NUR DARRENNA DEMYA: HIS LOST...

By ssrhdee

10K 416 31

"Saya cintakan awak." - 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐞𝐞𝐝 𝐄𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 "Tapi saya perlukan masa, Tengku." - 𝐀𝐭𝐢𝐥�... More

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐞𝐞𝐝 𝐄𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐱 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐫𝐞𝐧𝐧𝐚 𝐃𝐞𝐦𝐲𝐚
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 1
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 3
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 4
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 5
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 6
𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 7

𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 2

1K 53 3
By ssrhdee

"Abang Qayeed!" Jerit Demya memanggil Tengku Qayeed. Jejaka itu memusing dan memandang Demya yang berjalan masuk ke rumahnya.

Demya sekarang tinggal dekat rumah Daryssa yang lama. Memandangkan Ika dah beli rumah baru, Aisyah pula sudah ada rumahnya sendiri bersama suaminya dan sama juga dengan Daryssa.

Rumah tu kosong jadi, daryssa hadiahkan rumah itu kepada Demya. Rumah itu pula bersebelahan dengan rumah Tengku Qayeed. Memang banyak kali jugalah Demya datang hantar makanan.

Hantar makanan pada crush wak. Kau ada?

"Eh, Demya. Tak pergi lagi. Ingatkan dah pergi dah." Kata Tengku Qayeed yang sedang memakai kasut.

"Belum, tunggu Abang lah." Tengku Qayeed menjeling Demya kecil. Tahu sangat dah budak ni.

"Eii, tak baik jeling jeling tau. Don't you like my hot face?" Tanya Demya lalu memejam mata dan menadah mukanya ke hadapan.

Tengku Qayeed menggeleng.

"Dah lah. Malas nak layan." Kata Tengku Qayeed lalu berjalan ke arah pintu pemandu. Dia baru sahaja ingin masuk ke dalam kereta tetiba Demya memanggilnya dan memberhentikan langkahnya.

"Apa lagi budak?" Sempat Tengku Qayeed menghela nafasnya dahulu.

"Memandangkan kita nak ke destinasi yang sama, jadi-" Demya memanjangkan ayatnya. Tengku Qayeed mengangguk. Dia faham apa yang wanita itu ingin sampaikan.

"Masuk je lah." Arah Tengku Qayeed lalu masuk ke dalam kereta. Demya teruja lalu berlari masuk ke bahagian penumpang hadapan.

Dia memang teruja sangat harini. Semua ahli keluarga dia dan ahli keluarga Tengku Qayeed perlu memakai pakaian yang berwarna sama. Warna nude.

Jadi sudah tentulah Demya berpakaian sedondon dengan crush dia tu.

Selepas selesai sahaja sesi mengetahui jantina, mereka semua dihidangkan dengan makanan seperti makanan yang selalu dihidangkan semasa kenduri kahwin.

Tak sangka, kali ni Daryssa dan Tengku Qays dikurniakan anak perempuan. Tak sabar rasanya nak tunggu bayi itu lahir.

"Adik, boleh pegangkan Ezzeline sekejap? Abang nak pergi dekat Ellyna sekejap. Dia muntah- muntah daripada tadi. Tolong tau."

Demya mengangguk lalu mengambil kanak kanak perempuan itu daripada dokongan abang sulungnya. Mohd Darwisy Dayyan.

Pipi Ezzeline itu digomol. Budak tu bukannya menangis tapi gelak. Apa yang dia suka sangat pun tak tahu lah.

"Ezzeline, maksu rasa Ezzeline dah nak jadi kakak lah. Tengok gaya mommy awak macam preggy je." Hidung mancung Ezzeline dicubit.

"Mana Abang Darwisy?" Tanya Daryssa sambil berpegangan tangan dengan anak lelakinya. Tengku Qamreen Daim.

"Dia pergi toilet. Kak Ellyna muntah muntah katanya." Jawab Demya. Daryssa mengangguk.

"Dinda, kenapa ni?" Tanya Tengku Qays pada isterinya yang membuat muka pasrah.

"Anak Kanda ni tak nak makan. Puas saya buat macam macam dekat dia ni Tak nak makan jugak." Keluh wanita itu. Daim ni memang susah sikit nak makan. Paksa macam mana sekali pun, kalau selagi dia tak lapar selagi tu dia tak nak makan.

Waktu dia lapar pula tengah malam nanti. Jenuhlah kalau tengah tidur tiba tiba dia menangis nak makan.

"Daim, sini dengan Ayahanda." Tubuh anaknya itu didokong.

"Kalau Daim tak nak makan, Ayahanda tak nak belikan aiskrim untuk Daim. Daim nak aiskrim tak?" Tanya Tengku Qays lalu Daim mengangguk.

"Kalau nak aiskrim Daim kena makan nasi dulu. Ok sayang?"

Tanya Tengku Qays tetapi Daim kemudiannya melalak dan mahu turun daripada dokongan Tengku Qays tetapi jejaka itu keraskan tangannya supaya anaknya tak boleh turun.

Ika datang dan menyapa Daryssa.

"Daryssa!!!" Jert Ika lalu memeluk tubuh kecil Daryssa.

"Aku rindu kau lah, Ika. Kau macam mana sekarang? Dah ok?" Tanya Daryssa tapi soalan itu hanya dibalas dengan senyuman.

"Aku macam ni je lah. Tak berubah."

Sedang mereka leka berborak, datang Tengku Qayeed ke arah mereka.

"Ika, boleh saya nak cakap dengan awak sekejap?" Tanya Tengku Qayeed. Ika lalu mengangguk dan berjalan mengikut Tengku Qayeed ke arah hujung dewan.

Demya hanya memandang mereka berdua sayu. Dia menunduk dan hanya melayan Ezzeline yang sedang duduk di atas ribanya.

Daryssa seakan akan tahu lalu duduk di sebelah adik bongsunya.

"Adik, akak tahu kau sukakan Qayeed. Kan? Akak nak pesan. Tak semestinya cinta itu harus dimiliki. Kita boleh buat hati kita cintakan seseorang tapi kita tak boleh buat hati seseorang untuk cintakan kita. Adik kena ingat, jodoh, ajal, maut semua tu rahsia tuhan. Adik tak yah risau lah. Mungkin, Allah dah takdirkan seseorang yang kelebihan baik untuk adik."

Demya mengangguk. Dia faham apa yang cuba disampaikan oleh kakaknya. Mungkin, Tengku Qayeed memang tidak ditakdirkan untuknya. Sekarang ataupun nanti, dia pasti akan buat jejaka itu jauh daripada hatinya.

Demya mengalihkan pandangannya ke arah Tengku Qayeed dan Ika. Jelas kelihatan senyuman manis yang terpancar pada wajah jejaka itu untuk pertama kalinya.

"Is this a chance to see his smile brighter like this for the first time? I feel so selfishthat I want to see those smile forever. " Soal Demya pada dirinya sendiri.

Tanpa dia sedar, dia juga turut terukir senyuman dibibirnya.

"Saya cintakan awak, Syafikah." Kata Tengku Qayeed. Tempat diyana Demya duduk dekat dengan pintu keluar jadi dia boleh dengar apa yang dikatakan oleh Tengku Qayeed tadi.

"Aku rasa macam kehilangan sesuatu. Tapi apa dia?" Tanya Demya dengan nada  berbisik pada diri dia sendiri.

Penglihatan dia menjadi kabur kerana dipenuhi dengan air mata. Feeling heavy on her heart. Feel like horrible moment.

Ezzeline yang berapa di dalam dokongannya itu diserahkan kepada Tengku Ariana iaitu Ibunya dan dia terus berlari meninggalkan dewan itu.

"Maafkan saya Qayeed, tapi saya tak bersedia lagi nak buka hati saya untuk sesiapa. Saya tak boleh nak balas cinta awak pada saya. Maafkan saya."

Tengku Qayeed menggulingkin matanya ke atas. Dia sudah agak. Pasti itu adalah jawapan wanita itu. Perasaan marah dan kecewa mula menyelubungi hati lelakinya.

"Awak sebenarnya masih cintakan dia kan? Bukannya awak belum sedia tapi memang awak yang tak nak buka hati awak tu untuk sesiapa kan? Tolong jujur dengan saya Ika." Kalau ikutkan hati dia, mahu sahaja dia menarik wanita itu pergi daripada tempat tu.

"Ya, saya masih cintakan dia. Dan saya pun masih harapkan dia untuk kembali pada saya. Saya tak boleh terima sesiapa lagi selain dia. Dia adalah segala galanya bagi saya. Tolong terima keputusan saya Qayeed. Saya tak suka dipaksa macam ni." Rayu Ika dengan nada lembut.

Nafas Tengku Qayeed sudah turun naik. Dia cuba kawal kemarahannya supaya tidak meneledak disini.

"Maafkan saya Qayeed. Tapi, saya tak boleh teruskan benda ni. Saya tak selesa." Kata wanita itu lalu dia berlalu pergi.

Tengku Qayeed mengauk rambutnya ke belakang. Dia nampak sosok tubuh Demya seperti sedang berjalan ke arah taxi. Namun belum sempat wanita itu ingin masuk, sempat lelaki itu mencengkam tangannya.

"Kau nak pergi mana ni?" Tanya Tengku Qayeed dengan nada keras. Demya menarik tangannya daripada genggaman Tengku Qayeed.

"Ishh, lepaslah! apa benda pegang pegang ni? Tak tahu halal haram eh?" Tanya Demya lalu dia menjeling wajah jejaka itu.

"let me explain." Kata Tengku Qayeed membuatkan Demya tergelak.

"Nak explain apa? Saya tak perlukan sebarang penjelasan pun daripada abang. So, move." Tengku Qayeed menghalang Demya daripada membuka pintu kereta taxi.

Bibir Demya mula menggigil. Air matanya jatuh dengan laju. Tersendu sendu dia di situ.

"I'm sorry." Bisik Tengku Qayeed hanya mereka berdua sahaja yang dengar.

"Masih ada lagi ke ruang dalam hati abang untuk saya?" Tanya Demya. Tengku Qayeed mengangguk.

"Aku boleh bagi hati aku ni dekat kau. Tapi kau kena kahwin dengan aku dulu." Demya terkejut.

"Tapi bukan abang cintakan kak Ika ke?"

"Aku penat. Penat beria nakkan orang yang aku cinta tapi dia tak ada rasa apapun pada aku. Aku ni pun manusia. Aku pun nak rasa bahagia. Aku tak rasa aku boleh bahagia kalau aku sorang je yang berjuang dalam hubungan." Dia berhenti percakapannya sebelum dia meneruskan lagi.

"Jadi, aku dah buat solat istikharah. Dan jawapan yang aku dapat, tak ada dia. Tapi aku cuba untuk menidakkannya. Dan hari ni, aku lebih yakin. Yang memang aku dan dia tak di takdirkan bersama. Jadi, sudikah kau untuk kahwin dengan aku?"


𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐞𝐞𝐝 𝐄𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐱 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐫𝐞𝐧𝐧𝐚 𝐃𝐞𝐦𝐲𝐚

Continue Reading

You'll Also Like

229K 9.2K 34
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...
5.6M 255K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
41.9K 4.2K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
36.2K 1.7K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...