DIA MILIKKU (C)

By Rosida_Rosdi

53.7K 1.7K 31

Piqa merupakan seorang wanita yang simple. Tingginya 158cm dengan berat 95kg. BMI? Sudah tentu Obes! Piqa men... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 55
Chapter 56
Author's Note
Special Chapter : Tengku Afham

Chapter 54

744 23 0
By Rosida_Rosdi

“Aaron... kau ikut je aku.”

Aku menundukkan kepalaku dan berselindung di sebalik hoodie. Aku mengekori rapat di belakang Afham.

Kami tiba di lapangan terbang Heathrow seawal 5 pagi. Afham memalsukan dokumen perjalananku untuk menyelinap masuk ke kota London.

Waran tangkap telah dikeluarkan kepadaku atas kes video tempoh hari. Namun aku tiada masa untuk menyelesaikannya kerana aku perlu bertemu dengan ibuku segera.

Aku terpaksa meninggalkan Piqa seorang diri di Malaysia. Aku meminta ibu-bapa mertuaku untuk menjaganya untukku sementara ketiadaanku di sana.

Mujurlah mereka memahami situasiku. Mereka meletakkan sepenuh kepercayaan mereka kepadaku. Aku akan pastikan aku tidak kecewakan harapan mereka.

“Aku rasa kita patut bermalam dulu di mana-mana hotel terdekat,” cadang Afham. “Aku nak kumpul informasi dari orang aku yang ada di London dulu. We better be prepared than sorry.”

Aku mengangguk kecil.

One room for two,” ujar Afham kepada receptionist di lobi hotel. Wanita itu merenung kami berdua atas bawah. Kemudian bibirnya mengukirkan senyuman seperti mengerti apa tujuan kami ke hotel. Tapi maaf, jangkaan kau ternyata tidak benar!

Singles or King bed, sir?”

Aku dan Afham berpandangan. Aku hampir tergelak mendengar persoalan dari pekerja hotel itu tadi.

Afham mendekatkan bibirnya ke telingaku. “How do you want it? Share or dare?” dia mengangkat sebelah keningnya.

Meremang bulu romaku mendengarnya.

“Kau gila!?” bisikku.

“Bahahahaha!” Afham ketawa berdekah-dekah melihatkan mukaku yang sudah biru.

Seram!

Penyambut tetamu itu tadi tersengih-sengih melihat gelagat kami.

Give us two single beds,” pinta Afham. Dia sempat bertukar nombor dengan pekerja itu tadi. Dasar buaya tembaga. Semua perempuan kau nak sapu!

Aku melabuhkan punggungku di atas tilam hotel yang empuk. Bilik hotel ini biasa-biasa sahaja. Cukup lah untuk melepaskan lelah. Aku bukan datang nak honeymoon dengan Afham. Tak pernah terbayang pun oleh fikiranku untuk sekedudukan dengan lelaki.

Ughh… memikirkannya sahaja geli tekak aku! Tak guna kau Afham! Kau buat aku fikir yang bukan-bukan.

Afham keluar dari bilik air bertuala. Badannya begitu sasa, kalau aku perempuan mungkin aku akan jatuh hati melihat otot-ototnya.

“Kau tengok apa?” soal Afham tersengih.

"Ehem..." Aku terbatuk walaupun tekakku tidak gatal.

Afham mengenakan jaket hitam bercorak serigala emas. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan merasa gerun. Kau pakai macam ni memang memancar-mancarlah aura Gangster kau!

“Aku keluar kejap. Kau nak apa-apa kau gunalah credit card aku atas meja tu,” kata Afham tergesa-gesa.

Dia menyarung kasutnya kemudian bergegas keluar. Tinggallah aku termangu-mangu seorang diri di dalam bilik. Aku jadi malas nak keluar. Pergerakanku terbatas kerana aku tidak boleh menggunakan kad bank atau telefonku. Aku khuatir pihak berkuasa dapat mengesanku.

Wajah ibuku melintasi fikiranku. Aku berharap sangat yang telahan kami tidak betul. Buatlah cerita apa pun. Loket itu dikutipnya dari tong sampah? Pemberian orang tak dikenali? Atau apa sahaja aku tak peduli!

Aku menangkup mukaku dengan kedua tapak tanganku. Nafasku berasa berat. Aku menarik nafas panjang cuba memenuhkan paru-paruku dengan oksigen.

Aku bangun masuk ke bilik air untuk mandi. Lama aku duduk di bawah pancuran air hangat sambil merenung pantulan diriku di dalam cermin. Air mengalir dari rambutku menuruni tubuhku.

Apa yang aku harapkan dalam hidup aku selama ini? 

Kekayaan?

Cinta?

Keluarga?

Aku sudah punya segala-galanya. Tapi kenapa hati aku masih tidak tenang? Adakah kesemua yang aku kecapi selama ini palsu?

Aku keliru!

Aku meletakkan kedua tapak tanganku di dinding. Aku biarkan air mengalir dari atas rambutku. Mungkin dengan cara ini dapat meredakan sedikit ribut di dalam jiwaku.

Setelah siap mandi aku mencapai baju dari begku. Aku berjalan ke arah meja dan mengambil telefon pintar yang ditinggalkan oleh Afham untukku berhubung.

Aku menelefon isteriku. Walau berjauhan seketika sudah berbunga rinduku padanya.

*Click*

Hello? Siapa ni?”

Hello sayang, abang ni. Sayang buat apa tu?”

“Sayang baru nak tidur. Abang dah sampai ke?” soalnya. Disini baru pukul 3 petang. Bermakna di Malaysia sudah pukul 10 malam. Mujur Piqa belum tidur lagi.

“Ye… abang dah sampai ni. Abang kat bilik hotel. Tunggu Afham. Dia keluar kejap ada hal.” Aku menghempaskan badanku di atas katil. Bajuku masih tersangkut di bahuku.

“Abang… sayang risaukan abang,” ujarnya dengan suara terketar-ketar.

“Tak ada apa lah sayang…” aku cuba memujuknya.

“Kalau jadi apa-apa dekat abang nanti, macam mana dengan sayang?” ujarnya tersedu-sedan. “Sayang tak boleh hidup tanpa abang.”

Aku buntu. Kalau dekat boleh aku peluk tubuhnya. Bila berjauhan begini, hanya suara sahaja yang aku mampu sampaikan sebagai pengganti diriku.

Aku memujuknya hingga dia terlena.

*Creakkk*

“Kau kenapa?” soal Afham yang baru balik dari bertemu rakan-rakannya.

Aku menyeka air mataku. “Tak ada apa. Macam mana? Kau dah kumpul ke orang-orang kau?”

Afham menapak perlahan kemudian duduk menyandar di kerusi. “Dah settle dah. Esok pagi kita gerak.”

“Gerak ke mana?” soalku.

“Rumah Mommy kau lah!”

****

Afham meletakkan kereta di hadapan rumah ibuku. Anak buahnya hanya memantau dari jauh.

Aku menghampiri pintu rumah dan mengetuknya perlahan. Aku melihat kiri kanan. Tidak ramai orang yang lalu-lalang.

*Tok Tok*

Mommy?”

Aku memanggil ibuku namun tiada sahutan dari siapa-siapa. Aku mengambil kunci di dalam poket seluarku dan membuka pintu rumahnya. Aku tolak daun pintu perlahan-lahan.

Sunyi.

Seperti tiada langsung sebarang tanda manusia di dalamnya. Afham mengangguk kepalanya mengisyaratkan aku supaya masuk mendahuluinya.

Mommy?” laungku sekali lagi sambil mataku merayap ke setiap ruang yang ada.

Ke mana pulak Mommy ni?

Aku buka setiap pintu bilik serta pintu bilik air. Namun tiada sebarang tanda-tanda bahawa rumah ini berpenghuni. Aku sudah rasa tidak sedap hati.

Aku kembali mendapatkan Afham di ruangtamu.

Anything?” soalnya.

Aku menggelengkan kepalaku. Aku bercekak pinggang musykil. Sepatutnya ibuku berada di rumah pagi-pagi begini. Tetapi melihatkan rumah yang teratur dan sedikit berhabuk menunjukkan yang rumah ini seperti sudah lama ditinggalkan.

*Ringggg Ringggg*

Telefon Afham berdering memecah kesunyian. Aku berjalan menguis habuk di pintu almari dengan hujung jari telunjukku.

Yeah. Yeah. Got it. Wait until I get back.” Afham menjawab panggilan tadi dengan muka yang serius.

“Aaron…” panggil Afham.

Yeah?”

“Aku nak cakap sikit dengan kau.”

“Cakap lah. I’m listening,” ujarku kembali berdiri di sebelahnya.

“Aku dapat call dari anak buah aku kat Malaysia. The thing is… diorang dapat info yang Piqa dah kena culik!”

What?!”

*BAM*

Aku terajang meja kopi di hadapanku. Bersepah buku-buku di atasnya jatuh ke lantai.

Fuck! Shit!" Aku terduduk di atas sofa.

Damn it!

Aku menarik-narik rambutku. Tuhan sahaja yang tahu betapa bengangnya aku ketika ini dengan apa yang sedang berlaku.

Afham berpeluk tubuh melihatku. Dia datang menghampiriku dan cuba menenangkan aku.

“Afham. Jom kita balik Afham,” ujarku dengan suara bergetar. Aku jadi lemah lutut mendengar perihal isteriku yang tiada siapa tahu nasibnya ketika ini. Aku sudah tidak peduli tentang Mommy. Sekarang isteri aku lebih penting!

Aku perlu pulang segera!

“Aku akan usahakan flight paling awal—”

Just do whatever you can! I want to return home, NOW!” pintasku menghempas tanganku ke meja kopi di depanku. Aku rasa gagal. Gagal menjaga isteriku dengan baik.

Afham terus menelefon seseorang. Dia juga nampak risau dan sedikit panik.

“Sayang… please be safe. Please…” bisikku perlahan. Kakiku tidak boleh berhenti bergedik.

Aku cemas!

“Aaron. Jom gerak sekarang. I’ve called one of my friend. Kita balik guna private jet.”

Private jet?

Besar betul kabel kau Afham? Dah macam drama. Extreme betul! Tapi aku tak banyak tanya. Yang penting aku boleh balik ke tanah air segera. Hati aku tak tenteram selagi tidak bertemu isteriku.

Kalau mereka apa-apakan isteriku, akan aku pastikan sorang-sorang mati di tangan aku!

Setibanya kami di lapangan terbang, kami terus menaiki salah sebuah jet persendirian dan selamat sampai di Malaysia awal pagi keesokannya.

Afham lantas membawaku ke rumah mertuaku.

*PANG*

Pipiku pedih. Telinga aku berdesing. Bapa mertuaku menampar pipiku sesampainya aku di depan pintu rumah mereka.

“Abang! Sudah lah tu!” jerit ibu mertuaku.

“Ayah harap kau jaga anak ayah! Tapi kau tengok sekarang apa dah jadi?!” tempik bapa mertuaku. Dia memegang dadanya menahan semput.

“Ayah!” aku cuba memegang lengannya dari terjatuh. Namun ditepis olehnya.

Aku berundur dan tertunduk memandang tanah. Afham tidak masuk campur. Dia hanya memerhatikan kami dari tepi.

“Mak...” aku memanggil ibu mertuaku. “Mak tahu tak siapa yang bawa lari Piqa mak?” soalku lirih.

“Mak tak tahu Aaron. Masa Piqa tengah sidai baju kat depan rumah, tiba-tiba ada van warna putih berhenti. Lepas tu dia heret Piqa masuk ke dalam van tu,” jelasnya. “Mak risaukan Piqa...”

Sedang aku berbual dengan ibu mertuaku Afham menerima panggilan lagi dari anak buahnya.

Afham datang kepadaku. “Aku dah dapat lokasi Piqa. Jom gerak sekarang.”

Di dalam kereta Afham serius memandu. Matanya tertumpu ke jalan.

Tiba-tiba Afham bersuara, “Kau tahu tak dalam hidup ni, kita tak boleh terlalu percayakan sesiapa.”

Aku terdiam.

“Aku hanya nak kau ingat, orang yang suatu hari akan berkhianat pada kita biasanya adalah orang yang tidak kita duga, yang kau kira mustahil untuk memegang pisau dan menikam kau dari belakang,” sambungnya lagi.

Aku cuba menghadam kata-kata Afham. Mungkin dia sudah banyak pengalaman dikhianati.

Aku tahu kali ini bahaya. Aku dapat rasakan seperti akan ada nyawa yang akan melayang.

“Afham…”

“Ya…”

“Kalau kata aku pergi dan tak kembali…”

“Aduhhh, gampang, jangan cakap macam tu!” Afham menyentak.

“Kalau kata aku pergi dan tak kembali, kau katakan kepada Piqa yang aku sangat menyayangi dia. Dan kalau aku dah tiada, kau tolong jagakan Piqa untuk aku…”

“Ya…” Afham menjawab dengan suara lemah.

Aku merasa sedikit tenang. Afham lah satu-satunya kawan, bukan, dia merupakan satu-satunya sahabat yang aku paling percaya sepanjang hayatku.

Continue Reading

You'll Also Like

26.5K 994 25
1ST STORY DIARAERA "woi bantal,jom tido dengan aku" "Hai ikan buntal abang" "Kau ni sedap buat peluk lepastu kau lembut " "Kenapa makin hari makin le...
276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
4.5K 386 18
Known as TOGETHER BEFORE Apa kau pernah membayangkan jika suatu hari nanti putera raja datang dengan berkata dia mencintai kau seadanya? Dia memilih...
44.8K 860 18
" HANYA KAU MILIK AKU SYAZ.. AKU TAKKAN BENARKAN KAU JADI HAK ORANG LAIN" - NIK FARHAN AZRIL Start: 13 Disember 2018...