Mr.Mafia Milik Ashi

Izzleverty tarafından

11.8K 723 141

Raeez Darrian Alexandra.Jejaka berdarah England itu cukup menarik perhatian ramai dengan rupa parasnya dan ha... Daha Fazla

MMMA 1
MMMA 2
MMMA 3
MMMA 4
MMMA 5
MMMA 6
MMMA 7
MMMA 8
MMMA 9
MMMA 10
MMMA 11
MMMA 12
MMMA 13
MMMA 14
MMMA 15
MMMA 16
MMMA 17
MMMA 18
MMMA 19
MMMA 20
MMMA 21
MMMA 23
MMMA 24
MMMA 25
MMMA 26
MMMA 27
MMMA 28
MMMA 29
MMMA 30
MMMA 31
MMMA 32
MMMA 33
MMMA 34(Last chapter)
Special Chapter

MMMA 22

235 16 10
Izzleverty tarafından

Manusia yang lalu lalang di hadapan pintu kaca itu aku tenung dengan pandangan kosong. Dagu aku topangkan di atas meja kecil sebelum mata kembali mengerling beberapa buah majalah yang terbuka helaiannya.

Perlahan aku menghela nafas. Majalah majalah itu penuh dengan design baju pengantin yang ada di butik ini. Ada bermacam macam jenis. Tapi tak ada satu pun yang aku berkenan di hati kerana aku merasakan perkahwinan ini terlalu tiba tiba. Aku belum bersedia.

Aku bersetuju dengan lamaran Raeez setelah begitu lama mengelak darinya. Keluargaku begitu suka dengan Raeez, dan lelaki itu juga tidak putus putus memujukku. Akhirnya aku hanya bersetuju sebelum kepala menjadi lebih kusut.

"Haishh lamanya mamat ni. Fitting baju ke jahit baju?" Aku berpaling kebelakang mencari bayangan Raeez. Namun hampa, pintu fitting room itu masih tertutup rapat, bermakna Raeez belum selesai.

Telefon ku ambil untuk membaca notifikasi yang baru masuk. Mesej daripada papa.

'Tarikh nikah dah ada. Nanti balik kita bincang lagi ya adik, ajak bakal menantu papa sekali'

Aku hanya membalas 'okey'.  Setelah mendengar persetujuanku, papa lah yang paling gembira sekali kerana hasratnya bermenantukan Raeez telah tercapai.

"Ehem"

Deheman itu mengejutkan aku. Raeez sudah berdiri di sebelah dengan baju melayu tersarung pada tubuh.

"How?" Dia bertanya meminta pendapatku.

"Nice" Aku menganggukkan kepala. Berpuas hati dengan penampilannya. Jujur aku katakan, Raeez lebih kacak begini. Berbaju melayu , bersampin dan bersongkok. Selalu formal aje pemakaian dia. Takpun berhoodie.

"Oh ya, papa cakap tarikh nikah dah ada. Dia suruh kita balik nanti bincang lagi." Aku menyampaikan pesanan papa tadi sebelum aku terlupa buat selama lamanya. Lebih baik aku bagitahu cepat.

"Alright. We eat first. Lepastu kita balik" katanya sebelum dia berlalu masuk kembali ke dalam fitting room.

Bagus juga tu, lagipun perut dari tadi vibrate minta diisi. Raeez punya pasal! Awal awal keluar bukannya mahu isi perut dulu, tapi lelaki itu sibuk membeli barang barang hantaran.

Selang beberapa minit kelihatan Raeez sudah berpakaian seperti biasa. Dia berbual sedikit sebelum berlalu sambil membuat isyarat 'jom' kepadaku. Aku hanya menurut.

Masuk sahaja dalam keretanya, aku tersandar penat sambil tangan melekap pada perut. Lapar betul ni.

"Hungry?" Soal Raeez setelah memboloskan diri di tempat duduk pemandu.

Aku senyum kecil. "Taklah, kenyang"

Dia hanya membuat muka pelik, lalu terus fokus pemanduannya.

"Kan bagus kalau kau selalu senyum comel macam tu. Ini masam macam jeruk, nasib baik aku berkenan nak buat jadi isteri" Sambil Raeez memandu, mulutnya mengomel membuatkan aku menjegil mata.

"Awak cakap saya macam jeruk? Fine, nanti nikah saya nak lari. Kahwin la awak sorang sorang" Aku berpeluk tubuh sambil membuang pandang ke luar tingkap. Malas aku melayan lelaki ini.

Ketawa kecil dari Raeez aku endahkan. Entah apa yang lawaknya aku pun tak tahu. Sejak nak berkahwin ni, agak ketara perubahan sifat Raeez dari yang sebelum ini.

"Kau nak lari mana? Kau milik aku seorang aje" Tenang Raeez berkata setelah menghabiskan sisa tawanya.

Aku menjulingkan anak mata. Apa apa je lah Mr. Raeez. Yang aku tahu aku lapar sekarang tahap kebulur.

"Restoran mana awak bawak saya ni?" Tak jadi aku nak keluar dari kereta apabila melihat restoran yang agak mewah di hadapan.

"Restoran ni lah. Mana lagi?" Dia yang mahu menanggalkan tali pinggang keledar turut terhenti.

"Taknak lah. Restoran mewah makan tak kenyang. Baik pergi mamak." Bebelku. Selalunya begitu lah. Aku tak pernah kenyang bila makan di restoran mahal. Sudahla harga pun mencekik darah.

Raeez mengangkat sebelah kening. "Then nak makan dekat mana?"

"Tuu" Aku juih bibir ke arah restoran Nasi Kandar Bhaiya yang penuh dengan pelanggan di seberang jalan.

"Boleh tak? Kalau awak taknak takpe lah"

Kelihatan dia mengangguk. Syukur, dia mahu juga masuk ke restoran yang biasa biasa.

Raeez tarik tali beg aku ketika mahu melintas jalan. Kiri dan kanan dilihatnya dengan teliti.

Kami berdua melangkah masuk ke dalam restoran itu. Selesai mengambil makanan dan minuman, meja kosong di cari. Mujurlah ada pasangan yang sudah bangun dari meja. Kami melabuhkan duduk di situ. Agak terpencil dan di hujung.

Aku lihat lauk di dalam pinggannya. Aik, sikit betul dia makan. Berbanding dengan pinggan aku, memang jauh berbeza. Pinggan aku lebih meriah.

"Sikitnya awak makan. Kenyang ke? Atau awak memang tak makan makanan macam ni?" Aku bertanya. Risau pula kalau dia memang tak makan nasi kandar. Sudahla kami berdua belum isi perut dari pagi tadi.
Kalau dia tak kenyang macam mana?

"Boleh je makan cuma aku tak pernah dan tak biasa makan nasi kandar." Dia menolak sedikit pinggannya ke depan.

"Kenapa awak tak bagitahu awal awal? Lain kali apa yang saya cakap tu jangan la turutkan aje. Macam mana kalau awak memang tak boleh makan? Lepastu tak kenyang, dahla awak tak makan dari pagi tadi. Kalau awak sakit macam mana?"

"Hey shh.. relax Ashi." Dia menyuruhku bertenang memandangkan terlalu banyak soalan keluar dari mulutku.

Seketika dia tertawa kecil memperlihatkan giginya yang cantik. "Are you worried about me?"

Terdiam aku sesaat. "No..mana ada. Saya tanya aje."

Tapi dia senyum mengusik. Membuatkan aku menggulingkan bebola mata. Lantas aku menadah tangan membaca doa makan sebelum menyuap nasi ke dalam mulut menggunakan tangan.

Raeez masih belum makan. Mamat ni biar betul, boleh makan ke tak ni?

"Kenapa tak makan?" Tanyaku bila nasi di dalam pinggan lelaki itu belum diusik sebaliknya dia hanya merenungku makan.

"Nak makan lah ni" Dia senyum sesaat lalu menyinsing lengan bajunya. Selepas membaca doa, teragak agak tangannya mahu menyuap ke dalam mulut.

"Makan lah, sedap tau. Kalau awak tak biasa, lepasni awak akan terbiasa. Percayalah cakap saya." Aku meyakinkannya.

Dia menyuap sekali. Aku menunggu melihat reaksinya. Raeez pandang aku sambil mengunyah.

"Macam mana?" Tanyaku teruja. Tersengih aku bila Raeez menganggukkan kepala, menandakan rasa makanan itu cukup memuaskan.

Baru mahu masuk suapan kedua, seorang pekerja datang meletakkan sehelai kertas yang tertulis harga makanan kami.

Setelah mengucapkan terima kasih, Raeez ambil kertas itu. Berkerut keningnya sambil tangan yang menggaul nasi terhenti.

"Awak kenapa ni?"

"Murahnya. Betul ke dia kira ni?" Tangan kembali menyuap sambil mata tidak lepas melihat harga.

Aku tersenyum. "Ni kira mahal la tu. Awak orang kaya memang la rasa murah."

"Kalau murah pun, baguslah. Lagi kenyang dari makan dekat restoran mahal mahal tapi tak kenyang langsung"

"Seriously, aku rasa banyak lauk yang kau ambil. Banyak ni je harga dia?" Aku abaikan Raeez yang masih terkejut itu.

Pinggan aku tolak ke depan lalu meletakkan sayur kobis dan ayam di atas pinggannya.

"What?" Soalnya tidak faham.

"Makanlah, awak tak ada lauk pun."

Kami berdua makan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sesekali aku berborak dengannya. Lauk yang penuh di dalam pinggan aku tadi sudah semakin berkurang kerana Raeez yang asyik mencapai lauk dari pingganku. Nampaknya dia sudah suka dengan nasi kandar.

"Saya nak tanya sikit."

"Just ask"

"Kenapa eh..penampilan awak kadang kadang berubah? Saya masih ingat dulu masa saya datang office awak. Mata awak lain, pemakaian lain, rambut pun lain."

"Uhukk!" Raeez terbatuk membuatkan aku kalut menghulurkan minuman kepadanya.

"Okey tak ni? Makan tu hati hati, kan dah tersedak " kataku sambil memerhati Raeez yang mengelap bibirnya dengan tisu.

"Okey, tersedak sambal pedas tadi."

"Jawabla soalan saya. Dah lama saya terfikir cuma saya rasa macam tak penting. Tapi nak tanya jugak."

Raeez senyum. Kadang kadang aku juga terleka melihat senyumannya. Raeez mempunyai senyuman yang manis, ruginya, dia jarang tersenyum di hadapan orang lain. Dulu dengan aku pun dia tak suka senyum. Sekarang sejak aku bersetuju berkahwin dengannya, ringan pula bibirnya mengukir senyum.

Bertuah ke aku?

"I easily get bored with my outfit style, Ashi. Also with my eyes and hair. Rasa nak ubah, ubah je because why not?"

Aku angguk sambil membulatkan bibir. "Ooo okey."

"Ashi, kau pernah cakap kau tak suka lelaki jahat. Do you think i'm a bad guy?"

Soalan itu agak menjerut leherku. Aku pernah merasakan Raeez adalah orang jahat. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa dia baik.

Nak bagi jawapan apa ni?

"Honestly, 50-50. Saya belum kenal awak dengan lebih baik lagi. Tapi saya rasa awak baik." Aku harap aku memberi jawapan yang selamat.

"And what if i'm a bad guy..?"

"Will you hate me?" Sambungnya lagi.

"Tengok lah keadaan macam mana. Kalau lepas kahwin nanti saya sayangkan awak, mungkin boleh dipertimbangkan. Tapi kalau saya tak sayangkan awak, saya sendiri yang akan handle kes awak untuk masuk penjara. Mark my words" selamba aku berkata tanpa berfikir dahulu. Sepertinya spontan sahaja keluar. Aku menyedut sedikit minuman membasahkan tekak.

"I see...." Raeez diam seketika.

"Dah? Jom balik" Ajaknya lalu kami berdua beredar dari restoran .










Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

9.9K 1K 60
BLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana...
126K 10.7K 64
Karya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyiek...
38.9K 2.8K 41
[Challenge accepted / Bakal Edit] Informasi : Wattpad problem, Bab 28 & Bab 29 Error. Nur Hanisah ; seorang gadis kampung yang tinggal dengan ibunya...
3K 164 15
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...