OG | | MEJAR'S CODE G28

By farhaenanurr

35.3K 1.7K 64

SYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa... More

𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
1' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
3' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
4' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
5' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
6' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
7' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
8' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
9' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
10' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
11' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
12' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
13' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
14' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
15' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
16' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
17' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
18' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
19' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
20' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
21' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
22' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
23' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
24' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
25' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
26' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
27' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
28' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
29' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
30' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
31' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
32' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
33' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
34' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
35' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
36' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
37' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
38' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
39' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
40' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
41' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
42' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
43' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
44' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
45' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
46' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
47' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
48' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
49' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
50' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
51' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
52' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
53' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
54' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
55' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
56' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
57' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

2' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

1.3K 70 0
By farhaenanurr

Nur Arfana Faiqa membaiki tudung shawlnya sambil berjalan ke bilik kerja ayahnya untuk menghantar bekal makanan tengahari dek kerana permintaan ayahnya. Setelah mendengar leteran ibunya barulah dia bangkit dari katil untuk menghantar bekal itu.

Arfana merupakan seorang pemilik syarikat bertaraf antarabangsa namun dirinya tidak pernah muncul di mana-mana media sosial. Semuanya akan diuruskan oleh Pembantunya kecuali hal-hal mustahak, itu pun dia akan menutup rupanya dari terlihat.

Bukan sombong tapi dia tidak suka diikuti oleh orang jikalau berjalan di luar kawasan. Dia hanya mahu hidup bebas seperti manusia lain.

Sedang kaki melangkah, telefon pintarnya berbunyi minta diangkat lalu mata melorot melihat ke dalam bag tangan untuk mencari telefon sebelum badannya terlanggar tiang bangunan hingga jatuh terduduk. Arfana mengaduh kesakitan lalu memegang kepalanya yang seakan mahu pecah itu.

Baru saja mahu bangun dari jatuhnya, kaki seakan lembik. Dia terus jatuh terduduk sekali lagi sambil memegang kaki yang sudah terpeleot pula. Arfana memukul tiang yang ada di hadapannya kerana kesal.

" Bencilah!" Keluhnya dengan nada marah.

Dia bangun lalu mengambil kembali bekas makanan dengan wajah cemberut lalu berjalan dengan mata berair.

Syed Aariz yang dari tadi berselindung di balik tiang di belakang Arfana hanya melihat tanpa ada niat mahu menolong.

" Not my problem" bahu diangkat seraya dengan ucapannya.

Dia kembali berjalan ke bilik Jeneral Arhan Ali merangkap baba Arfana untuk menghantar dokumen kerjanya.

Syed Aariz membuka pintu dengan perlahan setelah mendapat keizinan untuk masuk ke dalam bilik kerja Jeneral Arhan Ali. Permandangan pertama yang dilihat adalah Jeneral Arhan Ali yang sedang mengurut kaki anak perempuanya bersama Arshan Faiq yang sedang menuam bengkak di dahi Arfana.

" Jeneral, saya letak dokumen ni atas meja ye?"

" Baik Aariz, letak je atas meja tu. Nanti saya check" Syed Aariz mengangguk dengan kata-kata jeneral arhan ali.

Dia berjalan ke sofa yang menempatkan Arfana lalu memandang Arshan dengan riak tanda tanya. Waalhal dirinya sudah tahu kejadian itu dari awal.

" Ana ni katanya ada orang tolak dia sampai terlanggar tiang. Berani betul budak tu" Terang Arshan dengan suara berang. Mukanya jelas tidak puas hati.

Terangkat kening Syed Aariz mendengar keterangan dari Arshan mengenai adiknya. Wajah dikalih pula kepada Arfana yang sedang memandangnya sambil berkerut.

Syed Aariz tayang senyum sinis bila mata itu menatapnya tidak puas hati. Satu jelingan dihadiahkan oleh Arfana kepada Syed Aariz.

" Kenapa kau tengok aku macam tu? Tak pernah tengok orang cantik sakit ke?" Soal Arfana dengan riak sombong.

" Nope, just curious. Betulke ada orang tolak kau ni?" senyum sinisnya tidak lekang dari terbentuk. Kecil tapi jelas terlihat pada pandangan Arfana.

" Betul lah! Kau tak tahu apa-apa, kau diam eh" Syed Aariz hanya mengangkat bahu mendengar ucapan Arfana.

Jeneral Arhan Ali dan Mejar Arshan Faiq memandang mereka berdua pelik sebelum menukar bibir membentuk senyum penuh makna.

" Baba tengok Ana ni sesuai la dengan Aariz" Kata Jeneral Arhan Ali kepada Arfana dan Syed Aariz.

" Betul!" Arshan menyokong kata-kata ayahnya penuh bersemangat.

" Ehh tolong sikit eh, tak hadap la nak suka orang macam dia ni" Arfana membuat muka meluat sambil membalas kata-kata ayahnya.

" Hello Miss Diva, Aku lagi tak hadap nak suka kau tau. Nak tengok kau pon tak hadap la" Balas Syed Aariz tidak mahu kalah.

Jeneral Arhan dan Mejar Arshan menjadi penonton perbalahan dua manusia itu dengan bibir membentuk senyum simpul.

Arshan yang tadinya berdiri di tepi adiknya terus melabuhkan duduk di sofa bertentangan dengan ayahnya supaya dapat melihat aksi pergaduhan adiknya dan sahabatnya dengan tenang.

" Korang ni macam kucing dan anjing la. Asal jumpa je nak gaduh" Dengan tenang Arshan membidas keduanya.

Kedua pasang mata itu tertumpu sepenuhnya terhadap Arshan dengan tatapan membunuh. Arshan yang tersedar itu terus mengangkat kedua belah tangan tanda kalah.

" Baba sokong abang. Macam cincin dengan permata" Sambung Jeneral Arhan dengan anggukan.

Arshan mengenyit mata kepada ayahnya tanda sokongan. Manakala Arfana sudah pasang wajah meluat terhadap abangnya.

" You know me baba" Arfana menutur kata dengan wajah pasrah kepada ayahnya.

" I don't know" balas Jeneral Arhan selamba.

Arfana tercengang dengan balasan ayahnya lalu mata diluaskan kepada sang ayah sebelum dia mengeluh lemah.

" Ana tak suka lelaki"

Matanya melirik Jeneral Arhan Ali ketika menuturkan ucapan itu. Mata tua itu seakan terselit kecewa namun Arfana hanya membiarkan.

" Habistu kau lesbian ke?" Soalan dari Syed Aariz Al-Farras menyentakkan Arfana Faiqa.

Arshan dan Jeneral Arhan ketawa kecil mendengar tuduhan Syed Aariz terhadap puteri mereka hingga mendapat tatapan membunuh dari gadis itu.

" Yang kau busybody hal orang sangat ni dah kenapa ye, Mejar?"

" Adik" Arshan memanggil adiknya saat melihat keduanya bakal berperang sekali lagi.

" Jangan benci sangat dengan lelaki, Miss Diva. Nanti kau kahwin dengan lelaki jugak" Balas Syed Aariz.

" Hello Mejar, Kau ingat kahwin tu penting ke? Aku tak hadap la. Aku boleh hidup la kalau tak ada lelaki pun" Arfana membalas lagi.

" Lesbian tu haram tau" Pesan Syed Aariz.

" Aku tak lesbian la!"

" Dah tu, kau cakap tak suka lelaki. Kau suka sejenis la kan?" Syed Aariz masih lagi memprovoke Arfana.

" Apa masalah kau ni? Serabut betul"

" Typical woman" Bahu diangkat kepada Arfana.

Arfana mendengus lalu kembali duduk di atas sofa dengan dahi bengkak dan kaki terhinjut. Dia memandang Syed Aariz dengan riak marah.

Syed Aariz mengangkat bahu lalu meminta diri untuk beredar sebelum kaki terhenti di hadapan pintu bilik kerja Jeneral Arhan Ali.

" Mind your own business, Mejar" Habis saja mendengar pesanan ringkas dari Arfana, dia terus beredar dari bilik itu.

" Adik tahu tak nama dia apa?"

" Tak tahu dan taknak tahu" Soalan abangnya dijawab sambil lewa.

Arshan dan Jeneral Arhan ketawa kecil lalu membuka makanan tengahari mereka untuk disantap bersama.

Jeneral Arhan Ali mengusap kepala anaknya lemah lembut lalu mencium tepi kepala gadis itu. Dia menyandarkan kepala di atas dada bidang ayahnya sambil menunggu Arshan menyediakan makanan.

" How's your business?"

" Very Good baba"

Pemilik syarikat bernama 'Arles' ini adalah sebuah perusahaan yang mengeluarkan kereta mewah dan fashion. Syarikat ini sudah mendapat nama yang setaraf dengan produk antarabangsa yang lain seperti Dior, Hermes, Audi dan yang lain yang sama taraf dengannya.

Nama 'Arles' ini terbentuk dari gabungan nama mereka satu keluarga iaitu 'Ar' dari nama Arhan, Arshan, Ardhan dan Arfana manakala 'Les' pula diambil dari nama ibu mereka iaitu Qalesya Fatehah.

Arfana sudah berperang dalam membangunkan syarikat ini sejak umurnya 21 tahun lagi. Syarikatnya cepat naik kerana kuasa viral yang sudah menjadi makanan harian manusia duniawi. Dengan ini dia sangat bersyukur kerana dapat menjadi jutawan di usianya yang terlalu muda.

Pada sebelum usia 21 tahun, Arfana membantu kawannya menjual makanan. Hal itu membuatkan Arfana telah mendapat modal sejak dulu lagi sebelum membentuk syarikat sendiri.

" Ana nak balik U.S."

Mata Arhan dan Arshan terus tertumpu pada Arfana yang memandang mereka berdua bersilih ganti.

" You just came back" Abangnya menutur kata dengan nada sedih.

" I know. But suasana business kat sini tak sama dengan U.S. Lagipun, ana rasa ana nak sambung Master yang ana extend haritu"

" Baba izinkan, take your time"

Tubuh Jeneral Arhan Ali dipeluk erat bersama senyuman nipis tanda terima kasih kerana memahaminya.  

Continue Reading

You'll Also Like

4.1K 355 47
[Karya pertama] Terjumpa di Taman Rekreasi yang tanpa sengaja dan mulalah perkenalan mereka di situ "Sayang, awak nak pergi mana?" -Raja Thaqif Willi...
25.9K 1.3K 42
Cover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sah...
14.3K 429 56
"Takdir yang paling indah apabila kita menjadi satu" Khadeeja Marrysa, seorang gadis lepasan SPM yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu mahup...
722 59 16
Safa Aleena - Seorang penulis novel yang masih mengejar impian untuk membahagiakan keluarga setelah kematian ayah sebagai ketua keluarga. Soal cinta...