[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊�...

By Antashcya

5.3K 204 33

⊱ᴋᴀʀʏᴀ ᴋᴇᴛɪɢᴀ ᴀɴᴛᴀsʜᴄʏᴀ⊰ "𝑂𝑛𝑐𝑒 𝐼 𝑓𝑒𝑙𝑙 𝑖𝑛 𝑙𝑜𝑣𝑒, 𝐼'𝐼𝐼 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑙𝑒𝑡 𝑖𝑡 𝑔𝑜" Jatuh cint... More

𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝑰𝒏𝒕𝒓𝒐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟓
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟏
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟖
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟗
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟎
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟏
ANNOUNCEMENTS 🚨📢
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟐
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟑
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟒
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟓
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟔
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟕
𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟐𝟖

𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟏

474 7 0
By Antashcya

"𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐"
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

"𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆"
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

YASSIN FIRHAN AL-RIZQ melangkah masuk ke dalam kelas 5 STT yang dikenali sebagai kelas troublemaker atau budak nakal walaupun kedudukan kelas mereka agak tinggi antara kelas-kelas yang lain. Hari ini, adalah hari pertama dia menjadi guru tetap subjek Sains Komputer dan PJPK setelah mengantikan guru yang berpindah akibat dari kes yang dilakukan oleh 5 STT.

Semua mata para pelajar perempuan melekat tajam tanpa berkedip menatap wajahnya yang tampan dan mempersona. Auranya yang seolah-olah menarik mata untuk tidak berkutik dan tetap mengamati lekuk wajahnya.

Iris juga ikutkan terpesona dengan keindahan ciptaan Tuhan. Matanya tidak fokus sehingga gadis itu melupakan tugasnya.

"Ya Allah, semoga jodohku sepertinya." ucapnya dalam hati spontan.

"Monitor?" soal jejaka yang bersiap sedia untuk menerima salam dari muridnya dan diikuti jawapan tidak datang oleh beberapa orang murid serentak.

"Asisten monitor?" terus tersedar Si Penolong Ketua Kelas, IRIS RAYHANA daripada angan-angannya apabila lengannya disiku kecil oleh Si Sahabat, Farhana.

"Saya?" berkerut seribu dahinya.

"Ketua tak ada, bagi salam." arahnya sambil jari jemari memperlihatkan teg nama yang terlekat dia baju untuk memudahkan urusan Iris.

Matanya dengan iris mata nan indah ditutup oleh lens berwarna hitam dikecilkan untuk memastikan adakah betul nama yang dibaca. Entah kenapa hari ni tiba-tiba ada mood nak pakai lens.

Sekolah Akedemik Bangsa bebas dari peraturan ketat. Murid hanya didenda sekiranya melakukan jenayah seperti membuli, merokok dan kesalahan-kesalahan berat lain. Bebas bukan?

"Betul ke nama dia Yassin? Rarenya, tak pernah-pernah aku jumpa orang nama Yassin." bisik Iris di dalam hati.

"Aku dahlah aku tak nampak jelas teg nama dia sebab lens ni."

"Erk.. Selamat Sejahtera Cikgu Yas... Sin." tangan diletakkan di dada sebelah kiri dan badan di bungkuk sedikit setelah selesai menyebut nama Si Jejaka dengan nama Si Jejaka berhenti di 'tengah jalan'. Semua anak murid pun turut memberikan salam.

"Saya rasa awak semua tahu saya yang ganti cikgu sebelum ini. Jadi, let me introduce myself." Iris dengan posisinya di baris meja kedua di hadapan asyik memerhatikan Yassin. Tanpa dia sedar ada seseorang yang memerhati.

"Saya, Cikgu Yassin Firhan Al-Rizq. Tapi teg nama saya aje yang ditulis Yassin. You all can call me Cikgu Firhan or Sir Firhan. Jangan salah pula. Get it asisten monitor?" mata Yassin terus menghadap Iris. Terus saja Iris melarikan pandangannya ke bawah. Malu.

"Any question before our start?" tanya Yassin. Dan, ramai yang mengangkat tangan.

"Umur sir Firhan berapa?"

"Sir single ke?"

"Cikgu! Macam mana saya nak jadi handsome macam cikgu?"

"Sir punya account IG apa?"

"Cikgu bagi tips sangkut ramai awek."

"Saya tak akan jawab yang pelik-pelik ya. Biarlah rahsia. Make sure soalan yang berkaitan dengan pembelajaran. Kalau tak ada apa-apa, keluarkan buku teks Sains Komputer." perintahnya dan terdengar beberapa bunyi keluhan daripada beberapa orang.

"Assistant monitor, datang sini sekejap." Iris yang tadinya terlelap sambil bertongkat dagu tersentak dan bangun.

"Jadi, awak." Yassin membaca teg nama Iris.

"Iris Rayhana." Iris mengangguk kepalanya tanda ya. Entah kenapa rasa berbunga-bunga pula apabila Cikgu Yassin nya menyebut namanya.

"Lepas ni, kalau kelas Sains Komputer, kita akan belajar di makmal. Kalau waktu PJ satu jam akan turun. Setengah jam duduk kelas. Maklumkan dekat ketua juga." terang Yassin pada Iris. Iris entah fokus ke tidak pun tak tahu. Dah jatuh cinta, memanglah.

"A'a.. Okey Cikgu Yas.. Sin." lagi sekali terasa gagap pula muncul.

"Just Sir Firhan."

"No." tangan mungilnya terus menutup mulut yang main lepas tadi dan meminta diri untuk kembali semula ke tempat duduk.

Ring!

Loceng rehat berbunyi, masa yang dinanti-nantikan. Semua murid berkobar-kobar semangat ingin keluar rehat.

"Bangun!" satu kelas 5 STT mendengar arahan dan bangun walaupun ada yang lambat sebab tertidur. Sains Komputer amat membosankan!

"Terima kasih Cikgu Yas. Sin!" lagi, lagi Iris tersekat menyebut nama Yassin.

"Pelik sangat ke nama aku sampai asyik tersekat. Sekali pandang memang tak cukup untuk pastikan apa yang dipandang betul" keluh Yassin dalam hati. Pasrah ajelah...

"Ray! Haha, muka Sir macam dah pasrah dah dengan kau. Bukan sekali dua weyh kau sebut nama dia. Tapi tetap juga tersekat." bukan main sakan lagi Farhana tertawa dengan Iris. Tak hirau keadaan sekeliling langsung orang tengok dia.

"Dahlah. Siapa suruh nama rare sangat" Iris menjeling Farhana.

"Eleh, tapi kau suka juga kan dengan Sir Firhan tu. Kan? Jujur aje lah. Aku kan sahabat dunia akhirat kau.." berubah raut wajah Iris.

"Eh! Mana adalah! Bila masa pula. Tak kanlah aku yang first time nampak dia boleh jatuh cinta. Kau pun tahu kan, aku susah jatuh cinta." nafi Iris. Padahal, bukannya Farhana tak nampak dengan jelas Iris ni asyik curi pandang Cikgu Yassin tu. Entah-entah yang diajar masuk telinga kanan keluar kiri pula. Ye tak?

"Dahlah! Aku lapar. Kau sinilah sorang-sorang." Iris terus berjalan meninggalkan Sahabatnya itu. Tacod ke wak?

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

"NAPO dio ni? Orang baru balik sekolah doh suruh duduk." kata Iris sambil bersandar duduk di kerusi di hadapan ibunya sambil kaki terkangkang luas.

"Mu ni tak boleh nak duduk elok-elok ka? Mu jantan ke betina ni? Beruk pun pelik tengok." tegur Puan Sri Nadiya pada anak dara dia yang satu-satunya dengan loghat Penang bercampur Kelantan. Kalau kahwin dengan orang Kelantan, sampai loghat Penang sedikit pun lupa. Ye dok?

"Salah ibu le.. Tak bagi orang teman perempuan dekat rumah. Dulu orang minta adik perempuan ibu bagi adik lelaki. Alhasil kita berdua jah perempuan dalam rumah ni yang dikerumuni empat lelaki yang tak seberapa nak hensem macam ayah tu." katanya sambil menyedut air yang barusan diberi oleh Mak Anum.

"Amboi, dia berloyar buruk dengan kita ya. Ibu tok kira, petang ni Iris kena juga ikut ibu pergi butik untuk jadi model tudung dekat satu customer ibu yang datang melawat." terus Iris memegang kedua-dua pipinya dan merengek.

"Bu! Orang penatlah bu. Orang kan free hair tak kanlah nak jadi model tudung pula." ucapnya malas sambil memuncungkan mulutnya sambil pipi kembang. Kalau lelaki tengok mahunya geram nak picit.

"Hey! Ni tak kira free hair ke hijab ke. Lepas kamu jadi model nanti ibu bagi duit belanja lebih. Jangan risau, ibu bukan orang yang nak bagi kerja tanpa gaji." hilang terus riak muka Iris yang tadi. Terus bersinar matanya. Siapa tak nak duit?

"Betul ni? Kalau betul orang setuju. Tapi bu, bagilah lebih sikit. Sikit... Jah, dalam lima ratus? Orang nak beli kasut spike barulah bu.." pujuk Iris. Sebagai seorang atlet, kasut spike barulah menjadi salah satu saingan.

"Amboi. Kerja bukan main kena pujuk baru jalan. Ni gaji nak lebih pula. Tak ada, kalau nak duit lebih minta ayah sana. Membazir aje jah haritu dah beli baru." tolak Puan Sri Nadiya. Iris menghempas tubuhnya di sofa dan kembali memuncungkan mulutnya. Manakala Puan Sri Nadiya bangun dari sofa menuju ke dapur. Kecewalah wak...

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

"Yang jadi model rekaan terbaru aku ni anak perempuan aku. Masih belajar lagi dia ambil SPM tahun ni." terang Puan Sri Nadiya pada rakan bisnesnya.

"Lawa orangnya." puji rakan bisnesnya yang tadi.

"Iris, meh duduk sini. Ibu nak kenalkan Iris dekat kawan baik ibu ni." Iris terus akur dan duduk di sebelah ibunya.

"Iris, ni Datin Fairah kawan baik ibu. Rapat dia sama aje macam Iris dengan Farhana tu. Bagi salam sayang." tangan yang dihulur oleh Datin Fairah terus aje disambut dan disalam.

"Macam pernah nampaklah muka Datin Fairah ni. Dekat mana eh?" monolog Iris dalam hati.

"Panggil Auntie aje Iris. Iris SPM kan? Auntie pun ada anak lelaki sebaya macam Iris. Sekolah pun sama." senyuman diukir di wajah Datin Fairah tak lekang melihat Iris.

"Huhu.. Janganlah berkenan jadikan aku menantu... Aku suka Cikgu Yassin."

"Ouh.." jawab Iris singkat.

"Nama anak Auntie apa? Mana tahu saya kenal." tanyanya hanya ingin tahu.

"Mikhael nama dia kelas 5 Ekonomi 2." terus terpegun Iris mendengar nama Mikhael. Bukan tak kenal, sangat-sangat kenal.

"Oh, anak aku 5 STT Tak sama, tapi boleh kan kalau diorang kenal-kenal sikit. Betul tak Iris?" kata Puan Sri Nadiya sambil jadi telunjuk kiri dan kanan disatukan.

"Erk.. Y-ya Bu. Tapi Iris kenal dah dia." Iris mengukir senyuman.

"Fai, tak tahu pula aku kita ada anak sama umur." kata Puan Sri Nadiya teruja. Memang senang kalau dia nak teruskan kata-kata diwaktu mereka zaman sekolah dulu.

"Itulah tu.."

"Ibu, Auntie.. Kelas tuisyen Iris lagi setengah jam nak mula. Iris minta diri dulu, happy dapat berkenalan dengan Auntie." kemudian Iris mula menyalam bergilir-gilir tangan Puan Sri Nadiya dan Datin Fairah.

"Sopan anak kau ni Nad. Kalau kau nak, kita jadilah besan. Bukan dulu kau pernah cakap yang kita berdua akan kahwin sama-sama, mengandung sama-sama dengan jadi besan?" ujar Datin Fairah. Bukankah semua tu impian para bestie? Sehidup semati.

"Aku tak ada masalah, kau tulah pergi kahwin jauh-jauh dekat Sabah sana nasib kita tak lost contact." tersenyum Datin Fairah mendengar kata-kata dari sahabatnya.

"Aku ada balik sini dulu waktu kemasukan anak aku Mikhael tu sekolah menengah. Tapi cuma tiga hari aje sebabkan Malique suami aku tu dia busy urus sana sini.."

"Lupa pula aku nak call kau waktu. Anak nak masuk sekolah mestilah banyak benda nak uruskan. Tambah lagi dia pindah negeri nak sekolahnya.. Faham-faham ajelah.." sambungnya lagi untuk menyenangkan lagi hati sahabatnya.

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

"Far! Sumpah kalau aku cerita dekat kau mesti kau tak akan percaya." baru aje sampai di tempat tuisyen, duduk lalu menepuk-nepuk bahu sahabatnya nya Farhana itu. Mata Farhana hanya berkelip-kelip memandang ke arah Iris.

"Gapo dio ni?" tanya Farhana sambil meletakkan pen di atas meja.

"Remember Mikhael? Kau tahu tak! Dia anak bestfriend ibu aku. Aku terkejut gila bila dapat tahu kebenaran dia."

"What!? Seriuslah? Adakah ini jodoh yang disatukan kembali? Eh! Aduh sakitlah." terjerit kecil Farhana bila bahunya lagi-lagi menjadi bahan tepukan maut Iris.

"Mengarutlah! Aku cuma suka ci-" terus Iris mengantung ayatnya dan menukar topik.

"Tak ada apalah." kerang busuk terus Si Farhana.

"Cey... Suka siapa? Ci apa? Cikgu Yassin eh? Eleh kita bestfriend dah lama Ray mengaku ajelah kau suka dia." jari telunjuk Farhana diputar-putarnya dan matanya mengecil untuk mengusik Iris.

"Finelah.. Memang aku suka dia kenapa? Kau suka dia juga ke?"

"Ih, tak adalah aku ni klise sangat suka dekat cikgu macam apa yang kau buat tu. Imagine cikgu sendiri."

"Nilah yang aku malas nak bagitahu kau. Klise lah apalah." terus Iris memalingkan wajahnya menghadap papan putih. Kebetulan juga guru tuisyen juga sudah sampai.

TO BE CONTINUED

Memandangkan History of My Love tinggal beberapa past utk tamat, saya pub part 1 utk cite ni ehhh

Continue Reading

You'll Also Like

310K 18.5K 40
You live in a different time zone Think I know what this is It's just the time's wrong
728 74 9
Sekumpulan pelajar UM telah masuk ke dalam hutan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh Professor mereka. Namun jalan keluar tidak ditemui. Ada...
261K 8.1K 186
What if a Pokémon Trainer found herself in the world of One Piece? What if she found herself with the Strawhat Pirates? What if she finds herself get...
568K 18.6K 64
Selepas beberapa tahun pemergian tunangnya, Haiyan Aniq terpaksa mengikut kemahuan bonda tercinta supaya mencari calon isteri dalam masa satu bulan s...