OG | | MEJAR'S CODE G28

By farhaenanurr

21.5K 1.2K 44

SYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa... More

𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
1' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
2' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
3' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
4' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
5' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
6' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
7' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
8' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
9' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
11' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
12' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
13' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
14' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
15' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
16' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
17' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
18' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
19' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
20' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
21' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
22' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
23' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
24' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
25' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
26' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
27' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
28' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
29' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
30' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
31' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
32' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
33' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
34' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
35' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

10' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

681 40 3
By farhaenanurr

Arshan Faiq memandang semua mata-mata yang sedang memberi sepenuh perhatian kepadanya saat ini. Dihadapannya, seluruh ahli keluarga sedang duduk di atas sofa dengan tenang. Hanya dia yang sedikit gemuruh untuk menyampaikan berita ini.

Kali ini sudah masuk kali ke tiga Arshan berdehem namun suaranya seakan tersekat di celah kerongkong. Arfana menempel pada bahu Arhan Ali dengan gaya letih. Mamanya pula masih sabar menunggu ucapan dari anak sulungnya.

" Shan nak cakap apa ni? Mama banyak kerja lagi nak buat. Nanti nak pergi meeting dengan kawan-kawan pula" Suara Qalesya Fatehah bergema di ruangan itu.

" Arshan Faiq!" Melihat anaknya tidak menjawab, Qalesya Fatehah memanggil keras.

" Shan nak minta persetujuan dari Mama dan Baba untuk kahwinkan Adik dengan kawan baik Shan" Arshan mengajukan ucapan dengan sekali nafas kerana terkejut dengan panggilan mamanya.

Arfana Faiqa mengangkat kepala memandang abangnya tanpa berkelip. Jelas dia sedang terkejut dengan berita yang disampaikan oleh abangnya sebentar tadi.

"Huh?"  Suara Arfana jelas sedang Terpinga-pinga dengan lontaran suara abangnya.

Dia memandang Babanya pula yang juga sedang memandang abangnya dengan wajah terkejut dan terkedu. Arshan membuat muka kasihan untuk menarik minat ahli keluarganya. Hanya Ardhan Faiqal yang tenang saat ini.

Anak kedua memang selalu tenang menangani masalah yang dihadapi. Dia hanya merenung lantai sambil memeluk tubuh di atas sofa.

" Kawan yang mana?" Soalan Mamanya dibalas dengan menujukkan gambar sahabatnya di dalam telefon pintar miliknya.

" Nama dia Syed Aariz Al-Farras Bin Syed Ammar Al-Faeeq, Mama. Elok rupa orangnya, Mama."

Qalesya Fatehah berdecit mendengar pujian yang diberikan oleh anak lelakinya itu terhadap sahabat yang ingin dijodohkan dengan satu-satu anak perempuannya.

" Baba, macam mana ni?" Qalesya Fatehah menyoal suaminya pula.

" Baba tak kisah. Kalau Mama setuju, Baba pun akan setuju. Yang paling penting, jawapan dari Tuan badan lah"

Semua memandang Arfana yang mendiamkan diri dari berbicara sepatah perkataan pun. Mulutnya terkunci rapat dari menutur kata keramat.

" Ana? Macam mana?" Matanya naik menikam mata mamanya.

" Ana nak jadi rich aunty. So, Taknak."

Senang sahaja jawapan Arfana kepada persoalan itu kerana dia tahu, mama dan babanya tidak akan sesekali memaksa. Perkahwinan bukanlah perkara yang mudah untuk dia lalui, terlalu banyak situasi yang akan berubah bila berlakunya perkahwinan.

Biarlah usia menua, asalkan dia dapat mengecapi bahagia dengan caranya tersendiri. Penyebabnya hanya satu, Dia tidak percayakan lelaki.

" Jangan lah macam ini, Adik. Kalau adik kahwin, at least ada yang boleh jaga adik" Pujuk Arshan terhadap Arfana Faiqa.

" You can keep me away from danger. What's the problem?" Jawab Arfana tidak berpuas hati.

" Kami tak selamanya ada dengan adik. Mungkin masa itu kami ada misi? Siapa yang akan jaga adik kesayangan abang ni? Sebab itulah adik kena kahwin dengan Aariz"

" Why him? Ramai lagi orang yang tak beruniform yang boleh jaga I. Dia pun akan ada misi juga kan." Arfana menjawab lagi.

Kali ini Arshan pula yang terdiam dari berbicara. Dia memandang Ardhan lalu menyiku jejaka itu untuk meminta pertolongan. Ardhan hanya diam tidak menghiraukan abangnya.

" Be his Bride, Adik. He will take care of you" Ardhan menutur ayat tersebut lalu naik ke bilik.

Dia tidak suka keluarga pengkhianat walaupun yang mengkhianati mereka itu bukan Syed Aariz. Dadanya berombak laju jika mengingatkan jejaka itu.

" I won't" Arfana memberi jawapan lalu mengikuti langkah abangnya naik ke atas tapi masuk ke dalam bilik masing-masing.

Hatinya perlukan ruang untuk menerima semua ini. Tidak mungkin semudah itu sahaja dia mahu terima lelaki di dalam hidupnya. Tidak mudah buatnya untuk menempatkan cinta dari lelaki asing di dalam hati.

Perkahwinan yang diidamkan adalah sekali buat seumur hidup. Jadi dia mahukan lelaki yang mahu sehidup semati dengannya. Dia mahukan perkahwinan yang kekal selamanya.

" Baba" Arshan menghela nafas panjang.

Dia akhirnya membuka mulut tentang penyebab utama Syed Aariz mahu mengahwini adik perempuan dan saat itu juga mereka terkejut dengan berita itu. Qalesya Fatehah terus menggelabah kerana risaukan anak perempuannya.

" Tapi tidak ada lelaki lain ke Abang? Syarifah Aliyah Fatema mungkin tidak akan terima status kita. Kita bukan Syed dan Syarifah." Soal mamanya pula dengan wajah risau.

" Baba tak mahu adik diterima kerana terpaksa. Baba tak mahu adik dilayan tidak elok dengan keluarga sana, Arshan" Sampuk Babanya pula.

" Baba ada calon lain selain Syed Aariz?" Arhan Ali menggeleng.

" Abang yakin mereka memang ditakdirkan bersama. Hanya Syed Aariz Al-Farras yang mampu menjaga permata kita itu, Baba"

Itulah yang diperkatakan oleh ahli keluarga Arfana Faiqa namun tidak bagi gadis itu. Dia menganggap Perkahwinan itu hanya lelucon untuk menutup mulut manusia yang busuk hati. Dia tidak terima andai perkahwinan ini diteruskan juga. Dia tidak akan menerima sesiapa selagi hatinya belum bersedia.

" You are 27 already. Mungkin dah tiba saat untuk Ana kahwin sekarang" Suara abang keduanya di tepi balkoni.

Ya, mereka sedang memandang langit cerah di balkoni bilik masing-masing. Arfana menunduk memandang jari jemarinya. Suatu saat nanti, jari itu akan digari dengan sebentuk cincin dari lelaki bernama suami.

Sediakah dia? Mampukah dia? Semuanya tidak mampu dia jawab dengan sekali fikir. Fikirannya sudah bercelaru memikirkan jawaban yang harus dia jawab lagi.

Pasti Arshan akan memujuknya lagi selepas ini. Abang sulungnya itu tidak akan berputus asa selagi tidak mendapat apa yang dia mahukan.

" Apa yang patut Ana buat, Qal?"

Matanya semakin kuyu memandang langit. Dia tidak suka akan perasaan celaru ini. Hatinya goyah jika terkena pujukan ahli keluarganya.

" Qal akan sokong apa saja yang Ana buat. Jangan risau, Qal akan selalu ada dibelakang Ana untuk melindungi."

Jawapan Ardhan Faiqal sedikit sebanyak melegakan kebimbangan di dalam hati Arfana Faiqa. Tangannya mengenggam sesama sendiri kerana terlalu gemuruh dengan keputusan yang bakal dia ambil nanti.

" Buatlah keputusan yang boleh mendatangkan kebahagiaan untuk diri Ana. Qal tahu, Ana ada visi dan misi dalam kehidupan Ana. Choose your best decision. This is your life, Your future." Ardhan Faiqal menyuarakan pendapat sebaiknya kepada Arfana Faiqa.

" Ana Buntu. Ana tak mahu kecewakan semua orang, tapi Ana tak mampu nak terima sesiapa pun. Hati Ana menolak" Arfana menceritakan isi hatinya yang buntu untuk membuat keputusan.

" Kita tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. Jadi, Pilihlah diri sendiri dahulu. Kenapa harus sakitkan hati sendiri demi orang lain? Kita tidak akan bahagia kalau hanya mengharapkan kepuasan dari orang lain" Ardhan berbicara sambil menatap sisi wajah Arfana dengan senyuman kecil.

Arfana membalas tatapan kasih sayang dari Ardhan. Wajahnya jelas redup dimata Ardhan Faiq. Bukan mudah untuk mereka berjumpa dan mendapat nasihat dari Abang keduanya ini. Masing-masing terlalu sibuk dengan misi dan kerjaya.

Dan Ardhan Faiq lah satu-satunya tempat untuk Arfana Faiqa meluahkan rasa kerana lelaki itu selalu memahaminya. Mereka terlalu rapat.

" Ana Pernah dengar tak kisah seorang lelaki yang mengharapkan panggilan 'Abang' dari adik dia?"

" Tak. Ceritalah"

" Mereka hidup macam biasa sepanjang kehidupan dia. Mereka tersangat rapat, macam kita tapi adik dia tak pernah ungkapkan perkataan 'Abang' tu. Adik dia tak pernah hiraukan permintaan itu, akhirnya dia meninggalkan adik dia juga. Suatu hari, dia dapat berita yang abang dia dah tak ada. The End"

" Habistu, dia panggil tak abang dia?" Tanya Arfana Kepada Ardhan.

" Cerita itu tergantung macam itu" Ardhan mengangkat bahu menjawab soalan adiknya.

Ardhan tersenyum kecil memandang adiknya. Sengaja dia membuka cerita begitu untuk menghilangkan resah yang sedang memberontak di dalam kotak fikiran gadis itu. Dia tahu bahawa hati gadis itu tidak tenang kerana kejadian hari ini.

Semoga sahaja Cerita ini mampu memberi sedikit ketenangan untuk tidak memikirkan masalah itu.

Continue Reading

You'll Also Like

666K 25.3K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
126K 2.9K 39
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
386K 12.1K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...