Fake It Till You Make It (gxg...

Von miztique__

28.5K 1.3K 501

[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut denga... Mehr

FITYMI 1
FITYMI 2
FITYMI 3
FITYMI - Characters Description
FITYMI 5
FITYMI 6
FITYMI 7
FITYMI 8
FITYMI 9
FITYMI 10
FITYMI 11
FITYMI 12
FITYMI 13
FITYMI 14
FITYMI 15
FITYMI 16
FITYMI 17
FITYMI 18
FITYMI 19
FITYMI 20
FITYMI 21
FITYMI 22
FITYMI 23
FITYMI 24
FITYMI 25
FITYMI 26
FITYMI 27
FITYMI 28
FITYMI 29
Epilog
EXTRA - Road Trip #1
EXTRA - Roadtrip #2
EXTRA - Roadtrip #3

FITYMI 4

961 33 5
Von miztique__

"Buang masa aku je ni"

Omel Dyla sambil menjeling papan tanda di pintu ofis di depannya. Perkataan 'Pejabat Hal Ehwal Pelajar' yang ditulis dengan ink berwarna kuning tertera atas plaque hitam itu. Kedua-dua tangannya menggenggam tali beg galasnya. Dalam kepalanya dah terfikir samada nak pergi dari situ dan tipu kat kawan-kawan dia yang dia dah jumpa HEP pasal hal Zain.

Tapi dia tak boleh. Dia tak mampu nak tipu mereka. Satu keluhan berat terlepas daripada bibirnya. Dia hampir nak melangkah pergi daripada situ bila ada suara memanggil dia daripada belakang. Aisy tersengih lebar lalu berlari-lari anak ke arahnya.

"Aisy? Kau buat apa kat sini?" Soal Dyla, cuak. Dalam kepalanya dah fikir seribu satu alasan yang dia nak lontar kalau-kalau kawan dia ni tanya macam-macam. Gadis atlet tu tersengih janggal, kertas di tangan kirinya diangkat.

"Aku nak kena bayar denda sebab kad matrik hilang"

"Lagi? Ni dah masuk dua kali, kan?"

Satu tawa terlepas daripada bibirnya. Belakang lehernya digaru perlahan. Mukanya memerah. "Erm, empat kali actually"Jawabnya, intonasi suaranya dia cuba untuk jadi acuh tak acuh. Mata Dyla terbeliak.

"Kau biar betul?"

"Bukan salah aku! Kad matrik tu kecik, and aku ni pelupa" Aisy cuba nak beri alasan bodoh. Dyla menepuk dahinya perlahan. "Kan ada lanyard? Kalung jela kat leher kau"

"Naik ruam lah! Leher aku ni sensitif sikit. Kau rasa kenapa aku tak pakai accessories kat leher?" Jawab Aisy, kalini intonasinya kedengaran desperate. Dyla tak dapat nak tahan diri dia daripada tergelak. Aisy mencebik bila penyakitnya dijadikan bahan jenaka. Gelak-gelak, kang kena kat batang hidung dia baru tau.

Dyla menggeleng kepalanya, jari telunjuk kiri dia mengesat air mata yang keluar sebab ketawa tadi. "Macam-macam problem la kau ni" Atlet tu menggulingkan bebola matanya, tangan kanannya mencapai tombol pintu ofis di depannya.

"Shuddup. Anyways, better aku masuk sekarang. Nanti sir bising. Makin bertambah denda aku"

"Nak aku teman?"

Kening Aisy terangkat sebelah. Mukanya confused bila dengar pelawaan itu. Dyla cepat-cepat reka alasan. "Erm, lagipun aku ada nak jumpa lecturer kat dalam ni" Ayat tu keluar tanpa mindanya sempat menapis. Tapi nampaknya kawan dia termakan dengan alasan tu.

"Oh, then tercegat apa lagi? Jom"

Dyla membontoti si Aisy ke dalam ofis tu. Anak mata birunya perhatikan tubuh kawannya yang melangkah ke kaunter informasi untuk serahkan borangnya. Dyla menelan liur lalu pusingkan tubuhnya untuk berjalan ke pejabat lecturer yang ditugaskan untuk jaga disiplin pelajar.

Setibanya dia di situ, kakinya menjengket untuk menjenguk ke dalam pejabat tu. Dalam hatinya berdoa agar lecturer tu takde so dia boleh bagi alasan kat geng dia nanti. Tapi apakan day, nasib tak menyebelahi dia bulan ni. Lecturer tu ada dalam pejabatnya, tengah berbual-bual di telefonnya. Nafas panjang ditariknya, dia cuba nak sediakan mental dan emosinya lalu dia ketuk pintu ofis tu tiga kali.

Satu suara garau memanggilnya untuk masuk. Dia menurut perintah lalu melangkah masuk ke dalam ofis tu.

-

Selepas hampir 10 minit dia menahan malu dan air mata dalam pejabat tu, akhirnya dia dibenarkan keluar. Macam-macam emosi yang dia rasa ketika tu. Sedih, pasrah, dan marah. Mungkin marah yang melebihi semua emosi dalam badannya. Dia mengusap mukanya, cuba nak tenangkan diri dia.

"Lama kau borak kat dalam"

Dyla tersentak, kembali ke realiti. Dia lupa yang dia masuk ofis HEP ni dengan Aisy. Muka curiga milik atlet tu menyapa pandangan dia. "Kau kat sini lagi?" Soalnya dengan nada terkejut. Makin berkerut dahi Aisy bila dengar soalan si Dyla tu.

"Yela. Dah alang-alang kau ada kat sini, aku ingat boleh kita jalan sesama balik dorm. Kau okey tak ni?"

Dyla hanya mengangguk sekilas. Tangan kirinya mencapai tangan kawannya. Tubuh Aisy dia tarik bersamanya. "Nanti aku citer. Jom balik" Maka, beredarlah mereka berdua daripada bangunan pejabat itu.

Minda Dyla masih terngiang-ngiang kata-kata lecturer tadi. Dia tau benda ni akan jadi, tapi entah kenapa dia still berharap ada orang boleh tolong dia. Dan harapan tu musnah bila kata-kata tu keluar daripada bibir lecturer dia sendiri.

Tangannya tiba-tiba ditarik kebelakang. Dia menoleh ke arah Aisy, bibirnya terbuka untuk tanya kenapa berhenti tapi bila anak matanya tertancap pada sign board besar di kirinya yang tertera 'Blok Lily', mulutnya ditutup semula. Oh, dorang dah sampai.

Bila mata birunya kembali fokus kepada muka kawannya tapi riak wajah pasif milik Aisy buatkan dia menjadi nervous tiba-tiba. "Apa?" Dia sempat bertanya sebelum badannya ditarik oleh Aisy ke kawasan parkir kereta pelajar. Si atlet tu tarik keluar kunci keretanya lalu unlock kenderaan model Peugeot 508 SW itu. Dyla terkebil-kebil memandang kawannya.

"Aku tak rasa kau nak balik sekarang. Kau nampak macam tengah serabut" Aisy lontarkan senyuman senget ke arah fashionista itu. Kepalanya ditelengkan ke arah keretanya yang berwarna biru gelap tu. "So, I thought I'll drive you to someplace yang kau boleh tenangkan fikiran kau. What do you say?"

Degupan jantung Dyla tiba-tiba menjadi laju, mungkin sebab tersentuh dengan gesture daripada kawan dia ni. Satu senyuman simpul menjadi jawapan.

"Jom"

-

"And here we are"

Anak mata biru Dyla memandang ke luar tingkap kereta. Sign yang tertulis 'Taman Rekreasi' dibacanya dalam hati. Boleh tahan ramai juga yang datang kat sini. Aisy perasan muka Dyla yang nampak ragu-ragu dengan lokasi ni jadi dia hanya lepaskan tawa perlahan.

"Kat luar ni nampak ramai sebab banyak taman permainan. So majoriti family bawak anak-anak dorang gi situ" Tubuhnya mendekat dengan bahagian belakang tubuh Dyla. Gadis mixed tu boleh rasa nafas kawannya pada bahunya yang terdedah. "Tapi kat bahagian dalam-dalam sikit ada je port-port yang tenang dan tak bising. Cantik pun cantik view dia"

Dyla cuba kawal degupan jantung dia. Dia bedehem lemah lalu tersengih ke arah Aisy di belakangnya. "Kau nak bebel je ke kat sini or nak tunjuk aku view yang cantik sangat tu?" Usik dia dengan nada bergurau. Aisy turut tersenyum lalu melangkah keluar daripada keretanya. Dyla menarik nafas panjang. Rambutnya dia perbetulkan dan dia check make up di mukanya. Padahal keluar dengan kawan dia je tapi entah kenapa dia rasa anxious sikit.

Lepas dia keluar daripada perut kereta, Aisy menekan punat di kuncinya untuk lock kenderaannya. Beg sempang miliknya dia betulkan. Senyuman kecil yang menampakkan lesung pipit di mukanya dia lontarkan pada Dyla. "Ready?"

Dyla mengangguk lalu berjalan ke arah kawannya. "Lead the way"

Sepanjang mereka berjalan masuk ke dalam kawasan taman tu, mata mereka disapa dengan permandangan indah. Pokok-pokok yang dijaga rapi, tiada satu sampah pun kelihatan atas tanah. Family, kumpulan-kumpulan kawan dan beberapa pasangan turut menikmati keindahan alam di situ. Aisy dorong dirinya ke kawasan tasik di hujung taman itu. Ada jambatan kayu yang berada atas tasik tu, yang membolehkan pengguna untuk menyeberang.

Aisy menyandarkan tubuhnya pada penghadang jambatan tu. Matanya mengerling ke arah Dyla yang masih terkesima dengan sekeliling dia. Tawa kecil terlepas daripada mulut dia. "Impressive kan?"

Dyla mengangguk laju, excited dengan taman ni. "Big time. How come kau tak pernah citer pasal tempat ni ngan kitorang sebelum ni?" Dengar soalan tu buatkan Aisy menggaru pipinya sebab awkward. "Erm, sebab tempat ni kinda personal to me. Kalau aku serabut aku datang sendiri. Safe haven la katanya"

"Then kenapa bawak aku?"

Satu jungkitan bahu menjadi jawapan. Senyuman lebarnya mencair menjadi senyuman simpul. "Kau nampak serabut sangat. And... Entah, aku ajak kau secara spontan je sebenarnya. Jadi, appreciate sikit eh sebab kau orang first aku bawak sini" Seloroh Aisy sambil tergelak besar, jelas dia tak biasa jadi sentimental. Dyla turut serta.

Mereka berdua diam seketika. Masing-masing pandang satu keluarga itik yang tengah berenang di tengah tasik. Aisy menguis-nguis kukunya, dalam mindanya cuba mencari ayat yang sesuai untuk mulakan bicara. Akhirnya, dia mengalah dan rasa better dia tanya secara direct.

"So.., what's on your mind?"

Dyla lepaskan keluhan berat lalu mengusap rambutnya ke belakang. "Remember yang korang suruh aku report pasal Zain kat lecturer?" Soalnya sambil menoleh ke arah muka Aisy. Perempuan tu mengangguk tanda dia ingat. "Well, aku dah report tadi and jangkaan aku betul"

"Dorang..., Tak bole nak buat apa-apa?" Soal kawannya dengan dahi yang berkerut.

"Ye. Kata kalau aku takde bukti then aku tak bole nak report. Tapi lecturer tu pandang aku funny tau like I was being delusional and all" Kedua-dua tangannya direhatkan pada penghadang jambatan tu lalu letakkan kepalanya atas tangannya. "Like aku yang overacting"

"Shit... Then now what? Takkan kau nak biar je mamat tu keep harassing you after this?"

Dyla menjungkit bahu. Makin benamkan muka dia pada lengannya. Perkara ni yang buat dia rasa serabut sangat tu. "I don't know..." Bisiknya perlahan.

Tengok reaksi Dyla sebegitu buatkan Aisy menggigit lidahnya, paksa dirinya untuk berdiam diri. Taknak makin serabutkan kepala kawannya tu. Dia lepaskan nafas berat lalu melontarkan pandangan ke arah tasik di depan mereka sekali lagi.

"At this rate, rasanya yang bole buat mamat tu back off sekejap just another protective boyfriend or something. Dia kata kau still takleh moveon sebab kau single. Mungkin kalau kau date someone then dia stop" Matanya kembali tertancap pada muka gadis mixed tu. Kedua-dua keningnya terangkat. "Kau ada suka mana-mana lelaki tak kat department kau?"

Dyla terdiam seketika lalu menggeleng perlahan. Kepalanya diangkat dan satu nafas dalam dia tarik perlahan. "Takde sorang pun daripada dorang yang type aku"

Aisy memusingkan badannya lalu sandarkan belakang tubuh dia pada railing tu. "Takyah ada relationship betul-betul pun takpe rasanya. Fake date any of the boys, just to make the bastard backs off for a while" Tak sempat dia nak panjangkan lagi ayat dia, telefonnya tiba-tiba berdering. Dia menyumpah sekilas lalu angkat panggilan tu, meninggalkan Dyla memproses cadangan dia seorang diri.

Mata biru Dyla melirik pada belakang badan Aisy. Perempuan di depannya ni selalu bagi idea-idea bodoh dan tak masuk akal. Tapi kali ni idea dia Dyla boleh tolak ansur.

Mungkin dia patut cuba.

Miztique.__

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
3.9K 255 18
Mari kita cerita fasal satu love tropes dimana yang lebih tua adalah lebih pendek dan lebih muda adalah lebih tinggi malah mereka suka bergaduh. Dah...
3.3K 158 6
Lama sangat menyingle, Angel Webster dikahwinkan secara paksa dengan Emilia Morgan. Kedua-dua mereka ada hubungan lalu yang manis namun hancur pada T...
65.8K 1.5K 24
" kau bodoh ke ? Kalau aku minat perempuan pon bukan yang macam kau ! " - Tina Ernica " aku cuba nafikan perasaan aku dekat kau tapi hati aku tak izi...