NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE...

By tyrastory_

1.3M 36.7K 1.2K

Jejaka yang sangat liar dan melanggar hukum hakam telah berjaya diubah menjadi seorang yang suci murni hanya... More

NAZ||NELLY - PROLOG❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 1❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 2❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 3❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 4❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 5❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 6❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 7❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 8❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 9❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 10❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 11❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 12❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 13❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 14❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 15❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 16❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 17❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 18❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 19❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 20❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 21❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 22❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 23❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 24❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 25❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 26❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 27❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 28❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 29❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 30❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 31❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 32❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 33❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 34❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 35❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 36❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 37❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 38❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 40❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 41❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 42❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 43❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 44❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 45❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 46❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 47❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - EPILOG❀️‍πŸ”₯

NAZ||NELLY - BAB 39❀️‍πŸ”₯

27.3K 755 35
By tyrastory_


"SHEDAPNYAA abanggg" Nazreeq gelak perlahan melihat isterinya yang sedang menikmati makan pagi di hotel ini. Dia mengelap bibir Nelly yang comot.

"Makan elok-elok la.. Tercekik karang tak pasal aku kena pukul badan kau bertubi-tubi."

Nelly tersengih. Dia cium sekilas kearah jari Nazreeq yang mengelap bibirnya. Nazreeq menjeling. "Nakal eh?" Nelly tersengih tak bersalah. "Hehe dengan abang je." Dia mengenyitkan mata ke arah Nazreeq.

Nazreeq memegang dadanya menahan debaran. Siap dengan muka berdebar pula tu. Terkekeh Nelly ketawa. "Jangan sayang. Kan aku gomol lagi nak? Tak keluar bilik la kau nnti." Nelly senyum sipu.

Dia sudah berani mengenyit mata ke arah Nazreeq sekarang. Dah masuk mood miang. Eleh. Konon-konon semalam dah melayari keindahan malam, terus merenyam kau eh?

"Nanti ikut aku pergi stor Firash." Nelly berkerut. "Buat ape? Ada gotong royong halau tikus ke?"

Nazreeq berdecit perlahan. "Kau ni kan. Ey aku geram la. Cuba la bagi aku cakap sampai habis.. Asyik memotong percakapan je kan?" Nelly memuncung apabila melihat Nazreeq yang merenungnya tajam.

"Sorry. Sampai hati marah. Setiap masa nak marah.. Nanti tua kerepot muka berkedut baru tau.." Nazreeq gelak perlahan. Kelakar pula bila bibir kecil itu memuncung.

Sekali pakej mengutuk pula tu. "Nanti kau tahu lah. Kau akan jumpa seseorang yang kau palingg nak jumpa. Memang kau suka la jumpa dia. Lagipun kau rindu dia." Dahu Nelly berkerut.

Siapakah? Nelly cuma suka dan rindu Nazreeq sorang je. Eh silap. Nazreeq, mama dan papa. Tokma 65% je. Siapakah?

"Lelaki ke perempuan?"

"Perempuan."

"Muda ke tua?"

"Muda." Nelly memuncung. Dia meletakkan kasar sudu diatas pinggan. Nazreeq melihat wajah kemerahan isterinya. Dah kenapa?

"Abang cari madu untuk Nelly ke?!" Nazreeq gelak.

"Ha'ah. Kau asyik merajuk sangat. Aku cari la orang lain."

Nelly mendengus. "Tak apa. Nelly ngorat abang Firash. Abang Firash hot dan hensem. Baik pula tu. Nak ngorat dia ah nanti."

Nazreeq menjeling tajam. "Try aa. Aku bakar rumah dia nanti."

Nelly ketawa terbahak-bahak. Dia bangun kejap dari duduknya dan mencium bibir suaminya sekilas. Nazreeq senyum dapat ciuman hangat itu.

"Aydeen Nazreeq je yang ada dalam hati Nelly." Lagi lebar senyuman Nazreeq apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut kecil itu.

"I love you Nelly." Nelly senyum manis. "I love you too abang Nazreeq.."

Pagi mereka sangat indah pada hari ini. Makan pagi pun rama-rama berkepak! Hee!

*:・゚*:・゚✧

NELLY berpeluk tubuh dengan kening yang berjungkit melihat seseorang dihadapannya yang diikat kerusi. Nelly menjeling padu.

Dia terus menghentak kaki dan pergi ke arah suaminya. Dia memeluk erat tangan suaminya dan menggenggam tangan kasar itu. Nelly menyandarkan kepala di dada Nazreeq.

"Abang. Nelly tak suka dia." Firash dan Naqib tergelak mendengar jawapan jujur Nelly. Nazreeq sembunyi senyum.

Comel betul cara mengadu. Datang peluk orang lepas tu mengadu. Rasa nak terkam je dia ni. Eh?

Nazreeq mengelus rambut Nelly. "Kenapa tak suka? Dia sepupu abang la."

"Sepupu puaka." Naqib dan Firash ketawa terbahak-bahak. Firash siap memegang perut pula tu. Naqib pula memukul-mukul meja. Amboi. Dah macam perempuan dah kau ketawa qib..

Nazreeq menggeleng. "Dia la dalang semua ni. Dia dan Khairina rancang hal ini lepas tu mereka bersekongkol dengan lelaki tua tu.." Nelly mendengus.

Dia melangkah merapati Alisya dan

PANGG!

Terbeliak mata Nazreeq melihat isterinya menampar pipi Alisya. Isteri aku ke tu?

"Abang! Pegang Nelly jap. Cepat." Nazreeq bingung namun dia hanya menurut.

Dia memegang kedua lengan Nelly. Nelly buat-buat ingin menyepak Alisya. "Ey la dia ni. Aku geram betul. Nasib baik laki aku pegang aku tau? Kalau tak dah lama kaki aku melekat dekat kepala kau."

Firash dan Naqib menepuk dahi mereka. Pening sungguh dengan Nelly ni.

Nazreeq pula melompong. Apakah?

Alisya hanya menunduk. "Aku minta maaf Nelly. Tak sepatutnya aku rancang benda ni dengan Khairina. Aku bodoh.. Aku minta maaf."

Nelly memutarkan biji matanya. "Kau tahu tak disebabkan kau aku hampir hilang maruah? Nasib baik la laki aku yang dapat aku. Nasib baik juga malam tu dia yang--"

Nazreeq terus menekup mulut Nelly. "Nelly don't" Bisiknya perlahan.

"Ohh faham. Patutlah aku call kau reject eh malam tu.." Ujar Naqib dengan muka gatalnya.

"Kau ni qib. Takkan la kau tak nampak tanda-tanda kemerahan dekat leher Nelly tu? Aku ni awal-awal lagi dah perasan hal tu tau.."

Nelly menekup lehernya.. Nazreeq memejam mata erat. Nelly bersandar didada suaminya. "Maaf. Nelly lupa pakai concealer.." Ujarnya perlahan.

Nazreeq hanya tersenyum tipis. "Takpa.. lepas ni aku tambah lagi.."

"Tutup telinga kau qib! Kau bawah umur! Diorang cakap lucah tu!" Kata Firash lalu menutup kedua-dua telinga Naqib.

"Woi bodoh aku dah besar lah! Aku nak dengar. Aku suka dengar benda macam tu.." Ujarnya sambil cuba merungkaikan tangan Firash yang menutup telinganya.

Alisya tersenyum nipis melihat kebahagiaan yang berada di depan matanya.

Keluarga.. kawan.. dia juga inginkan keharmonian. Dia juga ingin kawan tapi kebanyakan kawannya adalah toksik termasuk Khairina.

Nelly berdiri dihadapan Alisya dengan berpeluk tubuh.

"Aku boleh maafkan kau tapi dengan syarat."

Alisya panggung kepala ke arah Nelly.

"Apa syaratnya Nelly? Aku sanggup buat.."

Nelly senyum senget. "Kau kena puji aku depan tokma setiap hari. Aku nak tokma sayang aku 100%. Sekarang ni dia sayang aku macam nak taknak je."

Nazreeq menggeleng kepala. Suka hati kau lah. Tak tahu nak cakap apa lagu. Lagipun Nazreeq tidak mahu berkeras sangat pada Alisya kerana Alisya adalah seorang perempuan dan juga sepupunya.

Alisya hanya memerlukan keampunan Nelly sahaja. Tapi kalau Nelly suruh dia membunuh Alisya, dia sanggup membunuh.

What? Sayang bini kan.. sanggup buat apa saja gitew.

"Qib.. aku rasa Nelly dah mereng macam kau." Bisik Firash terhadap Naqib.

"Aku rasa lepas je kena ngap semalam dia terus jadi tak betul.." Bisik Naqib ke arah Firash.

"Nelly sedang mendengar ye abang Rash dan abang Qib.."

Mereka tersenyum sumbing ke arah Nelly.

Nelly menjeling dan menatap semula wajah Alisya yang sudah comot.

"Deal?" Alisya mengangguk laju. "Aku sanggup asalkan kau suruh laki kau lepaskan aku kali ni.. Aku janji aku takkan bergaul dengan Khairina tu.."

Nelly mengangguk sahaja. Dia tahu Alisya seorang yang baik. Tapi Alisya berubah kerana silap bergaul dengan Khairina..

TBC🤍
Nelly don't gatal-gatal eh..

Vote and comment❤️

Continue Reading

You'll Also Like

368K 29.6K 70
❀️‍πŸ”₯2ND HOT LOVE SERIES❀️‍πŸ”₯ Cinta datang tanpa dicari. Hanya ucap 'hye' sahaja, hati dua manusia mula bertaut tanpa sengaja. "My name is Elvira Dan...
168K 14.6K 62
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
47.6K 2.4K 32
EBOOK TYRASTORY✨ 1) Crazy Aralyn In LoveπŸ§šβ€β™‚οΈ 2) Playboy ObsessionπŸ§šβ€β™‚οΈ 3) Poison LoveπŸ§šβ€β™‚οΈ 4) Mr ZafranπŸ§šβ€β™‚οΈ 5) Hannan For HanimπŸ§šβ€β™‚οΈ 6) Fire Of My...
458K 21.6K 58
"Dia tak akan balik pada kau." "Aku sanggup tunggu dia selama yang aku mampu." ULYANA SOPHIA merupakan satu-satunya cahaya mata dari keluarga itu. Di...