-Vampire-

By NurAmalina260

2.9K 137 56

Cerita ini mengesahkan tentang seorang lelaki bernama Ariz Reza (sorry kalau salah) yang telah disumpah jadi... More

'Lina Riana looks'
PENGENALAN
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16

Chapter 11

138 8 5
By NurAmalina260

SKIP TIME:

Selesai menyiapkan kerja sekolah tersebut, aku terus melirikkan mataku ke arah jam di dinding lalu ia menunjukkan pukul 5:45 .

Aku membuat keputusan untuk terus mandi dan selepas itu menunggu azan subuh. Selepas siap mandi, aku terus membuat skincare harianku lalu aku terdengar suara azan subuh berkumandang, aku pun pakai telekung dan baca niat solat subuh.

Skip Time Again:

Sudah siap aku menggayakan rambut ponytail, aku terus menyusun buku-buku untuk memasukkan ke dalam beg dan terus digalas beg itu dan aku pun keluar dari bilikku itu.

Secara tak sengaja, aku terserempak dengan Kahar. Lalu dia berkata sambil tersenyum.

"Hai Cinta! Cinta tidur nyenyak ke semalam? " katanya sambil menelengkan sedikit ke tepi.

"Cinta? " tanyaku hairan dan hanya mengendahkan pertanyaannya.

"Salah ke kalau aku panggil kau Cinta? " tanyanya lagi.

"Memang salah pun sebab kau bukannya dia punya pakwe. Jadi kau tak payah nak acah sangat la ye Kapla. " kata orang di belakangku. Aku rasa aku tahu siapa..

"Apa masalah kau Fakhri..?" Kahar tanya sambil memberikan pandangan yang tajam.

"Kau ingat aku takut sangat ke dengan jelingan maut kau tu sial!?" Teriak Fakhri lalu menarik tangan kananku untuk membawa aku pergi bersamanya.

Namun, Kahar juga menarik tangan kiriku.

"Kau pun apa bezanya? 2x5 jela kau ni." Kata Kahar cuba untuk menaikkan amarah Fakhri namun aku memujuk Fakhri untuk tidak memulakannya.

"Fakhri.. sudah2 la tu, aku penat ni. Apa kata kita pergi dm nak? Aku rasa mesti Ayam tengah tunggu kan..?" Kataku cuba untuk memujuknya namun Kahar membantah.

"Sorry ye Cinta tapi hari ni Cinta lepak dengan Kahar dekat dm ye?" Katanya sambil tersenyum sinis melihat Fakhri yang kelihatan seperti mahu menumbuk sahaja si Kahar tu.

"Sorry Kahar but maybe next time okay? Aku tak larat sekarang ni.." jawabku sambil memegang kepalaku yang agak pening ni.

"Kau okay tak ni? Lina?" Tanya Fakhri sambil memaparkan wajah risaunya.

"Ye ye aku okay je, jom pergi sekarang." Kataku sambil menarik tangan aku dari Kahar lalu menarik tangan Fakhri untuk membawa dia bersamaku ke kantin.

Kahar hanya melihat sambil memegang erat tangannya sampai menampakkan urat-urat di tangannya itu.

Di Kantin :

"Kau asal Lina? Kau sakit ke doh.. yela bukan apa tapi kalau bab makanan bukan kau terpaling laju ke?" Tanya Ayam sebab dia melihat susuk badanku seperti lemah semangat. Macam demam pun ada jugak aku ni.

"Takde apalah.. lagipun aku ada makan roti jagung Fakhri bagi haritu. So aku tak lapar sangatla.." kataku dengan nada yang agak lemah.

"Kau betul ke kau okay ni Lina? Aku tengok kau macam tak larat je- eh jap, apa benda kat leher kau tu?" Tanya Fakhri. Fakhri cuba untuk mendekatiku namun aku menghalangnya.

"T-takde apa2 la Fakhri..! Aku okay je, serius." Jawabku dengan nada yang agak cemas.

Aku tak nak sesiapa pun tahu pasal gigitan ni. Biarlah aku menanggung sakitnya dari biarkan benda ni tersebar.

"Okay... tapi-" kata Fakhri namun ayatnya dipotong oleh bunyi loceng sekolah.

"Dah habis rehat dah ni..! Jomlah pergi kelas." Kataku sambil menggalas begku dengan tergesa-gesa. Aku rasa Fakhri dengan Ayam syak sesuatu dari aku tapi diorang hanya diamkan diri sahaja.

Aku hanya pergi ke kelas lalu meninggalkan mereka di dm tapi entah kenapa aku rasa macam diorang tengah cakap sesuatu...

Fakhri Pov:

"Kenapa dengan Lina tu?" Tanya Ayam yang sedang berjalan di sebelah kananku. Dia pun rasa curiga dengan Lina ni.

"Entahlah tapi aku syak ada benda berkait pasal kat leher dia tu doh." Kataku.

"Bila kau cakap pasal kesan kat leher Lina tu, maksud kau..? Kesan apa?" Kata Ayam sambil mengangkat kening.

"Entahlah, macam mana nak cakap eh.. lebih kurang macam kesan gigitan pun ada doh.." kataku cuba untuk mengingat kembali rupa bentuk kesan itu.

"Jap jap jap jap- kesan gigitan? Rupa kesan tu cam mana? Describe sikit. Aku nak cuba agak betul ke tak." Tanya Ayam.

"Nantilah aku describe. Jom masuk kelas dulu. Nanti aku cuba check balik kesan tu macam mana." Balasku dan terus pergi meninggalkan Ayam kat belakang.
_________________________________

Di Kelas -->

Fakhri Pov:

Mr. Sin tak dapat masuk kelas harini so kitorang ada free time. Tapi kitorang boleh duduk dalam kelas jela. Lina duduk dekat belakang aku so aku pun nak ajak borak dengan dia berharap agar aku dapat melihat kesan gigitan tu sekali lagi.

Namun Lina menutup kesan itu dengan tangannya. Aku nak tanya tapi aku tak nak dia tahu kitorang ( aku & Ayam ) tengah siasat pasal kesan tu.

Tapi dari tadi aku perasan yang Lina asyik meletakkan kepalanya di atas meja sahaja seperti orang tak sihat.. Jangan2 dia memang betul2 tak sihat?

Tak sempat aku nak sentuh dahi Lina, tiba2 ada seseorang memegang tangan aku seperti tahu aku nak buat apa. Bila aku tengok muka orang tu, terus aku memusingkan bebola mataku lalu tempias tangannya.

Naim.

"Aku nak cakap sikit dengan kau Fakhri."

"Aku tak nak cakap dengan kau lah sial." Aku perlahankan suara aku sebab takut Lina dengar. Dia tengah tidur.

' Tidur pun comel.. ' kataku dalam hati apabila melihat Lina nyenyak tidur. Dia nampak penat. Kesian dia.

"Fakhri? Fakhri? Kau dengar ke tak ni sial?" Soal Naim.

Aku cuba untuk menahan kemarahan aku tapi ayat dia tu tak membantu langsung.

"Kau dari dulu sampai sekarang suka sangat lari dari masalah kan? Macam sial la kau ni." Katanya sekali lagi lalu aku pun menarik tangannya untuk membawa dia keluar dari kelas untuk ajak berborak.

Keluar sahaja dari kelas, aku terus memaki Naim.

"Apa masalah kau sial!?" Jerit aku sambil menolak bahu Si Naim.

"Oh? Dalam kelas tadi tak nak pulak jerit?" Balasnya dengan selamba.

"Cakap jela sial ! Tak payah nak tanya lebih-lebih !"

"Okay okay. Lagipun aku cuma nak cakap kat kau pasal si Kahar tu je. Kau jangan layan Si Kahar tu, kalau tak, nanti dia-" aku memotong ayatnya. Padan muka.

"Aku tahu lah apa aku nak buat! Kau tak payah ajar aku lah sial! Kalau tu je kau nak tanya, baik aku bla. Lebih baik aku tengok muka Lina tidur je dari tengok muka kau macam sial la." Kataku.

Aku rasa muka dia sedang menahan rasa amarahnya tapi dia hanya mengekalkan muka tenangnya saja.

"Bukan pasal tu je aku nak cakap, cuti seminggu nanti. Mama nak kau balik rumah. Maksud aku rumah mama." Katanya lagi.

"Tengoklah cam mana." Kata aku dan terus bla macam tu je.

Aku hanya mengendahkan jeritan Si Naim tu lalu masuk dalam kelas dengan marah. Nasib cikgu tak ada lagi.

"Weh Fakhri..! Sini!" Kata Ayam yang macam nak beritahu aku sesuatu.. harap benda penting la sebab aku memang dah tak ada mood ni.

"Apa?" Balasku.

"Kau tahu Ariz tak?"

Aku terus memusingkan badan aku 180° darjah menghadap Ayam setelah aku duduk di kerusi. Ha? Ariz? Apasal dengan dia?

"Ha pahal?" Tanyaku.

"Tadi dia datang kat kelas sebab nak jumpa dengan... Lina.." Kata Ayam teragak-agak.

Aku terus memandang ke belakang dan melihat meja Lina kosong.

Macam mana aku boleh tak perasan sial?

"Lina pergi ke sial!?" Jeritku tak sengaja.

"Yela.. aku rasa Si Ariz tu macam ada sesuatu doh dengan Lina- weh Fakhri!" Kata2 Ayam terhenti apabila melihat aku bangun lari keluar dari kelas.

Kepala aku sekarang fikir pasal satu benda je.

Lina.
.
.
.
.

Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 162 11
๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜จ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ด๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ๐˜บ. - แต‡หกแตƒแถœแต แถ แต‰แต สณแต‰แตƒแตˆแต‰สณ ยฉ๐—š๐Ÿด๐—•๐—•๐—ฌ๐—–๐Ÿฏ
9M 357K 47
Being kidnapped is one thing. Being taken to a Kingdom full of immortal vampires, that's another thing. To everyone, Raven is nobody. If anything, sh...
15.5K 603 51
"Don't ever think that we're friends." Avyugh gritted. "Aw, I thought we were past that," Alarion grinned, taking up Avyugh's space. "I will make yo...
52.2M 2.1M 88
The world had gone to hell long ago, taken over by the vampire race. In order to keep some sort of peace in our land, the Vampire Lords made a consec...