Gangster Hot Suami Aku

By ishackxzz_2345

14.7K 659 64

Merlina kazandra seorang yang cantik,peramah.. Sopan santun.. Pandai siapa sahaja yang tidak suka dengan gadi... More

PROMOTE
caracter
Prolog
✨part 1✨
✨Part 2✨
✨Part 3✨
✨Part 4✨
✨Part 5✨
✨Part 6✨
✨PART 7✨
✨Part 8✨
✨PART 9✨
✨PART 10✨
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
PART 30
PART 31
PART 32
PART 33
PART 34
PART 35
PART 36
Part 37
PART 38
Part 39
PART 41
PART 42
PART 43
PART 44
PART 45
PART 46
PART 47
PART 48
PART 49
PART 50
PART 51
PART 52

PART 40

128 9 0
By ishackxzz_2345

Assalammualaikum awak semua!❤.Seperti yang saya katakan di part 39 di pengakhiran cerita part seterusnya akan lebih mencabar kerana konflik,plot twist, rahsia ,peristiwa hitam semua menunggu di part selanjutnya.Jadi korang prepare mantal tau kalau tak puas hati sila komen.

Untuk pengetahuan awak semua ,author sebe

arnya kurang pandai tulis cerita kejam sadis semua ni bukan tidak pandai cuma tidak tega ha gituwww.. Apa apa pun Enjoy Author harap awak tak confius dan membenci HERO DAN HEROIN kita! SIAPA LAGI KALAU BUKAN IZZ DAN MERLINA!.

[~~~~~~~~~~~~~]

Jam loceng berbunyi tanda semua murid harus memasuki ke kelas masing masing untuk memulai kelas pembelajaran mereka.Merlina menaiki lift untuk menuju ke kelasnya,ini kerana kelas 5 A Sains terletak di tingkat 4.Kebiasaanya dia menggunakan tangga tetapi hari ini mood malas dia datang melanda naik lift sahaja lah.

Tiba sahaja di hadapan lift dia menekan punat lift tersebut.Sambil menunggu pintu lift terbuka dia lanjutkan dengan termenungnya.Pintu lift di hadapannya sudah pun terbuka,kaki dilangkah ke dalam lift tersebut.Punat lift ditekan perlahan lahan pintu lift itu mula tertutup namun terbuka kembali kerana ada satu tangan yang menghalangnya.

Merlina memandang gerangan tersebut.Alangkah menyampahnya dia apabila bertemu dengan lelaki tersebut.

"Nak masuk ke tak nak? kalau tak nak keluar.Aku nak cepat ni!"kata merlina sesekali jam ditangannya dilihat.10 minit lagi kelas pertamanya akan dimulai.Gerangan tersebut terus memasuki lift tersebut.Punat lift ditekan.Perlahan lahan pintu lift itu mula terkatup rapat.Kini hanya mereka berdua sahaja di dalam lift itu.

"Kau sihat?"soal lelaki itu,namun merlina memekakkam telinganya.Soalan lelaki itu dibiar terbang sahaja.Tiada niat untuk membalas soalan tersebut.Lelaki tersebut tersenyum sendiri apabila soalannya tidak dibalas

"Kau masih marah pada aku pasal dulu?"soal lelaki itu lagi.Namun merlina masih tetap dengan pendiriannya.Soalan lelaki itu dibiarkan begitu sahaja.Kini pintu lift sudah terbuka bermaksud mereka sudah sampai di tingkat 4.Merlina keluar dari lift itu tanpa memandang sedikit pun ke arah lelaki itu.

"Merlina! Wait!"Kata lelaki itu sambil mengejar merlina yang keluar dari lift itu.Tangan merlina cuba dipegang.Namun cepat cepat direntap kasar oleh merlina.

"Apa lagi ?"Soal merlina.Muka milik lelaki dihadapnnya ini tidak dipandang.

"Answer my question merlina.Kau masih marah ke pasal dulu?"Soal lelaki itu.Bibir milik merlina tersenyum sinis.Muka milik lelaki itu dipandang tanpa perasaan.Muka bekunya ditayang.

"Reason aku nak marah? Dah lah aku tak ada masa nak jawab soalan soalan bodoh kau lah syaziq !" kata merlina lalu meninggalkan syaziq dibelakang sendiri.Muka milik syaziq jelas menunjukkan riak kecewa.Lalu di tersenyum sinis.Merlina betul betul bencikan dirinya.Tanpa melengahkan masa dia masuk kembali ke dalam lift untuk pergi ke kelasnya tingkat 5.

"Mana Merlina ni? Madam Farhana nak masuk dah dia belum sampai lagi"Kata afiqah gelisah.Kelibat milik merlina tidak sampai sampai lagi di dalam kelas.Selalunya merlina yang masuk dahulu.

"Kejap lagi masuk lah tu.Ada hal kot tu lambat sikit"Kata syazira pula.Apa yang dia ingat ketika bertembung dengan merlina.Merlina kata kepadanya ada urusan yang perlu dia uruskan.

Tiba tiba kerusi di sebelahnya ditarik.Merlina sudah sampai.Tetapi yang pelik muka milik merlina tiada mood.Selalunya ceria saja gadis ini hari ni? mood swing.

"Engkau dah kenapa merlina?"Soal afiqah.Merlina mengangkat mukanya apabila afiqah mengajukan soalan tersebut kepadanya.Tidak lama kemudian dia meletakkan kembali kepalanya di atas meja.

"Kau demam eh? Ke ada problem?"Soal syazira pula.Muka milik merlina nampak tidak bermaya sahaja.Merlina menggelengkan kepalanya tanda tiada apa apa

"Are you sure merlina kazandra?"Soal syazira lagi . Kali ini dia memandang tepat mata milik merlina bagi mendapatkan kepastian.Merlina mengangguk bagi memastikan keadaannya baik baik sahaja.

"STAND UP CLASS!"Kata Ketua kelas 5 A Sains apabila Madam farhana masuk ke dalam kelas tersebut.Madam farhana menganggukan kepalanya.

"Good morning madam farhana!"kata ketua kelas 5 A Sains lagi lalu diikuti kami.

"Good morning class! okey sit down"kata madam farhana.Buku teks di atas meja di pegang.

"So how are you?"soal madam tersebut

"Good"Balas mereka.namun tidak merlina hatinya tiada di kelas itu.Apa yang dikatakan oleh madam tidak sepenuhnya diberi perhatian.Sesekali tempat duduk milik izz dipandang,Kosong. Merlina menggelengkan kepalanya.

"So next week i want your asigments.Understand class?"kata madam farhana sambil mengemas barang barangnya di atas meja itu.Lalu keluar dari kelas 5 A Sains tersebut.Kelas yang diam tadi riuh terus apabila madam farhana melangkah meninggalkan kelas tersebut.

"Lepas ni kita pergi beli makanan dekat koperasi and then kita lepak tempat biasa jom"kata syazira lagi memecah kesunyian antara mereka bertiga.Oh lupa! Syazira tidak hadir kerana mempunyai urusan keluarganya di Melbourne.Tanpa syakira tiada keriuhan sesungguhnya gadis itu sahaja yang membuat perangai gilanya.

"Boleh je! aku pun dah lama tak pergi koperasi ni!"kata afiqah semangat sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke koperasi sekolah itu.

Merlina masih lagi dengan dunianya sendiri.Tiada apa sebarang riaksi di mukanya.Hanya muka tanpa perasaan ditayangkan.Apa yang dikata oleh syazira dan afiqah tidak didengarinya langsung!.

"Merlina kazandra binti azman!"panggil afiqah lalu mengetuk meja milik merlina sedikit kuat.Merlina memandang afiqah kening nya diangkat sedikit.

"Apa dia engkau ni?"soal merlina.Afiqah pula menghela nafasnya.Sah merlina dengam dunianya sendiri sahaja!.Dekat beberapa kali mereka memanggil merlina namun gadis itu terdiam seperti patung

"Ha tu la kitaorang cakap kau tak dengar pun!"kata syazira.Merlina pula sudah tersenyum sumbing.

"Apa korang cakap?"tanya merlina.Afiqah sudah menepuk dahinya manakala si syazira sudah menghembuskan nafas beratnya.

"Lepas ni kita pergi koperasi and then lepak tempat biasa amacam?"kata afiqah.

"Sekejap aku fikir ek"Kata merlina lalu membuat buat sedang berfikir.Muka milik 2 sahabatnya sudah muncung . itu pun nak fikir parah merlina ni!.Melihat muka sahabatnya begitu terus dia tergelak.

"Iya lah! aku ikut kau orang"kata merlina kepada mereka berdua.Terus tersenyum lebar afiqah dan syazira. Sebenarnya bukan sengaja ngaja mereka mengajak merlina lepak disana. Kerana ada gosip yang perlu diambil serius!. Eceh dasar makcik bawang.Kalau syakira hadir tentu gadis itu paling excited sekali hendak mendengar gossip dan dialah orang nombor satu yang menunjukkan reaksi mukanya.

Sampai sahaja waktu rehat semua murid berpusu pusu keluar dari kelas.Ada sebahagian pergi ke kantin ada lagi ke cafe.Budak budak cerdik semestinya anda semua tahu library tempat mereka tuju.Tapi tidak bagi mereka bertiga siapa lagi kalau bukan syazira afiqah dan merlina.

"Berapa?"soal merlina kepada budak perempuan tersebut yang menjadi casher di koperasi itu.

"4.50" kata budak perempuan itu.Merlina mengeluarkan kad e walletnya Lalu di swipenya di mesin tersebut.Alexzendra Highschool ada lah sekolah yang berteknolgi tinggi moden nya tak payah dikata. Setiap murid mempunyai kad e wallet masing masing.

"Dah jom"kata merlina kepada dua orang sahabatnya itu.Mereka bertiga menuju ke tempat yang dikatakan itu.Di belakang block C berdekatan dengan kolam air pancut ikan menjadi tarikkan mereka untuk melepak.Jarang sekali murid murid Alexzendra Highschool melepak di belakang block C itu.

"Apa kita nak buat dekat sini?"soal merlina.Ditenung kawasan itu cantik,bersih pakej kolam ikan lagi tau! sekolah kau hado?.Syazira yang mendengar soalan itu memberi isyarat kepada afiqah untuk memulakan perbincangan isu yang hangat.

"Ada gosip panas!"kata afiqah . merlina yang sedang menyedut air milo yang dibeli di koperasi itu mengangkat keningnya.

"Apa dia?"soal merlina . Afiqah pun memulai gosipnya itu.Merlina fokus memberi perhatian bait bait bicara afiqah ada masa dia membuat reaksi tergelak ada masa dia membuat reaksi terkejut.Pelbagai reaksi ditunjukkannya.

"Ish teruk betul! sampai macam tu sekali dia kene " tergelang kepala milik merlina mendengar gosip yang disampaikan afiqah itu syazira pula menganggukkan kepalanya.

Tiba tiba mereka terdengar suara sekumpulan budak lelaki.Macam kenal!.

"Dah tu? Dah start sayang bini ke izz?"soal haikal .Membuatkan Izz tergelak besar.Sayang?.Hmmp laut agaknya.Dia masih keliru lagi dengan perasaannya.

"Sayang? Cinta? lambat lagi lah aku tak ada masa nak fikir pasal tu lagi."balas Izz selamba.Raikal pula sudah menggelengkan kepalanya . Izz rafael memang payah nak berubah! atau memang tidak pernah berubah?.

"Habistu kau anggap dia selama ni apa izz?"soal raikal pula . Ingin dia tahu apa yang Izz rasakan terhadap merlina dari mereka berkhawin dahulu.Izz tersengih.

"Nothing "balasnya selamba.Walhal dalam hatinya masih keliru lagi antara sayang atau tak . Setiap butir bicara yang dia beri kepada merlina selama ini pun sebenarnya secara tiba tiba.

"So?"soal haikal lagi.Izz mengangkat keningnya.

"So apa? betul lah hati aku tak ada rasa lagi dengan dia nak buat macam mana?"kata izz lagi.muka tanpa rasa bersalahnya ditayang.

"Amboi selama ni bersawit depan kitaorang ni ape kejadahnye? itu kata tak sayang lagi?"soal haikal lagi.Kali ini gelak izz lagi kuat.

"Selama ini aku layan balqiz tanpa perasaan kan? so merlina pun sama? tak ada bezanya."katanya dengan selamba.Raikal pula sudah tercengang.Dia sama kan ISTERI dia dengan Balqiz.

"Wowowo balqiz lain Merlina lain balqiz tu kekasih gelap tak jadi kau merlina ni isteri kau! tak akan kau nak anggap layanan kau selama ni terhadap merlina sama macam kau layan balqiz? Tanpa perasaan? are yoy serious Izz Rafael?"kata raikal pula.Sudah ada nada ketegasannya disitu.Muka milik Izz dipandang.

"To be honest lah ye Yes. aku layan merlina tanpa perasaan sama dengan balqiz.So yeah faham faham je lah"kata nya lagi.Jatuh rahang milik raikal dan haikal mendengar pengakuan dari Izz.

"Jadi tak nak lepas kan dia?"soal izzuddin dengan mendatar.Dia dengar sahaaja apa yang dikata mereka bertiga tadi ..malas masuk campur tetapi  tiba tiba mulutnya menyampuk.

"I don't know kalau tak ada juga perasaan aku dekat dia berkemungkinan aku lepaskan dia"kata izz lagi.haikal dan raikal pula sudah memandang sesana sendiri Sah ! izz ni cakap tak pakai otak!.Manakala izzuddin memandang izz dengan tatapan mendatar.

"Itu urusan rumah tangga kau bukan hal aku . aku mampu cakap jangan bagi harapan dekat merlina.Nanti dia kecewa"kata izzuddin ringkas namun padat dan jelas sekali.

"Kalau kau tak boleh teruskan perkhawinan kau dengan dia hantar dia balik dekat rumah parents dia secara elok elok macam mana kau ambik dia akad dia jadi isteri kau.Pulangkan dia pada family dia macam mana kau ambil dia dari family dia"kata izzuddin.Izz mula menghadam kata kata izzuddin.

Balik sahaja dari sekolah Izz terus balik ke rumahnya.Malas dia keluar hari ini.Sampai sahaja di rumah kereta milik merlina sudag terparking elok di garaj menandakan merlina sudah pulang ke rumah.

Dibuka pintu rumah tersebut.Kosong mungkin merlina berada di dalam biliknya.Sedang merehatkan diri mungkin.

Merlina terbaring di atas katilnya sambil matanya memandang syiling biliknya itu.Tubir matanya mula panas.Tanpa sedar air matanya mula mengalir secara perlahan lahan.

Rupanya selama ini dia bertepuk sebelah tangan sahaja.Ya! dia dengar apa yang dibualkan izz bersama rakan rakannya tadi. Hati nya bagai dihiris menggunakan pisau yang diasah tanpa henti tetapi lebih dari itu hatinya sakit.Terasa? ya dia mengaku dia terasa dengan apa yang dikatakan izz tadi . Dari A sampai ke Z dia mendengar.

"Bodohnya kau merlina! ahahaha"katanya lalu tergelak sendirian.Dia sadar dia hanya isteri di atas kertas izz sahaja.Penat dia penat dengan dunia.Matanya dipejamkan.Dia memerlukan rehat untuk merawat seketika kerunsingannya itu.Tidak lama kemudian dia ke alam mimpi.Dengkuran halus mula kedengaran menandakan merlina sudah pun selamat mamasuki alam mimpi.


BERSAMBUNG.

[~~~~~~~~~~~~~~~]


Ini baru permulaan konflink part akan datang lebih mencabar emosi mental awak.Author yang tengah tulis pun stress dengan pengakuan Izz!.Padahal idea tu datang dari author sendiri!

APA APA PUN VOTE AND KOMEN.




Continue Reading

You'll Also Like

43.8K 4.2K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
723K 41.4K 59
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab...
945K 30K 68
Fayadh Omar , mempunyai sifat dingin dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang baginya tidak berfaedah seperti 'perempuan'. Baginya mempunyai...
37.4K 1.3K 45
Kebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict...