My Love, Dr.Ghamiya

By LoveBlack_Roses

28.2K 2.2K 3K

***3rd story*** Status: on going Tengku Qayyum Qadir X Raja Ghamiya Sophia Kalau nak lebih faham jalan cerita... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52

Bab 22

415 44 56
By LoveBlack_Roses

Kelopak mata yang terasa berat untuk dibuka, dicelik perlahan. Rasa menyesal sebab lupa off alarm. Memandangkan hari ini hari cutinya, dia ingat nak berhibernasi hingga ke petang tetapi bunyi alarm mematikan niatnya. Mia bangun dan duduk di atas katil sambil meregangkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Meja belajarnya ditenung lama sebelum mata kuyunya terkatup perlahan-lahan sehingga badannya direbahkan semula. Mia akhirnya terlena sekali lagi. Demi assignment, Mia sanggup bersengkang mata hingga pukul empat pagi.

Mia terbangun dari lenanya apabila dirasakan dia mendapat tidur yang cukup.

Telefon bimbitnya yang berada dalam mode silent dicapai.

"Fuyooo! Enam puluh lapan missed call!"

Apabila dibuka, nama Qayyum berada di tempat yang paling teratas iaitu enam puluh satu missed call, kemudian diikuti Tengku Hanisah, empat. Seterusnya Inara, dua dan akhir sekali Raja Ghazali satu missed call. Mia geleng.

Nanti-nanti je lah dia call back insan-insan bertuah ni semua. Mia meletakkan semula handphone di atas bedside table tanpa dia sedar salah satu jari jemari runcingnya tertekan sesuatu pada skrin telefon bimbitnya itu.

Dua bingkai gambar kaca atas meja belajarnya dicapai. Sebelah kanan tangannya ialah bingkai gambar dia dan ahli keluarganya semasa bercuti di Korea beberapa tahun yang lalu.

"Rindunya Mia kat mama dan papa. Mia janji, hujung bulan ni Mia balik rumah jenguk mama dan papa ya." Frame gambar tersebut dibawa ke bibirnya, kemudian diletakkan semula di tempat asalnya.

Bingkai gambar yang berada di sebelah kiri tangannya pula dibawa menuju katil. Gambar yang diambil secara curi-curi bertahun yang lepas ditenung lama.

"Hmmm, kenapalah abang ni handsome nak mateyy?! Kalau handsome je takpe lah juga. Ni siap dengan pakej playboy, benci tau tak! Huhh!" Mia menjetik frame tersebut melepaskan geram.

Tidak lama kemudian, jari jemari halusnya mengusap lembut bingkai gambar Qayyum yang sedang membaca buku di perpustakaan itu.

"Mia mengaku, Mia sebenarnya masih sayang dan cintakan abang. Dari dulu perasaan Mia pada abang tak pernah berubah. Mia cuba nafikan hati sendiri sebab Mia tak nak perkara lama berulang kembali. Mia bukan tak cuba untuk lupakan abang, tapi entahlah. Susah. Lebih-lebih lagi dengan layanan baik abang sampai buatkan jiwa Mia tak tenteram."

Keluhan berat dilepaskan.

"Mia minta maaf sebab masih tak mampu terima abang. Mia takut kalau semua tu cuma ilusi dan khayalan Mia semata. Mia takut bila Mia serahkan hati Mia pada abang, lepas tu abang cari perempuan lain, dan Mia pula abang tinggalkan macam sampah. Mia tak sanggup tanggung rasa sakit tu lagi." Luah Mia pada gambar milik Qayyum. Air jernih mulai menitis dari tubir matanya.

Matanya dipejam erat.

"Ya Allah. Berikanlah aku petunjuk dan jalan yang terbaik dari Mu. Kuatkanlah hatiku untuk menerima ketentuan takdir hidupku ini Ya Allah."

Mia meletakkan semula bingkai gambar Qayyum di atas meja sambil berlalu ke bilik air. Sesi bercakap seorang dengan gambar tak bernyawa dah tamat. Sekarang giliran Mia untuk membersihkan dirinya.

Tuala yang tersangkut pada ampaian besi ditarik dan langkahnya diatur menuju ke tandas yang terdapat dalam bilik tidurnya.

"Jangan dipaksa bila semua telah berbeda~ Untuk apa pertahankan jika kita tak sejalan~ Jangan salahkan untuk semua kenangan perpisahan ini..pilihan yang terbaik~"

Dengan penuh semangat Mia menyanyikan lirik lagu yang menggambarkan perasaannya ketika ini tanpa dia sedar ada telinga lain yang mendengar celoteh dan luahan hatinya sejak tadi.

Hujung bibir Qayyum ternaik. Sudah lama dia menantikan detik dan saat ini dimana Mia meluahkan perasaannya meskipun mereka tidak bersua muka.

Pada mulanya, dia juga tidak percaya apabila sebaris nama Mia muncul menelefonnya. Apabila diangkat, dia tidak sengaja mendengar luahan isi hati si gadis. Dari situlah Qayyum yakin jika Mia tersalah tekan. Sejak kejadian marathon tempoh hari, mereka berdua saling bertukar nombor telefon setelah dipaksa tegas oleh Qayyum sendiri. Alasan, jika ada apa-apa yang berlaku senang nak cari dan Mia akhirnya mengalah.

Mia panggung kepala. Kedengaran loceng rumahnya ditekan beberapa kali dari luar.

"Siapa pula yang datang melawat ni? Aku dah nak keluar kut!"

Langkahnya diatur menuju ke pintu utama. Dan apabila dibuka, terpampang wajah tampan Qayyum terhias di depan matanya.

Wajah Mia berkerut. Hairan bin pelik.

"Buat apa kat sini? Nak kutip sewa rumah ke?" Sinis Mia tenang. Tangannya dilipatkan ke dada sambil matanya turun naik memerhatikan penampilan Qayyum. Baju polo berwarna kuning dan seluar jenis ripped jeans berwarna indigo blue yang digayakan oleh lelaki itu sangat sesuai dengan tubuh kekarnya. Dalam hati sempat Mia memuji ketampanan Qayyum.

Mia menyandarkan bahunya pada pintu yang separuh terbuka.

"Tersengih-sengih! Dah bisu ke?"

Kini giliran Qayyum memerhatikan pakaian Mia. Denim jacket dan floral dress berwarna hitam dengan rambut panjangnya yang dilepas bebas benar-benar menguji keimanan lelakinya.

"Abang tak kutip sewa rumah, tapi abang nak kutip baby abang yang tercicir. Jum, kita dating nak?" Pelawa Qayyum dengan senang hati.

Mia jongket dahi. Apa Qayyum ingat dia ni sampah ke nak kutip-kutip bagai. Macam tahu-tahu je dia nak keluar. Tepat masa pula tu muncul.

"Tak nak!"

"Why?"

"Takut nanti ramai perempuan yang patah hati tengok abang keluar dengan Mia. Kesian abang. Jatuh saham. Dah ar! Pegi balik! Mia tak nak keluar dengan abang. Kalau abang takut bosan, carilah mana-mana perempuan dalam contact list abang tu untuk teman abang. Confirm, belum abang ajak, diorang semua dah setuju. Takda apa-apa lagi kan? Bye!"

Selesai menghalau, Mia menolak daun pintu tetapi sempat ditahan oleh satu tangan asing. Siapa lagi kalau bukan Qayyum.

"Berapa kali abang nak cakap yang abang nakkan Mia, nakkan Mia, nakkan Mia! Apa yang susah sangat Mia nak faham?! Banyak kali dah abang ulang benda yang sama, ABANG TAK NAK PEREMPUAN LAIN. ABANG CUMA NAK MIA!" Tegas Qayyum dengan wajah bengisnya.

Mia guling mata ke atas. Boleh caya ke?

"Tapi Mia tak nak abang. Tak nak abang! Tak nak abang! Susah sangat ke abang nak faham?"

Qayyum berdecit. Dah terang lagi bersuluh, masih nak menipu juga ke? Sambil menahan pintu daripada terkatup, Qayyum menarik keluar Iphone dari poket jeans. Bahagian rakaman dibuka dan disuakan kepada Mia.

'Mia mengaku, Mia sebenarnya masih sayang dan cintakan abang. Dari dulu perasaan Mia pada abang tak pernah berubah.'

Apalagi, terbuntang mata Mia mendengar suara sendiri di corong telefon bimbit milik lelaki itu.

Qayyum tayang riak puas hati.

"Masih nak mengelak?"

Mia kemam bibir sendiri sambil berfikir. Mana Qayyum dapat semua ni? Qayyum pasang cctv ke dalam rumah dia atau.....

"Abang pasang alat rakaman dalam rumah Mia ke?! Baik abang jujur!"

Perlahan Qayyum angguk. Sekali lagi mata Mia hampir tersembul keluar.

Tak! Tak mungkin!

"A-abang ti-tipu kan? Tu-tu bukan suara Mia. Tu suara orang lain kan? Kan? Abang sengaja nak kenakan Mia kan?" Bangkang Mia tak nak kalah sedangkan dalam hatinya menggelabah hampir nak terkucil. Kalau betul Qayyum pasang alat rakaman, matilah dia! Hampir setiap hari dia memaki hamun gambar lelaki itu.

"Okey, kalau baby masih tak percaya, biar abang teka. Kat dalam tu, atas bawah, baby pakai colour beige kan?" Qayyum melirikkan bebola matanya memandang tubuh Mia dan bibirnya memuncung ke arah dada dan bahagian bawah abdomen Mia memaksudkan pakaian dalam si gadis. Keningnya dijongket beberapa kali gaya mengusik.

Darah merah mulai menyerbu apabila tekaan Qayyum seratus peratus tepat. Mia menyilang tangannya melindungi apa yang patut.

"Yo-youuuuuuu! How dare you Tengku Qayyum Qadir!!" Telunjuk kecilnya dituju tepat di depan muka Qayyum. Berdekah Qayyum tertawa melihat wajah kemerahan Mia. Malu le tu!

Sebenarnya dia tak tahu menahu pun tentang warna tu, saja main teka. Tak sangka pula betul.

"Bila abang ceroboh masuk rumah Mia hah?! Baik abang ambik balik barang abang kat rumah Mia tu!" Tengking Mia yang semakin panas hati melihat lagak Qayyum yang berjaya mengenakannya.

"Tengok ar macam mana nanti. Tunggu abang ada mood, abang ambik eh. Sekarang ni baby teman abang jalan-jalan du----"

"NO!"

"So baby cabar abang lah ni? Saja nak ingkar arahan abang?"

Meskipun kata-kata yang dilontarkan oleh Qayyum tampak bersahaja, tetapi masih terselit amaran tegas.

Mia angguk. "YES!"

Dengan sekali tolakkan, pintu rumah Mia terbuka luas dan Qayyum dengan tenang meloloskan diri ke dalam tanpa mempedulikan suara burung murai yang masih membebel melihat tindakannya.

"Hoi! Tak malu ke masuk rumah anak dara orang macam tu! Keluar sekarang!" Mia menarik lengan Qayyum supaya beredar sebelum perkara buruk berlaku.

Qayyum menanam kakinya daripada bergerak sambil matanya melilau ke sekeliling ruang tamu rumah Mia. Simple but nice. Jari jemari sebelah kanannya pula sibuk bermain dengan skrin telefon bimbitnya. Langsung tidak terkesan dengan tindakan kasar Mia.

"Ishhh abang ni! Keluarlah!"

"Tunggulah kejap baby. Abang nak call JAIS minta datang sini temankan kita." Balas Qayyum mudah sambil menekap telefonnya di sebelah telinga.

Melopong Mia mendengar jawapan Qayyum. Qayyum ni memang nak cari pasal gamaknya!

Tangannya cuba merampas handphone Qayyum tetapi lelaki itu lebih tangkas mengelak. Terlompat-lompat kaki pendeknya cuba mencapai objek segi empat tepat itu dari genggaman Qayyum tetapi gagal.

"Okey fine! Mia kalah. Mia keluar dengan abang. Please jangan buat macam ni..." Mia menyusun sepuluh jari merayu supaya Qayyum menghentikan perbuatannya.

Memanglah Mia sayangkan lelaki itu, tapi tak bermaksud mereka harus menghalalkan hubungan dengan cara terkutuk macam ni.

Qayyum menyimpan semula handphonenya. Nak call JAIS konon, nombor pun tak ada.

Wajah Mia ditenung dalam-dalam.

"Nak bantah abang lagi tak?"

Memuncung bibir Mia sambil kepalanya digelengkan.

"That's my girl!" Qayyum menggosok kepala Mia sebelum ditepis si gadis.

"Handbag mana?" Tanya Qayyum lagi.

"Ni" Mia angkat sling bagnya depan Qayyum.

"Jum gerak!"

Mia mengekori langkah Qayyum dari belakang.

"Dasar ditaktor tak bertamadun! Sepak kang!" Gumam Mia dengan suaranya yang terpaling perlahan.

"Sepak ar kalau berani! Ada juga yang mengandung sebelum nikah nanti aku kerjakan!" Ugut Qayyum selamba setelah mendengar suara langau yang berbisik di belakangnya.

Serta merta mulut Mia terkatup. Tajamnya telinga dia ni. Mia memicingkan matanya.

"PERVERT! Otak tak pernah nak bersih. Asyik fikir benda merepek je! Gatal! Miang keladi buluh!" Dengus Mia geram.

"Keluar dengan baby otak abang memang tak pernah suci. Dalam kepala abang ni terbayang-bayang tu ----"

"SHUT UP! DISGUSTING!" Mia menekup kedua belah telinganya dan berlari meninggalkan Qayyum di belakang. Tak sanggup mendengar Qayyum meneruskan kata-kata yang berbaur hal tak senonoh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Qayyum & Ghamiya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tttrrrrr..... Ttrrrrr.....

Getaran yang terhasil daripada Iphonenya dijeling sekilas.

"Jangan lupa ambil ubat dekat farmasi ya. Next appointment bulan depan. Thank you.''

Setelah bayang pesakitnya hilang disebalik pintu, Mia laju mencapai handphonenya dan menggesek icon hijau ke tepi. Selagi tak diangkat, pemilik nama 'Si Miang Keladi' itu akan terus-terusan menelefonnya.

"Hah! Nak apa?!"

Tanpa salam, Mia terus menghamburkan soalan.

"Assalamualaikum baby. Garangnya baby manja abang ni ya." Usik suara nakal di hujung talian.

Mia tahan tekak. Rasa nak terkeluar segala isi-isi makanan yang dinikmati olehnya ketika bersarapan pagi tadi.

"W'salam. Nak apa? Saya tengah busy ni!

"Nak baby. Jum teman abang lunch. Kalau baby takda, abang tak lalu makanlah yang."
Rengek Qayyum manja.

Tangannya yang sedang menulis di atas kertas terhenti tatkala mendengar pelawaan Qayyum. Pen yang berada di jarinya digenggam kemas. Rasa nak meletup saja kepala otaknya. Makin dilayan makin menjadi miang si Qayyum ni.

''Sorry, Mia tak boleh. Mia dah janji dengan boyfriend Mia nak lunch sama. Takda apa-apa lagi kan, Mia nak sambung siapkan kerja. Kejap lagi boyfriend Mia datang sini jemput Mia. Bye!'' Mia terus mematikan panggilan sebelum Qayyum sempat membalas.
Mia tergelak sendiri mendengar lawaknya.

"Kau ingat kau seorang je ke boleh jadi playboy? Aku pun boleh lah..."

"Tapi bo'ong! Hahahaha" Mejanya ditepuk kuat sambil sambung ketawa. Teringin juga nak tengok wajah masam mencuka Qayyum tika ini. Mesti bengang giler mamat tu.

Mia sambung semula menyiapkan kerjanya dengan gelak tawanya yang masih tersisa.

Qayyum yang berada di hujung talian mencengkam erat handphone milik. Rahang runcingnya bergerak menahan amarah yang hampir meletus.

Kata-kata Mia beberapa minit yang lalu benar-benar menyesakkan jiwa raganya!

"ARGHHHHHH!!"

Prangggg!

Dengan sekali tumbukan, berkecai cermin kaca yang terdapat di ruang pejabatnya itu. Darah merah yang menitis laju diabaikan. Luka di tangannya tidak sesakit luka di hatinya apabila mendapat tahu Mia kesayangannya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Bebola mata Qayyum tajam menikam ke arah cermin kaca yang retak dengan serpihan-serpihan yang bertaburan di atas lantai. Nafasnya turun naik apabila mengenangkan senyuman Mia yang dihadiahkan buat lelaki lain.

"Sampai hati kau Mia! SAMPAI HATI KAU BUAT AKU MACAM NI! KAU TAK BOLEH ADA LELAKI LAIN MIA! AKU TAK IZINKAN SESIAPUN RAMPAS KAU DARI AKU MIA! LANGKAH DULU MAYAT AKU!!!" Hambur Qayyum lantang.

Aryan dan Ghazi berpandangan antara satu sama lain. Buka je pintu pejabat milik Qayyum, mata mereka terhidang dengan pemandangan yang kurang menyenangkan.

"Pehal kau ni? Berdarah-darah macam ni?" Soal Aryan sambil memerhatikan sekeliling yang sedikit huru hara. Aryan dan Ghazi menghampiri Qayyum yang diam tidak berkutik.

Ghazi melonggarkan tali lehernya dan ditarik sehingga terlepas dari lipatannya. Tangan Qayyum diambil dan diikat menggunakan tali lehernya untuk menghentikan pendarahan.

"Jum, ikut aku! Kita orang hantar kau pergi hospital sekarang. Bahaya ni kalau dibiarkan lama-lama. Boleh kena infection ni." Bebel Ghazi gaya mak-mak yang memarahi anaknya. Aryan yang berada di sebelah kiri Qayyum terus menyauk bahu lelaki itu untuk dibawa ke hospital.

Qayyum tidak membantah. Otaknya tepu. Kosong. Langsung tidak dapat memproses apa yang diperkatakan oleh dua sahabat baiknya itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Qayyum & Ghamiya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Latex gloves yang tersarung pada tangannya ditarik dan dibuang ke dalam tong sampah khas. Kakinya mulai melangkah keluar dari wad kecemasan dan ingin berlalu ke tingkat atas sebelum telinganya menangkap beberapa suara yang agak familiar di pendengarannya.

Mia berhenti seketika dan berjalan secara mengundur. Lehernya dipanjangkan ke belakang untuk mengintai di bahagian ruangan menunggu.

"Abang?!"

Mia terus berlari mendapatkan Ghazi apabila matanya tertancap ke arah tangan abangnya yang dipenuhi darah.

Ghazi tersentak diikuti oleh Aryan dan Qayyum apabila melihat susuk tubuh Mia yang sudah berdiri tegak dihadapan mereka bertiga.

"Abang buat apa kat sini? Kenapa tangan abang luka-luka ni? Abang gaduh eh?!!" Mia membelek tangan Ghazi yang tercalit darah yang sudah kering.

"Bukan aku yang luka. Ni ha! Laki kau ni. Aku tolong hantar je." Ghazi menyiku kawan baik disebelahnya tetapi Qayyum hanya memandang ke tempat lain. Rasa sebal apabila mengenangkan kata-kata Mia sebentar tadi.

Mia yang baru tersedar akan kewujudan Qayyum dan Aryan mengalihkan pandangnya ke arah tangan Qayyum yang diikat menggunakan sesuatu yang agak panjang seperti tali leher.

Mia menundukkan sedikit badannya untuk memeriksa tangan Qayyum tetapi jejaka itu lebih pantas menyembunyikan lukanya ke belakang. Bibirnya diketap erat! Langsung tidak memandang ke arah si gadis.

Mia terkesima melihat reaksi Qayyum. Dah kenapa pula buat muka macam nak ajak gaduh ni?

Aryan dan Ghazi juga seperti Mia. Seakan tidak percaya melihat perwatakkan Qayyum yang seperti kanak-kanak merajuk tidak mendapat mainan.

"Aku rasa, aku dah tahu punca tangan kau ni berdarah." Kata Ghazi tenang. Aryan menjatuhkan kepala beberapa kali menyokong statement yang dikeluarkan oleh Ghazi.

"Setuju. Hurmm.. Macam ni lah Mia. Mia tolong tengokkan luka Qay ya. Sekali tolong rawat, boleh?" Mia angguk dengan senyuman tipis terukir.

"Maklumlah, luka orang kurang kasih sayang ni lain macam sikit. Nak perhatian lebih lah katakan." Sindir Aryan lagi menjeling sekilas ke arah Qayyum.

"Di jum! Lepak cafe. Tiba-tiba pula perut aku ni meraung minta diisi." Ajak Aryan yang sudah bersedia berdiri.

"Yalah. Mata aku pun dah hampir buta tengok drama geli-geli ni. Merajuk konon. Hempuk kang, apapun tak dapat!" Omel Ghazi tanpa mempedulikan mata laser Qayyum yang mencerlung tajam ke arahnya.

"Biarlah diorang tu uruskan hal rumah tangga mereka. Nanti kau tu pun sama macam tu gak. Sekarang memanglah tak. Tunggu dah ada makwe nanti baru kau rasa apa yang Qay rasa. Dah! Jum!" Perli Aryan sedas membela Qayyum sambil berjalan meninggalkan pasangan itu menyelesaikan masalah mereka.

Kini hanya tinggal Mia dan Qayyum berada di ruang menunggu.

Mia mengambil tempat di sebelah Qayyum. Sekali lagi Mia cuba menggapai tangan Qayyum yang luka teruk itu tapi sempat ditepis.

"Abang Qay janganlah degil macam ni! Nanti makin teruk luka abang tu." Pujuk Mia yang masih berlembut hati melayani karenah manja Qayyum.

Qayyum buat tak endah. Padahal dalam hati berbunga-bunga mendengar suara lembut itu memujuknya. Pujuk lagi Mia, pujuk lagi!

"Abang? Abang Qay dengar tak saya cakap apa ni? Bagilah Mia tengok luka tu."

Qayyum masih tidak memberi respon.

Mia mendengus geram! Tak nak sudah. Mia yang sudah berputus asa dengan tingkah laku Qayyum mulai berdiri dan berura-ura untuk meninggalkan saja si dia disitu. Banyak lagi nurse dan doktor yang boleh tolong rawatkan budak manja ni.

"Siapa lelaki tu?"

Kaki Mia terkaku dari terus melangkah mendengar soalan yang meluncur keluar dari bibir yang tadinya bisu dan tidak mahu bercakap dengannya itu.

Mia berpaling semula ke arah Qayyum. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket baju scrubnya. Punggungnya dilabuhkan semula disebelah Qayyum.

"Lelaki mana pula ni?" Soal Mia dengan wajah tenang. Matanya dan Qayyum bertentangan.

"Lelaki yang date dengan Mia. Siapa lelaki tu?"

Mia ketap bibir menahan gelak tawanya yang hampir terhambur. Jadi inilah punca utama luka di tangan dan rajuk cemberut di wajah tampan itu.

"Kenapa abang nak tahu?" Mia masih dalam mode mengusik. Suka melihat reaksi cemburu itu. Muka merah, mata merah, sekali dengan telinganya merah hampir mengeluarkan asap.

Marah dan cemburu mulai menguasai diri Qayyum.

"Sebab kau tu milik aku! Jadi aku berhak tahu!" Balas Qayyum dengan suaranya yang naik seoktaf. Langsung tidak mempedulikan mata-mata yang memerhati.

"Sejak bila pula Mia ni jadi milik abang? Abang lupa ke abang pernah cakap yang Mia ni tak layak untuk abang? Sekarang ni kenapa tiba-tiba nak claim Mia milik abang pula?" Mia menongkat kepala menggunakan siku sambil menghadap Qayyum. Kaki kanannya disilangkan di atas kaki kiri. Lagak seorang psiko yang cuba menyeksa jiwa raga si mangsa.

Qayyum melepaskan keluhan berat.

"Kan abang dah minta maaf. Abang tahu abang dah buat silap besar sebab cakap macam tu dulu. Mia tolonglah jangan ingat lagi hal yang dah lepas. Abang minta maaf. Abang mengaku abang salah. Please, forgive me?"

"Dahlah, Mia malas nak bincang hal tu. Sekarang ni Mia bagi pilihan. Abang nak ikut Mia atau tak? Kalau abang degil, abang duduk je lah kat sini. Tunggu giliran nurse panggil nama abang. Saya pun ada banyak kerja lagi nak kena settle ni." Tidak sampai beberapa saat, Qayyum terus bangkit dan mengekori langkah Mia.

Mia geleng kepala dan simpan senyum melihat Qayyum yang berada di belakangnya.

Tahu takut!

Qayyum menarik lengan Mia setelah dirasakan ada yang kurang.

"Apa?"

"Sayang tak jawab lagi soalan abang. Siapa lelaki tu?!"

Hola hola.....Sorry tau lama menghilang. Ada yang rindu Mia tak? Ke rindu author nak update next chapter... Hahahaha

Author bagi peluang korang vote banyak-banyak malam ni. Kalau banyak vote, author publish next chapter untuk korang semua. Jangan lupa komen tau... rindu nak borak dengan u ol.

Continue Reading

You'll Also Like

4.9M 182K 39
Akibat perjodohan gila yang sudah direncakan oleh kedua orang tua, membuat dean dan alea terjerat status menjadi pasangan suami dan istri. Bisa menik...
815K 2.8K 14
LAPAK DEWASA 21++ JANGAN BACA KALAU MASIH BELUM CUKUP UMUR!! Bagian 21++ Di Karyakarsa beserta gambar giftnya. 🔞🔞 Alden Maheswara. Seorang siswa...
424K 47.1K 45
Ini adalah Kisah dari Kila. Kila Prastika yang ternyata memiliki seorang bapak kos yang kebelet kawin ... "Nikah sama saya, kosmu gratis seumur hidu...
1.9M 27.4K 44
Karena kematian orang tuanya yang disebabkan oleh bibinya sendiri, membuat Rindu bertekad untuk membalas dendam pada wanita itu. Dia sengaja tinggal...