Percaya Sampai Syurga

By OparuKH

3 0 0

Noor, Ida, Ily, Izzah, and Kristina More

PROLOG

BHG.1: SENYUMAN PERTAMA

1 0 0
By OparuKH

"Okay... dah siap... Dah cantik, Noor."

Noorul menggayakan tocang ekor kudanya di cermin. Di pusing kan badan ke kiri dan kanan, sambil senyum manis masih terukir di wajah.

"Terima kasih, ibu."

Puan Hayati mengusap kepala Noorul perlahan seraya menyusun semula sikat dan minyak rambut yang digunakan untuk menyisir rambut ikal, hitam lebat milik Noorul. Noorul sudah berjalan laju ke biliknya dan mencapai tudung sekolah warna putih yang tersangkut pada almari bajunya.

"Sarapan dulu, Noor!"

Laung Puan Hayati dari dalam bilik. Encik Kamil yang sudah segak bersama uniform kerja sedang memperkemaskan tali pinggangnya. Noorul sudah tiba di meja makan bersama pakaian seragam lengkap warna putih.

"Ma, sedapnya!"

Bau kuah telur sambal menusuk rongga hidungnya. Cekodok masih panas – panas sudah tersedia di meja makan. Aina yang sudah lengkap dengan pakaian seragam sekolahnya sudah tercongok di meja makan, mengunyah cekodok yang sudah dicicah dengan sambal telur.

Awal pagi lagi Puan Hayati, seorang suri rumah sepenuh masa sudah bangun untuk menyediakan sarapan pagi buat anak – anaknya. Bunyi kenderaan di seberang jalan sudah bertukar ganti, orang – orang mula bersiap – siap untuk ke tempat kerja mencari sesuap rezeki. Di kuarters kecil di daerah Petaling Jaya inilah bermulanya segala cerita.

Noorul, anak ke – empat daripada enam beradik. Kesemua anak – anak Puan Hayati dan Encik Kamil bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Ceria. Yang sulung, kedua, dan ketiga, Amira, Mikael dan Nuha sudah memasuki persekolahan menengah. Hanya Noorul dan Aina, yang masih bersekolah rendah. Manakala si bongsu, Mikayla masih berumur enam tahun.

Puan Hayati dan Encik Kamil masing – masing berumur 44 dan 45 tahun. Puan Hayati merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, manakala Encik Kamil seorang Pembantu Operasi di Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Ceria.

Anak – anak Puan Hayati dan Encik Kamil sering dikenali sebagai ayam tambatan sekolah. Menyertai pelbagai pertandingan, tampil menyerlah setiap kali peperiksaan, memenangi pelbagai anugerah di peringkat sekolah hingga kebangsaan, dan pelbagai lagi.

Kehidupan mereka sekeluarga, sederhana. Namun cukup bahagia dengan keletah dan tingkah laku anak – anak yang bermacam ragam, menumbuhkan ketenangan dan ketenteraman.

Noorul, yang berada di darjah lima Battuta, seorang anak yang periang, ceria, sopan, malu – malu, dan sangat lembut hati. Noorul dan adik beradiknya gemar membaca sejak kecil. Destinasi mereka saban tahun tiap kali cuti sekolah, adalah kedai buku. Malah, Encik Kamil dan Puan Hayati sering memberikan hadiah buku – buku cerita yang menarik kepada anak – anak mereka. Mungkin itu juga... yang membentuk Noorul dan adik – beradiknya dalam hobi menulis. Sejak berumur 10 tahun, Noorul sudah mempunyai buku catatan peribadi sendiri. Di situlah tempat dia menconteng, menulis, melakar, menanam angan – angan serta impian... Menulis... adalah kecintaannya, nadinya, tempat dia menari, melompat, berserah, mewarna, dan tempat dia menadah doa – doa tulus.

Puan Hayati dan Encik Kamil turut menyediakan Pendidikan agama yang cukup buat anak – anaknya sejak kecil. Noorul dan adik – beradiknya sudah mula belajar memakai tudung sejak usia enam tahun. Mereka diajar mengaji Iqra' juga sejak usia kecil, menghafal bacaan – bacaan dalam solat, menghafaz surah – surah Juz Amma dan surah pilihan dalam Al -Quran.

Puan Hayati dan Encik Kamil merupakan ibu bapa yang sangat penyayang, Sentiasa berada di belakang anak – anak mereka tanpa mengira waktu, masa, keletihan, tenaga, susah payah. Mereka hanya mahukan Noorul dan adik-beradiknya mendapat sesuatu pengalaman bermakna dan lebih baik dalam kehidupan. Puan Hayati dan Encik Kamil... mereka tidak bersekolah tinggi, hanya sekadar Pendidikan peringkat SPM, malah tidak mempunyai kerjaya besar. Kehidupan terus bergerak, masa terus berjalan, orang – orang baharu yang hadir dalam hidup, perkahwinan anak – anak, kehadiran penyejuk mata, kesenangan dan kesusahan, dan... pasangan ini juga semakin menuju usia tua mereka...

Sungguh benar kata – kata tentang mustajabnya doa ibu dan bapa, walau sejauh mana Noorul dan adik beradiknya meniti kehidupan masing – masing, ada doa dan ingatan, serta kasih yang tidak terperi daripada Ibu dan Ayah mereka... kekal menemani.

Ini hanya satu bahagian, daripada kisah seorang anak perempuan yang ditakdirkan hidup di atas muka bumi. Anak perempuan yang mahu sembuh, mahu tumbuh, dan mahu terus menanam harapan. Ada kejadian yang tidak disangka – sangka, perjalanan yang mengejutkan, kesedihan, dan segalanya yang berlaku dalam kehidupan anak perempuan ini. Pada akhir kisah ini, mungkin kita semua akan tertanya – tanya, apa khabar anak ini? Adakah senyuman manisnya masih terukir di bibir?

InshaAllah, dengan izin Allah. Dia baik-baik sahaja, dan masih baik – baik sahaja.

Oh, bahagian tentang apa? Kita semua sudah boleh menelah pada awal kisah ini. Ini kisah kecil tentang perhubungan.

+++

Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Ceria, Petaling Jaya, 2008

Noorul menelan liur. Pandangannya tertancap pada tubuh badan temannya di hadapan. Pelajar baharu yang memasuki darjah lima pada tahun lalu, Dalila yang berdiri di hadapannya itu tidak lepas dari pandangannya sejak tadi. Perasaan apa yang sedang menjalar masuk ke dalam hati sanubarinya ini?

Sewaktu mula – mula kelas Darjah Lima Battuta menerima kehadiran Dalila dalam kelas, ramai pelajar – pelajar yang berbisik sesama sendiri. Dalila yang berkulit cerah, sederhana tinggi, mempunyai senyuman manis, berlesung pipit. Ditakdirkan, Dalila ditempatkan di sebelah Noorul sehingga masuk ke darjah enam.

Mereka bersahabat baik, kekal rapat sebagai rakan sekelas, saling membantu sesama sendiri. Noorul masih menyimpan rasa yang berbeza terhadap Dalila, yang kerap hadir dan pergi. Malah, kadangkala rasa tersebut semakin kuat.

Masa berlalu, tahun berganti, hubungan persahabatan mereka berjalan seperti biasa, penuh warna, suka dan duka seorang anak – anak kecil yang masih tidak mengetahui apa – apa tentang makna besar kehidupan.

Menyertai pertandingan yang dianjurkan pihak sekolah, hadir ke kelas,kelas agama petang, kelas tambahan sehingga lewat malam, berlumba dan bersaing secara sihat dalam peperiksaan, menjalani UPSR, bertukar – tukar mesej menggunakan telefon bimbit NOKIA 3310, menyelesaikan kerja sekolah yang diberi guru, dan... jatuh cinta kali pertama dalam kehidupan.

Noorul juga begitu.

+++

Noorul berjalan laju menuju ke perkarangan sekolah. Waktu baru sahaja menunjukkan jam 645 pagi. Sesekali dia meniup ke dahi. Kerudung biru yang disarung diperkemasnya. Pakaian seragam pengawas yang tersarung ditubuh kemas tergosok rapi. Selepas melambai Babah yang menghantar di pintu pagar sekolah, dia cepat-cepat mengangkut beg sandang ke dalam kelas. Sesekali mata meliar ke sekeliling, mencari kelibat seseorang.

Oh, nampaknya papan hitam semalam masih terdapat catatan guru, pemadam di atas meja diambilnya dan segera dia berjalan ke hadapan kelas.

"Noor."

Noorul yang sedang memadam papan hitam segera berpaling ke arah suara tersebut. Di muka pintu, seorang pelajar lelaki memakai seragam pengawas biru cair sedang tersenyum manis ke arahnya. Pipi Noorul memerah. Lambat-lambat dia berjalan ke arah pintu hadapan bilik darjah. Beberapa orang pelajar memakai seragam lengkap warna putih berpapasan di koridor. Ada yang berlari-lari anak menyaingi rakan-rakan lain.

Terkoyak senyuman di bibir Noorul. Pelajar lelaki tersebut masih berdiri di muka pintu bersama seulas senyum manis di wajah. Kelihatan sedikit malu-malu. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar kiri.

"Jangan lupa balas."

Noorul segera menyambut huluran tersebut berserta anggukan. Surat bertukar tangan.

"Aiman."

Pelajar lelaki tersebut yang baru sahaja hendak beredar pergi, menghentikan langkahnya, berpaling semula kepada Noorul.

"Terima... kasih."

Aiman mengoyak senyum, mengangguk laju. Langkah kaki dibuka, seraya melambai sekilas kepada Noorul yang masih terpaku di tepi pintu menghantar Aiman dengan pandangannya. Sekeping surat di tangan kanan digenggam erat.

+++

Noor memasukkan key chain yang terdapat anyaman namanya dan seseorang yang membuatkan hatinya berbunga riang itu ke dalam poket beg sandang. Segera dia berjalan masuk ke perkarangan sekolah, meninggalkan adik Aina, yang berjalan mengekorinya di belakang.

Sampai sahaja di hadapan kantin, Noor berhenti, berpusing menghadap Aina, bersama seulas senyuman manis di wajahnya.

"Bye, Aina, jumpa waktu rehat atau balik nanti."

Aina angguk acuh tidak acuh seraya berjalan melepasi Noorul. Noorul berada di darjah enam, manakala Aina darjah empat . Aina yang membuka langkah kakinya tiba-tiba berhenti.

"Tadi rasa macam Noor punya 'barang' tu cicir."

"Hah? Yeke!?"

Noorul meraba-raba poket beg sandangnya dengan wajah cemas. Terasa masih ada dua bentuk key chain dalam genggamannya. Serentak itu dia berjalan merapati Aina dan mencubit lengan adiknya.

"Ish Aina ni kan!!!"

Jeritan Noorul hanya disambut sengihan lebar Aina yang sempat mengelak jurus cubitan daripadanya.

+++

"Beri peluang pada Aiman, boleh Noor?"

Noorul hanya membaca mesej yang tertera pada NOKIA 3310 warna hitam miliknya. Dia mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan dengan Aiman, selepas memperoleh keputusan kemasukan ke sekolah asrama penuh tempoh hari. Noorul bertekad sungguh – sungguh untuk menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

"Maaf, Aiman."

Mesej ringkas tersebut dihantarnya kepada penerima. InshaAllah, minggu hadapan Mama dan Babah akan menghantarnya ke sekolah asrama perempuan aliran agama yang terletak di Kajang, yang memakan masa kurang satu jam sahaja dari rumah mereka. Noorul menoleh ke arah barang – barang dan beg yang sudah dikemas rapi untuk persiapan meninggalkan rumah.

+++

Terasa seperti mimpi, tahun – tahun persekolahan rendah yang penuh suka, duka, dan warna. Tempat seorang Noorul membesar, berkawan, mengenal diri, meneroka, dan bermacam lagi. Tahun - tahun seorang Noorul mengenali dan merasai kasih sayang tidak terperi daripada kedua – dua orang tuanya.

Mungkin itu antara kenangan paling manis dalam hidupnya sepanjang berkenalan dengan Aiman. Seronok bukan, rasa apabila dilamun cinta. Dia dan Aiman mengenali antara satu sama lain seawal usia 11 tahun, sewaktu mereka masing-masing masih di persekolahan rendah. Mereka berdua kebetulan sama sama menjadi ketua pengawas dan penolong ketua pengawas pada ketika itu. Entah bagaimana, mungkin senyuman manis yang sering terukir pada wajah Aiman membuatkan hati keanak-anakannya pada ketika itu begitu mudah terpaut. Ah, indahnya kenangan tersebut. Debaran di dada, perasaan suka, rasa bersemangat mahu ke sekolah.

Cinta monyet kata orang. Dan disebabkan itulah, punca perhubungan mereka tidak kekal lama. Noorul menerima peluang kemasukan ke sebuah sekolah berasrama penuh aliran agama di Kajang, Selangor manakala Aiman menyambung persekolahan menengah di sekolah menengah kebangsaan, juga di sekitar Selangor. Noorul masih ingat ketika Aiman menghubunginya menyatakan mahu terus menyambung tali persahabatan, tetapi Noorul menolaknya dengan baik, dengan alasan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah menengah. Tiada apa sangat yang difikirkan sewaktu itu, hanya berniat mahu menjadi anak yang baik kepada Babah dan Mama, dan Aiman akur, walau sedikit kecewa dengan keputusannya.

Sewaktu menengah rendah, pada usia 14 tahun di Tingkatan dua, Noorul diterima masuk sebagai peserta program Hafazan Majlis Tilawah Alquran. Dia berjaya merangkul Johan dalam pertandingan tersebut, seterusnya diterima masuk ke peringkat Negeri. Mungkin sudah menjadi takdir dalam relung kehidupannya, dia bertemu Aiman ketika berpapasan di koridor sekolah tuan rumah. 

Continue Reading

You'll Also Like

433K 27.1K 39
Let's see how different personalities mends with each other to form a beautifull bond together. Where the Eldest is calm and cold, Second is aggress...
580K 20.2K 167
The young lady from the Xue family was talented and beautiful, and married the dream husband at the age of 16. They had a loving and harmonious relat...
578K 15.6K 79
A butler was the job description. Do what he wants. Get what he desires. That's all I have to do, but suddenly, I am thrown into a completely differe...
BROTHERS IN ARMS By Arya

General Fiction

132K 7.6K 53
This is a story about three brothers. The eldest brother is serving his life for his nation while the other two brothers are following their eldest b...