Seseorang Yang Kupilih✔️

By Dilay_cyra

1.5K 176 31

✯¸.•'*¨'*•✿ ✿•*'¨*'•.¸✯ ❝Aku harap kau tak menyesal jumpa aku dan jangan pernah menyesal dengan keputusan kau... More

SATU
DUA
TIGA
EMPAT
LIMA
ENAM
LAPAN
SEMBILAN
SEPULUH
SEBELAS
DUA BELAS
TIGA BELAS
EMPAT BELAS
LIMA BELAS
ENAM BELAS
TUJUH BELAS
LAPAN BELAS
SEMBILAN BELAS
DUA PULUH
DUA PULUH SATU
DUA PULUH DUA
DUA PULUH TIGA
DUA PULUH EMPAT
DUA PULUH LIMA
DUA PULUH ENAM
DUA PULUH TUJUH
DUA PULUH LAPAN
DUA PULUH SEMBILAN
END
⚘️Special Chapter⚘️

TUJUH

48 6 0
By Dilay_cyra

"AWAK tak jawab lagi soalan saya."

"Soalan yang mana satu?" Irfan tersenyum kambing. Sengaja nak menumpahkan minyak masak ke dalam diri Ayla. Ada juga aku masak dia hidup-hidup juga nanti. Lidah menolak pipi dari dalam. Cuba menahan sabar.
Ikutkan hati hendak sahaja dia menampar lelaki tersebut dengan daun pisang ini.

"Mana awak tahu yang pengetua ada tambahkan lagi satu tingkatan. Kenapa saya tak tahu?" Siap kira pakai jari lagi. Berapa banyak pengumuman daripada pengetua yang aku terlepas dengar?

"Pengetua ada lah bagi pengumuman sebelum ni ke kau yang tak nak ambil tahu langsung hal sekolah?"

Ayla sentap. Ya, memang betul. Aku tak nak langsung ambil kisah pasal senior sendiri. Nama mereka pun aku tak tahu. Tapi aku ada sebab kenapa aku buat macam tu dan aku tak rasa aku kena bagitahu dia. Ayla melarikan matanya daripada bertembung dengan mata jejaka itu. Buat-buat lap peluh pada muka.

"Dah lah saya nak masuk kelas, kesian kawan saya tunggu dan..." sebelum langkah diatur, tubuh berpusing menghadap ke arah Irfan.

"Walaupun kita satu sekolah, saya harap kita berdua tak akan terserempak lagi!" Jelas Ayla yang

Ayla cepat-cepat beredar dari situ sebelum Irfan membuka mulut. Irfan melihat Ayla pantas mendaki anak tangga berdekatan kelas yang dah lama terbiar. Irfan menghantar Ayla melalui pandangan mata dia.

"Seberapa banyak perasaan benci dia dekat aku?" Irfan duduk semula di anak tangga pertama. Berteki-teki dengan fikiran sendiri.

Manakala di koridor tingkat tiga yang terletaknya kelas junior dan sebaya dengan Ayla. Kita di sini boleh nampak yang Ayla dah serupa macam orang berkawad, dihentak hentaknya kaki panjang. Junior yang satu blok dengan kelas dia pandang Ayla atas bawah. Ayla membalas balik jelingan maut. Terus sambung tidur junior itu.

Tiba sahaja di kelas, meja Ayla ditampar berkali-kali. Kepala dah mendarat atasnya. Ayla mendengus kuat.

"Hey, hey relax-relax...kau dah kenapa? Macam baru lepas pergi berperang je aku tengok.What's wrong? Tell me, tell me." amboi campur melayu inggeris terus. Ayla menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan. Barulah dia dapat jawab pertanyaan si penyoal setia itu.

"Tak adalah. Bukan perkara penting pun cuma..." patut atau tidak aku cerita hal ini kepada dia?

"Cuma? Cuma apa!" Digoncang-goncangnya lengan Ayla. Punya tidak menyabar. Bukan apa, dia kalau mula bercerita. Boleh dah tulis manuskrip jalan cerita lepas itu hantar di syarikat terbitan buku novel. Okay, apa aku dah mengarut!

"...Aku ada jumpa orang yang aku benci tadi. Aduh, asal dia nak masuk sekolah ni juga? Macam tak ada lagi sekolah tingkatan tingkatan dekat Malaysia!" Kerusi di sebelah ditendang kuat. Kerusi milik Safiyya menjadi mangsa tendangan Ayla. Safiyya pasrah sebelum menarik senyuman nakal.

"Jodoh kaulah tu..." Banyaklah jodoh kau.

Aku pusing menghadap kawan aku tu yang merangkap, my bestfriend. Mata yang memandang wajah Safiyya spontan toleh ke arah lain. Kepala merehatkan atas mejanya.

"Aku tak percaya dah yang dia tu jodoh aku..." suara semakin tergelam kerana muka dia ditutupi oleh dua belah lengan sendiri namun masih dapat Safiyya menangkap butir-butir bicara kawan baik dia yang satu ini.

"Alaa jangan cakap macam tu, hm...tapi kenapa dari suara kau cam pernah ada kisah dengan seseorang yang kau benci tu? Aku kenal ke orang tu?" Gaya dia bercakap macam aku kenal sahaja. Ada apa-apa kau sembunyikan daripada aku ke?

"Malaslah aku cerita tentang dia baik kita cerita tentang...Alamak! Minggu depan dah exam." Dengar sahaja jeritan bergema Ayla, yang tengah rancak berbual serta merta satu kelas kecoh mengeluarkan buku nota setiap subjek yang telah pelajari setiap hari kecuali sabtu dan ahad sebab sekolah tutup. Pernah buat video call berdua, sekejap jelah kang lama-lama memang tak belajar. Membawang je lebih mengalahkan mak cik yang jaga tepi kain orang lain.

"Geografi aku dahlah asyik gagal. Tak pernah luluskan pun seumur hidup aku." Bahu Ayla ditepuk. Kepala Safiyya tergeleng ke kiri, kanan. Janji kau ada usaha nak belajar. Bukan macam yang tengah membaca ini. Kerja main tiktok sahaja yang tahu. Akhirnya study last minute!

Manakala di tempat Irfan berada. Jejaka itu masih menonton dan kadang-kadang menyorak untuk rumah sukan dia. Tak lama itu, belakang badan dia dipukul kuat.

Lelaki itu mengadu sakit. Bukan Irfan tetapi kawan baik dia yang bernama Nuqman.

Ni simen ke manusia?!

"Engkau tak payah lah suka hilang tiba-tiba tak pasal-pasal aku yang kena cari tau. Terseksa betul yang pernah on crush dekat kau. Sikit-sikit hilang, sekali muncul macam hantu." Nuqman siap buat gaya nak menendang Irfan pula. Biar bergolek jatuh.

Biasalah friendship lelaki memang suka bergurau kasar. Akhirnya, dia sertai duduk sekali dengan Irfan. Tak panas ke duduk bawah matahari terik ni. Nak bermandi peluh ke apa?

"Amacam, kau ada jumpa mana-mana manusia kau kenal dekat sini tak?"

Rahang muka ditongkat sebelah kiri. "Ada lah seorang junior ni."

"Siapa? Aku kenal ke junior tu?" Tubuh berpusing menghadap kawan rapatnya. Kening dah lama terjungkit.

"Aku rasa kau tak kenal tapi pernah jumpa dia dekat luar sekolah." Menyempat pula kau main teka-teki dengan aku. Nuqman cuba lah sebut satu persatu nama yang dia tahu.
Dah tentu semua salah.

"Try again...dah jom pergi ronda satu sekolah. Dah lama tak buat kerja macam tu. Last, buat masa kita pegang jawatan pengawas sekolah."

"Ha jom lah, aku pun boleh naik bosan asyik duduk kat sini." Nuqman bangkit dahulu, dia menarik tangan Irfan kemudian mereka berdua berlari masuk ke dalam bangunan sekolah. Setiap bilik mereka masuk, ada Luqman juga bertanya kabar kepada cikgu yang pernah mengajar mereka manakala Irfan siap boleh berborak dengan pengetua lagi.

Perkara terakhir sebelum pulang ke rumah masing-masing, mereka berdua mengacau junior yang tengah sibuk dengan dunia masing-masing. Gelak puas dia orang bila nampak muka terkejut mereka. Jangan marah Luqman, ini idea Irfan ya.

Sekali giliran group 4 beauty and the beast. Kena kacau dengan mereka. Yang malang nya Irfan kena tampar. Bayangkanlah, kelas Ayla dalam perjalanan nak pergi makmal sains tiba-tiba kena sergah dengan mereka tak pasal-pasal buku yang berada dekat tangan Ayla terpukul tulang pipi Irfan. Nasib buku tulis kalau buku teks mahu lari tulang rahang dia.

Ini makan dia, tak sampai sejam orang dah bagi warning jangan terserempak dengan aku lagi. "Oh, sorry tak sengaja."


-akan bersambung-

Continue Reading

You'll Also Like

52.2K 3.6K 54
TML #2/5 | Red's Lily Series Red's Lily Series Vol 01 : Mysterious Girl ╰┈➤ Her Secret Protector "Siapa kau? siapa kau Harriz? Apa motif kau dekat de...
8.1K 455 31
Black Mamba The Last Mission: Failed! Tanpa sebuah memori kisah ini tidak akan bermula... Menyedari akan rahsia tentang kematian kedua orang tuanya m...
207 81 16
{LOVE STORY OF VINDARA} -Kisah cinta abadi- Pertemuan awal yang sudah ditakdirkan untuk mereka dan kini mereka bersama harus mengh...
964K 118K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...