NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE...

By tyrastory_

1.3M 36.7K 1.2K

Jejaka yang sangat liar dan melanggar hukum hakam telah berjaya diubah menjadi seorang yang suci murni hanya... More

NAZ||NELLY - PROLOG❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 1❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 2❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 3❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 4❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 5❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 6❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 7❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 8❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 9❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 10❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 11❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 12❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 14❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 15❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 16❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 17❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 18❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 19❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 20❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 21❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 22❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 23❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 24❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 25❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 26❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 27❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 28❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 29❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 30❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 31❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 32❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 33❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 34❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 35❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 36❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 37❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 38❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 39❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 40❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 41❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 42❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 43❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 44❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 45❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 46❤️‍🔥
NAZ||NELLY - BAB 47❤️‍🔥
NAZ||NELLY - EPILOG❤️‍🔥

NAZ||NELLY - BAB 13❤️‍🔥

23.4K 789 13
By tyrastory_



NELLY membuka pintu kereta apabila dia sudah sampai dihalaman rumahnya. Namun belum sempat dia berdiri, Nazreeq sudah datang menghampiri dan terus mencempungnya.

"Abang!" Jeritnya sejurus itu tangan kanan melilit leher Nazreeq dan tangan kiri melekap didada Nazreeq.

"Abang. Adik boleh jalan la.. Kaki adik tak patah lagi." Nazreeq mendengus. Dia mengambil beg milik adiknya.

"Memang la boleh jalan tapi lembab. Penat aku nak tunggu kau. Antara kau dengan siput, siput lagi laju mengesot."

Nelly gelak perlahan. Suka hati abang la.. Penat nak berlawan mulut dengan dia. Lagipun Nelly suka abang dukung.. Rasa macam peluk abang pula hikhik eii Nelly gatal.

"Nazreeq dah ba-- eh ya Allah. Kenapa dengan adik ni Naz?" Terkejut Puan Aydina melihat anak angkatnya yang berada dalam cempungan Nazreeq.

Nazreeq meletakkan Nelly perlahan-lahan diatas sofa. Sempat dia merenggangkan badannya.

"Fuh berat gila babeh dia ni." Puan Aydina memukul perlahan lengan Nazreeq. "Apa cakap macam tu dekat adik.." Nazreeq tersengih apabila dapat jelingan padu dari ibunya.

Puan Aydina langsung menatap Nelly. "Kenapa luka dekat lutut ni?" Puan Aydina mengelus lembut rambut ikal mayang Nelly.

"Hehe adik jatuh longkang tadi.. Adik berlari laju sangat tadi sebab tu la.." Nazreeq berdecit.

"Membohong je kerja." Seusai berkata begitu dia terus naik keatas. Nak baring jap dalam bilik. Angkat tong gas dua kali hari ni!

Puan Aydina menggeleng kepala melihat perangai anaknya. "Adik rehat la. Mama ambil air ye?" Nelly menggeleng.

"Tak payah la mama.. Tadi abang Areeq dah belanja air coolblog untuk adik hihi.." Nelly senyum riang. Puan Aydina mengelus rambut Nelly sambil tersenyum.

Dia masih terfikir akan rancangannya. Boleh ke Nelly terima akan rancangan itu?

*:・゚✧*:・゚✧

"ABANG tak setuju!" Bergema ruangan pejabat Encik Nazeem apabila suara itu menjerkah.

"Shh abang jangan kuat sangat. Nanti Nelly dengar." Encik Nazeem meraup wajahnya. Tertekan dengan rancangan isterinya.

Nazreeq yang berada disitu hanya diam. Masih lagi terfikir apa yang ibunya ungkapkan tadi.

"Nelly masih muda. Umur baru sahaja 21 tahun. Belajar pun tak habis lagi. Tapi Dina nak paksa dia kahwin? Dengan Nazreeq, abang angkat dia sendiri pula tu? It's big NO! Abang memang tak setuju. Nanti apa pula orang kata? Mereka terlanjur sebab tu tiba-tiba kahwin? Macam tu Dina nak?"

Encik Nazeem bimbang akan pemikiran orang sekeliling. Jika Nazreeq dan Nelly berkahwin, sudah pasti ia akan mengundang fitnah kerana adik angkat berkahwin dengan abang angkat sendiri.

Mereka akan terfikir bahawa Nazreeq dan Nelly sudah terlanjur kerana mereka menetap dirumah yang sama.

Nazreeq meraup wajahnya. Pening! Jadi macam ini pulak situasi sekarang. Kahwin? Tak pernah dia terfikir ingin mendirikan rumah tangga. Dengan Nelly pula tu? Budak mentah? Urgh runsing!

"Dina rasa ini yang terbaik. Dina tak nak bapa kandung Nelly tiba-tiba muncul dan inginkan haknya. Kerana dalam hal ni kita tiada perjanjian hitam putih dengan bapa kandungnya. Kemungkinan besar bapa kandungnya akan lebih berhak menjaga Nelly dari kita."

Encik Nazeem mendengus. Dia pasti perkara ini akan berlaku.

"Kalau bapa Nelly tu orang yang baik, Dina okay je. Tapi sekarang bapa dia tu penagih dadah bang. Cuba abang fikir kalau dia dapat hak penjagaan Nelly lepas tu dia buat benda tak elok pada Nelly? Kalau dia jual Nelly macam mana? Dina taknak bang..

....please..Ini je cara dia. Kalau Nelly dah ada suami, bapanya tak boleh merampas hak ini kerana Nelly adalah hak suaminya 100%.." Hampir menangis Puan Aydina ketika ini.

Sungguh dia menyayangi anak angkatnya itu. Dia sudah menjaga dari kecil jadi semestinya la dia sayang bagai menatang minyak yang penuh.

Encik Nazeem mengangguk. "Okay abang faham point Dina. Kalau itu je cara dia, abang setuju. Tapi satu syarat." Nazreeq dan Puan Aydina panggung kepala ke arah Encik Nazeem.

Encik Nazeem memandang wajah Nazreeq. "Bukan Nazreeq calon suaminya." Nazreeq mengeluh. Manakala Puan Aydina menggeleng laju.

"No! Dina tetap nak mereka berkahwin. Dina taknak lelaki lain. Nazreeq boleh jaga anak kita bang. Atau.. abang.. taknak bermenantukan.. Nelly huh?"

Puan Aydina makin sebak. Takkanlah suaminya memandang rendah terhadap Nelly?

Encik Nazeem menggeleng. "Abang okay kalau Nelly jadi menantu kita. Tapi.. abang tak percaya yang Nazreeq boleh jaga Nelly elok-elok. Tengok sahajalah perangai Naz macam mana. Kerja pun tak ada. Asyik melepak. Solat pun lintang-pukang. Keluar pagi, balik tengah malam. Nak ke Nelly bersuamikan orang macam Naz?"

Nazreeq mendengus. Bapanya tidak habis-habis merendahkan dirinya. Ini yang dia malas! Asyik cari gaduh sahaja dengan dia..

Nazreeq bangun mendadak. "Naz pun taknaklah berkahwin dengan Nelly. Apa papa fikir Naz nak sangat ke dekat anak angkat kesayangan papa tu?" Nazreeq menjeling lalu dia terus berlalu ke pintu dan memegang tombol pintu.

"Habis tu Naz nak ke tengok Nelly berkahwin dengan orang lain?" Terhenti pergerakan Nazreeq seketika apabila mendengar bait perkataan dari ibunya. Dia meneguk liur kesat.

Mestilah.. dia taknak.. Dia taknak melihat Nelly bersama lelaki lain. Nelly berkawan dengan Shafiq pun dia sudah tidak senang duduk. Apatah lagi nak tengok Nelly berkahwin dengan orang lain?

Nazreeq menggenggam tombol pintu. "Naz sikit pun tak hairan." Nazreeq terus keluar dari pejabat tersebut. Encik Nazeem meraup wajah kasar.

Manakala Puan Aydina mengendurkan bahunya. Dia tahu anaknya mempunyai rasa terhadap Nelly.

Tengok sahajalah cara dia menjaga Nelly dalam diam.. Walaupun agak kasar cara percakapannya namun dia nampak Nazreeq sayangkan Nelly lebih daripada sayangkan seorang adik.

Puan Aydina lebih makan garam. Dia tahu erti cinta. Dan dia faham hati seseorang melalui pandangan mata.

Dan pandangan mata Nazreeq terhadap Nelly adalah cinta.

Itu pasti.

TBC🤍
Nazreeq ego lagi😭

Vote and comment❤️

Continue Reading

You'll Also Like

412K 14.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
368K 29.6K 70
❤️‍🔥2ND HOT LOVE SERIES❤️‍🔥 Cinta datang tanpa dicari. Hanya ucap 'hye' sahaja, hati dua manusia mula bertaut tanpa sengaja. "My name is Elvira Dan...
579K 19.9K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
942K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...