The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

119K 10.3K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

ramadhan kareem (story #3)

1.5K 175 22
By akuorgbiasa

"Jangan miss sahur, tau sayang?"

"Okey, mummy. Banyak kali dah rasanya mummy ulang ni," balas Izham sambil tertawa.

Terus Diya berdecit kecil disusuli gelak kecil.

"Mummy bimbang along tak bangun sahur. Selalu dekat rumah mummy yang kejutkan."

"Mummy... Jangan bimbang. Dekat sini ramai orang akan gerakkan. Along tahu. Don't worry too much, okey?"

Diya senyum lebar. Anak sulungnya dah matang. Tahun ini tahun pertama berpuasa di sekolah asrama. Jadi si mummy ni bimbang terlebih.

Biasalah. Anak sulung....

Dia lepaskan keluhan panjang.

"Okey, mummy. Lain kali along call lagi."

"Eh, dah nak end call dah?"

"Ada orang lain nak pakai jugak phone ni mummy.." beritahu Izham separa berbisik.

Diya berdecit. Ala...sibukla budak tu. Pergilah cari fon lain!

"Okey, mummy. Selamat berpuasa. Kirim salam semua ya. Nanti mummy masak sedap-sedap berbuka, ingat along sama!" Kata Izham kemudian tertawa. Tujuannya bersenda.

Namun Diya ketap bibir menahan sebak.

"Selamat berpuasa, sayang. Of course mummy sentiasa kenang and ingat. Take care, along. I love you..."

"Hmm... Bye. Assalamualaikum!"

Panggilan putus.

Izham, sebijik abah dia! Memang taklah nak balas, i love you too, mummy... malulah tu ada orang lain.

Dia letakkan telefon perlahan-lahan ke atas meja dan menongkat dagu memandang telefon bimbit itu. Mata ke situ, tetapi fikiran melayang jauh ke Johor sana.

Tiba-tiba mata terasa berat dengan air mata. Lalu dia tekup wajah. Terasa rindu pada si anak yang dah bersekolah asrama penuh.

"Babe, ka..."

Bicara Seha terhenti.

"Dah kenapa pulak mak cik oi? Asal nangis ni?"

Seha terus masuk ke dalam pejabat.

"Tak ada apa. Rindu Izham. Esok puasa kan. Mana pernah puasa jauh dari anak-anak."

Seha sengih dan menggeleng kepala. "Adoila mummy ni. Manja betullah. Tah-tah budak tu wat lek wat pis je. Mummy touching lebih!"

Diya tertawa sambil mengesat air mata. "Memanglah! Aku cakap i love you pun tak reply! Memang sah anak Mohd Ikhwan!"

Seha gelak kecil. "Mula la tu. Mulalah nak salahkan Mohd Ikhwan. Ada benda tak kena je Mohd Ikhwan punya salah!"

Diya menjelir lidah. Dia sandarkan kepala ke kerusinya. "Ada apa?"

"Memang nak cakap pasal Mohd Ikhwan la ni. Dia call kau tak dapat. Dia call aku. Aku kan memang PA kau. Ambik mesej Mohd Ikhwan untuk kau!" Perli Seha.

Kali ini Diya ketawa berdekah. "Sorrylah. Aku tengah on the phone dengan boyfriend aku dekat Johor tu kan! Abang Wan nak apa?"

"Dia kata dia nak ajak kau pergi beli barang-barang dapur petang karang. So jangan balik lambat sangat."

Diya mengangguk. "Yalah. Kita pun tak ada apa-apa kan?"

"Nope. Hari ni memang plan nak tutup awal, kan? Esok pun tak buka butik."

"Orait. Mesej diterima. Terima kasih, miss PA!" gurau Diya.

Seha berdecit jengkel.

Sayup-sayup, mereka dengar bunyi telefon berdering.

"Hah! Boyfriend kau pulak call tu!"

Bercahaya wajah Seha dan terus bergegas meninggalkan Diya.

Diya geleng kepala perlahan. Daus la tu! Bukan main lovey-dovey lagi sahabat-sahabatnya itu. Kadang-kadang cemburu juga. Daus tu mulut bergula. Romantik. Memang tak samalah dengan suami Diya yang macam tak ada perasaan tu.

"Haih, siapkan kerja dulu! Esok nak cuti."

Dia kembali memberi fokus pada skrin komputer.

*********

Pintu bilik ditutup rapat. Ikhwan dah pun berbaring sambil memandang skrin telefonnya. Entahkan melayan Netflix, atau TikTok tu. Suka sangat tengok video Uncle roger yang entah apa-apa tu!

"Iman dah tidur?"

Diya mengangguk dan menghenyak punggung di bahagian kanan katil. Dia hela nafas panjang seperti melepaskan lelah seharian.

"Bebiya dah set alarm?" Soal Ikhwan tanpa memandang Diya.

Diya angguk. "Abang, tadi Izham call Diya."

Ikhwan alihkan pandangan.

"Ya? Sihat ke dia?"

"Sihat. Dia ucap selamat berpuasa. Kirim salam pada semua."

Ikhwan senyum dan mengangguk. Kembali memandang telefon.

"Macam tak lengkap pulak rasanya anak sorang tak ada."

"Hish, mummy ni! Apa yang tak adanya? Ada tu. Jauh sikit je."

"Yalah. Biasa dia depan mata. Bukan main liat nak sahur. Dekat meja makan pun bantai tidur. Ni dia sendiri dekat sana. Entah macam mana."

Ikhwan sengih. "Tak sahur, lapar. Padan muka."

Diya lantas berdecit. "Abayang ni kan!"

Kali ini Ikhwan ketawa. "Okey je tu. Dia dah besar, Diya. Kena belajar berdikari. Pandai-pandai nak hidup. Takkan selamanya Diya nak payung dia," balas Ikhwan.

Diya mencebik. "Eleh, abang tu sampai tua bangka Diya payung," perli Diya.

"Aik? Ke situ pulak. Diya pilih, nak payungkan abang ke, nak payung emas?"

"Amboi orang tua ni. Hempuk dengan payung, mahu?"

Makin galak tawa Ikhwan. "Main-main je. Why so serious?"

Diya tersengih.

"Dah, tidurlah! Esok nak bangun awal," arah Ikhwan.

"Nak tidurlah ni..." Diya lantas membaringkan tubuh bersebelahan Ikhwan.

"Abang? Tak tidur?"

"Tidur dulu. Nak habiskan episod ni kejap."

Diya menggeleng kepala. Sah! Melayan drama The Big Bang Theory untuk kali ke berapa entah!

Namun Ikhwan letakkan tapak tangannya di lengan Diya yang mengiring. Lalu dia tepuk perlahan persis menidurkan anak kecil.

Diya tersenyum dan memejam mata.

Abayang kita ni, sekalipun mulut tu tak berapa pandai ambik hati, tapi ada cara tersendiri memanjakan kita. Sebab tu geram-geram pun, tetap sayang!

***********

Diya letakkan pinggan terakhir yang berisi sambal telur ke atas meja makan.

Empat lauk, termasuk rendang ayam untuk juadah berbuka hari ini. Meriah. Sejak jam empat petang tadi dia dah berperang di dapur.

Tahun ini, Irfan mula berpuasa penuh. Jadi sengaja dia sediakan makanan fancy untuk berbuka.

Namun saat mata terpandang hidangan yang bersusun, dia terkenang kata-kata Izham semalam.

"Nanti mummy masak sedap-sedap berbuka, ingat along sama!"

Hati ditamu sebak serta-merta. Cepat-cepat dia tutup hidangan dengan tudung saji.

Anak mummy berbuka dengan apa agaknya?

Ada ke air soya kegemaran dia dekat sana?

"Mummy," tiba-tiba suara si kecil menyapa. Iman Fatihah, anak bongsu mereka rupanya.

"Eh, Iman..." lalu dia dukung si kecil yang baru menginjak 2 tahun ke ruang tamu. Terlupa sejenak pada si sulung yang jauh di mata.

**********

"Allah humma laka sumna, wabika aamanna, waala rizkika aftorna. Aamin..." lancar bacaan doa Irfan.

"Aamin...."

Ilya dan Irfan gelojoh meneguk air sirap bandung.

Ikhwan berbuka dengan menjamah sebiji kurma.

"Tsk..."

Ikhwan menoleh ke kirinya, di mana Diya berada.

"Lah, kenapa ni?"

Diya lekas-lekas mengesat air mata. Kurma digigit dalam keadaan menunduk.

"What's wrong, mummy?" Soal Irfan.

"Mummy rindu along la tu..." Ilya menebak.

Ikhwan berdecit. "Dah tu. Tak baik menangis depan rezeki, mummy. Tengah berbuka ni..." tegurnya.

"Entah makan apa along dekat sana. Dia tu dah lah cerewet. Entah dia makan ke tak makanan dewan makan sediakan tu. Kita bukan main makan sedap-sedap," rengek Diya. Sungguh, itulah yang berada di fikiran sejak tadi.

Izham tu cerewet bab-bab makanan. Yang tu dia tak nak ikut bapak dia pulak! Kalau bapak dia, tolak batu dengan kayu je. Semua pun bedal!

"Diya.... Dah tu... Orang nak berbuka ni," Sekali lagi Ikhwan menegur. Lebih tegas kali ini.

Diya berdecit. Kecil hati. Dia teguk air secawan dan terus bangkit dari duduknya.

"Angah dan Irfan, makan ya? Mummy nak solat Maghrib dulu," ujarnya lembut pada anak-anak berdua.

Namun belum sempat dia berlalu, tangannya ditangkap Ikhwan.

"Makanlah dulu. Makan sama-sama..."

"Abang makanlah! Kan nak sangat berbuka..."

Dia tolak pegangan Ikhwan dengan tangan sebelah lagi dan berlalu. Dibawa Iman bersamanya. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, Diya menangis teresak-esak.

Sungguhlah, hati seorang ibu terasa rindu teramat sangat pada sang anak. Terbayang-bayang kerut di dahinya bila makanan yang terhidang tak seperti yang diharapkan.

"Air soya tak ada?" Soalan yang acap kali kedengaran apabila dia tak nampak soya terhidang sebagai salah satu juadah berbuka.

Anak mummy berbuka dengan apa tu....

Selamat berbuka, sayang. Mummy rindu...

*********

"Assalamualaikum..."

Diya menjawab salam yang diutarakan perlahan sambil dia kemaskan baki lauk-pauk tadi. Dia mahu masukkan ke dalam peti ais. Boleh dipanaskan untuk sahur nanti. Laju dia bekerja menyudahkan semuanya.

"Dah makan?" Soal Ikhwan yang baru balik daripada solat terawih di masjid.

Diya sekadar mengangguk.

"Abang nak air panas ke?"

Ikhwan senyum dan menggeleng. Dia tarik kerusi dan duduk di ruang makan itu. Songkok di kepala diletakkan di atas meja.

"Abang nak Diya..." usik Ikhwan.

"Eh, mengada!"

Ikhwan ketawa.

"Duduk kejap, bebiya. Abang nak cakap," ujar Ikhwan lembut.

"Sampai bengkak mata menangis."

Diya berdecit. Spontan memegang matanya yang terasa sembap.

"Rindu?"

Diya angguk.

"Abang pun."

"Ya ke? Macam tak rindu je."

Ikhwan geleng kepala. "Suka sangat judge orang, Puan Fadiya ni."

Diya menunduk segan.

"Izham tu anak abang juga. Dia yang pertama abang azankan. Dia yang pertama abang dukung dan belai. Tak mungkin abang tak rindu. Rindu. Allah je tahu..."

Diya mulai mencebik sebak.

"Tapi Izham dah besar, bebiya. 13 tahun dah. Kena belajar berdikari dan hidup dalam dunia yang tak semuanya indah. Ada kala tak dapat makanan sedap. Ada kala tak dapat air soya yang dia suka. Ada kala terlajak bangun sahur dan kena berlapar. Itu semua ajar dia jadi dewasa. Dia anak jantan. Kena berdikari. Tak boleh selamanya selesa bawah ketiak mummy."

Air mata bergenang kembali. Dia menunduk dan bermain dengan kukunya.

"Abang tahu Diya risau. Diya yang lahirkan dia. Diya ibu dia. Abang faham. Tapi ni pun steps yang kita belajar dalam hidup. Okey?"

Diya angkat wajah sejenak memandang Ikhwan.

"Kalau Diya buat macam tadi, apa pulak Ilya dan Irfan rasa. Diorang pun puasa juga. Diorang pun struggle juga. Diorang tak layak dapat perhatian mummy ke?"

"Eh, bukanlah macam tu! Kan mummy masak bukan main fancy lagi..."

"Tapi mummy nangis dekat meja and mummy tak nak makan sama-sama sebab kenangkan along."

Diya ketap bibir. Terasa bersalah.

"Alah kesiannya..."

Ikhwan senyum melihat wajah cemberut sang isteri.

"Tulah. Abah pun kesian. Terpaksa makan sikit je sebab tak ada peneman di sisi."

Diya jeling Ikhwan lantas tertawa. "Tiberr..."

Ikhwan sengih. "Jangan buat lagi macam tu depan anak-anak, okey? Control."

Diya mengangguk.

"Abang terasa dengan Diya ke sebab Diya tak nak makan sama-sama tadi? Sorry abang...."

Ikhwan mencebik. "Dah naik immune sayang oi. Dah memang kepala batu. Nak buat macam mana. Hadaplah...."

"Ala, abang ni.... Sorry la..." rengek Diya.

"Sorry naik lori la!"

Diya tertawa. "Abah nak Neslo? Mummy buat Neslo kaw satu untuk abah. Okey?"

Ikhwan ketawa kali ini.

"Tak payahlah. Diya penat. Awal-awal pagi dah bangun. Petang merendang pulak. Pergilah rehat. Dah solat belum?"

Diya mengangguk. Usai menidurkan Iman tadi, dia sempat kerjakan solat Isyak dan terawih 8 rakaat sendirian.

"Abang?"

"Kejap lagi abang masuk bilik."

"Habis siapa nak tepuk Diya?" Soal Diya dengan lenggok manja sambil mata dikelip-kelipkan beberapa kali.

Ikhwan sengih. "Masuk dulu. Kejap lagi tukang tepuk berwibawa ni susul..."

Diya ketawa lalu mengorak langkah ke kamar tidur.

Hati sedikit lapang. Tidak sesesak tadi.

Masih rindu pada Izham, dan bimbangkan keadaan anak sulungnya di sana.

Tetapi nasihat Ikhwan tadi benar sekali. Izham perlu belajar menguruskan hidupnya sendiri. Merasa membuat kesalahan yang memberi kesan pada diri sendiri. Tanpa mummy dan abah membantu.

Dan Diya juga perlu bersikap adil pada anak-anak di rumah.

Diya berhenti sejenak memandang Ikhwan yang sedang meneguk air.

Memang tak salah pilihan Diya. Abayang, memang kekasih Diya yang faham dan tahu sentuh hati Diya.

Dia senyum dan kembali melangkah.

Alhamdulillah....

Continue Reading

You'll Also Like

828K 26.1K 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) ...
155K 7.7K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
18.8K 424 46
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan sua...
395K 14.1K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...