NUR DARRENNA DEMYA: HIS LOST...

By ssrhdee

9.6K 404 30

"Saya cintakan awak." - 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐞𝐞𝐝 𝐄𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 "Tapi saya perlukan masa, Tengku." - 𝐀𝐭𝐢𝐥�... More

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐞𝐞𝐝 𝐄𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐱 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐫𝐞𝐧𝐧𝐚 𝐃𝐞𝐦𝐲𝐚
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 1
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 2
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 3
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 4
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 5
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 6

𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 7

995 49 8
By ssrhdee

Seharian di rumah sungguh bosan untuk dia. Sudah seminggu mereka pulang daripada Paris dan harini Tengku Qayeed tiada di rumah kerana sibuk menyiapkan kerja di pejabat.

Dia sepatutnya bekerja hari ini tetapi Tengku Qayeed melarang dia untuk bekerja. Jejaka itu mahu Demya menjadi suri rumah. Lagi pun, Tengku Qayeed sudah lebih dari mampu untuk menanggung sara hidup makan minum pakaian dan tempat tinggal isterinya itu.

Demya pula dia memang sangat terkenal dengan sikap pemalasnya. Dia lagi suka bila suaminya meminta untuk dia tinggal di rumah sahaja.

Tapi tak tahulah mengapa dia rasa bosan pula pada hari ini. Dia mencapai telefon pintarnya dan nombor suaminya di cari.

Dia tersenyum kecil apabila membaca pesanan daripada suaminya beberapa minit yang lalu.

My hubby💋
- Kalau awak bosan kat rumah, pergilah shopping ke apa ke. Tapi jangan lupa bawa bodyguard sekali.
- Diorang ada dekat depan rumah
- Cakap je dekat diorang nanti diorang jadi awak punya driver jugak
- ily wifey

Me

- okay hubby
- Thank you

Laju sahaja dia mengajak kakaknya untuk pergi shopping bersama. Dua minggu juga dia tidak berjumpa dengan kakaknya yang seorang itu. Rindu sungguh. Lagi-lagi dengan anak sedaranya. Tengku Qamreen Daim.

Sudah besarkah budak kecil tu? Gumam Demya sendiri sebelum dia bergegas menyiapkan diri untuk keluar.


"Ishh, mana jam aku ni?" Tanya Demya sambil dia bergegas mencari jam tangannya yang hilang.

Dia sudah siap berpakaian blouse biru cair dan seluar putih. Tapi boleh pula jam dia buat hal. Waktu dia sudah lambat macam ni lah jam dia mahu hilang.

Demya berjalan menuju sebuah almari kecil di sebelah katil. Dia rasa macam dia letak di atas almari kecil itu semalam. Dia membuka satu persatu laci tersebut dengan harapan adalah jam tangannya.

Terus tersenyum lebar apabila dia akhirnya jumpa jam tangannya yang berjenama Dior di dalamnya ini pasti bibik dia yang terletak di dalam itu semasa mengemas.

Baru sahaja Demya mahu menutup semula laci tersebut lalu dia terhenti apabila dia nampak beberapa keping gambar seorang wanita yang mengandung.

Wanita itu........

"Bukan ke ni perempuan yang aku jumpa dekat Paris hari tu?"

Demya tersentak. Mengapa gambar wanita itu disimpan di dalam almari ini?

Dia sebenarnya sudah lama mempunyai syak terhadap suaminya. Dia dapat rasakan jejaka itu merahsiakan sesuatu kepadanya.

Dia tersentak apabila dia mendengar deringan bunyi telefonnya di atas katil.

Dia kembali menutup laci itu dan menjawab panggilan telefon itu.

"Adik kat mana? Kakak dah sampai." Jelas suara Daryssa kedengaran daripada corong telefon.

"O-oh kejap! Demya nak turun dah ni." Demya bergegas mengambil beg tangan jenama Louis Vuitton di atas katil.


Daryssa sedang menyuap anak lelakinya makan. Sambil itu dia memandang adiknya pelik.

"Adik, kau ni dah kenapa termenung?" Demya tersentak dari lamunannya.

"Ha?" Kedua-dua kening itu dinaikkan.

Daryssa mengeluh kecil.

"Kau tu lah. Selalu bukan main excited lagi kalau bab menghabiskan duit suami kau tu. Ni, dah kenapa monyok je ni. Macam tak bermaya je."

Daryssa memang sudah lama perasan yang adiknya itu pelik hari ini. Tidak teruja langsung.

"Kalau adik tanya ni akak jawab tau." Daryssa mengerutkan kening. Dah kenapa pula dengan budak ni. Dia lalu menganggukkan kepala, mengiakan sahaja permintaan adiknya itu.

"Akak tahu ke yang Qayeed ada sorokkan sesuatu daripada Demya?" Daryssa tersentak. Dia rasa berdebar. Takkan lah yang adikny sudah tahu.

"K-kenapa adik tanya?" Soal Daryssa gagap. Dia mengacau air minumnya dengan straw.

"Tadi adik ada jumpa gambar seorang perempuan ni, dekat dalam laci bilik tidur adik. Perempuan tu mengandung. Lepas tu, adik rasa masa dekat Paris tu adik ada terjumpa dengan dia lah kakak."

Tersedak Daryssa apabila mendengar penjelasan Demya itu. Demya terkejut apabila kakaknya tiba-tiba sahaja terbatuk-batuk macam tu.

Air mineral yang dibelinya tadi dihulurkan kepada Daryssa. Laju sahaja wanita itu mencapainya.

"Kakak ni dah kenapa pula tiba-tiba tersedak?" Soal Demya di dalam hati.

"Adik, boleh tak adik tolong ambilkan tisu dekat counter cashier tu. Air tumpah pula kena dekat baju akak."

Demya mengangguk lalu berlalu pergi untuk mengambil tisu.

Daryssa dengan pantas mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor suaminya di cari.

"Hello Kanda."

"Ye, Dinda. Kenapa ni?"

"She already know."


Tengku Qayeed dengan perlahan-lahan menutup pintu utamnya. Dia melihat sekeliling kawasan ruang tamu. Gelap.

Selalunya, pasti Demya akan menunggu dia pulang daripada kerja. Tapi harini tidak pula. Mungkin dia penat kot. Dia pergi shopping kan tadi.

Dia buka sahaja lampu bilik tidurnya, terlihat jelas muka muram Demya yang duduk di atas katil bersandarkan papan katil di belakangnya.

Tengku Qayeed berjalan menghampiri tubuh kecil itu. Dia baring di sebelah Demya dah pinggan kecil itu dipeluk.

"How's shopping?" Matanya dipejam, menghayati kehangatan. Suaranya kedengaran serak. Jelas kepenatannya di situ.

Dia pelik apabila tidak mendengar sebarang balasan daripada isterinya.

Dia mencekik matanya dan memandang wajah muram itu lama.

"What's wrong?"

Demya menjeling wajah tampan itu. Beberapa keping gambar di tangannya itu ditunjukkan ke hadapan wajah tampan itu.

"Who's this?" Riaksi Tengku Qayeed hanya tenang.

"Where you got it from?"

"JAWAB SOALAN SAYA DULU!" Jerit Demya. Terpejam mata Tengku Qayeed.

"Saya nak mandi." Baru sahaja Tengku Qayeed berura-ura mahu bangun daripada katil, pantas sahaja lengan sasa itu ditarik.

"Apa yang susah sangat awak nak jawab soalan saya ni?!" Jerkah Demya lagi.

"Awak tak perlu tahu." Tengku Qayeed menarik tangannya kuat daripada genggaman Demya.

Nafas wanita itu naik turun menahan amarah.

"Apa yang susah sangat awak nak bagi tau saya ni?! Cakap sesuatu untuk hilangkan overthingking saya ni."

Demya amat mengharapkan sesuatu keluar daripada mulut suaminya yang semua ini hanyalah salah faham.

Air matanya gugur juga apabila Tengku Qayeed pergi meninggalkan dia seorang diri.

"Sampai hati awak, Qayeed." Bisik Demya perlahan.


Rambut yang basah itu diusap kasar dengan tuala. Baju tidurnya yang berada di ats katil itu dipakai.

Sudah menjadi kebiasaan Demya akan meletakkan pakaian Tengku Qayeed di atas katil jika jejaka itu sedang mandi. Untuk memudahkan suaminya.

Tuala yang basah itu di sidai di tempat penyidai tuala sebelum dia berjalan perlahan-lahan dan baring di atas katil.

Tubuh Demya yang membelakanginya itu dipandang sayu. Nafasnya dihela berat. Rambut lembut keperangan itu diusap.

" I'm so sorry dear. Bukannya hubby tak nak bagi tahu benda betul. Tapi sebab benda ni rahsia. Rahsia hubby, Ayahanda dan along Qays. Ada sebab kenapa hubby tak nak bagi tahu." Dia memejam mata seketika sebelum dia meneruskan lagi percakapannya.

"Nanti kalau semuanya dah stabil, hubby bagitau ok? I love you."

Rambut Demya yang menutupi dahi itu diselak sebelum dia melabuhkan kucupan hangat di situ.

"Goodnight, my dear." Pinggang ramping itu dipeluk sebelum dia juga turut terbuai di dalam mimpi.

Tanpa dia mengetahui, Demya dengar segalanya. Wanita itu masih belum tidur. Dia faham, pasti ada sebab mengapa jejaka itu tidak membuka mulut tentang hal itu.

Dia cuma harapkan yang Tengku Qayeed tidak melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hatinya. Itu sahaja yang dia pinta.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐞𝐞𝐝 𝐄𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐗 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐫𝐞𝐧𝐧𝐚 𝐃𝐞𝐦𝐲𝐚

Continue Reading

You'll Also Like

365K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
929K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
56.3K 1.5K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...