OG | | MEJAR'S CODE G28

By farhaenanurr

21.5K 1.2K 44

SYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa... More

𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
1' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
2' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
3' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
4' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
6' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
7' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
8' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
9' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
10' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
11' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
12' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
13' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
14' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
15' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
16' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
17' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
18' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
19' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
20' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
21' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
22' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
23' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
24' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
25' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
26' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
27' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
28' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
29' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
30' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
31' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
32' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
33' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
34' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
35' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

5' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

805 60 5
By farhaenanurr

Hari demi hari berlalu semakin sepi selepas Syed Aariz Al-Farras menerima pesanan ringkas dari Arfana Faiqa melalui telefon bimbit Arshan. Pesanan yang membuatkan dirinya ditimpa sedih tanpa punca.

Fikirnya Arshan hanya bergurau dalam kata-katanya sebelum ini, Nyatanya ucapan tahniah dari Arfana itu muncul juga. Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya saat ini. Adakah benar ini namanya cinta?

Dia tidak pasti. Tapi jujur dia katakan, dadanya rasa sesak yang amat. Jantungnya seakan mahu berhenti berdenyut dan hatinya terasa terguris. Semuanya disebabkan pesanan ringkas itu.

' Congratulation on your Engagement day Mejar! Put your best smile on your lips.'

Sakit. Itu yang hati dia rasakan sampai ke saat ini. Mengapa mereka seakan makin menjauh? Tidak sudikah gadis itu mahu mengenalinya seperti yang dirinya mahukan?

Kini, Dia sedang merenung lagi di luar jendela sambil menyarung kasut untuk kembali merempit di atas langit.

Tugasnya adalah mengajar menembak menggunakan SU-30MKM kepada ahli TUDM yang baharu. Meski harinya terasa semakin kosong, kerja tetap harus dijalankan.

" Captain, your student is ready to go" Leftenan Muda Arif Aiman menyampaikan info kepada Syed Aariz.

Jejaka itu tersedar dari lamunan lalu mengangguk faham. Dia meletakkan cermin mata hitam di puncak hidung lalu memulakan langkah ke tapak perhimpunan untuk memulakan aktiviti latihan.

Leftenan Arif Aiman mula memberi ucapan dan pantang larang sebelum menyerahkan sepenuhnya kepada Syed Aariz Al-Farras untuk mengendalikan latihan tersebut.

" Selamat Pagi semua. Nama saya Mejar Syed Aariz Al-Farras yang akan menjadi Captain dalam latihan hari ini dan ini pembantu saya, Mejar Arshan Faiq. Apa-apa masalah pada hari ini boleh diajukan kepada kami." Syed Aariz memandang Arshan supaya menyambung percakapan.

Arshan membaiki cermin mata hitamnya lalu berdiri tegak di hadapan mereka semua.

" I have nothing less to say just be save and do your best"

" Seperti yang anda semua tahu, kita akan ada 3 sesi iaitu sesi pagi, sesi tengahari dan sesi petang. Ketiga sesi ini akan dikendalikan oleh Captain yang berbeza. Jadi kamu beruntung kerana mendapat Captain Syed Aariz pada sesi pagi ini. Good luck." Leftenan Muda Arif Aiman menyampaikan ucapan terakhir sebelum melepaskan tugasnya kepada Syed Aariz.

Segala peralatan dipakai lalu bersedia untuk berlepas ke landasan. SU-30MKM milik Syed Aariz Al-Farras mula bergerak dahulu diikuti juruterbang yang lain sebelum diakhiri oleh Arshan di bahagian paling belakang.

" Good Morning Aviators, This is your captain speaking. Welcome to basic fighter maneuvers. As Briefed today's exercise use guns only. Shoot me down or I shoot you." Suara Syed Aariz berbunyi nyaring.

Di awal pagi itu, mereka berkejaran di atas langit membiru. Suasana semakin genting saat Mejar Arshan seakan hilang pertimbangan dan hampir merempuh Jet milik Syed Aariz.

" Captain Arshan!" Panggilan Syed Aariz tidak menerima sebarang respond.

" Shan! Kau okey tak?"

" Shan!"

" Aku Okey" Lama menunggu jawapan, akhirnya Arshan menjawab dengan nada letih.

Nasib mereka baik kerana hanya tinggal 10 minit sebelum latihan tamat. Syed Aariz sudah cemas dari tadi mengenangkan sahabatnya itu.

˚₊· ͟͟͞͞➳

Syed Aariz Al-Farras Bin Syed Ammar Al-Faeeq, 389728.

" Macam pernah dengar nama ni. Tapi dimana ya?"

Nama itu dibaca berulang kali sambil mengetuk kepala menggunakan pen. Abangnya memberi kalung berukiran tulisan itu kepadanya secara peribadi beberapa hari yang lalu.

Namun dia sedikitpun tidak mengenali nama itu. Pening kepalanya memikirkan perkara itu ditambah pula dengan kerjanya yang menggunung. Arfana perlu bermalam di Syarikatnya dek kerana keadaan yang sedikit kusut.

Klien semakin bertambah, jadi dia perlu turun padang untuk membantu pekerjanya saat ini. Semuanya sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan masing-masing tanpa memikirkan tentang rehat.

Lehernya direnggang kerana terlalu tegang. Penat namun semuanya demi kerjayanya. Arfana tersentak dengan bunyi mesej dari telefon pintarnya. Ibunya menghantar pesan supaya pulang makan tengahari dan menghantar bekal buat abang dan ayahnya.

Dia mengeluh perlahan sebelum bergerak juga mencapai beg dan mask. Kaki melangkah ke lift khas buatnya.

" Assalamualaikum Mama, Ana dah sampai"

" Waalaikumussalam, Sampai pun anak dara seorang ni. Susah betul nak balik rumah" Arfana tayang senyum nipis mendengar kata-kata ibunya.

" Muka tu dah pucat. Tak makan ke? Kerja-kerja juga, kesihatan kena jaga." Arfana memeluk erat ibunya.

" Ana makan mama. Cuma penat sikit." Tangan anak daranya ditarik ke dapur sebelum menyenduk makanan ke dalam pinggan.

" Makan banyak sikit, Ana nampak susut" Arfana mengangguk kecil.

Lauk pauk yang banyak terhidang di atas meja ditilik satu persatu. Satu senyuman terlakar bila lauk kegemarannya dimasak oleh ibunya. Paprik.

" Ana, maaflah kalau soalan mama nanti akan menyinggung perasaan ana, mama cuma nak kepastian"

" Ada apa mama?"

" Ana betul-betul tak ada niat nak ada pasangan ke?"

Sentap. Tangannya turut terhenti dari terus menyuap makanan ke dalam mulut. Mata naik menatap ibunya. Wajah tua itu tidak lepas dari memandangnya.

" Bukan begitu, Ana cuma masih mencari. Ana tak mahu orang terima Ana sebab Ana ada duit. Ana nak orang terima Ana seadanya, Mama." Jawapan Arfana sedikitpun tidak melegakan hati sang ibu.

" Kalau ada yang mahukan ana, ana akan terima ke?" Kini soalan berbaur perjodohan pula diterima.

" Ana akan berkenalan dulu, kalau hati ana rasa selesa dengan dia. In Shaa Allah Ana terima seadanya, Mama"

" Lagipula, siapalah diri Ana ini untuk menolak takdir Tuhan. Selagi percaturan Tuhan itu berjalan, Ana terima sahaja."

Kali ini, jawapan Arfana Faiqa membuatkan ibunya, Qalesya Fatehah melepaskan rasa lega. Dia kembali tersenyum manis mendengar balasan anaknya itu.

" Alhamdulillah."

" Mama janganlah risau, Suatu hari nanti akan ada sesorang yang akan terima Ana seadanya. Janji Allah tu nyata, Setiap manusia diciptakan berpasangan. Kalau tiada di dunia, Pasti di atas sana nanti." Arfana menyambung kata untuk menenangkan ibunya.

" Abang Qal ada dimana ma?" Puan Qalesya Fatehah membuat gaya tidur kepada Arfana membuatkan gadis itu mengangguk.

Seusai makan tengahari bersama, Arfana akhirnya meminta diri untuk menghantar bekal kepada ayah dan abang sulungnya pula.

Pertemuan pertama selepas berbulan tidak bersua muka, Syed Aariz melihat kelibat Arfana dari jauh. Matanya tidak lepas dari memandang susuk tubuh itu walaupun dari kejauhan. Namun kaki melangkah mendekati juga.

Langkah yang tadinya laju kembali perlahan apabila sudah hampir sampai kepada gadis itu. Cermin mata hitam yang disangkut pada leher baju kini disangkut pada batang hidung.

' Hai cantik!'

Teguran itu hanya terucap di dalam hati sahaja.

" Welcome back, Miss Diva"

Terhenti langkah Arfana mendengar suara Syed Aariz. Mata naik menjeling jejaka berkaca mata hitam itu dengan panahan tajam.

Tanpa pedulikan Syed Aariz, Arfana kembali melangkah ke bilik ayahnya dengan laju. Tidak suka bertembung dengan Syed Aariz.

" Lajunya, nak ke mana?" Syed Aariz mengekor langkah kaki Arfana.

" Tak perlu sibuk lah"

" Sombong sangat kau ni budak"

Sekali lagi kaki Arfana berhenti melangkah. Badan dipusing menghadap Syed Aariz. Saat itu juga nama yang terpampang di baju Syed Aariz dipandang. Dia terkedu.

' Syed Aariz Al-Farras'

Nama sama yang tertulis pada gelung yang diberikan oleh abangnya saat itu. Nama yang membuat dirinya pening memikirkan.

" Kita saling tidak mengenali, Mejar Farras. Kenapa perlu kau tegur aku?"

" Kenapa? Perlu ada sebab ke?"

" Mestilah! Kau dah ambik masa aku"

" My thoughts were destroying me. I tried not to think about you but the silence was a killer too." Secara perlahan Syed Aariz menutur kata-kata buat dirinya sendiri.

" We accidentally make eye contact and we both should act like we don't even know each other" Ujar Arfana kepada Syed Aariz.

Syed Aariz terkedu dengan kata-kata Arfana. Gadis itu seolah-olah tidak pernah suka dengan pertemuan mereka.

" Tahniah atas pertunangan Tuan"

Arfana menyambung langkah yang mati tadi manakala Syed Aariz masih terkedu dengan Arfana. Dia memandang sepi langkah laju Arfana di hadapan.

' Tapi aku bukan tunangan orang. Hati Aku milik kau'

Bahkan Jasad ini juga akan jadi milikmu suatu hari nanti.

Continue Reading

You'll Also Like

275K 3.4K 36
Third Story 🔞 Larangan 🔞 ************************ This story will become an E-Book, so those chapter is to promote my work If you dont like or supp...
1.4M 13.2K 11
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...
389K 12.1K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
127K 2.9K 39
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...