NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE...

By tyrastory_

1.3M 36.6K 1.2K

Jejaka yang sangat liar dan melanggar hukum hakam telah berjaya diubah menjadi seorang yang suci murni hanya... More

NAZ||NELLY - PROLOG❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 1❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 2❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 3❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 4❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 5❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 6❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 7❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 8❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 9❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 10❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 11❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 12❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 13❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 14❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 15❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 16❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 17❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 19❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 20❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 21❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 22❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 23❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 24❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 25❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 26❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 27❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 28❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 29❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 30❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 31❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 32❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 33❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 34❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 35❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 36❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 37❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 38❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 39❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 40❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 41❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 42❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 43❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 44❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 45❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 46❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 47❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - EPILOG❀️‍πŸ”₯

NAZ||NELLY - BAB 18❀️‍πŸ”₯

24.8K 797 42
By tyrastory_



"TOKMA tak setuju!" Bergegar rumah Encik Nazeem apabila suara tokma bergema di pelusuk rumah.

Nelly hanya melindungi diri di belakang Nazreeq. Dia memegang kemas baju Nazreeq.

Takut.. Tokma nak jadi singa. Abang Areeq tolong adik please huwaaaa.

Alisya mengepal tangannya. Kenapa tiba-tiba nak nikahkan mereka pula?

"Mak.. dengar la dulu apa yang mereka nak cakap. Duduk dulu dan jangan mencelah.." Tegur Puan Alina.

Pasti ada sebab mengapa mereka ingin nikahkan Nazreeq dengan Nelly..

Tokma berjalan menghampiri Nelly. "Kau.." Nazreeq terus mendepa tangannya menghalang tokma mendekati Nelly.

"Duduk tokma. Kami cuma nak umum, bukan nak bergaduh." Mendatar sahaja suara Nazreeq ketika ini.

"Apa ni Naz?! Kenapa tak bincang dengan tokma dulu?! Tokma siapa dalam hidup Naz sehinggakan Naz ketepikan pendapat tokma?!"

Nazreeq memejam mata erat kejap. "Naz tak pernah minta pendapat sesiapa. Naz hanya nak umum yang Naz akan berkahwin dengan Nelly. Dan perkara ini tak perlu dibincangkan sebab Naz ada hak untuk memilih teman hidup Naz."

Nelly terharu. Berkaca matanya sekarang. Abang Areeq pertahankan dia.. Nelly 1-0 Tokma.

Tokma mendengus. "Ni mesti sebab perempuan ni paksa Naz kan?" Tokma mencerlung wajah Nelly.

"Eh anak kutip. Baik kau beritahu aku, kau mengandungkan anak siapa sehingga nak jadikan cucu aku sebagai pak sanggup ha?!"

"TOKMA!"
"MAK!"

Serentak Nazreeq dan Encik Nazeem menjerit. Nazreeq mengepal tangan menahan amarah.

Apatah lagi dia mendengar esakan halus daripada Nelly dibelakang badannya. Tangan kecil Nelly semakin erat menggenggam bajunya.

"Kali ni mak dah melampau! Zeem tak terima kalau mak fitnah keterlaluan terhadap anak Zeem!"

"Anak angkat je Zeem! Kenapa perlu pertahankan?!"

Tokma mencerlung anaknya yang melawan cakapnya. Segarang-garang Encik Nazeem, dia tidak pernah meninggikan suara kepada ibunya.

"Sekarang dia anak angkat Zeem. Tapi selepas ini dia akan naik takhta menjadi menantu Zeem! Dan Zeem dah restu hubungan mereka. Tiada sesiapa yang boleh halang dalam hal ini kerana keputusan ini dibuat oleh mereka sendiri tanpa paksaan. Jelas?!"

Tokma melepas nafas berat. Manakala Puan Aydina hanya memejam mata mendengar suara kuat suaminya.

Puan Alina dan Encik Amin hanya senyum tipis sesama sendiri. Dia tahu jika Encik Nazeem sudah restu, itu bermakna semuanya akan berjalan lancar.

Alisya mengetap bibir. Dia masih tidak puas hati akan hal ini.. fikirnya selepas dia membocorkan rahsia tentang Nelly, Nelly akan dipandang hina serta jijik oleh semua orang.

Dia juga mengira Encik Nazeem sekeluarga akan membenci Nelly kerana identiti Nelly sudah diketahui semua orang.

Namun semua berantakan! Ini pula yang jadi!

*:・゚✧*:・゚✧

ALISYA memandang belakang badan Nelly yanb sedang mencuci pinggan. Dia senyum sinis. Dia mendekati Nelly.

"Sesuai sangat kau jadi tukang cuci je rumah ni." Nelly tersentak. Dia menoleh ke belakang dan senyum tipis. Malas nak melayan, dia terus kembali mencuci pinggan.

"Kau tak rasa bersalah ke? Nampak tak yang Nazreeq dan paklong bergaduh dengan tokma hanya disebabkan kau?" Terhenti pergerakan tangan Nelly.

Alisya senyum sinis. Dia berjaya mengelirukan fikiran Nelly. "Nazreeq pun nampak macam terpaksa je pertahankan kau. Ye lah. Kalau tak pertahankan, mahunya paklong marah dia pula nanti. Tch. Kesian kau. Perkara macam tu pun tak perasan kan?"

Nelly mengeluh kasar. Dia mengelap tangan di sapu tangan di tepi sinki. Dia memusingkan tubuh menghadap Alisya dengan menayangkan senyuman kelat.

"Alisya.. Dengar cerita kau sepatutnya masuk kolej semalam kan? Tapi kenapa aku tak nampak pun kau semalam? Ada buat sesuatu dulu ke sebelum masuk kolej?" Senyuman Alisya memudar.

Agak terkejut akan sikap Nelly terhadapnya. Kenapa.. budak ni lain sangat? Bukan ke.. dia lemah?

Nelly gelak perlahan. "Dah buat onar tapi tak clean. Dah hapuskan belum nombor yang diblacklist tu?"

Dum! Terus mati senyuman Alisya. Dia.. tahu?

Nelly menepuk perlahan bahu Alisya. Dia berbisik perlahan ditepi telinga Alisya. "You wanna play a game with me? Alright. I will join you." Nelly mengenyit mata lalu terus beredar dari situ.

Alisya terduduk diatas kerusi meja makan. Dia bernafas laju. "Nelly.. tahu? Tapi macam mana? Bukan ke dia lembab ke? Kenapa pula.."

Alisya mengusutkan rambut. Tak disangka Nelly yang lemah lembut dan ceria seperti kanak-kanak itu mempunyai sifat yang tidak disangka-sangka..

*:・゚✧*:・゚✧

FIRASH dan Naqib masih ternganga. "Like really? Kau? Kahwin dengan Nelly?"

Nazreeq yang sedang makan maggie itu mengangguk. Firash mengerdip mata berulang kali lalu dia memandang ke arah Naqib. Naqib balas tatapan itu.

"Yeah! Aku menang Firash! Aku dah cakap diorang ni ada something! Kau kena tunaikan permintaan aku! Bagi reward aku now!"

Terbatuk Nazreeq mendengar jeritan Naqib. Kurang asam punya kawan. Aku tengah maggie pedas ni siot.

Nazreeq melempar bantal ke arah Naqib. "Eh anak babi. Aku tengah makan ni. Yang kau memekak apahal? Tercekik aku tau tak?!" Pedih tekak siott kuah maggie tersekat di tekak ni.

Naqib memuncung. "Sorry laa aku excited la Naz. Firash janji nak bagi aku hadiah kalau kau dengan Nelly ada hubungan. And yes! Betul! Weh Firash bagi hadiah cepat!"

"Kurang ajar betul anak-anak setan ni jadikan hubungan aku dengan Nelly sebagai pertaruhan.." gumam Nazreeq.

Naqib hanya tersengih manakala Firash memuncung. Cis. Benci. Menyesal pula buat taruhan bodoh tu.

Firash langsung ke biliknya lalu mengambil sesuatu. Dia menyembunyikan barang itu dibelakang badannya.

Naqib tersengih. "Wow! Kau dah siap sediakan hadiah aku ke Rash?" Firash senyum lalu mengumam. "Hmm nah ambil."

Firash melempar boxer nya ke muka Naqib. Terbeliak mata Naqib apabila seluar kecil itu melekat dimukanya.

"TAK GUNA LA ANAK SETAN NI!! SINI KAU!!"

"HAHAHAHHAHA"

Naqib dan Firash berkejaran dalam rumah tersebut. Nazreeq hanya menggeleng. Suka hati kau la. Asalkan aku kenyang.

Deringan telefon Nazreeq menghentikan suapannya. Dia mengambil telefon itu. Berkerut dahinya. Nelly? Buat apa call?

Nazreeq menjawab panggilan tersebut. "Hello kau nak apa?"

Dia memang kasar. Itu perkara biasa.

'Ehek abang buat apa tu?'

Nazreeq menghentikan kunyahannya. Dia berdehem kekok. Rasa bergetar pula jiwa lelakinya apabila mendengar suara manja Nelly.

"Tengah tengok porn. Apahal tanya?"

'Eii abang! Tak senonoh la dia ni..'

"Nanti kan kita kahwin. So aku belajar la awal-awal."

Firash dan Naqib tahan ketawa mendengarkan itu. Choii bodo betul si Nazreeq ni.

'Ish benci betul la abang ni.'

"Tak, sekarang ni apahal kau sibuk call aku? Mengganggu konsentrasi aku tau tak? Macam la tak jumpa kat rumah nanti.."

'Hehehe saja je nak call. Nak juga on the call macam orang lain yang bercinta..'

Nazreeq berkerut. "Bila masa aku bercinta dengan kau? Kalau kau rasa kita berkahwin atas sebab cinta, sorry aku tak hingin. Aku kahwin dengan kau hanya taknak mengundang fitnah lagi. Kita duduk dibawah bumbung yang sama. Kerana itulah aku kahwin dengan kau. Aku taknak orang lain fikir bukan-bukan. Faham?"

Dia berkerut apabila Nelly hanya diam. "Woi kau faham tak?"

'Faham. Takpelah selamat malam abang.'

Langsung Nelly menutup panggilan tersebut.

Firash menyepak kaki Nazreeq. "Bodo la kau Naz. Tak patut kau cakap macam tu pada dia. Kau memang tak reti jaga perasaan Nelly ke apa?"

Nazreeq berdecit. "Aku taknak dia jatuh cinta pada aku sebab tu lah aku buat macam tu."

Naqib menggeleng. "Encik Aydeen Nazreeq, kepala otak kau ada tercicir di mana-mana ke? Habis tu kenapa kau kahwin dengan dia kalau takde perasaan cinta?"

Nazreeq mndengus. "Kan aku dah cakap aku taknak orang fit--"

"Blablabla. Alasan. Lelaki takkan kahwin dengan orang yang dia tak cinta. Simpan baik-baik ayat tu dalam kepala otak kau." Kata Naqib lalu keluar dari rumah tersebut.

Malas nak melayan Nazreeq sibodoh. Dah tua tapi tak boleh fikir.

Firash mendengus. Malas nak bergaduh dengan si Naz ni.. buang masa.

Nazreeq mengambil telefonnya dan mendail kembali nombor Nelly.

Namun telefon Nelly sudah dimatikan.

TBC🤍
Vote and comment❤️

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
458K 21.5K 58
"Dia tak akan balik pada kau." "Aku sanggup tunggu dia selama yang aku mampu." ULYANA SOPHIA merupakan satu-satunya cahaya mata dari keluarga itu. Di...
576K 19.8K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
162K 14.2K 61
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...