๐“๐ซ๐จ๐ฎ๐ฏ๐š๐ข๐ฅ๐ฅ๐ž ๐๐ฎ๐ž๐ซ...

By raisynee

10.4K 560 38

๐‹๐จ๐ฏ๐ž ๐Š๐š๐ฒ๐ฅ๐ž๐ง๐ž - Gadis kacukan Melayu-Amerika diva yang terkenal dengan sifat menggodanya. Misinya h... More

๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 00
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 01
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 02
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 03
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 04
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 05
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 06
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 07
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 08
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 09
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 10
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 11
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 12
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 13
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 14
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 15
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 16
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 17
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 18
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 19
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 20
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 21
๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 23

๐“๐“ป๐“ฎ๐“ผ'๐“ผ | 22

290 12 8
By raisynee

"Lapar tak?"

Tanya Elvian apabila melihat susuk tubuh Thea yang hanya menutup tubuhnya menggunakan tuala baju keluar daripada bilik mandi. Mereka berdua masih menunggu Hud. Dia tahu, kalau dia keluar sekarang, takut perkara lain terjadi.

Terhenti tangan Thea yang sedang mengeringkan rambut menggunakan tuala.

"Kind of, why?"

Soal Thea kembali. Elvian hanya senyum lantas mengangguk faham. Tangan mencapai telefon pintarnya kembali, lalu kontak nama Hud ditekan sekali lagi.

Setelah talian disambungkan, laju sahaja bibirnya melontarkan arahan.

"Oh ya Hud, singgah any restaurants and buy something for us, be faster," Nada ketegasan digunakan. Belum sempat Hud membalas, terus saja Elvian mematikan telefon pintarnya.

Kekurangan bateri.

Thea hanya senyum segaris.

Sempat dia kerling sekilas Elvian yang sedang termenung jauh, memikirkan apa yang sedang berlaku. Ada orang berdendam dengan dirinya? Tapi, jikalau ada, siapa?

Thea hela nafas berat.

Beberapa minit berlalu.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk je lah, Hud!" laung Elvian dari dalam. Terus saja Hud buka pintu dan masuk ke dalam. Di tangannya terdapat beberapa barangan termasuk makanan yang dipesan Elvian tadi. Thea hanya senyum segaris melihat susuk tubuh Hud.

Hud terkejut.

So last night...

Wajah yang terkejut lantas dineutralkan. Makanan yang dibeli tadi diletakkan di meja makan kecil berhampiran dapur bilik hotel itu. Sesaat kemudian, komputer ribanya yang dibawa, segera diaktifkan. Dia duduk di atas kerusi meja makan itu.

Thea punya hanya memerhati dari jauh.

Elvian masih setia berdiri, menunggu tindak-tanduk Hud.

"Tuan," sahut Hud.

Bunyi tup-tap jari Hud menekan kekunci komputer riba tersebut. Ingin menunjukkan sesuatu kepada Elvian.

"Ini, rakaman CCTV semalam yang saya dapat," ujar Hud sambil itu tangan menolak komputer riba ke arah Elvian yang sudah melabuhkan punggung di sebelahnya.

Mata Elvian tajam memerhati rakaman itu.

"The hooded guy."

Suara keras Elvian kedengaran. Hud angguk, tanda mengiyakan.

"Thea," 

Mendengar saja namanya dipanggil Elvian, laju sahaja dia bingkas bangun dari katil, menghampiri dua jejaka itu. Dijauhkan dirinya sedikit daripada Hud, tidak selesa dan malu.

Elvian yang menyedari tingkah Thea, lantas menarik gadis itu mendekatinya. Tangannya pula mencapai komputer riba tadi. Jelas Thea terkejut, namun didiamkan sahaja.

Tidak menafikan, dia lebih selesa berdiri disamping Elvian berbanding Hud.

Hud hanya senyum sembunyi-sembunyi. Dalam diam, bos dia ni!

"Take a look at this guy." Dahi Thea berkerut. Dia seakan pernah melihat jejaka itu beberapa jam sebelum kejadian malam tadi berlaku.

"Cuba you zoom in sikit," arah Thea. Elvian hanya mengikut.

"Ahaa! I knew him!"

Tidak sedar, Thea terjerit suka. Elvian yang melihat turut tersenyum.

"I pernah nampak la dia ni, beberapa jam sebelum I pergi dinner tu," beritahu Thea. Kepalanya terangguk-angguk sedikit, meyakinkan bahawa kata-katanya benar. Elvian terdiam seketika.

"Dekat mana awak ternampak dia?"

"Em... dekat depan pintu hotel ni... masa I nak masuk dalam," beritahu Thea lagi, menjawab soalan Elvian. Hud dan Elvian memikirkan, siapa ya? Apa hanya kebetulan Thea dan lelaki itu terserempak, atau juga ianya...

Perancangan?

"Tapi.., I ada terperasan something, masa ni dia pakai mask, pakai hoodie and the cap, and lengan baju tu dia sinsing jadi I ternampak tatu dia," Hud yang ligat hidangkan makanan buat bosnya dan Thea terhenti.

Tatu?

Elvian kerut dahi.

"Tatu?" tanya Elvian, untuk kepartian.

"Mhmm," Thea hanya bergumam. "A dragon." Tersentak Elvian dan Hud buat seketika. Tubuh Elvian kaku. Naga? Tatu Naga? Thea pandang Hud dan Elvian selang seli, dah kenapa?

"The Blackburn?"

Makin pelik Thea pandang Elvian dan Hud, siapa pula The Blackburn ni? Nama restoran ke? Bertambah kerutan dahi apabila terkeluar carutan kasar Elvian. Hud juga terkejut. Nampaknya, The Blackburn memang perlu diajar.

"Damn! Fuck you Alberto Tan!"

"I swear to god, I'll kill him," tekan Ziyyad kasar. Meja panjang di bilik mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu ditepuk kasar. Sampai tersentak bahu mereka semua yang berada di satu.

Jarang Inspektor Ziyyad Rafael mengamuk besar.

Ziyyad yang segak berpakaian lengkap uniform polis itu ditatap mereka yang lain. Dah kalau jejaka berpangkat Inspektor Ziyyad ni mengamuk, memang takkan ada sesiapa yang mampu melawan. Kecuali, beliau.

Deputi Komisioner Polis (DCP) Bukit Aman, Tuan Zack, hanya beliau yang berani, well he's the boss right?

Mata Tuan Zack tajam merenung Ziyyad yang duduk selang satu kerusi darinya.

"Inspektor Ziyyad Rafael! No cursing please, you're in an office, please respect our protocol," tegas Tuan Zack bersuara.  Walaupun Ziyyad itu merupakan anak sulungnya, tidak bermakna dia akan berpihak kepada Ziyyad.

Protokol tetap protokol.

Dan Ziyyad sebagai inspektor yang dipandang tinggi, perlu mengikut protokol yang ditetapkan. Ziyyad mendengus kasar.

Dah kalau sampai sentuh orang yang tak bersalah, manakan tidak dia mengamuk? Sudah berbulan dia memburu The Blackburn. Namun, satu hasil pun tidak menampakkan diri lagi.

"Maaf," ucap Ziyyad perlahan apabila ditegur tegas oleh bapanya sendiri. Tuan Zack masih kekal dengan wajah ketatnya, sehinggakan yang lain tidak berani untuk bersuara.

"Saya faham fikiran awak terganggu dengan kes ni, tapi jangan sampai awak ulang kesalahan awak. Saya takkan teragak-agak untuk membuang awak daripada mengetuai kes ni Ziyyad kalau perkara ini berulang lagi," Tenang Tuan Zack berbicara kepada anaknya. Dia tahu, Ziyyad tertekan.

"Baik tuan," Tenang juga Ziyyad membalas. Yang lain hanya membiarkan sahaja kedua beranak itu berbicara sesama mereka. Orang luar pun tahu Ziyyad itu merupakan anak Tuan Zack.

Manakan tidak, wajah mereka sangat persis. Perwatakan juga sama.

Like father like son.

Atau boleh juga disebut sebagai bagaimana acuan, begitu juga kuihnya, kan?

"Jadi Inspektor Ziyyad, apa perkembangan terkini tentang undercover mafia yang awak lakukan?" tanya Senior Asisten Komisioner Polis (SAC), Tuan Hisham. Memandangkan kes ini dikira kes berat, jadinya beberapa orang polis berpangkat tinggi turut sertai dalam mesyuarat kali ini.

"Alhamdulillah, Alberto Tan dan Wolf akan membuat satu kerjasama. Ini merupakan satu langkah kecil yang saya dah lakukan, tuan," Tenang Ziyyad menjawab. Wolf itu nama samarannya dalam dunia mafia. Tuan Hisham angguk.

"Apa yang Wolf dan Alberto Tan telah membuat perjanjian bersama?" Kini, giliran untuk Asisten Komisioner Polis (ACP), Puan Riana pula bertanya. Nadanya masih tegas walaupun sedang berbicara dengan anak sendiri.

Her name sounds familiar.

Of course, she is Ziyyad's mother.

Satu keluarga berketurunan polis.

"Dalam fail ini, tertera kontrak dan surat perjanjian yang telah Wolf buat bersama Alberto Tan," Fail coklat itu bertukar tangan. Huluran disambut oleh Puan Riana. Anak mata wanita itu bergerak dari atas ke bawah, membaca segala isi yang tertera.

Kini, fail itu Puan Riana beri kepada Tuan Hisham untuk di belek.

"Bagus Inspektor Ziyyad.., Detektif Amira, dan syabas juga untuk Inspektor Percubaan (P/I) Nazim, walaupun hasilnya sedikit setakat ini, tapi syabas saya ucapkan kepada awak semua dan rakan seperjuangan yang lain," ucapan tahniah daripada Superintenden Polis (SUPT), Puan Marliah kedengaran.

Membuatkan yang lain turut menepuk tangan. Yang lain itu merujuk kepada ahli seperjuangan yang berada di bawah pimpinan dan tanggungjawab Ziyyad. Total semuanya ada 10 orang yang perlu Ziyyad pimpin.

Amira dan Nazim tersenyum lebar mendengar pujian ikhlas daripada Puan Marliah.

Ziyyad sekadar angguk tipis bersama dengan wajah beku. Tidak berperasaan langsung walau dipuji.

"Baiklah Inspektor Ziyyad, lepas ni apa-apa perkembangan, awak boleh update dengan saya," pesan Puan Riana lagi. Ziyyad angguk sekilas. Puan Riana senyum nipis. Tahu sangat anaknya itu macam mana.

"Kalau macam tu, sampai di sini sahajalah mesyuarat kita kali ini, kalau ada apa-apa, saya akan maklumkan kemudian hari, bersurai semua. Ingat, jangan putus asa untuk menyelesaikan kes ni," ujar Tuan Hisham sambil berdiri memandang satu persatu anak muda yang berada di hadapannya.

Sempat dia tepuk bahu kanan Ziyyad perlahan sebelum melangkah pergi. Yang lain turut bersurai.

Yang tinggal hanyalah Tuan Zack, Puan Riana dan Ziyyad sahaja di dalam bilik mesyuarat itu.

"Along..," sahut Tuan Zack.

Ziyyad hanya diam, merenung ayahnya.

"Umi nak Ziyyad balik rumah malam ni, no excuses boy," pesan Puan Riana, lembut namun terselit ketegasan dalam percakapannya. Ziyyad angguk lemah.

"Baba dengan Umi keluar dulu," Ditepuk lembut bahu Ziyyad sebelum Tuan Zack dan Puan Riana melangkah keluar.

Klak!

Kedengaran pintu ditutup. Wajah Ziyyad diraup kasar. Fikirannya betul-betul serabut dek kerana menguruskan kes kali ini. Mujur sahaja Alberto Tan percaya dengan identiti palsunya itu.

"Ya Allah!"

© ALL RIGHT RESERVED
RAISYNEE 2023

- heyyo ! happy reading ><

- anyway, i ingat nak tukar cover la HAHAHHAHA

- tengoklah cane nanti okay ?

- and doakan i tau, 8 june ni results keluar and don't ask me the results okay, i won't share it huehue :3

Continue Reading

You'll Also Like

64K 3.7K 61
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
3.4M 302K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
567K 19.4K 69
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
97.1K 4.2K 57
[COMPLETE] โ—๏ธSiapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love th...