Jika Harus Begitu

By Orkedmenulis

5.6K 278 29

"I still love her." Hati isteri mana yang tak terluka apabila ayat itu keluar daripada bibir sang suami di ma... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Update ✨

Bab 25

328 18 5
By Orkedmenulis

SEPANJANG perjalanan menuju ke pejabat, hati Aileen dihurung sebak. Selalunya dia dan Hayl akan ke pejabat bersama-sama. Dia tak perlu susah-susah nak memandu.

Tak sedar air matanya menitis perlahan mengenangkan hubungan mereka. Adakah Hayl sudah menemui bahagianya sekarang ini?

Pin!

Aileen tersentak mendengar bunyi hon daripada kereta di belakangnya. Dia cepat-cepat menekan pedal minyak. Lampu isyarat sudah bertukar hijau pun dia tak perasan. Jauh sangat mengelamun.

Selepas memarkir keretanya, Aileen terus turun daripada perut kereta. Dia tersenyum saat matanya bertembung dengan sepasang mata.

Hayl.

“Abang!” Aileen melambaikan tangannya ke arah Hayl.

Hayl hanya beriak biasa. Tiada secalit senyuman pun di bibirnya. Dia terus membuka langkah berlalu masuk ke dalam bangunan pejabat.

“Abang!” Tergesa-gesa Aileen mengunci pintu keretanya. Dia berlari anak mengejar langkah Hayl. Hampir-hampir saja dia tersadung.

Pin!!!

“Aileen!” Tubuh Aileen ditarik pantas ke tepi.

Aileen tergamam. Dia hampir saja dilanggar oleh sebuah motosikal gara-gara melintas melulu.

“Kau okey tak?” soal Nisa panik. Nasib baik dia ada. Kata dia tak tarik tubuh Aileen ke tepi tadi, agaknya kawannya itu sudah dilanggar oleh motosikal tadi.

Debar jantung memukul dada. Aileen mengangguk kecil. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Semuanya terlalu pantas.

Apa yang membuatkan dia sedih, Hayl langsung tak menoleh memandangnya saat dia memanggil nama lelaki itu. Kerana ingin mengejar langkah Hayl lah dia hampir saja dilanggar. Adakah lelaki itu masih marah padanya?

“Kenapa kau rushing sangat ni?” soal Nisa lagi. Pelik. Nak kata dah terlambat, baru pukul 8.15 pagi. Waktu kerja mereka bermula pukul 9 pagi.

Aileen menggeleng perlahan. “Terima kasih Nisa.”

“Leen... Kau betul-betul okey ke ni?”

Aileen senyum segaris. “Aku okeylah. Terima kasih jadi hero selamatkan aku pagi ni.”

“Leen.” Nisa terus menarik tubuh Aileen ke dalam pelukannya.

Air mata Aileen langsung gugur. Esakannya kedengaran. Belakang tubuhnya terasa diusap lembut oleh Nisa.

“Kau kuat Leen. Kalau orang lain yang berada dekat tempat kau, belum tentu dia boleh bertahan sampai sekarang ni.”

Aileen memejamkan matanya. Tiada siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Dan jika ada orang yang dipersalahkan, orang itu adalah dirinya sendiri. Dia yang mahukan semua ini demi kebahagiaan Hayl.

Jadi sakit macam mana pun yang dia rasakan, Aileen perlu telan semuanya.

“Mengalah untuk kebahagiaan orang yang kita sayang tu adalah satu hal yang cukup hebat,” ujar Nisa sebak.

Dia faham apa yang Aileen rasa kerana dia sudah pernah berada di situasi itu. Cuma jodohnya dengan bekas suaminya tidak panjang dan dia tidak cukup kuat seperti Aileen untuk berkongsi kasih. Jadi dia lebih rela untuk mengalah.

Pelukan dileraikan. Aileen cepat-cepat mengesat pipinya dengan belakang tangan. Dia tutup segala lukanya dengan senyuman.

“Terima kasih Nisa.”

“Jom masuk.” Nisa tarik tangan Aileen. Dia tak dapat nak bayangkan perasaan Aileen sekarang ini.

Sudahlah bekerja sebumbung dengan suami. Selalunya pergi dan pulang kerja bersama-sama. Tapi sekarang ni keadaan sudah berubah.

PAGI ini tiba-tiba mereka semua dipanggil ke bilik mesyuarat. Ada mesyuarat tergempar katanya. Mata Aileen melilau mencari kelibat sang suami.

Hujung bibirnya ternaik sedikit saat matanya bertembung dengan mata lelaki itu. Hayl pula cepat-cepat memandang ke arah lain. Pura-pura tidak melihat Aileen.

“Apa awak buat ni Cik Aileen? Saya nak awak buat semula.” Helaian kertas itu dihentak kuat ke atas meja.

Aileen terdiam. Dia rasa macam nak menangis je sekarang ni bila semua mata yang berada di dalam bilik mesyuarat itu terhala padanya.

“Baik puan,” balas Aileen akur. Dia hanya menundukkan kepalanya. Malu nak bertentang mata dengan yang lain.

Hayl mengetap bibir melihat isterinya dimarahi orang atasan. Dan... Dia tak mampu nak buat apa-apa sekarang ni. Urusan kerja Aileen tiada kena-mengena dengannya jadi dia tidak boleh masuk campur.

Aneh. Aileen itu seorang yang peka dan teliti dengan kerjanya. Sepanjang dia bekerja di sini, belum pernah lagi dia melakukan kesalahan seperti ini.

“Jangan campur adukkan urusan kerja dengan urusan peribadi.”

Telinga Aileen mengesan sindiran pada ayat wanita itu. Tahulah dia kini satu pejabat sudah tahu tentang masalah peribadinya. Tentu saja mereka sudah tahu yang kini Hayl sudah mempunyai isteri yang lain selainnya.

Habis saja mesyuarat, Aileen cepat-cepat berlalu meninggalkan bilik mesyuarat itu. Hayl pula hanya mampu memerhati kelibat isterinya itu menghilang. Terbit rasa bersalah di hatinya kerana tidak mampu buat apa-apa untuk mempertahankan Aileen.

Sejujurnya dia tidak marahkan Aileen. Dia cuma sedikit kecewa dengan wanita itu. Hayl tahu semua ini berpunca daripadanya. Tapi dia agak terkilan dengan tindakan Aileen. Tindakan Aileen seolah-olah mahu dia pergi jauh daripada kehidupan wanita itu.


SUDAH tiga hari Hayl bermalam di rumah Dhia. Membuatkan Dhia tertanya-tanya. Mengapa Hayl tidak pulang ke rumah Aileen?

Walaupun Hayl tidur di rumah Dhia, mereka tidak tidur di dalam bilik yang sama. Awal-awal lagi Hayl sudah memberitahu Dhia yang dia tidak akan menyentuh wanita itu.

Dhia sedikit terkilan namun dia akur dengan keputusan Hayl. Dia faham perkahwinan ini bukanlah atas kemahuan Hayl sendiri.

“Hayl tak balik rumah Aileen ke?” soal Dhia.

Hayl yang sedang menonton televisyen itu tersentak. Sejujurnya hatinya memberontak mahu pulang berjumpa dengan Aileen. Dia rindukan wanita itu. Tapi melihat Aileen langsung tiada usaha untuk memujuknya, Hayl batalkan niatnya.

Mujurlah mereka bekerja di bawah bumbung yang sama. Hayl masih dapat curi-curi melihat Aileen walaupun hanya daripada jauh.

“Bila Dhia jumpa doktor?” soal Hayl. Sengaja menukar topik perbualan mereka.

Dhia menghela nafas perlahan. Dia melabuhkan duduk di atas sofa bersebelahan dengan Hayl.

“Pagi esok.”

“Nak Hayl temankan?” tawar Hayl.

Dhia menggeleng. “Dhia boleh pergi sendiri.”

“Kalau nak Hayl temankan, Hayl boleh ambil cuti.”

“Takpa ke?” soal Dhia sebak. Sedikit terharu dengan keprihatinan Hayl.

Sejujurnya dia sangat takut untuk bertemu dengan doktor esok.

“Esok Hayl temankan.” Hayl senyum segaris. Dia tahu Dhia bimbang. Sejujurnya dia sendiri terkejut bila Dhia memberitahunya yang dia menghidap kanser limfoma.

“Terima kasih Hayl.”

“Hayl tak balik rumah Aileen?” Sekali lagi Dhia ulang soalan itu.

“Hayl masuk tidur dulu. Dhia jangan tidur lewat.” Hayl terus bangun daripada sofa dan berlalu ke biliknya.

Dhia hanya mampu menghantar pemergian lelaki itu dengan pandangan matanya. Dia tertanya-tanya sendiri. Apa sebenarnya yang berlaku antara Hayl dan Aileen? Adakah mereka sedang bergaduh kerananya?


AILEEN mengusap perlahan bantal yang selalu Hayl gunakan. Masih melekat bau lelaki itu di situ. Serta-merta buat hatinya disapa rasa sayu.

Dia rindukan Hayl. Terlalu rindu.

“Abang dah tak nak balik jumpa Leen ke?” soalnya sendiri. Bibirnya sudah tercebik-cebik menahan rasa di hati.

Dia sentiasa menunggu kepulangan lelaki itu. Tapi nampaknya Hayl seakan tidak mahu pulang ke sini lagi.

Aileen membayangkan mungkin Hayl sudah bahagia bersama dengan Dhia di sana. Hatinya bagai dirobek-robek membayangkan hakikat itu.

Telefonnya dicapai. Galeri dibuka. Air matanya langsung mengalir saat melihat gambar-gambar mereka. Bahagianya mereka saat itu...

Dan... Detik itu terlalu jauh untuk digapai kembali. Aileen tak yakin yang hubungan mereka akan kembali seperti dulu. Statusnya sebagai isteri Hayl pun mungkin bila-bila saja bakal berubah.



“DHIA dengan Aira tunggu dalam kereta sekejap ya. Hayl nak jumpa kawan Hayl,” ujar Hayl.

Dhia mengangguk. Malam ini mereka bercadang untuk makan malam di luar saja. Sebelum ke restoran yang mereka pilih, Hayl berhenti di sini sekejap untuk berjumpa dengan kawan lamanya.

“Ibu, Aira nak coklat boleh?” pinta Aira.

Dhia menoleh ke tempat duduk belakang. “Nak coklat?”

Aira mengangguk.

“Kita tunggu ayah boleh?”

“Tu... Ada kedai kat situ.” Aira memuncungkan bibirnya ke arah kedai serbaneka berhampiran.

“Okeylah. Ibu pergi beli sekejap. Aira tunggu dalam kereta. Boleh?”

Aira mengangguk sambil tersenyum.

“Jangan pergi mana-mana tau. Tunggu sampai ayah dengan ibu datang,” pesan Dhia sebelum turun daripada kereta.

Dia berlari anak menuju ke kedai serbaneka itu. Selepas membeli coklat untuk Aira, Dhia cepat-cepat ingin kembali ke kereta. Risau sebenarnya tinggalkan Aira sendirian di dalam kereta.

“Tengok ni... Kita jumpa siapa.”

Langkah Dhia langsung mati saat melihat susuk tubuh yang berdiri di hadapannya itu.

Bekas suaminya, Kamal.

“Cepat betul kau kahwin baru ya.”

“Jangan ganggu aku lagi Kamal. Kita dah tak ada apa-apa urusan,” balas Dhia gugup.

Kamal ketawa. “Aku nak jumpa anak aku yang cacat tu. Mana dia? Aku masih ada hak ke atas dia.”

“Jangan mengarut. Kau tak pernah pun anggap dia macam anak kau selama ni. Bukan kau ke yang cakap kau tak ada keturunan yang cacat?” bidas Dhia kembali.

“Kau! Kau sini!” Kamal terus menarik kasar pergelangan tangan Dhia.

Puas Dhia meronta melepaskan diri tetapi tidak berjaya kerana pegangan Kamal terlalu kuat. Nasibnya malang bila tiada orang lalu di kawasan itu saat ini.

Kamal membawanya ke sebuah lorong gelap di situ.

“Kamal! Lepaskan aku!” Sedaya-upaya Dhia cuba meloloskan diri. Namun apalah sangat tenaganya kalau nak dibandingkan dengan tenaga Kamal.

“Dhia!”

Serentak dengan itu Dhia dan Kamal berpaling ke arah suara itu.

“Aileen?”

Aileen terus meluru mendapatkan Dhia. Tadi dia singgah ke farmasi berhampiran di sini untuk membeli ubat sakit kepalanya. Sewaktu ingin masuk ke dalam kereta, dia ternampak Dhia dan Kamal yang sedang bergelut. Terus dia ikut langkah mereka.

“Lepaskan dia sebelum aku telefon polis,” ugut Aileen.

Kamal ketawa. “Kau ni siapa pula ni?”

“Lepaskan dia!” Serentak dengan itu Aileen terus menendang kuat kaki Kamal. Membuatkan lelaki itu terjatuh.

“Lari Dhia!” jerit Aileen.

Dhia cepat-cepat lari daripada Kamal.

“Kurang ajar!” Kamal menarik kuat rambut Aileen daripada belakang.

“Ah!” Aileen mendesis kesakitan.

“Aileen.” Dhia cuba membantu tetapi Aileen menyuruhnya melarikan diri.

“Lari Dhia!”

Aileen menoleh. Sekali lagi dia menendang kaki Kamal. Lelaki itu terjatuh lagi. Kesempatan itu Aileen gunakan untuk kerjakan Kamal cukup-cukup. Namun Kamal pantas mencapai kayu di sisinya lalu dihayunkan ke kepala Aileen.

Terpejam mata Aileen saat kayu itu dihayunkan ke kepalanya. Terasa cecair pekat mengalir perlahan.

“Aileen!” jerit Dhia kuat. Air matanya mengalir laju melihat keadaan Aileen.

Tubuh Aileen jatuh menyembah bumi. Pandangan matanya jadi kelam. Kesakitan yang dialami sekarang ini tak tertanggung rasanya.

“La...lari Dhia...” gumam Aileen perlahan sebelum matanya perlahan-lahan terpejam.

Kamal yang mula takut melihat keadaan Aileen terus lari meninggalkan mereka.

“Dhia? Dhia kenapa ni?” soal Hayl yang baru tiba. Puas dia mencari Dhia tadi.

“Aileen.” Bergetar suara Dhia menjawab sambil jarinya menunjuk ke arah Aileen.

Hayl terus menoleh. Nyawanya bagai direntap saat melihat tubuh yang terbaring kaku dalam keadaan berlumuran darah itu.

“Sayang!” Hayl terus berlari mendapatkan Aileen.

Continue Reading

You'll Also Like

45.6K 5.3K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
502K 19.5K 56
UNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ H...
100K 9.5K 48
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1.3M 60.8K 38
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungk...