Ali mengangguk lalu dia ketawa apabila dia lihat muka iman yang sangat risau itu "bertenang iman, saya okay"

Iman menggeleng " apa yang okay? awak cedera parah ni ali!" iman menyuruh ali duduk di katil pesakit sementara dia pergi mencari alatan dan ubat untuk merawat ali

"jangan pergi mana-mana sementara saya pergi cari barang tau!" iman meninggalkan ali dan pergi masuk ke dalam satu lagi bilik di dalam bilik rawatan itu

"baik"Ali ketawa melihat iman yang tergopoh gapah itu " comel" kata dia sendiri sambil tersenyum macam kerang

"siapa comel?"

Ternaik kedua bahu ali kerana terkejut apabila mendengar suara itu. Dia menoleh ke kanan dan dia nampak alicia sedang menyandarkan diri di tepi pintu. Dia diam seribu kata lagi apabila dia melihat perempuan itu menjeling tajam ke arahnya

Dia tergamam, kelu terus lidahnya. Air di dalam mulutnya serta merta kering sehingga dia tak boleh merasa apa- apa lagi

"siapa comel?iman?"

Ali menggeleng laju 

"aku dengar tadi kau kata  dia comel ali"

"siapa comel?" iman keluar daripada bilik dan dia nampak Alicia  berada di sini bersama ali "oh, hi Alicia!"

"hm"

"awak pun perlukan rawatan ke Alicia?" tanya iman dan Alicia menggeleng

"okay...."Iman mengangguk faham. Dia dapat merasakan aura tak baik daripada Alicia terhadap ali jadi dia pun berdiam diri

" terima kasih sebab carikan ubat  iman" Ali berterima kasih kepada iman. Dia mengambil sapu tangan kecil lalu dia menuang sedikit air dan mencuci dulu segala lukanya. Iman dan Alicia hanya memerhatikan ali yang kelihatan susah itu

"Ali, nak saya tolong awak sapukan ubat?" tanya iman dan tiba-tiba mereka berdua  rasa macam ada aura hitam di belakang . Iman rasa tak selamat jadi dia panik "ugh a-atau awak nak... Buat sendiri?"

Ali lihat di hujung matanya, Alicia seperti sudah bersedia nak bunuhnya jika dia benarkan iman bantu

Dia menggeleng laju "s-saya boleh buat sendiri... Iman, awak ada kerja kan lepas ni?" dia menukar topik untuk menyelamatkan iman

Iman mengangguk laju "ha'ah ye ye saya ada kerja.. Bye ali! Bye Alicia!" iman berlari keluar daripada bilik, meninggalkan ali dan Alicia sendiri

Skip

Ali mengendahkan Alicia dengan menyibukkan diri merawat diri sendiri . Dia tak merungut dan buat saja macam biasa  tapi tiba-tiba Alicia berdiri di depannya. Dia lihat perempuan itu menghulurkan tangan di depannya

"bagi sini, aku tolong"

Ali terpaku. Dia memerhatikan muka Alicia yang sudah memerah itu

"baik kau berhenti pandang aku sebelum aku cucuk mata kau tu" Alicia mengeluarkan dua jari dan ali sudah panik. Dia segera berikan sapu tangan itu kepada Alicia

Alicia mengambilnya lalu dia membantu ali mencuci luka di lengan lelaki itu

Ali tersenyum apabila dia melihat Alicia yang kelihatan sangat khusyuk membersihkan luka itu

"Alicia"

"hm?" Alicia mengangkat muka dan matanya pun bertembung dengan ali. Dia tergamam apabila dia lihat lelaki itu memberikan senyuman lebar kepadanya

"terima kasih"

Selepas mendengarnya, pipi Alicia terus bertukar merah, dia mengangguk perlahan lalu dia sambung mencuci luka ali tapi dia tak perasan yang dia tertekan tempat luka itu dengan kuat

"adoii sakit Alicia!" ali mengerang kesakitan

"alamak sorry" Alicia menjauhkan dirinya "tak sengaja"

Ali mengerut dahi "buat la elok²"

Alicia memutar kedua bola matanya "yelah" Alicia sambung membersihkan luka ali sampai siap

Skip

Dua tiga jam mereka menghabiskan masa bersama di bilik rawatan. Luka ali semuanya sudah di rawat tapi mereka masih tak keluar kerana mereka sibuk berborak pasal hal dunia

"kau tahu, semalam aku kena marah dengan ayah sebab comot " Ali mengadu "ayah kata kenapa aku tak jaga comot  . Aku macam... Asal aku nak jaga dia? Dia dah besar kot!"

Alicia ketawa

Ali memegang dada sendiri. Dia ingin berlakon sedih untuk mendapatkan simpati Alicia "kadang aku rasa comot tu anak kandung ayah hurm aku sedih la Alicia. Sampai hati ayah aku pentingkan comot "

"jangan dramatik sangat ali" Alicia memutar kedua bola matanya kemudian dia ketawa "comot senang dijaga daripada kau jadi aku faham kenapa ayah kau lebihkan comot"

"haish kau ni bukan nak backup aku" Ali memuncung bibir

"Sorry tapi tak sorry hahahaha" Alicia menjelir lidah dan ketawa lagi

"haish" Ali memerhatikan Alicia dan dia pun ketawa juga. Mereka sambung berborak lagi sampai la telefon mereka berbunyi menandakan general nak mereka melaporkan misi pada hari ni










The end

Continue Reading

You'll Also Like

11.6K 189 8
P/S : this my oldest fanfic and it is unedited so bear with the cringeness, alright? Whether it is a hero or an agent, anyone who is going undercove...
1.2M 54.5K 100
Maddison Sloan starts her residency at Seattle Grace Hospital and runs into old faces and new friends. "Ugh, men are idiots." OC x OC
170K 3.5K 46
"You brush past me in the hallway And you don't think I can see ya, do ya? I've been watchin' you for ages And I spend my time tryin' not to feel it"...
41.3K 2.5K 40
I don't have any right on this story this story only belong to its original writer for this apriciable work Abhyudaya IF-Rockerz From India forms