╰❥Seseorang Yang Kupilih

By Dilay_cyra

1.2K 175 29

✯¸.•'*¨'*•✿ ✿•*'¨*'•.¸✯ ❝Aku harap kau tak menyesal jumpa aku dan jangan pernah menyesal dengan keputusan kau... More

SATU
DUA
TIGA
LIMA
ENAM
TUJUH
LAPAN
SEMBILAN
SEPULUH
SEBELAS
DUA BELAS
TIGA BELAS
EMPAT BELAS
LIMA BELAS
ENAM BELAS
TUJUH BELAS
LAPAN BELAS
SEMBILAN BELAS
DUA PULUH
DUA PULUH SATU
DUA PULUH DUA
DUA PULUH TIGA
DUA PULUH EMPAT
DUA PULUH LIMA
DUA PULUH ENAM
DUA PULUH TUJUH
DUA PULUH LAPAN
DUA PULUH SEMBILAN
END
⚘️Special Chapter⚘️

EMPAT

50 7 0
By Dilay_cyra

"AYLA...Khayla Afifa!" Kejut Ilyana.
Bahu Ayla digoncang sejuta kali. Automatik kepala dan tubuh Ayla di tegakkan tetapi mata tidak dibuka hanya mulut bersuara.
Tangan menggosok mata kiri dia.

"Kenapa? Bagi lah aku tidur sekejap."

Safiyya pandang Auni, Auni pandang Safiyya. Dia berjangkit dengan kau lah ni, Auni. Eh! Aku pula.

"Sekejap kepala hotak kau! dah empat jam kau tidur...Kau okay tak Ayla? Sebelum ni kau tidur tak ada lah selama tu."

Selepas mendengar kenyataan yang meloncat keluar dari mulut kawan dia. Mata dia terbuka luas. Empat jam!

Ayla laju menoleh sekitar meja. Semua kawan-kawan sekelas dia mempaparkan riak wajah risau. Ada yang sampai hulur kan botol air dan kipas mini.

"Betul betul! Kita orang risau lah dengan kau...Kau sakit kepala? Ke demam?" Lima kawan dia berkumpul dekat meja Ayla yang sekarang ini Ayla sedang memecit kepala. Entah lah tiba-tiba dia berasa pening sikit.

"Kalau kau nak muntah, kau cakap...aku ada bawa plastik besar untuk kau." Pelawa Sabirah. Ayla tergelak lemah. Mulut ditutup.

"Benda terakhir aku nampak...."
Ayla pandang depan. Meja dia betul-betul menghadap tingkap. Ayla memejamkan mata. Cuba mengingat kembali sebelum dia menutup mata.

Ada seseorang berdiri berdekatan dekat blok kelas mereka. Ayla nampak seseorang tersenyum ke arah sini sebelum kepala Ayla jatuh rebah atas meja. Muka orang itu tidak kelihatan, hanya samar-samar.

Aku bukan tidur tapi...aku pengsan?

"Ayla, kau nampak apa? Bagitahu kita orang!" rayu Ilyana.

"Tak ada apa lah, aku tak cukup tidur malam tadi hehe." Ilyana mengeluh. Perangai Ayla dah berubah. Dulu dia seorang ceria dan paling hype active.

Ke mana Khayla Afifa kita orang kenal?

Tiba-tiba kelas dia orang diterjah oleh Aneesa. Semua tertanya-tanya kenapa Aneesa boleh cuak semacam. Aneesa mengambil masa untuk menyedut oksigen sampai tertunduk dia.

Dada dia turun naik turun naik.
Tangan kanan sudah memegang lutut sendiri manakala tangan kiri memegang pintu.

"Kau orang...Hari ada spot check mengejut!"

"Asal tak bagitahu awal-awal!" Cuak satu kelas. Semua barang disorok. Kau jangan main-main, mereka ini power dalam bab sorok barang berharga dia orang.

Cikgu disiplin dan bodyguard-bodyguard dia berjalan di belakang dia. Siap ada rotan panjang ditangan lagi. Sekali kena pukul tak ke muncul garisan merah dekat tapak tangan gebu pelajar. Mereka berjalan dari kelas ke kelas. Ada yang kelas dia orang berjaya sebab barang tak dapat dikesan dan ada tak berjaya sebab tak pandai sorok.

Sehingga mereka memasuki kelas tengah-tengah di antara kelas Aesthetic dan Galaxy iaitu kelas Beauty and the beast. Ayla dan kawan-kawan semeja dia mendiamkan diri. Hanya memerhati pengawas memeriksa isi beg dan bawah laci mereka.

Kita tak ada buat bersalah, buat apa nak panik.

"Maaf ye, handphone kamu bertiga saya terpaksa rampas. Selepas 9 bulan, baru dipulangkan semula tetapi kalau ingin ambil juga dalam masa terdekat. Sila bawa ibu bapa kamu ke sekolah." Terang cikgu disiplin, tenang.

Expection tinggi sangat ini. Lambat lagi cikgu nak cakap baik-baik dengan kita orang. Bawah ini situasi sebenarnya.

"Kamu didapati bersalah akibat melanggar peraturan sekolah! Sila jumpa saya selepas habis kelas. Saya nak kamu bertiga pergi bersihkan dewan sekolah!" Lantang cikgu disiplin bersuara. Dalam hati masing-masing cuba menahan sabar. Kita tak boleh mengutuk cikgu nanti ilmu tak berkat.

Mereka menjatuhkan kepala berkali-kali lantas cikgu disiplin tersebut berjalan keluar diikutkan barisan pengawas biru.














TIGA sekawan tolak menolak sesama sendiri. Seorang kawan sedikit rendah menyuruh kawan si tinggi pergi ke hadapan terlebih dahulu. Namun dia tak berani. Takut pula dengan sikap Ayla yang menakutkan itu.

Akhirnya si tinggi mengalah.
Dia menapak mendekati tempat yang diduduki oleh Ayla. Ayla perasan kehadiran kawan sekelas dia tetapi dia ambil keputusan untuk menghiraukan mereka bertiga. Dia menelan air liur.

"...Ayla." panggil nya. Mata Ayla bergerak melihat wajah kawan sekelas dia. Ammara. Dua lagi, Tania dan Adelia sudah kecut perut dekat belakang. Ayla selalu memaparkan muka serious dan banyak diamkan diri. Mana tak nya semua takut dengan dia.

Ammara tetap meneruskan hajat dia datang menegur si Ayla walaupun tiada respond diberikan.

"Aku nak minta tolong dekat kau...boleh?"

"Boleh tak tolong ambilkan handphone kita orang? Aku janji lepas ni kita orang tak kacau dah." mereka bertiga merayu kepada Ayla.

Beg hitam milik Ayla digalas.
Dia memandang mereka sekilas tajam.

"Siapa suruh bawa handphone pergi sekolah. Kan dah kena rampas." balas Ayla selamba tanpa memandang mereka lalu berjalan meninggalkan kelas. Tiga kawan sekelas dia terdiam di sisi pintu kelas.

Perlahan-lahan mereka menuruni tangga dengan perasaan sedih kerana Ayla tidak sudi menolong mereka. Dari sudut lain, Ayla memerhati setiap langkah mereka aturkan. Ayla menghela nafas.

Petang bertukar malam, tepat sahaja pukul dua belas malam, dua belah tangan memaut bahagian atas tembok pagar. Kiri kanan diawasi. Dia dalam sekali lompatan, dia berjaya melompat melepasi pagar sekolah dia sendiri. Gadis itu mendarat dengan sempurna di atas tempat rata tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Boleh pecah rekod kalau dia masuk sukan nanti. Tak sia-sia dia layan cerita korea bertemakan aksi. Mana minat cerita romantik. Nasib dia baik kerana pak guard tidak sedar akan kehadiran seseorang telah menyeludup masuk tanpa pengetahuan dia.

"Memang ini kali terakhir aku buat kerja gila!"

Selepas berfikir masak-masak sehingga hangus, baru lah Ayla membuat keputusan untuk menolong kawan sekelas dia. Sarung tangan disarung kemas.

Gadis itu mula mengambil langkah pertama iaitu mendaki tangga ke bilik cikgu disiplin. Tombol pintu dipulas sekuat hati. Eh, tak berkunci?

"Ada sesuatu tak kena dekat sini."

Tiada tanda-tanda ada orang pecah masuk dalam ini. Eleh, sekarang siapa yang tengah pecah masuk ni? Daun pintu dibuka separuh. Makin lama, makin banyak ruang untuk dia masuk. Bilik yang gelap gelita tadi terus cerah tatkala pintu dibuka sehingga penuh.

Satu persatu laci meja ditarik dan diselongkar. Ayla tidak menjumpainya. Fikir Ayla fikir! Dekat mana lagi cikgu tu simpan. Iris mata memandang ke atas. Apa benda dekat atas almari tu?

Pintu dibiarkan terbuka.

Ayla dengan mudah mendapatkan kotak yang agak besar berbanding saiz badan dia. Banyak betul handphone pelajar kena rampas. Dah boleh buat muzium dah dan...siapa pula pemilik casing bentuk durian ni?

Tiga handphone milik Ammara dan dua lagi kawan sejati disumbat di dalan beg yang dia bawa. Kau letak je lah seberapa banyak pun dalam beg kecil ini. Kau akan tetap rasa macam tak bawa apa-apa. Nak? Sila pm tepi kalau berminat nak beli. Beli dekat mana? Dekat kedai online lah. Saya tidak jual!

Ketika dia sudah menutup pintu dengan rapat sekali. Ayla mengangkat wajah, dia sedar dia telah ditangkap. Bawah bibir digigit. Takut apa yang akan jadi selepas accidents ini. Belum lagi masuk bab Auntie Emma akan memarahi nya kerana telah memalukan aib keluarga sendiri.

Tanpa disuruh, Ayla mengangkat dua belah tangan separas bahu. Pasrah. Tiada satu suara pun keluar dari mulut yang disangkanya ialah Pak guard.

"Aduh, asal dia tak cakap apa-apa pun? Lenguh tahu tak angkat tangan macam seorang pesalah." Bisik Ayla. Geram.

Dia memandang 'pak guard' di hadapan nya. Ayla tergamam. Di hadapan aku ini bukan pak guard. Masalahnya aku tak nampak wajah dia. Anak mata dia terjatuh memandang lantai orang tidak dikenali itu berdiri.

Tiada...dia tiada bayang-bayang.

Beg yang disangkut di bahu terus jatuh dipergelangan tangan akibat terkejut dengan apa yang Ayla nampak. Dan...apa benda dekat belakang dia tu? Dia ini apa? Nak tak nak aku tak boleh keras dekat sini.

Aku kena lari!

"Kau lari lah sekuat mana pun, aku akan tetap dapat kesan tempat kau bersembunyi.
You can't hide from me, Khayla..."

-Akan bersambung-

Continue Reading

You'll Also Like

3.1K 165 15
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...
43.4K 3.4K 68
1st series of Darkness. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu...
2.4K 608 15
K A R Y A|| k e t i g a b e l a s [Asta : The Lost Star S2] Kesinambungan kisah seorang putera bintang yang amnesia -_- ...
99.8K 5.1K 30
Lana Mizelo, pembunuh senyap lelaki.Semuanya di buat atas rasa dendam.Tetapi bukan darinya, sebaliknya dari upahan.Dia gadis yang ditinggalkan ibu ba...